Monday, May 30, 2011

Cinta datang tanpa diundang

Seumur masa tercipta
Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
kembang pagi
Cinta datang dengan senyuman
Panasnya membakar mentari
Wajah yang tergambar tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini

Tuesday, May 24, 2011

Selamat Hari Jadi MA ! :D

Ma, Selamat Hari Jadi. Semoga ma dan ayah diberikan kesihatan dan kehidupan yang bahagia dan diberkati Allah.

Ma, doakan eman berjaya dalam peperiksaan.

Ma, eman minta ampun dan maaf atas salah silap. eman minta maaf juga sebab tak balik tahun ni.

Ma, eman sayang ma :D

Friday, May 20, 2011

Kudrat Manusia

Bila satu jari terluka di tangan, baru kita sedar betapa senang Allah menarik nikmat menulis. Dan ia lagi tragis bila nikmat itu ditarik 5 minit sebelum kertas statistik bermula yang memerlukan anda menekan kalkulator dan menulis formula yang panjang.

Ya Allah, tiap aturanMu ada kesempurnaannya. berkatilah usaha kami. amin

Sunday, May 15, 2011

Life is a test

gitu tajuk nak dramatik saja. esok dah mula peperiksaan akhir tahun tahun kedua saya di University of Birmingham. Doakan rakan-rakan dan saya memperoleh yang terbaik ya! Sekurang-kurang dalam banyak-banyak mereka yang baca post ni insyaAllah satu daripada doa akan dimakbulkan Allah. amin.

Semoga berjaya semua. Ingat Tawakal sudah, usaha sudah, doa sudah, maka buat sehabis baik!

Bismillah, Alhamdulillah, Astaghfirullah.

Saturday, May 14, 2011

Menyingkap Tarikh 13 Mei


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. klik sini untuk membaca kronologi peristiwa. 
Namun, selepas 20 tahun kejadian pahit ini, tanggal 13 Mei 1989 menjadi titk tolak kepada lahirnya seorang bayi yang bakal menggegar dunia. Sejak daripada kecil lagi bayi ini sudah menampakkan siapa dirinya yang sebenar setelah berjaya menggegarkan rumah kayu beratap zink pada setiap waktu pagi. klik ini untuk lebih faham. :P 

Membaca artikel tulisan inianwarhadi  terasa bagai ada betulnya. Siapa yang lebih berhak dirai selepas 9 bulan menggendong perut buyut yang berat ke sana ke mari? Siapa yang tidak tidur malam masa kita menangis malam-malam? Siapa yang mengajar kita erti kasih sayang?

Ma, walaupun eman jarang ucap "terima kasih sebab lahirkan eman, jaga eman, belai dengan penuh kasih sayang"dan segala ayat-ayat cerekarama kalau didengar dan disertakan dengan muzik latar lagu-lagu sedih meleleh air mata,  ketahuilah jauh di sudut hati, eman sayang ma. Mungkin sebab kita tak biasa berayat-ayat bunga ni, lagi-lagi dalam loghat kelate . haha.

Eman doakan ma sentiasa diberi kesihatan dan iman yang teguh, serta ketabahan dalam menanggung sakit yang ma alami sekarang. Masa balik summer tahun lepas, eman gembira dapat jaga ma dekat hospital. Apalah sangat duduk di hospital seminggu dua berbanding dengan apa yang ma dah bagi dekat eman selama 20 tahun ni.

Bila ma cakap "Kesian kat eman sebab tak boleh pergi mana-mana cuti ni, kena jaga ma.." eman rasa sedih dan bersalah sebab lebih pentingkan diri. Ma cakap macam ni sebab eman pernah bagitahu ma eman nak pusing satu Malaysia :D.  Padahal dah setahun eman tak balik Malaysia, tiba-tiba baru sampai tak sampai 2 minggu dah cabut pergi jalan-jalan. haha. apalah eman ni ish3.

Dahla, banjir keboard laptop ni nanti. Selamat Hari Jadi Eman. Terima Kasih Ma! dan Ayah juga !

Thursday, May 12, 2011

Duka Jadi Suka !

Hari ni kepala senget sebelah kanan sebab daripada pagi sampai ke asar duk gigih belajar C++ programming. Apa punya soalanlah panjang-panjang macam tu. tak boleh ke bagi senang sikit? senang nak dapat A.

Tengah kepala mereng-mereng kuda, saya bukalah blog sebab kononya nak tengok ada siapa2 yang rajin update blog tak. Tup tup Ustaz Naqiu post something special on my request semalam :D.

Oh, Naqiu anda membuat hari saya!

Klik

Khas utk Herman Rawi - Sedetik Lebih


Nanti aku nyanyikan lagu cindai untuk kau :P

Sunday, May 8, 2011

episod yang berulang

"uwekkk...uwekkkk" Bunyi tangisan seorang bayi kecil memecah kesunyian pagi. Entah apa yang menyedihkan dia sehingga semua penghuni rumah yang lain terpaksa bangkit daripada tidur kerana tidak tahan dengan bunyi esak tangis yang begitu kuat.

Bau lempeng goreng yang sedang disediakan ibunya menerobos di segenap ruang dapur, namun tidak mampu meyusutkan tangisan bayi kecil ini yang bagaikan tiada henti.

"alahai sayang, kenapa ni? kenapa sedih ni? meh nenek berdondang untuk sayang.." Suara lembut penuh kasih neneknya bagaikan hanya angin dingin yang mengepak daun tingkap dan berlalu pergi tanpa meninggalkan jejak. Raungan bayi kecil ini menenggelamkan irama dondang sayang nenek itu. Entah apa yang menyakiti hati kecil yang tiada noda ini.

Digendong bayi itu ke sana ke mari. Kokok ayam jantan tidak dihirau. Decit burung kelicap tidak diendah. Indah alam sedikitpun tidak mampu memujuk lara hati bayi kecil ini. Nenek sudah putus asanya. Segala pintu telah diketuk, segala tepuk telah ditampar, segala lenggok berirama tapi tangisan bayi ini bagaikan inginkan sesuatu yang selagi tidak kedapatan selagi itu halilintar bergegar.

Dihulurnya bayi kecil kepada ayah yang sedang leka menatap khabar harian sambil meneguk kopi panas. Kononnya bila didukung ayah, boleh reda sedikit gusar nenek. Tapi lain pula yang bertandang. Sebaik saja tangan ayah menyambut bayi kecil untuk didukung, esak tangisnya makin menjadi-jadi.

Uwekkkkk..uwekkk. makin lama dibiar- makin gundah dirasa. Tangisnya bagai ternampak gerombolan hantu raya sedang berupacara. Mati kutu ayah dibuatnya. Lempar ke langit sudah, Suap botol susu sudah.  "Haish anakku, apalah yang dapat menghentikan gusar hatimu ini? "

Nenek bingkas memanggil ibunya yang sedang asyik menggoreng lempeng. Risau jika dibiar makin melarat. Menangis tak berhenti, lama-lama tercekik nanti. Bingkas saja ibunya berlari dari dapur ke arah bayi kecil itu. Bingkas juga dia menyambut dukungan dari ayahnya. Bingkas juga mulut melafaz basmallah.

Khali.

Guruh berdentum lenyap sepantas mata yang berkelip. Bagaikan radio gila yang terputus arus elektrik. Bagaikan singa yang dipekup mulutnya. Senyap terus!

Padanlah, sentuhan ibunya yang dicari-cari selama masa. aduhai bayi kecil.

***

Kalau dulu bila menangis, ibu berada disamping. Bila berjauhan mahu menangis sudah tiada pendamping.

Selamat Hari Ibu, Ma ! :D