Monday, September 27, 2010

Hadiah Untuk Cikgu

hari ni 27.09.2010, Isnin ayah saya tamat perkhidmatan sebagai seorang guru selepas berkecimpung dalam bidang perguruan selama 34 tahun 7 bulan 27 hari. majlis persaraan diadakan di sekolah lama saya. sekolah keturunan.

saya ditugaskan sebagai jurugambar profesional. rasa sangat jangkal berseluar jeans dan berkemeja serta berselipar bila berjalan di hadapan murid-murid hingusan.

ke hulu ke hilir saya angkut kamera kompak tapi lagaknya macam tengah julang DSLR D90 seketul. cuaca sedikit panas, murid-murid muka ketat je kena jemur tengah panas. demi menceriakan mereka saya halakan lensa ke arah mereka. klik. klik.

"abang, masuk facebook tau! " jerit seorang budak yang saya syak baru darjah 1.

lepas itu ada sesi persembahan daripada guru-guru. sekumpulan cikgu cantik melaram menyanyikan lagu meraikan ayah saya. sudahlah panas, dipersembahkan 3 buah lagu klasik. merungut murid-murid di belakang. lepas itu ada cikgu deklamasikan sajak dengan penuh perasaan dan emosi. saya perasan, ayah saya saja yang tumpukan perhatian.

takpa, saya tahu cikgu ikhlas.


sesi menjulang hadiah besar-besar pun berlangsung. sumpah, semua orang kalau boleh nak bagi hadiah segabak mesin basuh. kelakar pula tengok anak-anak kecil gigih bawa hadiah yang lagi besar daripada beg sandang belakangnya. comel.

klik. klik. punat kamera dipetik. Bonia, Vantage, John Master antara yang berkelip-kelip kelihatan diusung oleh murid-murid kecil. pembalut hadiah kalau boleh nak liplap macam pasang lampu kelip-kelip.

sedang sibuk saya menekan punat capture, tiba-tiba seorang murid perempuan tersipu-sipu berjalan terkocoh-kocoh ke arah ayah saya. tidak kenampakan beg kertas, atau hadiah berbalut yang dipegang. cuma seiras wajah tunduk malu-malu. dia mempercepatkan langkahnya dan menghampiri ayah saya.


lalu, disebalik tudung putihnya, muncul sekuntum bungan ros merah kecil.

cepat-cepat dia hulurkan dan memasang langkah untuk pergi. mukanya nampak berbalam-balam merah. malu. ayah saya cepat-cepat pegang lengannya dan bawa dia ke sisi, beri peluang kepada jurugambar untuk mengambil gambarnya.



semasa sesi menyelongkar hadiah tadi, ayah sempat cakap

"inilah hadiah paling berharga ayah dapat hari ini"


sambil memegang sekuntum bunga ros merah kecil.

11 comments:

Neyda said...

Oh sweet <3
Herman letak pic adik 2 pls..

nadiah said...

sweetnya...comel sgt

syaa said...

nak like entri ni. rase nak nangis ttbe. T_T

sekolah keturunan. aku suke ayat itu.

Anonymous said...

wah tema cerita ini macam cerpen Hadiah Hari Guru ! hadiah Ramlee kepada cikgunya iaitu pucuk janggus :(
susah nak jumpa murid seperti ini sekarang

LoNgJaR said...

nak like entry ni boleh?.. =)

herman rawi said...

neyda : gambar tak lawa sebab budak itu berlari laju :D

syaa : sila lah suka. kena ke bagitahu? haha

anonimos : kan? kan? kan?

longjar : sila2. like la banyak2. :D

herman rawi said...

eh tertinggal

nadiah : terima kasih :D

syaa said...

sedangkn di fb pun org boleh komen spt 'herman rawi likes this.'

yg itu ade button. ini takde. :D

en_me said...

sweetnyerr.. ihihi

Anonymous said...

comelnyaa budak tu!

herman rawi said...

syaa : baik.

en_me : mengharukan kot.

anonimos : sangat kiut !