Monday, November 14, 2011

Tentang Rumah Siap Pahat Berbunyi

Aku tak puas hati gila, dahla makanan tak habis, untung pulak sejemput

Ni semua sebab diorang lah ni, tak promot betul2 tempat. Orang ramai tak tahu kot

Gila apa tempat jualan duk jauh daripada tempat main? Orang malas la nak jalan

Ni management tamak ni, fikir nak untung je

Bayangkan hampir semua penjual kot makanan tak habis. Siap bagi free lagi, tapi orang tak mahu ambik

Gila apa? Volunteer sendiri pun tak tahu where about

Pengarah degil, kepala batu, ingat nak untung ja

Dan lagi

Lagi

Dan lagi

Sampai akhirat pun kes ni tak selesai dak?

Haha. Jahil sungguh. Allah baru uji jualan tak menguntungkan, dah merungut macamlah kau baru rugi sejuta.
Sebab macam ni, kawan sendiri jadi bahan mengumpat.

Kat sinilah baru kita nampak tahap mana tawakal kita pada Allah.
Kat sinilah baru kita sedar sampai mana yakinnya kita pada takdir Allah.


Pihak pengurusan, ambil iktibar dan pengajaran. Buat kajian, selidik, baiki mana yang patut.

Kita yang terlibat, jangan tuding jari, siat sana sini, makan daging orang, gigih duk cari keburukan orang lain ja.

Kita yang terlibat, janganlah cepat buat sangkaan.

Teruskan menyokong, bukan melolong.
Sama-sama tolong, sama-sama untung.



Allah itu sebaik-baik perancang, kan?

Thursday, October 6, 2011

Tentang Terlupa

Baru lepas sebulan raya, terdetik hati nak telifon rumah. haih apa jenis anaklah aku ni. Gigih cari duit pergi kerja, mak bapak kat Malaysia pun lupa nak telifon. Ya Allah, moga ma ayah tak berkecil hati. Lagipun dia tahu anak dia tak pernah lupakan dia.

Sebab perbezaan masa 7 jam UK Malaysia, jadi susahlah nak cari waktu sesuai. Yalah, ma ayah tidur awal, pukul 10 malam, sini pukul 3 petang, baru balik kerja. Bangun kerja pagi lambat , jadi tak sempat juga.

Alasan!

Ok, cukup. ha ceritanya hari tu call rumah, bersembang kencang dengan ayah. Jarang saya bersembang kencang dengan ayah sebab selalu bila call je ayah akan tanya "nak cakap dengan ma ke? Ayah tengah main chess ni".
Tapi hari tu, 30 September, ayah main chess juga.

Lepas duk membebel cakap gaji kerja cleaner kat sini macam gila punya tinggi ah bayangkan kerja dalam 2 bulan boleh kumpul lebih kurang 2000 pound? Gila ke apa? degree takda, skill takda, tup2 dapat kumpul RM 10 000 ! kau ada? syukur pada tuhan ALhamdulillah.

itulah, kalau cleaner kat Malaysia tahu, bergolok gadai depa nak datang kerja sini.

Pastu cakap ngan mak. tengah duk sembang2, tiba mak cakap
"man, ma nak tanya sikit ni"
"apa?"
"kawan ma dia cakap, kat sana pinggan mangkuk murah dih? betul ke? minta tolong eman cari satu set pinggan mangkuk Corelle kat ma sebab..."
"haa!! akhirnya, lama dah eman tunggu ma nak tanya benda ni" saya terus potong. haha. lepas tu kami gelak sakan.

lepas tu mak cakap
"eman, ayah nak tanya benda juga ni"
"ha apa?"

masa ni dah dekat 30 minit cakap sambil2 duduk atas rumput menikmati Indian Summer.
ayah tanya pasal tiket kapal terbang nak ke sini berapa ribu sebab ayah nak datang masa grad nanti InsyaAllah. yay!

lepas tu tiba2
"Man, 28 September ada apa eh?"
"ha? 28 September? hmm ada apa? hmmm"
"ha, rasa2 macam ada benda je.."
"hmmm"

fikir.

fikir.

fikir.

tup,



"thee heee heee" hari jadi ayah eh? "

Monday, August 29, 2011

Misi RDP part 1

video

Kasih Sayang Allah Melebihi Segala-galanya.

Ya Allah, tempatkan nenek di tempat yang Engkau muliakan. amin.

28 Ogos 2011
29 Ramadhan 1432
8.38 am waktu Malaysia.

Thursday, August 25, 2011

Cuti Musim Panas


terima kasih kerana menonton :D

Buah Jerry

Kepada mok(panggilan saya kepada nenek)
Dah nak habis satu ramadhan dah ni mok, bila mok nak bangun daripada lena yang panjang?
Mok kena bangun sebab eman nak cakap dengan mok.
Mok kena bangun sebab eman nak minta maaf dengan mok hari raya nanti.
Mok kena bangun sebab mok kena masak rendang daging.
Mok kena bangun sebab mok kena bangun lah.


Ya Allah, kurniakan yang terbaik untuk Mok.
Ya Allah, kurniakan ketabahan kepada Ma.
Ya Allah, kurniakan kami kesabaran dengan dugaanMu ini.


Mok, bangun tau.

Monday, August 22, 2011

insepsi

(lapisan kedua)

sekelip mata dunia jadi gelap. bumi bergoncangan. kuat gegarannya. tanah tempat aku berpijak lenyap. tikar sejadah tempat untuk aku bersujud taubat juga lesap.

Ya Allah, apakah ini kiamat?

umat bertempiaran lari. aku tiada tempat untuk dituju. Ya Allah!

(lapisan pertama)

masyaAllah, apakah itu bayangan kiamat dalam mimpiku tadi? aku melihat sekeliling, alam masih bercantum, langit masih tergantung, akar pokok masih utuh, gunung masih gagah, Ya Rabb, petanda apakah ini?

lantas sejadah dihampar, ku berniat mahu memohon secebis taubat. terjaga daripada mimpi tadi, terlintas segala dosa yang pernah kulakukan. Ya Allah, terima kasih kerana masih memberikanku kesempatan.

bunyi deringan loceng jam menggegarkan segenap penjuru bilik.

kringgggg....

(alam nyata)
....ringgggg.
fuh. terjaga daripada mimpi. rupanya aku bermimpi di dalam mimpi. kelihatan dari luar jendela sudah berbinar jalur cahaya terang dari ufuk timur. Astaghfirullah, terlepas sahur. lagi! lalu ku bingkas bangun mencapai tuala, menggosok mata yang masih mengantuk, ku lihat jam di tangan.



malam tadi 21 ramadhan.

Thursday, August 18, 2011

Miskonsepsi

berbicara dengan orang putih ini, terutamanya dengan minah yang berasal daripada Scotland memerlukan tumpuan dan ketekunan yang tinggi. bayangkan bila setiap kali dia bercakap, saya kena tenung dalam-dalam mukanya, dan lebih tajam pada mulutnya. entah apa yang Amanda fikirkan bila setiap kali saya bercakap dengannya.

Amanda : Doyathinkthat weneedakod? (ini menandakan percakapannya yang cepat tanpa intonasi)
saya : pardon?
Amanda : doyouthinkthat we needakod to entertheflat?
saya : the WHAT? kod?
Amanda : the kod, yaknow the setof numbers?
saya : oh, you mean the code?
Amanda : yeah, thekod.
saya : -_-". I think so.

sembang-sembang-sembang.

Amanda : Howdoya finda summerseason here?
saya : Quite unexpected actually, a bit chilly (sambil menggigil). but I suppose you are quite used to it, aren't you?
Amanda : Oh yeah, but winter's worse in Scotland yaknow. blablablaaalalsbebebebjedabkasdabsjds (macam biasa bila depa explain something, saya hanya mengiyakan dan kadang-kadang menidakkan saja haha)

semabng-sembang- sembang lagi.

Amanda : So, ifya donna celebrate Christmas, what religion areya?
saya : Oh I'm a muslim. yeah I don't celebrate christmas but I will be having an  eid celebration a month later.
Amanda : a what?
saya : Actually, I am fasting today. We are in the fasting month of Ramadhan right now.
Amanda : Ramadan. I've heard aboutthat. So yahavgot to fast from sun rise till sun set, emma right?
saya : yeah you are. It's been 5 days already.
Amanda : how doya cope with that. I can't imagine to eat before sun rises, it'slike freaking early!
saya : well I am used to it you know since I've been fasting when I was 6 or maybe 7 years olds.
Amanda : How doya feel rightnow coz we've got lotsa work to do. But cancha havelike a sip of water eh?
saya : Naah, we can't. We are not allowed to eat or to drink.
Amanda : reallayh? I don't know about that.
saya : Now you know haha
Amanda : Oh I'm dead if it was me !

***

Supervisor : So, my number-one-bed-maker, why are you taking lotsa dayoff?
saya : I'm gonna have the eid celebration at the end of this month.
Supervisor : so, you are fasting right know, I guess?
saya : yeah. So, what time tomorrow?
Supervisor : we're gonna have a bit of breakfast with the manager of Cleaning Services. So if you could make it at 10 to 9. There will be snacks and sandwiches but since you are fasting, there will be juices and tea for you to sip in too.
saya : Oh great but Anita, actually I can't eat nor can drink. We are fasting, remember?
Supervisor : reallayh? I don't know that you can't have drinks while fasting?
saya : Now you know eh.
Supervisor : So, may be you just come in and sit around the corner of the room haha
saya : yeah, I fine with that.

***

Miskonsepsi.

Tuesday, June 28, 2011

jom chit-chat !!!

video
SELAMAT MENDENGAR DAN MENYOKONG YA :)

Thursday, June 23, 2011

Tentang Membuat Karipap 6 biji

Kita memang sentiasa nak makan karipap. Terutamanya karipap sardin yang menjadi kegemaran saya sendiri. Nak lagi sedap karipap pusing-pusing yang bila makan rangup-rangup kulitnya dan pedas masam intinya.

Jadi, bila menetap di UK, untuk mendapat karipap hanya ada 2 pilihan yakni, buat sendiri (atau paksa housemate buat) atau pergi kedai cina beli karipap beku yang belum tentu sedapnya. Jadi untuk memastikan tidak dikecewakan, kita memilih untuk buat sendiri.

Jadi, resepi pertama, kena rajin.

Untuk membuat karipap, kena ada bahannya. Maka kita berkorban masa melepak pergi ke supermarket untuk cari tepung, sardin, cili, bawang, limau nipis, marjerin, gula dan garam. Bila tengok bahan-bahan, oh rupanya senang saja nak buat karipap. Kena rajin saja.

Mendapatkan doh yang tidak keras dan tidak terlalu lembik memerlukan kerahan tenaga yang berterusan. Mula-mula senanglah campurkan semua bahan. Ia menjadi sukar bila campuran digaul bersama dengan air. Makin ditambah air, makin pejal doh, makin banyak tenaga diperah. Kadang-kadang rasa nak putus asa, nak berhenti tengah jalan saja. Tapi bila terbayangkan karipap sardin yang sedap, digagahkan juga diri untuk menghabiskan sisa berbaki.

Jangan cepat mengalah.

Tersenyum sekejap melihat doh yang siap. Jangan cepat berpuas hati lagi, perjuangan belum berakhir, itu baru pertengahan saja. Ada benda yang lebih kompleks menanti, proses mengelim. Tumpuan dan ketekunan adalah kunci utama mendapat keliman yang sempurna. Namun skil mengelim itu perlu kerna orang yang berpengalaman lebih 6 tahun menghasilkan keliman yang lebih kemas dan sekata.

Tapi, bukan kesempurnaan yang dicari tapi usaha dan tawakal.

Tawakal? Apa perlunya tawakal dalam membuat karipap? Jangan kita lupa, walaupun tepung cukup, garam secubit cukup digaul rapi cukup tapi semua itu hanyalah usaha zahir kita. Tapi kita tak pasti bila digoreng cantikkah rupanya? Pecah ke kulitnya? Sedapkah rasanya? Jadi sepanjang pemprosesan itu, renjiskan rasa berserah diri.

Karipap, acuan untuk 6 biji, 6 bijilah yang kita dapat. Bersyukurlah. Beristighfarlah.

Senyumlah seikhlas siput :)

Monday, June 13, 2011

Satay Ayam

Skil menulis blog saya sudah berkarat. Belakangan ini setiap kali saya baca semula apa yang saya tulis saya macam "Apa kau merepek ni? kau ingat orang nak tahu sangat ke yang kau baru saja dilamun cinta?"

"kau hengat orang heran sangat kau nak bela ikan gold tetra yang bila kawan kau google dekat internet dia cakap macam ikan bilis? lepas tu kau baru saja tambah 5 ekor ikan Neon Tetra yang macam ikan bilis tapi bertamadun sikit ada jalur biru bersinar-sinar?"

"kau ingat orang nak tahu sangat ke yang masa kau cuci akuarium kau tiba-tiba salah sekor ikan melompat keluar dan terus masuk dalam sinki dan mungkin dah arwah? "

orang tak nak tahulah semua tu.


Lepas tu kau macam terfikir nak tulis tentang poilitik-politik pelik jijik yang tengah berlaku dekat Malaysia sekarang ni. Tapi dah banyak dah kot blog yang tulis pasal isteri perdana menteri kau yang kalau boleh tiap-tiap hari nak tempek muka dia dekat berita utama. 

Tak pun kau terfikir yang mereka-mereka yang duk cabar parti yang memperjuangkan Islam untuk menggugurkan nama Islam dalam nama parti bagi komen macam nak nampak bagus tapi sebenarnya nampak bodoh?


Tapi bila kau macam kutuk kerajaan sikit, orang ingat kau sokong pembangkang.


Tapi kau macam bingung jugalah dengan kenyataan menteri yang berkata "Kepada peniaga, jangan ambil kesempatan harga minyak naik dengan menaikkan harga barang makanan supaya tak membebankan rakyat" . Habis peniaga itu bukan rakyat ke ? Habis peniaga takkan terbeban ke? 


Nak ke orang baca semua benda ni? Akhirnya, kau putus asa dan berakhir dengan blog kau takda entri baru.
haih.




Sunday, June 5, 2011

Tentang Memelihara Ikan

Tahukah anda ikan emas yang ingin dibela sekurang-kurangnya memerlukan 20 gelen air untuk dia hidup dengan sihat dan bertenaga? Ini kerana ikan emas yang cantik molek bersinar-sinar ini mengeluarkan kuantiti amonia yang banyak dalam masa yang cepat atau dalam bahasa yang mudah, makan dan berak.

Patutlah masa kecil dulu ikan emas yang aku beli tak pernah tahan 2 hari, kejap dah mati.

Memelihara ikan adalah hobi yang sangat mengisi masa lapang kerana dengan hanya melihat ikan berenang-renang, anda boleh membuang masa selama 3-4 jam begitu sahaja. eh jap, itu macam membuang masa lapang sebenarnya. Isinya ialah dengan melihat ikan, hati akan mejadi tenang.

Sekarang ini saya baru saja memilik 7 ekor ikan Gold Tetra. Kalau tiada aral melintang, saya mahu mencari Neon Tetra pula.

Selamat bercuti!

Monday, May 30, 2011

Cinta datang tanpa diundang

Seumur masa tercipta
Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
kembang pagi
Cinta datang dengan senyuman
Panasnya membakar mentari
Wajah yang tergambar tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini

Tuesday, May 24, 2011

Selamat Hari Jadi MA ! :D

Ma, Selamat Hari Jadi. Semoga ma dan ayah diberikan kesihatan dan kehidupan yang bahagia dan diberkati Allah.

Ma, doakan eman berjaya dalam peperiksaan.

Ma, eman minta ampun dan maaf atas salah silap. eman minta maaf juga sebab tak balik tahun ni.

Ma, eman sayang ma :D

Friday, May 20, 2011

Kudrat Manusia

Bila satu jari terluka di tangan, baru kita sedar betapa senang Allah menarik nikmat menulis. Dan ia lagi tragis bila nikmat itu ditarik 5 minit sebelum kertas statistik bermula yang memerlukan anda menekan kalkulator dan menulis formula yang panjang.

Ya Allah, tiap aturanMu ada kesempurnaannya. berkatilah usaha kami. amin

Sunday, May 15, 2011

Life is a test

gitu tajuk nak dramatik saja. esok dah mula peperiksaan akhir tahun tahun kedua saya di University of Birmingham. Doakan rakan-rakan dan saya memperoleh yang terbaik ya! Sekurang-kurang dalam banyak-banyak mereka yang baca post ni insyaAllah satu daripada doa akan dimakbulkan Allah. amin.

Semoga berjaya semua. Ingat Tawakal sudah, usaha sudah, doa sudah, maka buat sehabis baik!

Bismillah, Alhamdulillah, Astaghfirullah.

Saturday, May 14, 2011

Menyingkap Tarikh 13 Mei


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. klik sini untuk membaca kronologi peristiwa. 
Namun, selepas 20 tahun kejadian pahit ini, tanggal 13 Mei 1989 menjadi titk tolak kepada lahirnya seorang bayi yang bakal menggegar dunia. Sejak daripada kecil lagi bayi ini sudah menampakkan siapa dirinya yang sebenar setelah berjaya menggegarkan rumah kayu beratap zink pada setiap waktu pagi. klik ini untuk lebih faham. :P 

Membaca artikel tulisan inianwarhadi  terasa bagai ada betulnya. Siapa yang lebih berhak dirai selepas 9 bulan menggendong perut buyut yang berat ke sana ke mari? Siapa yang tidak tidur malam masa kita menangis malam-malam? Siapa yang mengajar kita erti kasih sayang?

Ma, walaupun eman jarang ucap "terima kasih sebab lahirkan eman, jaga eman, belai dengan penuh kasih sayang"dan segala ayat-ayat cerekarama kalau didengar dan disertakan dengan muzik latar lagu-lagu sedih meleleh air mata,  ketahuilah jauh di sudut hati, eman sayang ma. Mungkin sebab kita tak biasa berayat-ayat bunga ni, lagi-lagi dalam loghat kelate . haha.

Eman doakan ma sentiasa diberi kesihatan dan iman yang teguh, serta ketabahan dalam menanggung sakit yang ma alami sekarang. Masa balik summer tahun lepas, eman gembira dapat jaga ma dekat hospital. Apalah sangat duduk di hospital seminggu dua berbanding dengan apa yang ma dah bagi dekat eman selama 20 tahun ni.

Bila ma cakap "Kesian kat eman sebab tak boleh pergi mana-mana cuti ni, kena jaga ma.." eman rasa sedih dan bersalah sebab lebih pentingkan diri. Ma cakap macam ni sebab eman pernah bagitahu ma eman nak pusing satu Malaysia :D.  Padahal dah setahun eman tak balik Malaysia, tiba-tiba baru sampai tak sampai 2 minggu dah cabut pergi jalan-jalan. haha. apalah eman ni ish3.

Dahla, banjir keboard laptop ni nanti. Selamat Hari Jadi Eman. Terima Kasih Ma! dan Ayah juga !

Thursday, May 12, 2011

Duka Jadi Suka !

Hari ni kepala senget sebelah kanan sebab daripada pagi sampai ke asar duk gigih belajar C++ programming. Apa punya soalanlah panjang-panjang macam tu. tak boleh ke bagi senang sikit? senang nak dapat A.

Tengah kepala mereng-mereng kuda, saya bukalah blog sebab kononya nak tengok ada siapa2 yang rajin update blog tak. Tup tup Ustaz Naqiu post something special on my request semalam :D.

Oh, Naqiu anda membuat hari saya!

Klik

Khas utk Herman Rawi - Sedetik Lebih


Nanti aku nyanyikan lagu cindai untuk kau :P

Sunday, May 8, 2011

episod yang berulang

"uwekkk...uwekkkk" Bunyi tangisan seorang bayi kecil memecah kesunyian pagi. Entah apa yang menyedihkan dia sehingga semua penghuni rumah yang lain terpaksa bangkit daripada tidur kerana tidak tahan dengan bunyi esak tangis yang begitu kuat.

Bau lempeng goreng yang sedang disediakan ibunya menerobos di segenap ruang dapur, namun tidak mampu meyusutkan tangisan bayi kecil ini yang bagaikan tiada henti.

"alahai sayang, kenapa ni? kenapa sedih ni? meh nenek berdondang untuk sayang.." Suara lembut penuh kasih neneknya bagaikan hanya angin dingin yang mengepak daun tingkap dan berlalu pergi tanpa meninggalkan jejak. Raungan bayi kecil ini menenggelamkan irama dondang sayang nenek itu. Entah apa yang menyakiti hati kecil yang tiada noda ini.

Digendong bayi itu ke sana ke mari. Kokok ayam jantan tidak dihirau. Decit burung kelicap tidak diendah. Indah alam sedikitpun tidak mampu memujuk lara hati bayi kecil ini. Nenek sudah putus asanya. Segala pintu telah diketuk, segala tepuk telah ditampar, segala lenggok berirama tapi tangisan bayi ini bagaikan inginkan sesuatu yang selagi tidak kedapatan selagi itu halilintar bergegar.

Dihulurnya bayi kecil kepada ayah yang sedang leka menatap khabar harian sambil meneguk kopi panas. Kononnya bila didukung ayah, boleh reda sedikit gusar nenek. Tapi lain pula yang bertandang. Sebaik saja tangan ayah menyambut bayi kecil untuk didukung, esak tangisnya makin menjadi-jadi.

Uwekkkkk..uwekkk. makin lama dibiar- makin gundah dirasa. Tangisnya bagai ternampak gerombolan hantu raya sedang berupacara. Mati kutu ayah dibuatnya. Lempar ke langit sudah, Suap botol susu sudah.  "Haish anakku, apalah yang dapat menghentikan gusar hatimu ini? "

Nenek bingkas memanggil ibunya yang sedang asyik menggoreng lempeng. Risau jika dibiar makin melarat. Menangis tak berhenti, lama-lama tercekik nanti. Bingkas saja ibunya berlari dari dapur ke arah bayi kecil itu. Bingkas juga dia menyambut dukungan dari ayahnya. Bingkas juga mulut melafaz basmallah.

Khali.

Guruh berdentum lenyap sepantas mata yang berkelip. Bagaikan radio gila yang terputus arus elektrik. Bagaikan singa yang dipekup mulutnya. Senyap terus!

Padanlah, sentuhan ibunya yang dicari-cari selama masa. aduhai bayi kecil.

***

Kalau dulu bila menangis, ibu berada disamping. Bila berjauhan mahu menangis sudah tiada pendamping.

Selamat Hari Ibu, Ma ! :D

Sunday, April 24, 2011

To Whom that I missed

Assalamualaikum.
Dear you, I hope you are as healthy as I am. Still training your PES player(certainly I can't remember his name)? I hope so then that is the sign that you are fine and breathing.

So, this is the longest I have not heard anything from you, I suppose? Please never be in your heart that I already forgot you and put you in a trash bin. It just that I currently don't have means of communication to reach you since you gave up with the blog and never care to share your tumblr? kidding.

So, I guess you are as happy and as busy as I myself for the beginning of final axams. Mine will be starting a couple weeks from now and I certainly am not ready yet!

This is just a short message just to let you know that I care about you more then you think. I do hope that you would stumble upon my blog, this post specifically where I doubt you would. I tried to reach you through messenger and skype and received but nothing.

Wait, please read this with joy and amusement. Because everything that I wrote here was nothing but rants and gibberish thoughts that never meant to hurt you although I hate you so much I can't bare.

Good Luck ! :P

Friday, April 15, 2011

Lawak Sakit Perut

"weh, aku rasa kari ni dah hampir menuju ambang kebasian. baik kita bantai cepat-cepat." sambil menipu diri sendiri bahawa bau masam yang dihidu adalah bau masam ketiak, bukan kari.
dengan lafaz bismillah, roti jala yang empat bekas lesap begitu sahaja.

Fakta : roti jala adalah antara makanan yang susah nak dapat di UK selepas nasi kerabu. Antara malas dan tak pandai nak buat. berdasarkan hipotesis inilah kami dengan redhanya makan roti jala dengan kari yang basi tak basi.

pagi esoknya, berderet-deret umat beratur nak tunggu giliran masuk tandas. padan muka.

penghuni tetap rumah ada 5 orang, tandas ada sebuah. nak lagi best malam itu ada 4 orang menumpang rumah kami menjadikan barisan menunggu tandas semakin panjang.

sms diterima daripada kawan. "weh korang ada sakit perut tak pagi ni? "
panggilan telifon diterima daripada kawan lain. "weh korang ada cirit tak pagi ni? "
facebook status pagi ini berkisar sakit perut.

yang lagi best ada yang update
"sehingga jam sekarang 11.58 pagi, sudah melawat ke tandas sebanyak 6 kali. sekarang ini tengah berehat-rehat menunggu panggilan ke tujuh."


pemandangan dalam rumah agak melucukan bila semua orang berkemban dengan kain tuala masing-masing. semua malas nak pakai seluar.
ada yang main iphone pun duduk dekat dengan tandas. bersedia untuk bertinju jika ada orang lain yang nak masuk tandas.

antara lawak-lawak keji yang keluar
"aku punya keluar laju je macam air paip keruh"
eww.

"aku punya otot punggung ni dah longgar dah"
ewww.

"Kalau mangkuk tandas tu boleh bercakap mesti dia cakap "Ish punggung kau lagi!" kan? "
ewwww.

"aku kesian dekat mangkuk tandas tu dowh kena terima beraneka jenis cecair dan pepejal hari ini"
ewwwwww.

nak kesian biar bertempat dowh.

bila dah masuk petang sikit, muka semua orang dah macam lembu kena petir. cekung, lemah, sembab tak bermaya.


bestnya, hari itu keluar macam-macam petua untuk redakan pengeluaran najis yang tak berhenti ni. yang muka doktor sikit suruh makan pil  cik ket teck aun.
yang muka kampung asli sikit suruh bancuh air teh pekat gila! pekat gila sampai kalau minum rasa nak penampar orang kat sebelah. sumpah.
yang ala-ala moden sikit suruh minum air banyak-banyak sebab dehydrated katanya.

apa yang pasti, teh pekat gila mendominasi carta popular. Alhamdulillah berhasil.
maka berakhirnya hari yang malang buat warga birmingham.


Tanggal 19 Mac 2011 diisyhtiharkan sebagai Hari Cirit-birit Sedunia :)

Monday, March 28, 2011

Persepsi

Dulu, semasa masih kanak-kanak comel lagi, hidup saya dikelilingi dengan persepsi "budak lelaki kena main bola sepak" dan budak perempuan main benda lain. Kalau kau tak suka main bola kau dianggap kurang normal. Maka zaman kanak-kanak saya sedikit kurang meyeronokkan bila diejek-ejek sebab suka main masak-masak. Selalu masa comel-comel saya ajak kakak main masak daun bunga raya dengan buah oren pokok teh.

comel kan?

Pernah ayah hadiahkan sebiji bola sepak getah semasa hadiah hari jadi yang ke 6 demi menanam minat anaknya kepada bola sepak. Tapi gagal. Bila diajak main sembunyi-sembunyi, main hambat duduk, main PepsiCola, main bola kaki tiga, saya dapat merasakan kebahagiaan sementara, kerana berlari-lari, mengelak daripada terkena bola dan membuat balingan yang tepat adalah kepakaran saya.

Daripada situ saya dapat rasa, bola sepak memang bukan dunia saya.

Tapi susah bila setiap kali pendidikan jasmani, budak-budak lebih suka memaksa cikgu untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk bermain bola.

Darjah enam, saya mula menemui kekosongan dalam diri. Bila melihat budak-budak bermain bola tampar saya rasa teruja. Daripada satu saya membuat keputusan untuk menyertai pemilihan untuk pasukan bola tampar peringkat daerah. Pemilihan akan dibuat pada waktu petang selepas asar. Jarak rumah dan sekolah jauh lebih kurang 20 minit menaiki motor.

Malangnya hasrat terkubur sebab saya tak berani nak minta ayah saya hantar ke sekolah petang itu.

***

Lihat bagaimana persepsi orang terhadap kita sangat mempengaruhi emosi dan kematangan. Bagaikan di dunia ini, tiada sukan lainkah?
Tak main bola, kau lembik.
Tak main bola, kau looser.
Tak main bola, kau bukan anak lelaki?

Macam tu sekali?


Tapi bila dah masuk MRSM, masuk kolej, jumpa macam-macam orang barulah saya lebih yakin dengan kebolehan diri. Ramai saja kawan saya yang tak main bola dan masih gagah dalam marathon. Ramai saja kawan saya yang tak main bola tapi hebat dalam sukan lain. Malah lebih berbakat dalam pelbagai sukan lain. Ramai saja kawan saya yang tak bersukan pun tapi hebat dalam bidang lain.

Maksudnya di sini, lain orang lain kebolehannya.

Didiklah diri sendiri untuk menghargai kelebihan yang ada, bukannya bersedih dengan kekurangan yang memang tiada.

***

Oh musim bunga sudah tiba. cuaca-cuaca yang indah begini, jom main tenis?

Monday, March 7, 2011

Jalan-jalan Turki - Tips dan Panduan

Semenjak saya mengepost video Jejak Turki, saban hari saya mendapat mesej yang bertanyakan macam-macam soalan tentang percutian ke Turki ni. Tambahan lagi, cuti easter pun dah menghampiri. Maka, daripada saya duk menjawab mesej yang sama kepada orang yang berlainan, baik juga kiranya kalau saya tulis di sini, harap2 boleh dijadikan panduan.


macam travel agensi gitu.


Perhatian : Segala yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri. tidak semua tepat ya.
Perhatian : entri ini sangat panjang tau.


1. Apakah tempat-tempat menarik yang perlu dilawati ? Boleh cadangkan laluan perjalanan yang cambest tak ?
Kami(saya guna kami sebab pergi 4 orang) pergi selama 10 hari 9 malam. maka banyaklah tempat yang menarik sempat kami lawati.
Di Istanbul
Hagia Sophia
Masjib Biru
Istana Dolmabahce
Istana Topkapi
Selat Bhosporus, Golden Horn
Grand Bazaar, Spice Bazaar
Masjid2 yang banyak seperti Sultan Al-Fatih, Sultan Suleiman, Laila, dan masjid2 yang jarak antara satu sama lain macam sehasta je
University of Istanbul
Miniaturk - Menempatkan miniature2 binaan hebat di Turki seperti Hagia Sophia , Masjid Biru dan lain-lain.


Kebanyakan tempat di Istanbul dekat-dekat, walking distance. kalau macam malas sangat jangan risau akan ada perkhidmatan Tram yang menghubungkan satu tempat ke tempat yang lain.
4 hari di Istanbul. spare satu hari untuk shopping sebenarnya :P


Dari Istanbul kami memandu kereta ke Cappadocia, Nevsehir.
Cappadocia kebanyakannya merupakan kawasan penempatan purba zaman dahulu kala.
Goreme Open Air Museum - Menempatkan rumah2 yang diperbuat daripada batu, gereja2, dan gua2.
Open Museum - Batu berbentuk cendawan gergasi
Underground City - bandar bawah tanah yang sangat cool
Goreme National park - Ihlara Valley
Dervent Valley - batu berbentuk unta
Pigeon Valley - well lembah yang banyak burung merpati
Hot air Balloon - naik belon udara panas dan menikmati pemandangan Cappadocia yang Subahanallah ! cantik gilewwww. harga sekali naik Euro 150 sejam.


Dan jangan lepaskan peluang untuk menyewa hotel dalam gua ! sangat cool !
kami spent 2 hari di Cappadocia.


Dari Cappadocia kami memandu kereta ke Konya
Masjid Sultan Selim
Muzeum Maulana


kami sekejap saja di Konya sebab akan memandu jauh ke Denizli.


Dari Konya ke Denizli
Pamukkale - Pamukkale bermaksud istana kapas dan tempat ini diisyhtiharkan sebagai World Heritage Site oleh Unesco.
Dalam kota ini ada Traventine - Kolam air panas semula jadi yang bertingkat-tingkat. sangat cantik. Mungkin kalau pergi waktu easter boleh berendam kot.
Kota Lama Hirapolis


Dari Denizli ke Selcuk
Ephesus - ada Teater ephesus(binaan yang sangat hebat di lereng bukit) dan Library of Celcus dan macam2 lagi.
Museum Ephesus
Gereja Maryam - perjalanan ke gereja maryam ni sedikit menakutkan sebab kena memandu lereng bukit yang curam dan berkabus !
Masjid Isabey
The Cave of Seven Sleepers - gua ashabul kahfi
***


Maka ini secara ringkasnya (ringkas ke?) laluan perjalanan kami. Kami sewa kereta.




2. Nak pergi ke tempat2 yang kat atas ni kena sewa kereta ke ? Pengangkutan awam takda ke ?
 Ya. kami asalnya nak guna pengangkutan awam yakni bas tapi memandangkan bila difikirkan keanjalan masa dan tempat2 yang kami nak lawati (banyak gila!) kami memutuskan untuk sewa kereta.


Tapi jangan gundah gulana berwalang bicara, memang ada bas ekspres yang pergi ke semua tempat yang kami lawati ini. 


Cuma, yang menjadi kepayahannya untuk kami sebab, ambil contoh Cappadocia. Semua tempat lawatan di Cappadocia jauh2. bukan walking distance. Unless korang nak jalan 5 kilometer, boleh sajok.


3. Takda ke macam travel agensi yang menawarkan pakej yang best ?
 Ada! 
dan tempat2 yang travel agensi cover sebijik dengan tempat yang kami cover. cuma..cuma..cuma bila ikut travel agent, masa tak anjallah. tak boleh lepak lama2. haha. tapi itu bukan masalah.
Tentang harga yang ditawarkan oleh travel agensi pulak, boleh dikatan mahal jugaklah sebenarnya.


Jadi kalian ada 3 pilihan :
1. Sewa kerete
2. Guna bas tapi tak guna travel agensi lah. pandai2 cari bas tambang semua2.
3. Guna travel agensi. Kami ada tawar2 harga dan dia bagi seorang TL700(bersamaan GBP 300) untuk pakej perjalan 5 hari (ke 6 hari tak ingat) termasuk makan dan tempat tinggal. tapi harga mungkin berubah since dah masuk cuti easter.


4. Sewa kereta mahal tak ?
Harga kereta - TL 645 - untuk 5 hari termasuk insurans dan GPS. Kereta Diesel dan auto,
Harga minyak sepanjang perjalanan - TL 400

jumlah - TL 1045 atau dalam pound GBP 435


Mungkin nampak macam mahal. SEBAB, kami kan mula2 plan nak naik bas je. So, kami tak booked kereta awal2 masa tiba di airport. Kami cari kereta sewa bila dah seharian di Istanbul. So, lepas tawar2, tanya sana-sini, minta murah buat muka tak malu dapatlah harga yang paling murah.


5. Hotel korang book cemana ? on the spot ke? online ? ke tidur dalam kereta ?
 Kami ada cari hotel on the spot dekat Istanbul sebab hotel yang kami sewa mula2 sampai sangat menakutkan. Hotel yang bawah dia ada disko ! Nama hotel ini ialah Universal Hostel !


Senang book onlinelah. saya percaya korang ada debit cardkan ? so senanglah nak booking hotel. Bila online, boleh banding2 harga dan cari paling murah !
Harga semalaman untuk hotel paling murah kami pernah jumpa ialah GBP 7. dan paling mahal GBP 10. 


Ini link untuk kami booking hostel 


HARGA MUNGKIN BERBEZA BILA CUTI EASTER !


dan ada 2 hari kami tidur dalam kereta :)




6. Makanan macam mana ? kena bawak bekal tak macam roti ke? sardin ke ? biskut ke ? cereal ke ? beras ke ? ayam mentah ke ? :P
Kalian mungkin tak berapa tahu , Turki ini sebuah negara Islam, macam Malaysia. Ya, Malaysia adalah negara Islam. Negara Islam contoh lagi sebab baru diiktiraf oleh kerajaan Turki. Maka insyaAllah semua kedai makanan dia halal. so, tak perlulah kot nak bawa ayam mentah ke, periuk elektrik ke, beras ke, okay ?


Kalau macam tak yakin, tanyalah. "Do you serve halal food? " insyaAllah akan dapat respon "InsyaAllah brothers !"


Ini adalah route perjalanan kami dalam bentuk peta

Ini pula tentatif perjalanan kami secara berjadual. klik sini

Dan ini pula video Jejak Turki kami, sekadar selingan selepas membaca post yang panjang gila !





Selamat bercuti ! 



Sunday, February 20, 2011

Dalam sepuluh minit

apa yang anda boleh buat dalam sepuluh minit ? ok, kita selalu cakap
"oh takda masa lah nak buat ni"
"aku busy dowh"
"sorry, tak dapat ikut kau pergi.. banyak kerja sikit"

bangun pagi. solat subuh 2 minit.
pergi kelas daripada pagi sampai petang, sekurang-kurangnya 6 jam.
antara itu ada 5 minit untuk solat Zuhur dan lima minit untuk solat Asar.

balik kelas penat. baring kejap. selalunya baring 5 minit akan dipanjangkan kepada 50 minit.
dah maghrib solat maghrib 4 minit.
tik tok tik tok

isya! solat isya 5 minit.
so, kalau matematik saya betul, saya menggunakan kurang daripada 25 minit untuk solat.ada lagi 23 jam, 35 minit. ok fine, tolak 7 jam tidur, tolak 6 jam kelas, ada lagi sepuluh jam. 10 jam ! lama tu.

tapikan, perasan tak, kalau 10 jam transit kapal terbang di Dubai rasa sekejap je.
kalau 10 jam tengok movies sekejap je.


siapa yang rasa dia kan, kalau online facebook 2 jam, 1 jam setengah digunakan untuk menatap skrin laptop dengan harapan ada notifikasi baru.
atau kalau macam tak puas hati juga, setiap 5 minit tekan button f5 atau refresh.
saya ! saya buat macam tu. tak tahu kenapa.

Bila kita tinjau-tinjaukan kembali apa yang kita buat sehari-hari, banyak mana kita ingat pada Allah ek ?
kalau daripada 24 jam sehari, solat sekadar 25 minit, cukup ke ?
cukup         keeeeeeeee ?

sebab itu Nabi Muhammad ajar, niatkan segala perbuatan yang kita buat kerana Allah. InsyaAllah semua jadi ibadah. maka, 24jam akan jadi ibadah. hoyeah ~

***

oh no, hari khamis ni ada test !
haa
haaa
haaaa
jangan kau cakap takda masa. sepak kepala nanti.



tengok, dalam masa 10 minit saya boleh membebel di sini.

Wednesday, January 26, 2011

Memberi Untuk Kita

Khamis, petang.

Baru saja keluar daripada Supermarket Primark  selepas membeli sehelai seluar tidur, saya pergi duduk-duduk dekat bangku. Saja nak ambil angin sebab memang masa itu angin bertiup kuat. tengah saya sedang tilik-tilik plastik beg saya tiba-tiba seorang mat salleh datang menghampiri saya. dan terus duduk di sebelah saya.

"Do you know that there are lotsa homeless people in Birmingham need helps?" dia memulakan bicara.
"yeah I do. I am very aware of that situation"

kelihatan mamat ini sihat walafiat saja. cuma mulut dia sedikit berbau mungkin sebab tak gosok gigi. pakaian dia tidaklah menampakkan yang dia ini homeless dan tak cukup makan.

"Have you ever seen them ? they have no foods, no shelters, not enough water and cloth to warm them up .  Every day they will struggle to feed their tummies . Don't you ever feel of helping people like this ? " dia berceramah hebat.

"Of course I've seen people like that mate, and I do help as I could" saya rasa sedikit cuak sebab muka mamat ini macam bengis.

"Where are you from ?"
"Malaysia, I expect you are not familiar with that country"
"oh I have met ladies from your country. They are very kind. And people in Birmingham are very kind too."


"Mate, I am so sorry but I'm in a bit of rush. What do you want from me, may I ask ?"
"Give me some money, I need food" 

***
Jumaat, tengah hari.

"Every good deed that we do in this world is not for Allah, it is for us. Take for example, Sedaqah. Although in reality, we see that we give out our money to poor people, our wealth reduces. But Brothers InsyaAllah, Allah says in the Quran every good deed that you do for the sake of Allah, the reward is for you"

semangat khatib memberi khutbah hari ini. tersentap juga saya dengan kata-kata itu. Sebulan elaun aku dapat banyak, ribu-ribu tapi berapa kerat saja aku keluarkan untuk bersedekah. gumam hati saya.

***
Khamis, petang.

"I'm so sorry but I couldn't give you the money right now, I have no cash." saya menepuk-nepuk dompet. sungguh saya memang tiada duit tunai. beli seluar dekat Primark tadi pun bayar guna kad.

"Are you sure you don't want to help me"
"I am very sorry mate. I'm in rush. bye."

saya berlalu pergi begitu saja. sambil saya berjalan hati saya bermonolog
"macam boleh percaya mamat ni, kalau bagi duit entah2 pergi beli arak ke, judi ke" hati saya berprejudis.

tiba-tiba hati saya berdetik
"ha apa kata kalau aku suruh dia tunggu sekejap, biar aku keluarkan duit dan belikan dia makanan ke"
langkah berhenti, saya menoleh ke belakang.


lelaki itu dah hilang.

***

Khamis, malam.

Balik rumah saya ternampak banyak surat sampah bersepahan di atas karpet. Tiba-tiba saya terpandang satu plastik.

"We accept anything that you might think to throw it away. Donate your unwanted cloths, books, shoes, bedsheets, jewellery etc. Your kindness may bring smiles to the people in the Third World Countries. "

plastik itu diambil dan diisi dan diletakkan di halaman luar rumah. saya fikir, inilah peluang kedua.

***

Jumaat, pagi.

Sebelum pergi solat jumaat saya terperasan, plastik itu sudah dikutip.

***

Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. 
Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan).
Albaqarah : 272 

Sunday, January 23, 2011

kau pergi mana dowh ?

kepada awak, jika awak terbaca post ini saya nak tanya

"kau pergi mana dowh ? telefon tak dapat... "

Tuesday, January 18, 2011

Ragam Rakan-rakan

tahulah dah 2 tahun tak berjumpa tapi tak perlulah setiap kali terserempak dekat fuiyo suruh saya nyanyi sebab dah lama tak dengar saya nyanyi. sekarang saya dah tak layan show percuma. nak dengar saya nyanyi sila bayar, ataupun download dekat iTunes.

kalau anda baca ini dan anda terasa, saya sebenarnya nak cakap saya pun rindu awak juga.

***

macam pergi Turki hari tu entah berapa kali saya terpijak kasut dia yang warna putih itu. dah asyik duk berkepit saja dengan saya mana saya tak terpijak. lagi-lagi saya duk mengendong kamera ke sana ke mari tak perasanlah awak itu duk belakang saya. tapi dia ni memang seorang yang gigih. kenapa?

sebab daripada 10 pasang kasut dia (banyak gila kasut!), 8 daripadanya adalah berwarna putih. Di UK, cuaca tak menentu kejap salji, kejap hujan jalan lecak-lecak. ada tompok sedikit dekat kasut dia lap. lalat hinggap di kasut dia pun dia basuh. maka, mana dia tak dia melenting bila sehari itu tak kurang 5 kali saya terpijak kasut dia.

kalau anda terbaca dan terasa saya sebenarnya nak cakap, terima kasih sebab ajak pergi turki hari itu. seronok sangat.

oh, dia pun ada banyak beg warna putih.

***

Katil empuk, bantal sedap, bilik luas tapi saya pun tak tahu apa yang mulia sangat dengan lantai bilik saya ini sampai setiap malam dia suka sangat datang tidur sebelah katil saya. hari itu masa salji lebat saya tanya kenapa tak tidur dalam bilik dia cakap bilik sejuk macam neraka. sekarang bila cuaca dah okay, bila saya tanya dia cakap bilik panas macam neraka.

sekarang saya dah konfius neraka sejuk ke panas.

hari-hari komplen bilik sempitlah, bersepahlah, macam nerakalah sebab itu taknak tidur dalam bilik tapi bukan nak bergigih nak mengemas bilik. hari itu saya terkejut sebab tengok bilik dia tiba-tiba kemas. tapi bila malam dia datang tidur di lantai saya yang mulia. saya tanya kenapa?

takut nanti bilik bersepah semula.

***

sekarang sudah tahun baru 2011. ragam rakan-rakan sebeginilah yang mencorakkan hidup saya sampai sekarang.

Maka, hargailah rakan anda walaupun dia tak pandai masak.

Saturday, January 8, 2011

Jejak Turkey : Cınta Cappadocıa Kasıh Pamukale Rındu Seljuk

''Japanıs?''
''No''
''Cınn?''
''No..''
''Korıe?''
''I am from Malaysıa''

***

sekarang nı sedang menggunakan komputer dı bahagıan receptıonıst. rasa sangat ıstımewa kerana mendapat layanan serba hebat dı Hotel Sydney, Istanbul.

hampır dua tahun duduk dı UK (mungkın) menyebabkan kulıt muka saya menjadı lebıh cerah berserı-serı. Bukan saya tıdak sedar dırı tetapı hampır setıap kalı dısapa oleh orang Turkey, mereka menyangka saya orang Jepun. mula-mula dısapa rasa macam nak lempang saja , tapı bıla 3 kalı dısapa sebegıtu, mana sılapnya?

mungkın orang Turkı tak pernah jumpa orang jepun sebenar kot.

 marı merepek tentang perjalanan saya pula.


hıdup dı dalam gua merupakan pengalaman yang sungguh menakjubkan. banyak hotel dı Cappadocıa mengubahsuaı gua menjadı bılık pengınapan yang saya kıra agak unık. cuma gua zaman dahulu tıada heater, tıada ınternet tanpa wayar dan tıada tılam empuk dan tıada sarapan percuma.

oh bıla saya cakap sarapan sıla jangan bayangkan rotı bakar yang dısapu mentega atau sosej bersama telur hancur atau rotı canaı dan teh tarık. mereka mempunyaı sarapan ıstımewa yang tersendırı sampaıkan kamı pun tıdak tahu yang mana patut dıjamah dahulu.

ada hırısan tımun, ada hırısan tomato, ada keju Turkı, ada jeruk buah zaıtun, ada hırısan salamı dan sebıjı telur rebus. oh dan juga rotı Turkı.

***

pengalaman memandu kereta dı Turkı mengajar saya ertı ''jangan bagı can kat orang nak melıntas jalan kalau tak nantı 7 buah kereta dı belakang kau akan membunyıkan hon secara berırama dan menyebabkan kau gelabah dan terlanggar cermın sısı kereta sebelah''

oh nampaknya abang receptıonıst mahu menggunakan komputer. kıta jumpa nantı !

Monday, January 3, 2011

Jejak Turki : Istanbul

Apa yang membezakan Istanbul dengan bandar- bandar lain di dunia ini? Setiap 3 depa tangan anda dapat lihat masjid yang banyak tersergam indah. Macam solat sunat tahiyatul masjid di Masjid Sehzade, solat rawatib zuhur di Masjid Sutan Valide, solat zuhur di Masjid Biru, jamak solat asar di Masjid Beyazit dan Qiam di Hagia Sophia.

Kau ada?

Tapi, yang lagi seronok walaupun tempat di kelilingi masjid, tempat penginapan kami betul-betul di atas sebuah bar(yang malamnya bising macam disko). Sebab tempah hostel online dia tak cakap akan ada konsert gegak gempita pada malam tahun baru 2011.

Kalau orang tanya "pernah pergi disko?" kami boleh jawab
"kami siap tidur lagi dalam gelanggang syaitan tu"

Kau ada?

Di Istanbul boleh berlagak cakap accent bri"ish sebab orang sini tak faham sangat. Mampuslah kau cakap berterabur pun mereka akan cakap
"your english is good brother"

Bila berjalan-jalan di sekitar bandar Istanbul, anda kena sediakan jantung yang sihat sebab bila-bila sahaja akan diterjah oleh pelayan kedai yang suka menjerit
"Malaysia!!!"
"Malay!!!"
"Apa khabar!!!"
"Kuala Lumpur!!!"
"Siti Nurhaliza!!!" (ok yang ini tipu)


Jumpa nanti di Cappadocia.


- Ditaip menggunakan iphone sambil tunggu kereta yang disewa sampai untuk ke Cappadocia.