Tuesday, December 28, 2010

musim sejuk sana sini

walaupun musim sejuk dah bermula sebulan yang lalu, saya masih belum mampu membentuk seorang orang salji pun lagi. salji tahun ini turun awal dan susah dikepal untuk membentuk bebola. faham tak ?

*

oh, saya akhiri semester pertama tahun kedua dengan membuktikan bahawa
1 - 1/2 + 1/3 - 1/4 + 1/5 - 1/6 + 1/7 -...  = log 2.
satu semester dihabiskan untuk belajar teori dan definisi dan sanak-saudaranya dan berjaya membuktikan hasil tambah di atas ialah log 2. faham tak ?

*

macam biasa bila tiba musim sejuk mesti ada program yang seronok untuk disertai. Tahun ini saya pergi FUIYO(Fun with ILuvIslam Youth Overseas) 2010. ada satu slot itu, saya memberanikan diri untuk ke hadapan dan merampas microphone daripada MC. biasanya saya segan-segan ayam untuk tampil ke hadapan.

"...kalau tahun lepas saya pergi PMS(Perhimpunan Musim Sejuk), tahun ni saya pilih untuk pergi FUIYO"
"..kalau orang tanya kenapa saya pergi FUIYO tahun ni ? saya jawab sebab saya tak pergi PMS tahun ni"


lepas itu satu dewan gelak. saya tak faham kenapa, anda faham ?

*

Hari itu dompet saya hilang. 3 hari sebelum Boxing Day. benda pertama yang saya teringat bila sedar dompet hilang ialah
"oh no! dalam tu ada kad ATM. macam mana nak shopping nanti !"
padahal ada benda yang lagi penting dalam dompet. kad pengenalan dan lesen memandu serta gambar kekasih. oh, gambar kekasih itu tipu.

jadi saya berazam untuk tidak berjoli sakan tahun ini.

sehari sebelum Boxing Day, hati saya kuat mengatakan yang dompet saya akan dijumpai sebab saya ingat sangat aksi terahir yang melibatkan dompet saya iaitu dapur..pisau...poket...benang...

*

oh semalam saya telah habiskan GBP 100

Thursday, December 9, 2010

Bayangkan blog ini jadi...

8 December 2010 

Sejuk gila hari ni. Suhu negatif 8. ponteng kelas pagi.
Semalam pergi gereja, tengok persembahan pentas Christmas Carol. Kelakarlah.
Makan malam hari ni ayam goreng kunyit, kuah kari dengan ulam timun. Sedapnya.
Tidur lewat malam tadi sebab baca buku Harry Potter and The Deathly Hallows.

9 December 2010

Hari ni bangun lambat sebab semalam tidur lambat. dekat luar suhu negatif 1. berazam untuk tak mahu ponteng kelas lagi.
Masuk bilik air sebab nak mandi. Gosok gigi dekat sinki.
Pergi dapur minum susu dalam peti ais. Tak sempat sarapan nasi goreng cina ahli rumah buat sebab bangun lambat.
Pergi kelas perut lapar. Dalam kelas bengong seorang-seorang sebab tertinggal nota. padan muka.
Balik kelas beli benjo telur. gila boring makan telur goreng lapis keju kepit dengan roti. letaklah timun sikit, sos cili sikit, baru sedap.
Beli buah ceri segar dekat kedai buah. Beli air kotak nenas campur jambu batu campur limau nipis dekat kedai air. rasa macam pencuci mangkuk tandas.

***

"eman lama kau tak update blog."
"dah takda benda nak tulis"
"tulislah benda-benda yang buat setiap hari, so bolehlah update tiap2 hari"
"..."

***

Bayangkan blog ini jadi sebuah diari hari-harian.

Sunday, November 28, 2010

Selendang Syaitan

Pemerhatian : ponteng kebanyakan kelas waktu pagi

Inferens : kerana berat duvet bertambah apabila tiba waktu pagi yang bersalji

Pembolehubah
1) Dimanipulasikan : Bilangan syaitan
2) Bergerakbalas : Berat Duvet
3) Dimalarkan : manusia di atas katil

Hipotesis : Semakin bertambah bilangan ekor syaitan, semakin bertambah berat duvet

Analisis Keputusan :
1) suhu negatif menandakan bertambahnya bilangan syaitan yang berkeliaran pada waktu pagi.
2) Berat duvet berkadaran langsung dengan pertambahan bilangan syaitan


Kesimpulan
Kadar kepontengan kelas pada waktu pagi berkadaran langsung dengan pertambahn berat duvet yang disebabkan oleh pertambahn bilangan syaitan yang merasuk jiwa.

Hipotesis diterima. jadi jangan salahkan saya.

Wednesday, November 10, 2010

Surat Layang Rumah Sebelah

Dear neighbours,

Sorry to seem a bit dull, but as you may not know, the walls between our houses are very thin. this means that we can hear everything that goes on in your house and you probably hear everything in ours.

This is mainly a problem in the upstairs front bedroom (the one facing the road). This is my bedroom and I like to go to bed at 10pm/10.30 pm. For the last couple of weeks at this time, all I can hear is the piano/keyboard and singing.

This means I cannot get to sleep easily. I would like to ask if at 10pm you can turn the volume down and be finished by 10.30 pm ?

I have to wake up at 6am everyday and this would be very appreciated. Maybe a solution would be to play the piano and sing in another room? It is just me that needs to sleep so if you need to play music you can in another room.

If you want to talk more please knock on my door or ring me 07 *********.
Thank you so much for understanding.

Matt (number 21)




sentap.titik.

Monday, November 1, 2010

Malaysia Hub Hiburan : Suatu Keperluan

SPM 2014 (Bahasa Melayu Penulisan)
Soalan : Sila tuliskan karangan yang bertajuk "Malaysia : Negara Islam Moden". Karangan hendaklah tidak kurang daripada 20 patah perkataan.


***

Perdana Menteri (merangkap ketua ulama) terkemuka Malaysia telah berjaya menepati slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" apabila telah melancarkan projek mega "Malaysia Sebagai Hub Hiburan" pada tahun 2010. Seperti yang sedia maklum, rakyat memang sentiasa dahagakan hiburan dan keseronokan dan ini dapat dibuktikan dengan kebanjiran program-program hiburan di televisyen, konsert-konsert yang menggegarkan dunia, pusat-pusat hiburan yang beroperasi sehingga lewat malam dan ketiadaan program-program yang berilmiah dan bermanfaat.

Ternyata keperluan rakyat dipenuhi tanpa sebarang kompromi.

Malah, misi utama Malaysia sebagai hub hiburan adalah untuk meningkatkan jumlah pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia. Ini sekaligus dapat menggandakan pendapatan kasar negara dimana industri hiburan adalah antara yang menyumbangkan pendapatan yang luar biasa (kira kira RM 1.8 bilion setahun) selain Genting Highland dan judi bola berlesen. Berpaksikan pada kota metropolitan seperti Las Vegas, Malaysia mampu menjadi Negara Islam pertama yang menyokong hedonisme tanpa batasan ini.

Justeru, tidak dapat dinafikan lagi slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" bukanlah sekadar retorik pencacai semata-mata.


Jika kita lihat pada hari ini, sudah kurang gejala merempit dan lepak, penagihan dadah yang begitu meruncing suatu ketika dahulu. Dengan adanya pusat hiburan yang beroperasi selama 24 jam, remaja, anak muda malah orang tua kerepot sudah mempunyai tempat yang lebih selamat dan sudah tentu penjualan judi, arak, dan pil-pil khayal akan lebih menguntungkan. Kenapa dikatakan selamat ? Sudah namanya pusat hiburan, motif jabatan agama nak datang buat serbuan dan tangkap orang Islam yang berjudi, yang minum air kencing sendiri dan sebagainya? Maka kurang sedikit beban yang perlu dipikul Jais atau Jakim. Tidakkah kita melihat kebaikan pusat hiburan ini ? Menghapuskan rempit dan sekaligus memberi kekayaan kepada peniaga yang terlibat.


Walaupun target utamanya ialah pelancong asing, ia dikira serampan dua matalah kan ?


Jika ditanya bagaimana pula masalah zina, buang anak, merogol, berpacaran dan sebagainya ? Hub hiburan juga menjadi resolusinya. Bila sudah terlalu banyak hiburan, dan perlu ditekankan lagi, hiburan tanpa henti kerana waktu operasi pusat-pusat hiburan sudah dipanjangkan, mereka yang terlibat akan leka dan bertambah asyik sekaligus melupakan hasrat untuk menyewa hotel dan memadu asmara. Logik bukan ? Bila sudah penat berhibur, mabuk-mabuk, hanya tidurlah yang dicari. Solat subuh apatah lagi.

Maka, apabila kurang masa berpacaran, kurang masa berzina, tiadalah masalah buang anak lagi. Selesai masalah.


Baru-baru ini juga, Lady Gaga yang terkenal dengan hobi yang tidak suka berbaju dan muzik yang mengasyikkan telah mengadakan konsert untuk kali kelima di Malaysia. Jika pada tahun 2010 dahulu, kedatangan Lady Gaga mungkin disekat kerana polisi peraturan yang ketat dan tidak masuk akal dipraktikkan. Semenjak pelancaran Program Transformasi Ekonomi 2010, banyak artis-artis terkemuka dunia dapat mengadakan konsert secara terbuka di Malaysia.

Tidak kisah jika penyanyi tidak berbaju, tidak kisah jika penyanyi itu sonsang, asalkan mereka terkenal dan mendapat tempat di hati peminat di Malaysia. Asalkan niatnya betul yakni demi kepentingan rakyat, program sebegini wajar diteruskan.


Hiburan tanpa batasan bukanlah menjadi suatu isu untuk sebuah negara Islam moden seperti Malaysia. Kita masih ada masjid-masjid yang indah dan cantik yang sentiasa dipenuhi dengan jemaah pada hari jumaat. Kita masih ada rancangan keagamaan pada hari jumaat. Kita ada Imam Muda. Kita ada Akademi Al-Quran. Bukankah itu masih menunjukkan kita sebuah Negara Islam moden yang terbuka ?


Kesimpulannya, Malaysia sebagai hub hiburan adalah sangat menepati Rukun Negara yang meletakkan dasar Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai yang utama dan Kesopanan dan Kesusilaan sebagai yang kelima.

Monday, October 25, 2010

Budak Suci

budak law ataupun yang mengambil jurusan undang-undang, pada saya kebanyakannya perangai unik. mungkin sebab cara pemikiran mereka berbeza. saya ada kawan yang sekarang belajar di Warwick ambil undang-undang. dulu di kolej dia selalu datang belajar di bilik saya. buat semak. bilik sendiri ada.

baju pagoda putih, dengan kain pelikat yang tak pernah pandai nak dipakai sampai sekarang. suka buat gaya skirt kembang. ini uniform dia bila datang belajar ke bilik saya. sambil pegang pen dan dua tiga helai kertas dia berjalan ke hulu ke hilir. sekejap2 menjerit, sekejap2 menyanyi. alih2 dah hafal semua point dalam kertas tu. handal kan?

bila saya tanya
"kenapa bilik kau bersepah macam lepas kena puting beliung?" sambil memetik jari dia akan balas
"semua orang ada cara tersendiri untuk menyusun barang"

air mineral letak disebelah stokin yang dah seminggu pakai
minyak rambut, sikat, deodoren dalam baldi.
stok makanan bergaul mesra dengan timbunan pakaian di atas katil yang cadarnya entah ke mana.

tapi yang menariknya, dia tahu di mana letaknya semua barang dalam bilik tu.
"at least I know where everything is"



Di Birmingham, saya ada seorang kawan juga, tahun pertama buat jurusan undang-undang. sekali kenal dia terus dapat rasa kesucian dan kemurnian hatinya. hobi dia ialah bercakap. serius, dalam 1 minit, macam-macam topik boleh dibincangkan dengan dia.

saya cakap dia suci sebab hari itu saya bermalam di bilik dia. saya sangat terharu bila dia masih menggunakan Internet Explorer sebagai internet browser.

macam biasa kami bersembang sambil makan BBQ lamb ribs. lepas tu dia buka facebook, saya baca buku.

sunyi.

"kau takda music player ke ?"
"oh ada2, jap."

dia semangat buka folder music. lepas itu tekan folder "sample music" , "right click" dan "add to media player playlist" .

masa tu saya macam tak tahu nak bagi reaksi macam mana.

"laptop aku takda lagu lah sebenarnya. aku suka dengar yang dalam sample music saja"


saya rampas laptop dia, muat turun perisian Google Crome dan install. dan dia memberikan reaksi yang macam saya telah membuat satu amal jariah yang sangat mulia dan murni. kalau saya cakap

"muat turun Google Crome kena bayar, 20 pound. aku bayar dengan debit card aku dulu, nanti kau transfer online ya" mesti dia percaya.

lepas itu saya tunjukkan laman web untuk download lagu. pertama kali dalam hidup saya dipuji dan disanjung sebegitu rupa kerana tolong tunjuk laman web untuk download lagu.

***

nama dia hafizin, sekarang saya dengan dia dah macam belangkas. haha

Wednesday, October 6, 2010

Sembang-sembang Peramugari

saya tak dapat bayangkan siapa yang naik kapal terbang terus tanpa transit daripada KLIA ke UK. 13 jam itu lama ok. boleh jadi tempoyak basi duduk lama-lama atas kerusi. dan saya memang tak mahu bayang mereka-mereka yang menaiki penerbangan AirAsia atau EgyptAir.

nasib baik duduk sebelah peramugari Emirates yang cuti daripada bertugas untuk seminggu.

sempat juga saya bersembang sepatah dua kata dengan peramugari itu. orang malaysia tapi kerja dengan Emirates.

"mesti seronokkan kerja sebagai pramugari. travel ke sana ke mari?"


"tak seronoklah, sebab kena berpisah dengan suami"


"selalu berapa kali balik ke Malaysia"


"seminggu sekali"


"oh"

***

"kakak suka pergi Birmingham. sebab banyak makanan"


"selalu ke pergi Birmingham? "


"selalu juga. baru bulan lepas pergi shopping. dekat sana shopping seronok, barang jenama murah, fashionable. "


"Primark?"

"Absolutely ! " 

***

transit 10 jam di Dubai adalah pengalaman yang kurang menarik lagi-lagi transit pada waktu pagi. hanya ada satu pilihan, tidur.

"dah banyak negara kakak pergi?"


"banyak la juga. kadang2 kalau tak sempat nak beli bekalan di Malaysia, akak singgah mana-mana negara yang Emirates transit. macam Sydney, Melbourne, Shanghai, Hong Kong. "


"apa yang kakak selalu beli?"


"sayur-sayuran"

***

"nanti singgah dubai, awak transit lama nak buat apa? "


"entah, cari makan lepas tu tidur lah kut"



kapal terbang selamat mendarat.


"ambillah bantal Emirates ni, masukkan dalam beg, buat tidur nanti"


"oh"

Monday, September 27, 2010

Hadiah Untuk Cikgu

hari ni 27.09.2010, Isnin ayah saya tamat perkhidmatan sebagai seorang guru selepas berkecimpung dalam bidang perguruan selama 34 tahun 7 bulan 27 hari. majlis persaraan diadakan di sekolah lama saya. sekolah keturunan.

saya ditugaskan sebagai jurugambar profesional. rasa sangat jangkal berseluar jeans dan berkemeja serta berselipar bila berjalan di hadapan murid-murid hingusan.

ke hulu ke hilir saya angkut kamera kompak tapi lagaknya macam tengah julang DSLR D90 seketul. cuaca sedikit panas, murid-murid muka ketat je kena jemur tengah panas. demi menceriakan mereka saya halakan lensa ke arah mereka. klik. klik.

"abang, masuk facebook tau! " jerit seorang budak yang saya syak baru darjah 1.

lepas itu ada sesi persembahan daripada guru-guru. sekumpulan cikgu cantik melaram menyanyikan lagu meraikan ayah saya. sudahlah panas, dipersembahkan 3 buah lagu klasik. merungut murid-murid di belakang. lepas itu ada cikgu deklamasikan sajak dengan penuh perasaan dan emosi. saya perasan, ayah saya saja yang tumpukan perhatian.

takpa, saya tahu cikgu ikhlas.


sesi menjulang hadiah besar-besar pun berlangsung. sumpah, semua orang kalau boleh nak bagi hadiah segabak mesin basuh. kelakar pula tengok anak-anak kecil gigih bawa hadiah yang lagi besar daripada beg sandang belakangnya. comel.

klik. klik. punat kamera dipetik. Bonia, Vantage, John Master antara yang berkelip-kelip kelihatan diusung oleh murid-murid kecil. pembalut hadiah kalau boleh nak liplap macam pasang lampu kelip-kelip.

sedang sibuk saya menekan punat capture, tiba-tiba seorang murid perempuan tersipu-sipu berjalan terkocoh-kocoh ke arah ayah saya. tidak kenampakan beg kertas, atau hadiah berbalut yang dipegang. cuma seiras wajah tunduk malu-malu. dia mempercepatkan langkahnya dan menghampiri ayah saya.


lalu, disebalik tudung putihnya, muncul sekuntum bungan ros merah kecil.

cepat-cepat dia hulurkan dan memasang langkah untuk pergi. mukanya nampak berbalam-balam merah. malu. ayah saya cepat-cepat pegang lengannya dan bawa dia ke sisi, beri peluang kepada jurugambar untuk mengambil gambarnya.



semasa sesi menyelongkar hadiah tadi, ayah sempat cakap

"inilah hadiah paling berharga ayah dapat hari ini"


sambil memegang sekuntum bunga ros merah kecil.

Wednesday, September 22, 2010

Selagi dia tiada blog, entri ini masih rahsia

kisah seorang budak yang tak mengaku ada awek.

umur dah remaja, kalau asyik duk pegang henset 24 jam sambil tak berhenti tekan keypad, apa maknanya kan ? setiap kali cuba intai-intai nak tengok apa dia tulis, mesti cepat-cepat hadang dengan tangan. yang lagi tk boleh blah, gigih gila tak pernah lupa nak delete sent item setiap kali hantar mesej. inbox tak payah cakaplah sentiasa empty.

pandai main sorok-sorok ni.

kadang-kadang tertidur pun sambil pegang henset. aduh, setianya lah. masa bulan puasa hari tu duit berjimat gila kot. bila mak tanya
"berbuka apa hari ni?" mesti cakap 
"dekat masjid, simpan duit"

kadang-kadang dia cakap berbuka dengan air water cooler. mak tanya
"kenapa tak beli air manis?"
"air mahal ma, seringgit satu"

***

satu hari dia dah nak balik semula ke tempat pengajian. malam itu naik bas. ayah pesan, bila sampai jangan lupa hantar mesej.



"ayah, dah sampai" (mesej dihantar kepada ayahnya)

seminit lepas itu

"yang, abang dah selamat sampai niew" (mesej dihantar kepada ayahnya JUGA)





pagi-pagi, biasalah mamai. haha

Tuesday, September 14, 2010

Sisi Insaf

Di kampung saya kebanyakan banglo-banglo besar yang wujud adalah milik mereka yang kerjayanya doktor. Maka tanggapan saya, gaji bukan masalah untuk seorang doktor. gaji bukan sebab penyebab kepada kurang kualiti dalam perkhidmatan seorang doktor, mahupun jururawat

baru-baru ini, saya dapat tahu itu semuanya palsu.

sejak dua bulan lepas saya banyak habiskan masa di hospital, teman mak saya tak sihat. seronok juga. ingat lagi post ini ? ini ditulis masa hari-hari awal saya di hospital, maksudnya, baru tanggapan awal. teruk kan saya? emo saja.

saya sempat berkenalan dengan seorang doktor muda, lelaki. muka baik sejuk mata memandang. ramai pesakit suka doktor muda ni. sebab senyum tak lekang di muka. kalau tak senyum pun nampak macam senyum. suatu hari saya sempat berbasa-basi dengan dia.

"penat kerja dekat hospital ini, gaji rendah. tak setimpal dengan kerja"

saya macam terfikir apa yang tak setimpalnya? lepas seminggu lebih ulang-alik saya perhatikan doktor itu asyik pakai baju sama saja. seluar pun nampak sama saja. dan lagi sedih bila tengok kasut dia. saya agak warna asal kasut itu hitam, bukan coklat kusam.

kadang-kadang kena bermalam sehari-dua tidur atas lantai. satu malam itu, doktor muda itu ada sekali. sampai lewat malam pukul 12 pun dia masih lagi kerja. tengah periksa dokumen, saya intai-intai. bila lampu dah suram sikit, saya perasan dia belum lagi balik.

pagi esok pukul 5.30 pagi saya nampak dia dah mula buat kerja. sampai ke petang doktor itu masih lagi berulang-alik tanpa meninggalkan senyuman manisnya itu. haih.


kalau macam ni lah kerjanya, memang patutlah doktor kadang-kadang terlepas cakap ke, teremo ke. penat beb duk melayan kerenah pesakit-pesakit ni.




saya faham sekarang. sangat faham.




"Selamat hari raya kepada semua doktor dan jururawat yang pernah memberi khidmat kepada ibu saya sepanjang berada di wad. Ampun maaf dipinta (hehe). Semoga sentiasa dilimpahi rezeki dan keberkatan daripada Allah. kerja kalian mulia, InsyaAllah tak setimpal di dunia, di akhirat kalian kaya raya "

:)

Thursday, September 9, 2010

Jarang aku letak gambar di blog


-siput-

Thursday, September 2, 2010

matang

muka macam bontot kuda.


setiap kali saya ke pasaraya atau mall, saya mesti rasa nak sepak-sepak muka perempuan yang jaga bahagian rak kasut, perempuan yang jaga bahagian pakaian, perempuan yang jaga kaunter pembayaran dan perempuan yang suka mekap dengan kapur.


jangan salah anggap. ayat pertama dan perenggan kedua tiada kaitan.

***

saya pun tak tahu kenapa saya ada masalah dengan permukaan yang gelap yang bila diletak bedak tebal2, nampak kelabu.

sudahlah.


saya kadang-kadang setuju juga dengan artikel ini. boleh dikatakan, hari-hari saya ke mydin , walaupun hari-hari terpaksa menatap muka perempuan-perempuan yang tersebut kat atas tu, apa boleh saya buat?

pasaraya mydin ini besar, walaupun ia menjadi kunjungan saya saban hari, saya tetap merasa kesukaran mencari barang. maka jalan paling mudah ialah bertanya singa-singa betina yang menjaga di sepanjang rak.

"Akak, nak tanya boleh? " perempuan itu bagi pandangan pelik.
"Akak, gula icing ada ? " mungkin dia terpesona dengan kesopanan saya bertanyakan soalan, sebab dia macam tenung saya lama-lama.

saya lebih selesa memanggil akak sebab saya rasa saya masih muda.

"gula icing habis , dik " lepas itu dia senyum-senyum.
"terima kasih kak" 


pandai pula dia senyum. aneh.


sebelum berbuka tadi, saya terpandang ulah saya depan cermin. oh untuk rekod, saya jarang menilik di cermin cuti-cuti ni. lepas tekejut beruk depan cermin kejap, saya dapatlah jawapan kenapa akak itu senyum-senyum kambing.




"amboi, tebalnya misai aku "

Thursday, August 26, 2010

Menjadi Jujur : Siri Dua point Lima (2.5)

Prolog

situasi depan komputer, dalam Cyber Cafe. saya tengah melayari laman Web Bank Negara Malaysia.

saya baru sahaja kecewa sebab tak sempat mohon tempat di Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebab tarikh tutup permohonan baru saja tamat. pukul 5 petang tadi.

Demi membalas dendam terhadap UTP saya cuba nak mohon BNM. dalam hati saya bergumam
"Padan muka kau UTP, tak nak aku sangat."
lepas itu ada suara lain berbisik dekat saya
"macam lah BNM nak sangat"


***

entri ini adalah sambungan "Menjadi Jujur : Siri Dua". 

temuduga individu tu berlangsung selama 20 minit. jadi, sempatlah ada sesi berbasa-basi selama 5 minit sebelum kena ceramah dengan wanita korporat tu (jangan baca "wanita keparat" tau, tak baik) selama 15 minit selepas itu.

Babak 1

"jadi, apa keistimewaan awak ?"
"saya seorang yang berani. suka tampil di depan khalayak ramai"

lelaki berkumis tu belek-belek fail sijil saya. selepas tak bertemu dengan apa yang dicari dia bertanya

"berpidato? berbahas? "
"err, menyanyi.. "

Babak 2

"apa yang awak akan buat bila menghadapi masalah? bagaimana awak mengawal tekanan emosi ? "
"saya akan buat perkara yang boleh menggembirakan hati saya, dengan itu saya boleh lupakan masalah buat seketika"

wanita korporat (bukan keparat tau, tak baik) itu kelihatan berbincang dengan seorang lagi lelaki berkumis dan bertanya

"awak cuba lari daripada masalah? "
"oh bukan, cuma lupakan seketika"

"apa perkara yang boleh menyebabkan awak lupa masalah? selesaikan soalan matematik ? " sambil ketawa kecil
"err, saya menyanyi"


Babak 3

"Apa yang awak boleh katakan tentang matematik? kenapa ia jadi pilihan awak ?"

saya diam sekejap.

***

Epilog

"apa aku nak mohon ni?". dalam laman web BNM tiada satu pun yang berkenan dengan hati saya. saya cuba cari engineering. adalah satu
Kejuruteraan Kewangan

"layan sajalah. bukannya dapat pun." gumam hati saya.

maka saya buat 2 pilihan
MATEMATIK - United Kingdom
IT - Australia

***

sambungan Babak 3

sampai hari ini saya rasa nak terjun daripada tingkat 17 bila teringat apa yang saya jawab.

tak sanggup nak bagitahu, tapi yang boleh saya cakap ia berjayalah menukar wanita korporat itu jadi singa betina.




lagi sekali saya pinta jangan baca wanita keparat.

Wednesday, August 25, 2010

Bejat.

Bila pura-pura ini akan bernoktah?


- Ditaip menggunakan iphone

Tuesday, August 24, 2010

Menjadi Jujur : Siri Dua


Bila dah naik tingkatan empat, saya jadi pandai sikit sebab dapat masuk MRSM Taiping. Masa tu nama MRSM Taiping ni macam sangat gah la juga. Macam budak kepala geliga yang kalau kita tanya fakta sejarah siap boleh bagitahu muka surat berapa, ayat mana, perenggan mana, muka surat tu warna apa pun ingat ,berpusu-pusu lah nak masuk MRSM Taiping.

Tapi kalau tak pandai macam manapun, maksudnya  tak pandai jenis macam percubaan PMR Geografi dapat C, Sejarah D, dan bahasa Inggeris tak pernah dapat A kecuali untuk peperiksaan UPSR, bila Allah takdirkan untuk dapat MRSM Taiping, dapat juga kan?

kredit untuk kawan saya yang kini belajar di mesir kerana jasa beliau memberi saya meniru jawapan untuk kertas dua peperiksaan Sejarah(termasuk kertas objektif sekali). dan Geografi. dan Sains. dan sedikit Bahasa Inggeris.


Kalau saya cakap otak budak MRSM Taiping ni berat macam sauh kapal percaya tak?

Agak kejutan budaya lah seminggu-dua masuk sekolah ni. Sorang-sorang kalau boleh semua gaya nak makan buku. baru 9 saat kelas persediaan bermula, mulut sekor-sekor dah terkumat-kamit hafal fakta biologi macam baca mentera. mata tu tak henti-henti menjilat muka surat, kalau boleh saiz tulisan dan jenis tulisan apa pun nak hafal. lagi kejutan budaya bila keluar saja keputusan semester pertama, tengok nama sendiri termasuk dalam 10 teratas.

wadehel?

Semua belajar bagai nak rak bukan apa, sebab nak kejar biasiswa lah, nak ambil kos pelik-pelik. jadi keputusan SPM nanti kena gempak habis. Saya ni jenis ikut orang. orang minta MARA, saya minta. orang minta PETRONAS saya minta. orang minta JPA pun saya nak minta. orang minta Bank Negara Malaysia(BNM), saya cakap "kau gila ke?"

masa masih belajar di MRSM Taiping, siapa2 yang dapat biasiswa BNM macam otak geliga tahap nirvana habis lah. kami disogok-sogok dengan gosip liar. sebab tu bila kawan saya cakap nak minta biasiswa bank saya cakap dia gila. 


Tapi tetaplah kan, kalau takdir dah tulis yang kau akan dipanggil temuduga BNM, nak buat macam mana.


Masa tu, otak saya dan jiwa saya dah bersatu dengan kos Chemical Engineering di bawah tajaan MARA. maka bila BNM panggil interview saya buat bodoh saja. ini memang betul-betul buat bodoh. pergi temuduga bawa kepala dungu saja.


masa tengah kumpul2 dalam satu bilik tu, saya dah seram sejuk tengok muka sorang2 macam Albert Einstein ada,  macam Isaac Newton ada. macam biasalah bila baru jumpa, tanyalah nama sekadar nak berbasa-basi. tiba-tiba saya pergi tanya soalan ni
"kenal Mawi,Akademi Fantasia 3 tak? "

semua buat muka tegang. nasib baik ada seorang mencelah
"Akademi Fantasi tu apa? "
di situ saya dah nampak saat-saat kegagalan saya untuk temuduga ini.


Tiba saat temuduga individu. dengan 3 pengarah jabatan BNM. 2 lelaki berkumis, seorang wanita korporat duduk depan saya. bila dah tamat sesi berbasa-basi tiba-tiba wanita korporat itu dengan tegasnya bertanya
"What do you know about Bank Negara Malaysia?"

mampus. sejujurnya saya memang tak tahu. tak tahu langsung. maka sebagai bekas pelajar MRSM Taiping, antara jawapan "I don't know " atau goreng-goreng sikit, saya rasa saya ada bakat menggoreng.


"well, It acts like a normal bank. public bank". 
wanita korporat dah buat muka menyinga. tiba-tiba salah seorang lelaki berkumis tu mencelah 
" you mean, public bank where we open our bank account and save money?"
dalam hati saya lega sebab pakcik ni tolong huraikan untuk saya. saya dengan penuh yakin jawab



"YES"


15 minit yang seterusnya, saya sekadar tadah telinga dan senyum-senyum kelat mendengar "ceramah" daripada wanita korporat itu.











Monday, August 16, 2010

Menjadi Jujur : Siri Satu

Setelah bertapa selama 6 hari, saya ambil keputusan untuk tulis post pendek saja sempena Ramadhan penuh berkat ini. Ya, saya tahu anda semua pun mahu baca post pendek-pendek kan? sebab mahu kejar waktu solat tarawikh semua. bagus-bagus.

masih ingat saya sebagai produk gagal bola sepak?

sungguhpun begitu, saya tidaklah sampai tengok orang main bola pun muntah-muntah. loya ke. tidak. sekadar bukan dalam bidang saya.
dulu saya budak baik. dekat mrsm dia ada dua jenis muka. muka minta penumbuk dengan muka biasa-biasa. jadi, saya kategori muka biasa-biasa, syukur.

tapi kadang-kadang kena juga suruh pergi ambil air masak isi dalam botol dekat dewan selera. main suruh-suruh paksa-paksa ni saya tak suka. maka kadang-kadang saya ludah-ludah dalam air masak mereka. padan muka.

dihari baik bulan baik ini, saya mohon maaf kepada siapa yang pernah terkena jampi serapah ludah-pudah saya emm.


dulu, ada pernah sekali, mrsm saya anjurkan pertandingan bola sepak inter-class. maksudnya macam mana bangku kerusi pun kaki kau, kau kena juga sertai sebab satu kelas lelaki ada berapa ekor saja. maka dengan penuh gigihnya saya menerima pelawaan untuk bermain sebagai sayap kiri. cewah.


bila orang yang macam saya ni turun padang, ramai mahu saksikan tahu. bukan calang-calang orang boleh tengok saya beraksi ganas di padang. betul. saya ganas sungguh.

5 minit permainan pihak lawan dah dapat sepakan percuma sebab saya tolak pihak lawan sampai tergolek jatuh. saya bukan sengaja. tengah laju kot lari kejar bola, main bola pakai kasut jogging, mana tak licin?
lepas itu saya kena tolak masa tengah syok gelecek bola. tergolek saya jatuh sampai berguling-guling dua tiga kali. bila bangun saya angkat ibu jari tanda ok.

padahal berpinar juga mata. konon gagah.


jujur saya cakap, saya memang baik. tak suka menipu.

masa tu tinggal berapa minit perlawanan nak habis, masih terikat 1-1. saya tengah jaga bahagian kiri. ada perebutan bola yang sangat sengit di bahagian kotak penalti. saya bertindak hero pergi join sekali. saya betul-betul depan pintu gol bila tiba-tiba pihak lawan sepak bola terus ke gawang gol. masa itu ramai gila orang depan pintu gol, macam lalat hurung tahi lembu.


orang bersorak sorai sebab bola tak masuk gol. bola terkena saya. semua orang macam kagum sebab saya berjaya tangkis bola. tiba-tiba saya jerit



"ref! bola kena tangan saya tadi !"




akhir kata, kelas kami kalah. selamat berpuasa !

Tuesday, August 10, 2010

entri pendek sebelum puasa

dah lebih sebulan rupanya saya dah balik Malaysia. mana nak sedarnya hari-hari duk ulang-alik pergi hospital saja. mak saya cakap hospital dah macam rumah kedua. selang satu hari jumpa doktor. hari-hari kena cucuk dah rasa macam satay.

selama sebulan lebih ini merasa juga saya perasaan macam mana jadi anak tunggal.

teruk. sumpah.
***

anda tahu apa beza malaikat dengan setan. kalau nak lebih faham, baca mesej di bawah


1.kawan satu
saya : hidup aku bosan
kawan saya : pergilah keluar. dok masjid ke dgr kuliah2 maghrib dan subuh. Heh. Nak best lagi dgr kuliah tok guru ke.



2.kawan dua
saya : ok basically apa yang aku nak sampaikan , kenapa hari ni hati aku bergundah gulana ha? Gelisah tanpa sebab . Haish
kawan saya : biasale setan n kerabat die mmg tgh gundah gulana skrg coz lusa dh nk puasa






Sunday, August 8, 2010

cerita seorang ayah

hari itu bertarikh 13 mei 1998, umur anak dia baru  9 tahun. dia memiliki anak anak lelaki 5 orang dan semua dilatih supaya minat bola. anak perempuannya yang seorang pun ganas, macam lelaki. maka hari jadi anaknya yang kelima ini, dia bagi sebiji bola sepak getah sebagai hadiah hari jadi.

12 tahun lepas itu, anak dia jadi produk gagal bola sepak.


hari jadi tahun 1999 anaknya merengek-rengek mahu makan ayam goreng crispy Mc Donald. baru keluar iklan. yalah, hari-hari asyik tatap televisyen tengok Dragon Ball, Power Rangers, Sailormoon mesti ada selit-selit iklan ayam goreng crispy Mc Donald yang menggoda itu.

petang itu, ayahnya membonceng anaknya menaiki motorsikal honda lampu bulat pergi ke restoran Mc Donald di bandar. waktu itu, masih tiada kereta. budak itu diletak di bahagian hadapan, dalam bakul. selesai membeli, anaknya merajuk sebab ayah kata tak boleh makan dalam kedai Mc Donald, sebab nanti harga dia mahal. anaknya akur. ayah ajak pergi makan dekat tempat yang lagi istimewa.

5 minit naik motor, ayah berhenti depan kedai kopi.


kalau waktu maghrib, ayah ini memang larang anak dia tengok tv. dihambatnya semua pergi solat maghrib. kalau masih ingat, pukul 7 sampai 8 malam itulah ada rancangan kartun yang menarik! bila ayahnya masuk mandi dalam bilik air, budak-budak ni pergi buka tv. mak bagi buka. mak subahat sekali.

sebab takut ayah dengar, mereka rendahkan suara tv sampai kosong.

ada satu hari waktu maghrib, ayah buka tv. semua tergamam. rupanya waktu itu ada siaran langsung piala dunia. sampai sekarang, anaknya yang sulung berdendam.


anak dia yang produk gagal bola sepak ini minat benda lain. 4 orang anak lelakinya, kalau balik sekolah saja mesti duk gebang pasal kehandalan main bola. ayah pula layanlah. bukan main seronok mereka bersembang. kadang-kadang sampai 7 8 kali diulang cerita yang sama. bola. bola. bola.

"ayah, minggu lepas menang pertandingan nasyid. jadi solo nyanyi lagu arab"
"ok"

"ayah, bulan lepas main bola tampar menang. boleh pergi peringkat daerah"
"ok"

"ayah, hari itu menang jogathon, nombor 3 daripada beratus-ratus orang"
"ok"

"ayah, hari itu pergi bertanding kawad kaki peringkat negeri, menang nombor 2"
"ok"


bila anak dia dah besar, anak dia dapat pergi luar negara. bukan main gembira lagi dia. antara pesanan saat-saat akhir sebelum mereka berpisah
"nanti bila dah sampai, carikan kasut Clark yang bentuk macam ni ya"


semalam, 7 ogos 2010, anak dia kebosanan duduk di rumah. mak dia tak berapa sihat. selalunya beli nasi bungkus untuk makan malam. tapi semalam anak dia macam beriya-iya nak tunjuk skil memasak dekat ayahnya. yalah, setahun duduk luar, mestilah boleh masak sikit-sikit.

bukan main gigih budak itu masak. semangat ni. siap hias-hias cantik. katanya, persembahan tu penting. budak itu masak ayam masak lada hitam. lepas siap, ayahnya masuk dapur, bertanya anak dia.

"masak apa?"
"ayam masak lada hitam ayah"
"oh ayah tak makan benda2 macam ni"

eh?

lepas tu ayah dia rasa.




"hmm, goreng telur mata kerbau 2 biji lah"





Friday, July 30, 2010

mari berceloteh

pagi-pagi dah dapat mesej daripada muizz. "aku ambil kau pukul 9". mampus. barang tak kemas lagi, mihun tak masak lagi. matilah semua orang bakal makan mihun celup air sungai nanti.

hari ni, mahu pergi berkelah di Jeram Pasu, Pasir Puteh. sejam perjalanan daripada Kota Bharu.

macam aku berpeluh ketiak bagai masak cepat-cepat sekali driver datang pukul 10. apa kes? harus tolak duit minyak! tapi takpa, kerana bersemangat untuk menyentuh air sungai yang dingin selepas setahun mengidam, aku bekalkan mereka dengan mihun goreng basa-basi, keropok keping cap ikan parang dan sandwich telur dan tuna.

dan ini pengalaman pertama naik Volkswagen warna hijau emas-emas gitu. meletup sangat!

muizz, alhafiz, asif, luthpi dan aku berhimpit sekejap dalam kereta itu sebelum bertemu Udin di perjalanan. luthpi kena tendang ke kereta udin, dan perjalanan bermula. hoyeah ~

pertama, buat jalan raya tu macam jalan makcik sebelah rumah punya sebab pasang lagu dalam kereta macam nak tempah parang dan penyepak daripada orang lalu lalang. punyalah kuat sampai suara sendiri memekik pun tak dengar. oh sangat seronok layan lagu-lagu sentimental sambil menanti dinginnya air jeram nanti.

sampai rumah alhafiz semua pakat serang kebun buah-buahan belakang rumah dia. Durian, rambutan, dokong, manggis antara menjadi mangsa serangan. hafiz menampakkan skil tangkas memanjat lagak seekor monyet sambil menggongcang pokok supaya buah manggis gugur. kami yang tak berapa handal ini jadilah kuli mengutip buah yang jatuh.

oh, juga tidak melepaskan peluang memanjat pokok itu. tapi bila sampai atas semua lutut terketar-ketar. hah.

habis semua pokok digondol, kami bertolak ke Jeram Pasu. macam biasa, masih mengekalkan anggapan yang jalan raya itu makcik sebelah rumah punya, kami memandu ke destinasi dalam masa kurang 15 minit. bila sampai,


kecewa.

perkara pertama yang nampak adalah jentera pengorek pasir berwarna jingga dan trak-trak tengah memperkosa keindahan jeram di situ. air berkeruh. hancur harapan. pergi tinjau2 sekejap dan semua orang muka down.

Tindakan mantap diambil Udin. dikeluarkan HTC HD2 dan terus mencari destinasi "Jeram Lenang" di GPSnya. kami dapat tahu, Jeram Lenang hanyalah 17 minit perjalanan daripada tempat itu. maka?


pecut kereta ke Jeram Lenang!


baru sahaja seronok-seronok hidupkan api untuk bakar ayam, sekali hujan turun lebat gila! syukur ada pondok berdekatan, kami pindah barang ke bawah pondok tapi masih meneruskan misi membakar ayam di bawah runtuhan hujan lebat itu. nak tahu macam mana?

tunggu gambar di facebook.


jadi, tak perlulah cerita apa yang kami buat kan ? takkan pergi basuh baju ke, tengok tv ke, shopping ke, kan?

main air lah beb!







Destinasi : Air Terjun (checked) 
hoyeah~







Tuesday, July 20, 2010

Drama dulu sekarang

Sekarang tengah tunggu giliran untuk buat rawatan gigi. Biasalah kan? Kalau tunggu giliran ni sampai berjanggut cukur 2 kali pun takkan dipanggilnya nama kita lagi.

Ok, hari ni bukan nak komen pasal doktor gigi ke apa ke.

Perasan tak macam mana perubahan dalam drama melayu sekarang? Oh tadi tengah tunggu bosan2, ternampak iklan drama di tv3.

Dulu judul cerita yang digunakan selalunya berbaur puitis2 gitu. Contohnya "Berarak Mendung Kelabu" , "Janji Kasih", "Jalan Neraka", "Jangan Dilukai Hati Nan Lara" . Macam lagi panjang dan puitis lagi producer suka.

Lepas itu judul berubah kepada yang terselit-selit nama perempuan sikit. "Janji Diana" , "Lara di Hati Sarah" dan macam macam lah. Anda kalau minat drama melayu anda tahu.

Sekarang?

Semua dah hilang puitisnya. Ada gaya baru. Guna nama perempuan yang sebutan dia itu kalau boleh nak tergulung-gulung lidah. Laila Isabella, Laila Balqis, Sofia Maisara Adila. Uh nanti kalau bagi nama anak panjang2, padan muka dia lenguh2 tangan nak tulis nama di kertas jawapan peperiksaan.


Cakap pasal watak pula, dulu-dulu kalau nak cipta watak perempuan yg suci, bersih, sopan santun dan berperibadi mulus, mesti muka dia kena mekap nipis-nipis je. Rambut pula kena mengurai panjang menari-nari bila ditiup angin, pakai baju kurung, suara pula halus2 selalu kena nangis2 menanggung segala tohmahan dan fitnah terhadapnya dgn hati yang redha. Ada scene bercucuran air mata atas sejadah bagai.


Sekarang trend dia dah berubah. Saya mula perasan selepas cerita Nur Kasih ditayangkan.


Watak wanita bertudung cantik molek, baju takdalah semua baju kurung tapi menepati hukum menurup aurat. Hoyeah sekarang pengarah berlumba-lumba suruh watak wanitanya bertudung.

Cantik, nampak ayu, tengok pun sejuk mata memandang walaupun sebenarnya di luar set takdalah secantik, seayu, semulus fulus itu.






Maka hakikat lah kan?

Saturday, July 17, 2010

cakap-cakap orang tua

pakcik : pakcik ni kerja kampung je dik. anak-anak tak belajar jauh macam adik. semua buat kerja kampung je. 

kami mulakan perbualan lepas solat maghrib tepi koridor tingkat tujuh. sambil menikmati dingin udara selepas gerimis senja tadi. panjang doa pakcik tu.

saya : pakcik tunggu siapa ?
pakcik : itu, orang rumah sakit, kencing manis. nak kena operate. buang kaki, tapi dah tangguh 3 hari dah. kesian pakcik tengok hari2 kena puasa, lepas tu kena buka sebab doktor kata takda kosong.

kami mula berbual pasal keburukan bila kena penyakit diabetis ni. banyak yang pakcik nasihatkan saya.

pakcik : kalau sakit jantung takpa, sekali kena terus 'out'. (saya tersengih). ini kencing manis ni, dia datang senyap-senyap.


saya kagum dengan ilmu yang pakcik ada tentang macam mana penyakit itu merebak. mungkin banyak pengalaman, walau kerja kampung pun, perkataan "sel", "stress" tetap terpacul daripada mulut pakcik.


pakcik : pakcik tak belajar tinggi, tapi apa yang boleh cakap, boleh nasihat pakcik bagi. kamu itu makan kena jaga. makanan lah punca segala musibah ni.
saya : betul tu pakcik. macam orang kita ni. pagi-pagi cari apa? teh tarik, roti canai, nasi bungkus.

kami tergelak sama-sama. padahal pagi tadi aku baru melantak nasi kerabu.

banyak jugalah cerita yang pakcik hamburkan pada saya. macam sepanjang hidup dia merantau sana-sini, pasal anak-anak, pasal macam mana tahap kesedaran terhadap pendidikan zaman dulu, pasal didikan ibu bapa. oh saya rasa sangat matang sekejap. heh.

umur sudah 21 tahun pun masih rasa muda ke?


pakcik : pagi tu kalau boleh,minum air masak dulu. baru masuk benda manis. makan pula jangan nak manis je. bila sel kita terbiasa dengan manis, sekali tak dapat manis tak senang duduk.

lepas tu pakcik sambung cerita lagi tentang keburukan makanan yang diambil belebihan. lama juga kami sembang. bila dah rasa habis topik dan mata dah ngantuk, kami tutp perbualan.







saya : malam ni pakcik balik?
pakcik : a'ah. pak cik nak turun jap, hisap rokok.

Friday, July 16, 2010

post emo

doktor perempuan, kalau muka itu bagi nampak lagi elok sikit daripada cekodok pisang basi, boleh tak?

kepada yang bakal jadi doktor, tolonglah. pagi2, cuci muka, pakai make up, kalau boleh toreh gincu dekat bibir buat bentuk bibir yang senyum macam badut, baru pergi kerja, ok? kalau boleh, pakai baju badut sekali.


apa kau ingat pesakit dalam wad tu belajar perubatan ke dulu? tapi aku tahu yang kau dulu sebelum jadi doktor duk mengadap buku tebal-tebal, hafal lepas itu ambil ujian, buat praktikal, lepas tu jadi doktor. maka, sebab kau seorang doktor yang ilmu tu TINGGI sikit daripada orang lain, kaulah yang sepatutnya nasihat pesakit kau elok-elok apa yang patut dia makan, apa yang patut tak makan, apa yang perlu di buat, apa yang perlu dia tak buat.


kalaupun kau ada masalah dengan suami kau kat rumah ke, kau ada masalah hutang kereta tak berbyar ke, kau ada cirit-birit ke, tak perlu kot kau nak marah-marah orang-orang tua yang sakit dalam wad tu.

kau marah sebab pesakit tu makan buah. yang kau jadah tak bagitahu kat orang dapur jangan bagi buah kat pesakit sekian-sekian ,kenapa?

kau marah sebab pesakit lupa tarikh dan tempat dia buat rawatan dulu kenapa ? eh hello ~ nurse-nurse yang bersepah kat dalam wad tu kerja diorang apa? dan apa kau expect daripada seorang pesakit. dia sakit, faham tak? manalah sempat dia nak ingat apa nama doktor yang rawat, bila kena rawat, kat mana kena rawat, masa rawatan itu apa doktor buat.

kau marah sebab pesakit tak ada bola kecil untuk exercise pagi2 supaya nanti dekat tangan dia timbul urat nanti senang nak buat 'pistular' . wei pandai, kau pernah makan selipar jepun cicah air longkang tak?

kau ingat pesakit yang datang itu semua masa muda-muda dulu belajar masuk universiti ke, macam kau? mereka makcik pakcik tua, tahu? maksudnya tak tahu apa2lah pasal ilmu perubatan, sebab tu datang jumpa kau. kau doktor kan?

ada otak kan?



nak tunggu kena pecat dulu ke baru nak belajar senyum tu macam mana ha?

Wednesday, July 14, 2010

durian.beri.pantai.hujan oh indahnya

peringatan awal-awal, entri ini hanya orang tertentu sahaja yang faham. kalau masih nak baca, silakan.

saya sudah 2 minggu balik ke tanah air, Malaysia. oh sepatutnya saya cakap, saya BARU saja 2 minggu balik ke Malaysia dan terus cabut lari pergi pusing Malaysia. teruk betul kan? macam setahun tak balik rumah, baru 2 minggu jejak lantai rumah, dah pergi bercuti. oh jangan contohi perangai ini, jadilah anak yang baik, ok?

tapi demi mengubat rindu, saya sanggup.

fakta 1. 
pernah tak anda mengharapkan yang buah durian itu bukan berwarna hijau? tapi warna menyerlah macam merah, kuning terang, oren atau biru? kalau anda ada pengalaman pergi mengutip durian di dalam kebun durian yang berhutan tebal, berumput lalang, maka anda tahu kenapa.

bayangkan dengan rumput hijau basah2, lalang tinggi menggunung, semak samun tebal, nyamuk-nyamuk, pacat-pacat, susah kan nak cari durian. tapi ini pengalaman pertama saya, saya redah saja.

kawan saya cakap, saya banyak songeh.

fakta 2.
lagi satu, kalau anda pernah jumpa buah beri tepi paya, maksudnya anda tak cukup lagi ilmu hidup di kampung.


sawah padi yang menguning dan awan yang membiru adalah spot yang cantik untuk bergambar tapi bukan pada pukul 10 atau 11 pagi bila matahari sedang naik meninggi di kepala, tahu itu?



fakta 3.
istilah MAKAN ANGIN adalah sangat tepat bila anda menaiki motor sejauh 60 kilometer dengan kelajuan 100 km sejam dengan melanggar semua lampu isyarat yang berwarna merah  tanpa henti dan menganga mulut luas-luas. sedap.


tahukah anda ikan tembakul itu rupanya sangat menakutkan? macam seekor katak yang disumpah menjadi ikan yang berkaki dan melompat-lompat sambil mengangakan mulut. saya jadi tertanya-tanya kenapa dalam dongengan batu belah batu bertangkup, ibu itu merajuk kerana tak dapat makan telur ikan tembakul. seram ok rupa ikan itu.


fakta 4.
kalau mandi-manda di pantai, jangan pakai baju putih berjenama ZARA. nanti anda akan bersumpah seranah kerana ada benda kuning-kuning melekat di baju dan tidak hilang bila dibasuh. dan baju itu layak jadi kain buruk saja. kain buruk ZARA, ok?


pengalaman menbonceng motor dan melanggar lampu isyarat di waktu malam sambil menjerit "kau gila ke?" adalah pengalaman yang paling saya nak lupa cepat-cepat. haha. tapi saya tabik spring lah sebab kegigihan memandu pergi balik, tak suruh pun saya.

maghoh lah ni.


fakta 5. 
saya tak mahu ulang cerita pasal hujan dan pak cik guard. perit. ingat2 sendiri.

dan

kalau pergi jalan-jalan, padan muka awal-awal kalau tertinggal charger bateri kamera.





kepada yang tertanya-tanya dan terlopong tak faham, jangan banyak tanya :)

Friday, June 18, 2010

Jom Gembirakan Hati Kawan :)

ha ! kepada yang tekan link ni, terima kasih, anda memang seorang kawan yang prihatin. tahniah2. macam tu mukaddimah mengejut.

Saya yakin kebanyakan pembaca blog saya ini mengenali Nur Syahirah Mat atau lebih dikenali sebagai Syera Mat. kan?

cop! jangan pasang lagu Wajah nyanyian Jaclyn Victor tau, ini post selamba2 je.



Ni, syera dia baru kena kebas duit. atau dalam kata lain, duit dia baru saja kena kebas. banyak la juga. 190 pound. jangan convert kepada ringgit, kalau tak lagi banyak.


Jadi, dengan menggunakan populariti blog Cerpen : Senyumlah Seikhlas Siput, saya dengan segala hormatnya menjemput rakan-rakan pembaca setia terutamanya yang duduk UK ni,

jom bagi 1 pound seorang ! 

bayangkan jika seorang bagi 1 pound, 20 orang dapat 20 pound, 100 orang dapat?
100 pound, pandai.

Kalau nak rasa best lagi, kalian anggap je 1 pound itu macam kalian belanja syera dekat poundland beli Walkers.
Nak?

Kalau nak, buka account bank korang, taip tiga benda ini

account number : 14357460
sort code : 30-97-86
reference : Walkers

belanjalah syera 1 pound sajo. ok? kalau bagi lebih pun takpa, nanti syera belanja chicken cottage. :)


kalau nak tanya apa2, contact lah dia dekat facebook.
dia tengah sibuk2 exams sekarang, tahu? doa moga syera diberi kekuatan. (haha aku rasa macam nak pasang muzik cerekarama tv3) 




akhir kata, 
Belanjalah Walkers Seikhlas Siput 

Saturday, June 12, 2010

Borak-borak Chocolate

Sebelum saya bercerita, saya nak promo Birmingham sekejap. hei hei, pembaca-pembaca, jemputlah datang ke Birmingham sebab dekat rumah saya ada kilang utama chocolate Cadbury world. Tambang bas murah tiga ringgit setengah pergi balik. murah2.

hari itu, teman saya daripada Leicester datang ke Birmingham. murah rezeki dia, elok-elok hari dia datang, saya ada buat bakar-bakar satay sikit. sehari sebelum bakar-bakar satay, saya ada periksa ramalan cuaca untuk hari esoknya, katanya akan hujan start pukul 10 pagi. maka saya hantar email dekat kuncu-kuncu saya,

bakar satay esok start 6 pagi. kau mampu?

tapi kuasa Allah mengatasi segalanya, dalam pukul 8 macam tu hujan turun dengan lebatnya. (jap, hujan lebat dekat UK anda jangan la bayang macam hujan dekat malaysia ada ribut petir sabung mrnyabung semua. Hujan lebat di Uk ala-ala sopan je) . sekejap saja, lepas itu hari cerah sampai ke petang. so pengajaran dia,

kau gila nak start bakar pukul 6 pagi?


oh sambung cerita kawan saya. Dia macam ala-ala mengidam nak pergi Cadbury World, maka kami janji nak pergi pukul 10 pagi esoknya. janji melayu, lepas pukul 2 petang baru kami bertolak. takdalah lewat sangat kan?

oh, kawan saya lagi seorang dia hantu chocolate. macam kalau sehari tak makan chocolate, hatinya gundah gulana. maka, sementelahan saya pergi Cadbury World, dia kirim minta beli sedikit. SEDIKIT.

"eman, tolong belikan aku chocolate sikit, boleh?"
"berapa?"
"beli dalam 200 pound"

***

Cadbury World ni, ni macam muzium chocolate lah. kalau nak masuk pameran dia, kena bayar 13 pound. Kalau rasa macam umur dah lanjut itu, melawat muzium chocolate antara terapi yang baik untuk mengembalikan keremajaan, sebab ia sangat kanak-kanak.

takutlah saya tengok orang berjanggut berjambang melompat-lompat macam dalam Charlie and The Chocolate Factory.


"excuse me, how many CurlyWurly can I get if I only have 50 p?"
seorang budak perempuan tanya saya. comel budak itu
"hmm, you can get at most 2 of them"
saya senyum sambil tengok harga CurlyWurly itu, 19 p. budak itu macam tenung lama-lama fikir, tengok syiling 50 p dekat tangan, dan ambil dua CurlyWurly.
"Would you like to have another 20 p, so that you can take 3 CurlyWurlys?"
sambil saya hulur duit 20 p.
"Are you sure? Thanks!" 
budak itu senyum sampai ke telinga dan terus ambil lagi satu.


oh sukanya jadi budak-budak kan?


dua tiga orang awam tegur saya sebab tengok saya bawa 2 troli penuh dengan chocolate.
"Wow, Thats a lot of chocolates!" 
"Well, big family.."
oh saya rasa macam seorang nenek penyayang yang sangat sayangkan cucu-cucunya.

"Dude, you really are a chocolate lover!" sambil mata terbeliak tengok troli.
"haha.." saya bagi gelak mesra.

masa tengah beratur bayar, saya perasan ramai budak-budak tengah bisik-bisik dengan kawan sebelah sambil tunjuk-tunjuk ke arah saya.

sambil tunggu barang diimbas, saya berborak mesra dengan cashier dekat situ. lepas siap masuk dalam bag plastik, cashier itu cakap

"Are you ready to hear this?"
"Absolutely!"



"It is One Hundred and Twelve pound, ONLY"

Friday, June 4, 2010

Hari Biasa Yang Biasa

saya kalau telefon kawan di Malaysia, selalu cakap paling kurang 2 jam. dan selalunya 10 minit cerita saya di UK dan selebih minit cerita kawan saya di Malaysia.

dia : kau apa cerita, sebulan tak call?
saya : hmm, macam biasa. takda cerita menarik, kau lak apa cerita dowh sebulan tak dengar khabar?
dia : aku ...

dan dia akan cakap tak henti-henti sampailah tiba-tiba putus sebab habis bateri. melampau kan?


itulah, saya pun pelik juga kenapa hidup saya tiada drama tv1 ke, drama swata astro ke, macam hari-hari berlalu  pergi begitu sahaja. heh. ataupun ada, tapi saya sembunyikan?

***

oh, hari itu saya sakit gigi selama 4 hari. mungkin ini bukan benda biasa kan? sebab sakit gigi itu melampau-lampau. bengkak gusi, jadi nak telan makan sakit. oh, sementelahan itu, housemate saya baru lepas dibedah. tapi macam saya punya melarat itu lagi over, tahu?

padahal kawan saya siap kena potong usus-usus bagai.

***

oh lagi, walaupun sakit gigi, saya tetap cekal pergi tengok Konsert Nasyid Zain Bikha with Friends. tiket dah beli 10 pound, mahal tu. bila sampai, saya rasa sangat sangat tak elegen.

satu sebab saya pergi seorang diri. 
dua sebab saya seorang saja bermuka asia.
dan tiga, saya seorang saja pakai tshirt (takdalah ketat sangat, Topman je), jeans (takdalah sendad sangat, Vans je) and kasut (takdalah over sangat, warna putih)


dan empat, semua orang lelaki pakai kopiah. senang cakap, semua pak-pak dan mak-mak arab lah.


ada seorang pak arab tegur saya

pak arab : do you think iphone is cool? (sebab tengah tengok saya syok duk tekan2 iphone sebab bosan tunggu pintu dewan nak buka)
saya : ha? (terkejut kot). oh yeah, iphone is the coolest smart phone I ever used (well, this is the first anyway kan). Do you plan to get one (sambil tengok isteri dia sopan2 bertudung tunduk2 malu)
pak arab : I do. How much did you get it?

pastu kami sambung sembang-sembang tentang asal usul, kerja apa, duduk mana. alah benda-benda cliche kalau berkenalan.

saya : what is your job, sir?
pak arab : well, I work with gambling company. you know, car racing, sort of things. 
saya : (did i hear wrongly (dalam hati la))  oh.  (saya jawab,terkejut dan tak tahu nak respon macam mana). well, I'm a student here, in Birmingham University.

sambung lagi sembang pasal Malaysia, pasal bercuti ke negara eropah.

pak arab : we only go to Muslim's Countries...
saya : oh (lagi sebab tak tahu nak jawab apa, sebab baru excited nak cerita tentang spain dan Amsterdam)


lama juga la kami sembang sebab pintu dewan tu bukan setengah jam lambat dari yang sepatutnya. dah lama sembang, baru saya sedar yang ada satu benda penting yang saya belum tanya.






saya : sir, what is your name ?

Saturday, May 29, 2010

Drama Pendek Mingguan

hari itu lepas pecah kepala jawab peperiksaan Impacts of Mathematics, kawan saya dari Edinburgh turun Birmingham jalan-jalan. dia duduk negara lain, maka jarang sekali singgah ke sini. maka saya bawa dia pergi Coventry, pergi Leicester jumpa kawan-kawan. seronok tengok dia shopping, happy. saya tukang angkat barang saja.

saya tak tahu teman serumah sakit.

ini dramanya. saya sampai rumah lebih kurang 9 malam. masuk rumah, sunyi, sepi macam tiada orang. masuk bilik, kemas-kemas barang saya buka laptop nak tengok movie My Name Is Khan. lama cerita ni 2 jam setengah.

tabiat saya kalau tengok movie, suka pakai earphone dan pasang kuat-kuat. nak feeling katanya.

selepas berhingus berair mata sebab mata masuk habuk, teman serumah lain, rasydan telefon iphone saya. dalam pukul 12.30 malam rasanya.

dia : eman, kau kat mana ni?
saya : kat rumah la.
dia : rumah mana (fine la sebab saya memang jarang melekat kat rumah sendiri) ?
saya : rumah sendiri lah. dalam bilik.
dia : (dengan nada terkejut) oh ya ka?
saya : (terkejut sebab dia terkejut) kau kat mana?
dia : aku kat hospital
saya : ha????


barulah saya tahu teman serumah saya yang sakit tu dikejarkan ke hospital.


ini cerita rasydan (pasang lagu amarah-mood cemas)

aku balik masjid-buka pintu-tengok eg lari-lari keluar bilik-tiba-tiba termuntah dekat ruang tamu-aku ingat biasa-biasa saja- eg sambung muntah dekat sinki-pastu eg mengerang sakit- baru aku cemas- call fahmi- call ambulance- motif staff ambulance cakap lagi 2 jam ambulance sampai- harus aku panik kan- fahmi datang- kejar eg ke hospital-

nak lagi ganas, esoknya eg dibedah.





macam kejadian ini berlaku semasa saya dekat tingkat atas je tengah tengok movie, boleh tak?

Saturday, May 8, 2010

Oh Sir! You Cheer Me Up :)

While I was doing some past papers (mathematics of course!)
suddenly

BUZZ!!!







oh I Always love you my dear sir <3 !

it so happens that he would always be the first to buzz me. 
haih~ bad student, me.


anyway,
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA!!!
DO YOUR GREATEST!!!
INSYALLAH. amin

Saturday, April 24, 2010

jawapan telur rebus

nampaknya penyertaan dalam kuiz amat memberangsangkan. ramai yang berebut-rebut ingin mendapat pangkat Profesor Pakar Telur Rebus, PPTR.

soalannya : macam mana nak tahu telur rebus dah masak ke belum

ini jawapan-jawapan mereka yang mencuba :

bihah :camner nak tau telur yg direbus dh masak atau belum..??
gi taruk dlm bekas yg ada air ke..?? then tgk sama de dia terapung ke tenggelam..?? betul ke..??

p.chek : telur rebus bila dah masak dia timbul dalam air menggelegak tuh! kan kan kan???

ladyNana : aku nak try ahh. telur tu ko letak atas meja then pusingkan. ( jgn laju2 kang melayang tak dapat buat eksperimen). pastu try stop kan. kalau terus berhenti, dah masak la. sbb takde liquid dah dalam tu, kalau die pusing lagi, maknanya belum. sbb still ada liquid. betuii tak?

nawwar : mahu cuba mahu cuba~

pusingkan telur tu, telur yg dah dah masak akan pusing lebih laju dr yg belum... 

betul x?


dan jawapan yang berjaya memikat hati juri ialah jawapan saudara nawwar.

Dengan ini saya anugerahkan darjah kebesaran PPTR kepada saudara nawwar kerana menonjolkan jati diri sebagai orang kampung sejati .


terima kasih.

~~~

hebatnya makcik-makcik pakcik-pakcik zaman dulu kala. mengaplikasikan fizik dalam mengeluarkan petua. kau mampu?

Friday, April 23, 2010

Teka-teki Petua

oh, hari ini saya mendapat semangat memasak mee kari sebab masa pergi NEXT sheffield hari itu, saya kecewa kerana mee kari dia tawar. oh, maaf terkritik pula. harap-harap mee kari saya ini cukup rasa.

tapi mee kari saya hari ini kurang lengkap. kerana tiada
1. kerang. oh kerang! rasydan, mee kari kerang sedap kan? celah mana saya mahu menangguk kerang di air keruh. pantai di UK ni berkerangkah? kerang UK pandai cakap english tak? ok, tak lawak.

2. taugeh. walaupun sayur taugeh sangat murahan, tapi tanpa ia kurang seri mee kari. cakap pasal taugeh, khairilanwar pernah cakap, kalau nak beli taugeh, jangan beli taugeh yang segar-segar dan nampak gemuk, sebab dia tanam guna air kencing. euuww tak?

3. pati kacang goreng. kamal panggil tauhu goreng. mana-mana lah. yang penting, walaupun pati kacang goreng tiada rasa, tapi ia mengurangkan warna dalam persembahan saya. persembahan penting, kan?

4. sawi celur. oh susahnya mahu ketemu sawi segar di Birmingham. asyik-asyik lettuce. asyik-asyik leek. tahukan orang Birmingham bahawa sawi sangat sedap dimakan bersama mee kari? maka, saya gantikan dengan bayam UK. harap-harap pertemuan timur dan barat dalam masakan saya menjadi.

tapi saya ada isi tambahan! pernah makan mee kari dengan nenas? haa, ini gaya kelantan. mari2, datang cuba.


oh, dan sudah tentu mee kari tak lengkap tanpa telur ayam rebus. maka soalan saya hari ini,
"macam mana nak tahu telur yang direbus sudah masak?"


masak di sini bermaksud sudah menjadi pepejal, faham?
siapa dapat jawab, dia layak dapat pangkat Profesor Pakar Telur Rebus,PPTR.
kata kunci dia, fizik.

(oh, rasydan dilarang sama sekali untuk menjawab)

Sunday, April 18, 2010

cerita orang cukup umur

kalau kalian akhil baligh awal, kalian akan tahu apa yang saya sedang ceritakan. macam itu mukadimah berbaur dewasa.

pembayang 1.
baru beberapa hari lepas saya pulang dari kota maksiat. Ya. cerita kali ini berbahasa ganas dan terus terang. tiada kias-kias, baru terbeliak mata nak baca.

selepas tengok cerita Pisau Cukur yang menampilkan fazura dan maya karin, tak pernah terlintas di fikiran saya yang suci ini untuk naik kapal besar gedabak ataupun nama komersil dia 'cruise'. macam kawan saya sebelum hari untuk naik kapal, dia pergi tengok cerita titanic. katanya nak ambil perasaan dan jiwa, persediaan awal katanya.

lepas tu gelabah nak mati sebab tengok babak kapal titanic terbalik, takut nanti kapal akan terbalik macam dalam cerita. yang dia pergi gelabah tengok cerita itu kenapa?


pembayang 2.
The Princess of Norway, itu nama kapal besar yang saya naik. berlepas dari Newcastle. oh, cakap pasal Newcastle, saya pergi ke sana menaiki bas. 7 jam perjalanan, singgah leeds 5 jam. siapa yang nak rasa punggung berdarah kaki menggerutu, cubalah naik bas lama-lama. sumpah lepas ni terus fobia tengok bas.

ok, perenggan ini tiadalah pembayang sangat pun.


pembayang 3.
satu benda seronok bila duduk atas kapal ialah angin laut musim bunga kuat gila. kalau duduk situ 4 jam 30 minit, rambut kerinting pun boleh jadi lurus. sebab ini adalah kali pertama naik kapal besar, haruslah habiskan masa jakun-jakunkan diri bergambar sampai penuh memory card dan ronda-ronda bahagian luar kapal. rasa macam setiap sudut kapal nak ambil gambar.

gambar kerusi, meja, palang besi, tombol pintu, pelampung keselamatan, asap cerobong kapal dan bilik air.


pembayang 4.
sebelum saya sampai ke tempat ini, saya tak tahu pun orang di sini dibenarkan untuk tidak berbaju dan berseluar di tempat awam. malah kutipan cukai daripada industri pelacuran adalah penyumbang terbesar kepesatan ekonomi di sini. macam itu sekali ayat penuh bahasa melayu karangan 350 patah perkataan.

dekat sini, benda paling kurang lucah ialah bunga tulip.


pembayang 5.
benda paling sangat saya ingat sampai bila-bila ialah semasa mencari kedai makanan halal. macam di kota ini, ada satu tempat yang macam lorong haji taib. cuma lain sikit daripada lorong haji taib ialah, perempuan di sini lebih terbuka. tak tutup langsung. faham?

dekat lorong ni banyak kedai untuk orang dewasa. kedai 18 SX la senang. tapi yang lebih menarik, kedai makan halal bergilir-gilir dengan kedai 18 SX. macam punyalah kami jenuh mencari kedai halal yang tersorok, rupa-rupanya banyak kedai halal tersergam indah di sebelah kedai 18 SX.

motif kan?

pembayang 6.
tak cukup lagi ke 5 pembayang?






jadi, siapa pandai, teka saya pergi mana. siapa dapat jawab betul, bermakna dia dah cukup umur.

Friday, April 2, 2010

Surat Dari Jauh

"......
....................

Jolene (a student who I don’t usually teach but has joined one of my classes for revision) told me today that you had sent me your regards in an email to her. She’s hoping (I think) to also study Maths at Birmingham next year. You see what happens Herman ………. you go to study in Birmingham and suddenly it becomes VERY popular for the students here in KYUEM 
 As I told you before, you have a great reputation here amongst the students – not just your ‘juniors’ but even amongst your ‘super juniors’ who have never even met you !!

Well my special student, I have to write a few other emails so I will have to go. Let me know how you are when you have the time (like whilst waiting for the ‘lovely Dr. Herman to arrive for a lecture ) ……… always take care, be positive about life ………….. that means trying to ignore all of those many 'kurang baik' things you see and appreciate the good in people around you. Not always easy (at least I never found it to be when I was younger) but it does make for a much happier life and makes YOU a person that people love to be with.  

You must take strength from your family, the good people around you and last, but most important, Allah. If you do that, you will never go wrong. I pray that you will do that. There will of course be challenges along the way in  life where we may fail …….. we are only human after all.

Semoga berjaya in the exams

My prayers are with you,                         Mr. A.    "





He was my maths teacher back in KYUEM. Mr. Michael Alderson :)



Wednesday, March 31, 2010

bisik-bisik obses

masa budak-budak dulu, saya sangat obses dengan komik Dragon Ball. selalu bila baca, saya akan luangkan masa yang lama untuk habiskan satu buku. sebab saya baca dengan penuh perasaan. kalau dia tulis "kame hame haaa!", saya akan jerit-jerit dalam hati. rasa sampai dalam. dan petang-petang, saya duduk luar rumah, dan bayangkan tengah terbang-terbang.

cakap pasal terbang, ada satu episod dalam Dragon Dall, Son Goku belajar macam mana nak terbang. kena ada tumpuan yang penuh dan kosongkan fikiran. dua tiga hari saya bertapa dalam bilik kunci pintu, cuba praktikkan apa yang Tuk Guru ajar. bila terlalu obses, saya yakin bila saya tutup mata, saya boleh terbang cuma tak rasa.

ok, cukup dengan kisah kanak-kanak.

semenjak duduk UK ni, saya jadi obses untuk jadi besar. maksudnya, orang Asia kan bertubuh kecil? maka, saya selalu rasa saya sangat kecil dan comel bila berjalan bersama-sama orang UK. saya cuba ubah cara makan. cadangnya macam tak mahu makan nasilah. hari-hari nak makan ayam goreng, kentang goreng, pizza, cheeseburger. cadang saja.

perut malaysia. sehari tak jumpa nasi, mana tahan.

walau macam mana sekalipun banyaknya saya makan, saya tetap sekeping dan sepapan. berat badan tak mahu naik. saya akan gembira bila orang cakap
"eh, kau dah berisi lah sekarang"
atau
"eh, kau dah gemuk lah!"

kalau orang lain, mahu kena lempang. tapi kawan-kawan bila jumpa saya selalu cakap
"eh, kau kenapa macam kurus je?"
tahukah dia yang saya dah telan berkilo-kilo ayam goreng dan berguni-guni kentang goreng?
ok, itu tipu.


hari itu saya beli satu set buku Harry Potter, ada tujuh buah buku bersaiz kamus dewan. harganya 23 pound sahaja. dulu, saya ingat lagi saya pernah mencemuh dan mencebik bibir pada kawan saya yang habiskan beratus ringgit sebab beli satu set buku Harry Potter. saya kata
"kau mampu ke nak baca semua buku tebal tu? sekali tengok, kalah kamus dewan. muntah kau nanti" sambil memberi pandangan penuh sinis dan menambah
"membazir duit je"


oh, saya sekarang tengah nak habiskan Harry Potter and The Deadly Hallows, buku terakhir. dan berharap agar cerita dia bersambung lagi.

saya bukan obses sangat dengan Harry Potter, cuma jalan ceritanya menarik dan disamping itu saya dapat meningkatkan kualiti bahasa Inggeris saya, kan? membaca kan jambatan ilmu. kan? ok, saya rasa geli dengan penyataan tersebut.





oh lagi, minggu lepas saya mimpi saya jadi Harry Potter.