durian.beri.pantai.hujan oh indahnya

peringatan awal-awal, entri ini hanya orang tertentu sahaja yang faham. kalau masih nak baca, silakan.

saya sudah 2 minggu balik ke tanah air, Malaysia. oh sepatutnya saya cakap, saya BARU saja 2 minggu balik ke Malaysia dan terus cabut lari pergi pusing Malaysia. teruk betul kan? macam setahun tak balik rumah, baru 2 minggu jejak lantai rumah, dah pergi bercuti. oh jangan contohi perangai ini, jadilah anak yang baik, ok?

tapi demi mengubat rindu, saya sanggup.

fakta 1. 
pernah tak anda mengharapkan yang buah durian itu bukan berwarna hijau? tapi warna menyerlah macam merah, kuning terang, oren atau biru? kalau anda ada pengalaman pergi mengutip durian di dalam kebun durian yang berhutan tebal, berumput lalang, maka anda tahu kenapa.

bayangkan dengan rumput hijau basah2, lalang tinggi menggunung, semak samun tebal, nyamuk-nyamuk, pacat-pacat, susah kan nak cari durian. tapi ini pengalaman pertama saya, saya redah saja.

kawan saya cakap, saya banyak songeh.

fakta 2.
lagi satu, kalau anda pernah jumpa buah beri tepi paya, maksudnya anda tak cukup lagi ilmu hidup di kampung.


sawah padi yang menguning dan awan yang membiru adalah spot yang cantik untuk bergambar tapi bukan pada pukul 10 atau 11 pagi bila matahari sedang naik meninggi di kepala, tahu itu?



fakta 3.
istilah MAKAN ANGIN adalah sangat tepat bila anda menaiki motor sejauh 60 kilometer dengan kelajuan 100 km sejam dengan melanggar semua lampu isyarat yang berwarna merah  tanpa henti dan menganga mulut luas-luas. sedap.


tahukah anda ikan tembakul itu rupanya sangat menakutkan? macam seekor katak yang disumpah menjadi ikan yang berkaki dan melompat-lompat sambil mengangakan mulut. saya jadi tertanya-tanya kenapa dalam dongengan batu belah batu bertangkup, ibu itu merajuk kerana tak dapat makan telur ikan tembakul. seram ok rupa ikan itu.


fakta 4.
kalau mandi-manda di pantai, jangan pakai baju putih berjenama ZARA. nanti anda akan bersumpah seranah kerana ada benda kuning-kuning melekat di baju dan tidak hilang bila dibasuh. dan baju itu layak jadi kain buruk saja. kain buruk ZARA, ok?


pengalaman menbonceng motor dan melanggar lampu isyarat di waktu malam sambil menjerit "kau gila ke?" adalah pengalaman yang paling saya nak lupa cepat-cepat. haha. tapi saya tabik spring lah sebab kegigihan memandu pergi balik, tak suruh pun saya.

maghoh lah ni.


fakta 5. 
saya tak mahu ulang cerita pasal hujan dan pak cik guard. perit. ingat2 sendiri.

dan

kalau pergi jalan-jalan, padan muka awal-awal kalau tertinggal charger bateri kamera.





kepada yang tertanya-tanya dan terlopong tak faham, jangan banyak tanya :)

Comments

kwn paan said…
HAHAHAHA!

juga psl buah beri bagai dan monyet yg pelahap mkn getah!

dem btol la dorg! ingat dendam pada anak pak guard tuh! tmasuk yg angkuh nak tahan sbb rambut pnjang tuh! btw,thanx to paan yg baik hati

buah kelapa dan the sweet ayam panggang mak yg terbaek!!

oh juga loghat atok yg tidak difahami!

hahahahaha!
budak yang pergi homestay :D said…
shut your ass up about the berry, ok?
dan saya belajar yang ada orang yang cuak dan takut dengan monyet :P

fakta 5 tidak perlu dihurai, perit.

"meghasa loh aku dughian ye" :DDD

Popular Posts