cakap-cakap orang tua

pakcik : pakcik ni kerja kampung je dik. anak-anak tak belajar jauh macam adik. semua buat kerja kampung je. 

kami mulakan perbualan lepas solat maghrib tepi koridor tingkat tujuh. sambil menikmati dingin udara selepas gerimis senja tadi. panjang doa pakcik tu.

saya : pakcik tunggu siapa ?
pakcik : itu, orang rumah sakit, kencing manis. nak kena operate. buang kaki, tapi dah tangguh 3 hari dah. kesian pakcik tengok hari2 kena puasa, lepas tu kena buka sebab doktor kata takda kosong.

kami mula berbual pasal keburukan bila kena penyakit diabetis ni. banyak yang pakcik nasihatkan saya.

pakcik : kalau sakit jantung takpa, sekali kena terus 'out'. (saya tersengih). ini kencing manis ni, dia datang senyap-senyap.


saya kagum dengan ilmu yang pakcik ada tentang macam mana penyakit itu merebak. mungkin banyak pengalaman, walau kerja kampung pun, perkataan "sel", "stress" tetap terpacul daripada mulut pakcik.


pakcik : pakcik tak belajar tinggi, tapi apa yang boleh cakap, boleh nasihat pakcik bagi. kamu itu makan kena jaga. makanan lah punca segala musibah ni.
saya : betul tu pakcik. macam orang kita ni. pagi-pagi cari apa? teh tarik, roti canai, nasi bungkus.

kami tergelak sama-sama. padahal pagi tadi aku baru melantak nasi kerabu.

banyak jugalah cerita yang pakcik hamburkan pada saya. macam sepanjang hidup dia merantau sana-sini, pasal anak-anak, pasal macam mana tahap kesedaran terhadap pendidikan zaman dulu, pasal didikan ibu bapa. oh saya rasa sangat matang sekejap. heh.

umur sudah 21 tahun pun masih rasa muda ke?


pakcik : pagi tu kalau boleh,minum air masak dulu. baru masuk benda manis. makan pula jangan nak manis je. bila sel kita terbiasa dengan manis, sekali tak dapat manis tak senang duduk.

lepas tu pakcik sambung cerita lagi tentang keburukan makanan yang diambil belebihan. lama juga kami sembang. bila dah rasa habis topik dan mata dah ngantuk, kami tutp perbualan.







saya : malam ni pakcik balik?
pakcik : a'ah. pak cik nak turun jap, hisap rokok.

Comments

makcik said…
ceh pakcik ni. yo yo o je. =P
tapi baguslah pakcik, bila baca entri ni rasa nak jaga makan betul-betul pula lepas ni. Amin....

Thank you pakcik, nak memotivasikan diri untuk lebih bersungguh-sungguh untuk jaga pemakanan!
neyda said…
Should i laugh? Should i insaf? Should i .....? Sigh
Anonymous said…
hahahahahaha... :D

part last ni aku xtahan:
"pakcik nak turun sekejap, hisap rokok"

cakap pasal kesihatan bukan main, tapi dia sendiri meROKOK.
Anonymous said…
motifla pak cik nie bg nasihat bagai..hahaha
Anonymous said…
pakcik tu kesah klu kne kencing mnis..tp xkesah klu kne skt jntg..boley trus 'out'..
herman rawi said…
makcik : nick name yg menarik :). ingat, yg part last tu jangan diamalkan pula !

nyeda : you should both ! well, at least he has the "bright" side, hasn't he?

anonimos 1 : itu kerja orang tua kan? nasihat orang muda supaya jangan buat, sebab dia dah tua. so boleh buat? haha

anonimos 2 : macam aku tergamam tak senyum tak berganjak lepas pakcik tu cakap.

anonimos 3 : sebab bila mati terus, tak perlu susah2 masuk wad, boleh?

***

anyway, people say " tengok pada isi bicara orang itu, bukan tengok pada siapa yg berbicara "

Popular Posts