Tuesday, February 23, 2010

Satira Gula Pahit

(sila baca artikel ini dengan hati yang terbuka dan tidak membuat tafsiran sendiri. kalau mahu kritik, jangan mengumpat dalam hati, tinggalkan komen, ya?)

semalam saya tiba-tiba tertengok semula video persembahan yang pernah berlangsung sepanjang saya berada di kolej. kebanyakan video itu ada saya dengan pelbagai aksi yang aneh. tersenyum saya melihat diri sendiri. kawan saya yang tak berapa popular pernah tanya
"eman, best ke jadi popular?"
"seronok ke jadi tumpuan orang?"
"bila kau belajar?"

saya sentap sekejap dan di sini saya mahu memberi jawapan itu.

saya macam tertanya siapa saya kalau saya tak pernah buat semua itu. siapa saya sekarang kalau saya dulu tidak tiba-tiba wakilkan diri untuk membuat persembahan solo lagu Perpisahan nyanyian Anuar Zain pada malam End of Sem Dinner?
atau,
saya tidak bersungguh-sungguh menyanyi lagu Sumayyah daripada Hijjaz masa audition nasyid untuk IAW 08.
atau paling awal
tidak menggila membuat aksi gila menyanyikan lagu Gemilang Jaclyn Victor?

adakah saya akan jadi budak yang sangat lain daripada saya sekarang?
herman yang pemalu, yang suka berdiam diri, herman yang hafal surah-surah Al-Quran. herman yang tidak obses dengan Siti Nurhaliza. herman yang tidak akan memegang Award Best Performer?

post ini berbaur mungkin riak pada sesetengah orang, tapi betul. siapa kita kalau kita tiada pengalaman yang pernah kita ada itu? faham tak ayat ini?

***

oh sambil saya menulis ini, salji turun renyai-renyai. sangat dramatik. ok lupakan.

bukan saya mahu jadi watak pementasan
tapi itu yang sudah tertulis
sekejap
tertulih atau dipilih?

cakap pasal pilihan, hari itu saya baru lepas menonton BOHSIA : JANGAN PILIH JALAN HITAM. ini salah satu cara saya menyokong industri perfileman melayu. ya, filem yang sangat berkualti dari segi skrip dan penyampaian serta penghayatan pelakon. sepanjang cerita itu antara kata-kata nasihat yang selalu digunakan oleh pelokon ialah
sial
bodoh
longkang
sial
sial
dan
sial
dan di akhir cerita, disisipkan pengajaran
"Allah mengurniakan manusia akal yang waras samaada untuk memilih jalan hitam atau putih".

kawan saya yang ala-ala liberal  pernah kata
"sekurang-kurangnya kau ada pengalaman yang orang lain tiada. semua orang tak mampu untuk buat semua benda, tapi dia diberi kemampuan untuk buat perkara yang dia boleh." wah kawan saya ini kalau bersyarah kalah imam besar.

***
hidup ini anehkan? sebab




saya tak jawab pun soalan kawan saya itu. kalian ada jawapan?

Friday, February 19, 2010

post huru-hara

hidup sekarang makin hura-hara. semakin lama saya belajar matematik, semakin saya keliru dengan matematik. semakin saya keliru dengan matematik, semakin saya jadi tak faham. semakin saya tak faham semakin saya mengerti betapa hebatnya ilmu Allah ini. semakin saya mengerti kehebatan Allah, semakin saya rasa kerdil diri ini.

cukup dengan inferens saya?

alah, darjah lima dulu kan belajar sains. selalu soalan pertama dia
"berikan inferens anda tentang situasi di atas"


hari itu saya telefon nenek saya. Ini pertama kali cakap dengan nenek selepas terbang ke United Kingdom. dia satu-satunya nenek yang saya ada sekarang. nenek emak ibu saya. tengah cakap, tiba-tiba nenek cakap
"weh la, boleh nampak eman..." sambil lihat muka saya di komputer rumah. kedengaran suara nenek sebak-sebak.
"nenek sihat?" saya tanya, buat-buat suara ceria sebab saya pun sebak bersama.
"Alhamdulillah sihat macam tu lah, kena makan ubat selalu" itu jawapan nenek bila setiap kali orang tanya.

selepas sembang dua tiga kerat, saya tanya nenek
"nanti eman nak balik, nenek nak kirim apa?"
nenek diam pastu dia jawab
"tak mahu apa-apa. mok nak eman jaga solat dan jaga diri. eman duk jauh tu."
oh nenekku, aku rindu padamu.
***

cuti easter nanti saya bercadang untuk tidak pergi jauh. sekadar pusing-pusing birmingham. banyak tempat yang saya nak lawat ni. lagipun peperiksaan akhir semester pun dah tak lama. menakutkan kan?

***

oh sudah lama saya tak mengumpul pendapat tentang ahli rumah saya yang disayangi. belakangan ini, perbincangan kami ketika makan malam sudah tidak berbaur najis lagi.  ini mungkin kerana sistem perparitan belakang rumah yang tersumbat dulu sudah dibaiki.

nak kerja apa lepas dapat degree nanti?
nak kahwin bila?
nak anak berapa orang?
nak bini berapa orang?
nama anak nak yang canggih-canggih.
macam mana nak ajar anak tentang Islam.
ilmiah kan?

tapi bila dah habis topik, mereka tetap suka memilih topik najis. kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. kemana tumpahnya najis kalau tak ke dalam mangkuk tandas. haih~

cerita terbaru!

minggu depan, saya dengan rasminya akan menjadi PENONTON untuk persembahan teater bangsawan di Warwick Malam Malaysia.
juga, buat pertama kalinya saya jadi PENONTON untuk pertandingan Nasyid.
tidak sabar rasanya mahu merasai perasaan penonton yang berdebar-debar menantikan keputusan.

kawan saya merangkap peminat setia saya hari itu berbalas mesej melalui telefon bagaikan tak percaya,
dia cakap
"what? like seriously??that is so not u. teganya kau membiarkan mereka naik pentas itu tanpamu!"

seperti yang saya balas kepada dia
"dato' siti nurhaliza pun berhenti masuk AJL sebab bagi peluang kat junior2 kan?"




terasa nak lempang laju-laju tak dengan statement itu?

Thursday, February 4, 2010

Kisah Pemuda dan Ikan Paus

kisah ini menjadi sebab utama kenapa saya meninggalkan blog ini selama sebulan. tragis, sangat tragis.

seperti kebiasaan, saya akan sentiasa mengantuk dalam kuliah. pelbagai cara telah saya lakukan untuk elakkan syaitan daripada berbuai-buai di kelopak mata saya.
antaranya
buat-buat faham dan angguk banyak-banyak kali biar orang belakang rasa kagum dan berkata "hush, mantap sial budak depan aku ni!"
salin nota cantik-cantik. lukis bunga banyak-banyak. garis dengan pen warna-warni.
pukul-pukul rakan sebelah yang asyik tersengguk dengan harapan dapat buat latihan tangan.
tarik nafas dalam-dalam banyak kali.

ok, semuanya tak menjadi sebab rasa macam bodoh gila bila angguk-angguk pada benda yang aku langsung tak faham.
kena marah dengan rakan sebelah sebab kacau dia tidur.
maka, saya ambil keputusan untuk main iphone lah, apa lagi pilihan yang saya ada?

orang kata, berkat cikgu itu penting. masa cikgu mengajar jangan main benda lain.


bila habis kelas, semua orang bergegas-gegas kemas barang nak balik. ha! masa ini terus hilang ngantuk. saya rasa, pensyarah kena pura-pura cakap
"ok, kelas tamat" baru orang jadi bersemangat, kan?

jalan sambil jalan sambil sembang dengan kawan, saya rasa langkah saya ringan sekali. oh, mungkin sebab balik nanti nak makan, maka hati jadi riang, tubuh jadi ringan. tapi, sebenarnya bukan!


tiba-tiba saya teringat sesuatu. langkah mati, tangan meraba-raba poket seluar. depan, belakang, kiri dan kanan semua diraba. oh Tuhan!

SAYA TERTINGGAL IPHONE DALAM DEWAN KULIAH!

punyalah saya pecut tanpa menoleh ke belakang sambil latar belakang memainkan lagu "Gemuruh Jiwa nyanyian Faizal Tahir". Saya rasa bagaikan terbang tanpa sayap. dalam masa kurang dari seminit saya sampai kembali di dewan kuliah dan menyerbu masuk tanpa menghiraukan orang sekeliling.

ini rentetan pencarian iphone.

buka pintu-cuak tengok orang dah ramai-pergi ke tempat duduk tadi-atas meja tiada-tengok bawah kerusi tiada-"excuse me, do you see any iphone here?"-tiada juga-tanya dua tiga orang-semua geleng kepala-nampak pensyarah tadi baru nak keluar-pergi kejar sambil rambut menari-nari bersama rentak-dengan muka penuh berharap-"excuse me sir, did anybody hand in you any iphone?"-"iphone?"-"yes, iphone, a black iphone?"-"NO".

khali.

terasa bagai baru sahaja dirempuh keretapi api bullet train. hati ini bagaikan disiat-siat dan dicampak ke dalam kawah panas. kedua-dua kaki bagaikan lumpuh. terasa macam dihempap dengan seekor gajah yang baru tertelan ikan paus.

ok, bunyi macam over tapi faham tak perasaan aku tatkala itu? macam baru terkena tulah dan sumpah sebab tak tumpu perhatian dalam kuliah tadi.maka, sambil lagu "pergi nyanyian Aizat" berkumandang, kaki dilangkah dengan penuh longlai menuruni anak tangga yang serasa bagaikan tidak berkesudahan. semaik kuturun, semakin tinggi tangga itu.

"Ya Allah, tolongkan aku dengan apa sahaja cara yang engkau kehendaki"


itu.
disudut tangga itu. terbaring sebuah objek bersegi empat berwarna hitam. walaupun keadaan gelap dan suram, objek itu seolah-olah bersinar penuh cemerlang menangkap mata seorang yang baru sahaja dihempap gajah yang tertelan ikan paus. Ya Allah, masa itu rasa bagaikan diberi kekuatan sehingga mampu untuk mengangkat semula gajah yang tertelan ikan paus itu dan menelannya dengan satu suapan sahaja.

Alhamdulillah.

maka anak-anak pengajaran dalam kisah Pemuda dan Ikan Paus ini ialah kita hendaklah sentiasa menumpukan perhatian ketika cikgu mengajar. carilah berkat, jangan cari mudarat. sekian


posted from my iphone