Wednesday, December 30, 2009

Jalan Berliku Real Madrid

pengajaran hari ini, jangan pandang rendah dan tinggi.


selepas kami berjakun-jakungan duduk di bahagian sebelah tingkap kapal terbang sambil menikmati permandangan yg luar biasa indahnya, kami sampai di Aeropuerto Madrid lebih kurang jam 12 tengah hari dalam keadaan kebuluran nak mati. harus beli tiket flight murah dan tak dapat makanan percuma ok!


Kalau ditanya sebab kenapa kami berhijrah ke spain, kami cakap mahu lari daripada kesejukan United Kingdom. bila turun kapal terbang, suhu menujukkan 1 darjah celcius. maka, sila tanya lagi sekali kenapa kami ke spain?

Kami mahu meneroka kisah kegemilangan tamadun Islam di Sepanyol suatu ketika dahulu, kan simaatul muslimah?

sambil menunggu mereka-mereka selesai dengan isu kereta sewa yang menyakitkan hati, kami (syazzy dan saya) terkumat-kamit menghafal perkataan-perkataan tipikal dalam bahasa sepanyol antaranya
dimanakah tandas?
air minuman
bolehkah anda bertutur dalam bahasa Inggeris?
satu
dua
dan
tiga

cukuplah kan?

kegirangan kami mendapat dua buah kereta pugeot 207 berwarna hijau kepala itik dan perak bersinar-sinar terpadam sebaik saja menjejakkan kaki keluar daripada aeropuerto. jantung terus berlupdup kencang, senyuman terukir lesap dari wajah, semua bicara terdiam bila sebuah kereta teksi melepasi kami.

Ya. kami terpana. kenampakan stereng kereta memandu pada bahagian kiri kereta dan kenampakan kereta menelusuri jalan di bahagian kanan.

mati.


lebih 15 minit kami habiskan masa meyakinkan diri kami yang kami boleh memandu dengan keadaan seperti itu. rilek la. hanya tempat duduk yg berubah.


dan kedudukan gear yang berubah.
oh, suis wiper dan lampu juga berubah kedudukan.
eh, jalan raya juga berubah.
yang hanya kekal ialah kedudukan pedal minyak, break dan clash.

manusia juga berubah.

kami hanya ada dua pilihan,
Kalau tiada siapa yang berani, bersiar-siarlah kita di lapangan terbang itu, 5 hari 5 malam bergambar dan beramah mesra dengan pak cik dan mak cik di situ, bermain kejar-kejar di landasan kapal terbang yang luas, bermain sembunyi-sembunyi dan masak-masak di bawah pokok yang tak berdaun
atau memandu.


keputusan menyewa satu sahaja GPS adalah keputusan yang membawa kepada pergolakan bersaudara, walaupun ia menjimatkan duit. idea asal ialah sebuah kereta pasang GPS akan berada di hadapan dan yang di belakang mengekori. mudahkan? kepada yang bercita-cita nak buat macam ni, bunuh diri sekarang! terbukti. baru 3 minit mengekori, kami tepisah. mula kalut. talian telefon O2di sini tiada. telah diroaming dan ia SANGAT mahal.

kata orang kita kena percaya gerak hati.

oh kerana percaya pada gerak hati kami hampir melanggar dinding di bahu jalan, dan hampir melanggar pembahagi jalan dengan kelajuan 80 km/j, dan hampir menyuruh orang melanggar kami daripada belakang sebab bila nak pasang signal ke sebelah kanan, terpasang suis wiper dan tiga empat kali kami dihon oleh pemandu kerete dan lori treler berhemah di sini disertai dengan simbol jari hantu diangkat dengan penuh marah.

rasa macam nak bawa kereta terjun sungai dan mati. kurang sikit malu.


muka penumpang kereta yang dipandu saya semua berpura-pura tenang. semua mengukir senyuman paling menipu tanda sokongan. kami tersesat hampir sejam di mana pun kami tak tahu sehinggalah syazzy liberal dianugerahkan Ilham daripada Allah untuk kembali ke aeropuerto. saat itu, semua orang panik dan ilham itu bagaikan cahaya daripada Ilahi yang menerangi gua yang kelam. macam tu sekali perumpamaan.


sekali lagi Allah menolong kami. dalam berjuta-juta orang sepanyol yang tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, kami dipertemukan satu olehNya di tepi jalan. maka berjejeranlah soalan kami bertubi-tubi kepada wanita yang comel itu. Terima Kasih awak.

Dengan bantuan papan tanda dalam bahasa sepanyol, kami mencari jalan. punyalah kami tengah panik dan semua orang bergelora perasaan bercampur baur, tiba-tiba kena bayar tol. adeih~ lepas tu terlepas exitlah, salah masuk exitlah, salah faham dengan papan tandalah, masuk parking berbayarlah. ah!

datanglah bencana, datang kepada kami agar kami menjadi lebih kuat.

bila sampai di aeropuerto, penumpang kereta yang mempunyai GPS datang dan berkata
"Lambatnya korang"





semua orang dalam kereta diam, sambil menghunus mata yang paling tajam.

Monday, December 21, 2009

Melakar Cinta Alhambra


Hari ini hari hikmah. Pada setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itu ayat cliche yg klu tanya budak hingusan pon diorang tahu. Tapi pada yang merasai ia lebih bermakna sebenarnya.

Maka pada post kali ni dan seterusnya saya akan berceritera tentang apa saja yg berlaku, buruk atau baik. Disebabkan saya ini bukan berdrama melayu maka saya harap banyak yg x cliche akan berlaku.

Oh hari ni kami berkejaran ke stesen bas victoria. Kami di sini ialah eman, acap, syazzy, york, amir dan nuar. Semalam tidur lewat belajar bahasa spain satu malam. Ha mantap gitu. Menetap di hotel midi yg bersebelahan royal albert hall london menyebabkan kami rasa sungguh kaya dan elegen . Lewat jam 7:15 pagi lami berlari lari anak ke stesen tube.

Tahniah kepada syazzy kerana mampu bangun sebelum jam 12 tengah hari waktu london.

Rombongan kami disertai dua wanita muslimah yakni najahul akhyar dan simaatul muslimah. Semoga kedatangan mereka berdua membawa hikmah dan keberkatan kepada kami.

Ok, saya mula rasa post ni macam karangan lawatan sambil belajar.

Bagi saya masa untuk ubah struktur ayat ya, sehingga berjumpa lagi.

:)

- Posted from my iPhone
Melakar Cinta Alhambra

Friday, December 11, 2009

Rancangan musim sejuk

Rumah saya beralamat 54 North Road. Dekat je dengan university. Kawan saya cakap kalau kentut pun boleh bau. Saya cakap balik itu melampaulah dan saya balas kalau kentut pun boleh dengar.

Oh. Saya bukan nak cakap pasal kentut kentut ni.

Saya ada enam orang ahli rumah. Semua perangai pelik-pelik kecuali saya yang sentiasa menjaga adab sopan melayu dan Islam. Pelik mereka ni macam lain sikit. Jom mengumpul pendapat sedikit tentang mereka.

Saya minta maaf awal-awal.

Sorang ni keturunan beyonce dan ambil bidang biologi. Dia sorang2 duduk kat bilik bawah sebab taraf dia orang gaji ja. Tapi bilik dia paling luas dan meletup. Motif orang gaji bilik nak diva?

Tingkat dua adalah tingkat paling mulia sebab tiga orang ambil matematik. Macam kami menguasai rumah itu. Seorang perangai dia alim alim kucing dan sorang lagi sangat evergreen. Setiap kali dia nyanyi saya akan excited sebab dia nyanyi lagu zaman moyang moyang zaman dulu. Lagi seorang dia suka nasyid dan kumpulan backstreetboys. Bila dia nyanyi dia suka feeling lebih-lebih.

Lagi dua orang kat atas ambil arkitek. Sorang sopan sopan teruna melayu seorang perangai macam raksasa. Tahu kenapa raksasa?

Dia makan nasi melebihi muatan macam raksasa
Dia punya suara kuat macam raksasa
Dia punya perangai ganas macam raksasa
Dia sangat radikal.

Sekian pengenalan ahli rumah.

Tahu., topik kegemaran kami tatkala menjamu makan malam bersama-sama selalunya berkisarkan benda benda pelik.

Antaranya
Pasal macam mana gaya berak dalam tandas
Pagi tadi berak berapa kali
Hari ni kenapa tak boleh berak
Dan yang paling berilmiah ialah
Kenapa kami mesti cakap pasal najis ketika makan.

Saya tahu ia jijik tapi ia benar.


Hari itu kami ada bincang tentang situasi musim sejuk nanti. Selepas sedikit sebanyak cerita tentang najis kami masuk topik yg lebih berilmiah.

Kami cadang musim sejuk ni nak makan guna piinggan plastik. Senang. Lepas makan buang. Sebab membasuh pinggan tatkala musim sejuk adalan antara satu perjuangan jiwa yg tinggi. Sejuk syial.

Selain mempasrahkan diri ketika mahu duduk di atas mangkuk tandas tatkala suhu mencecah -3 celcius.

Kawan saya yg keturunan beyonce dia kaya. Dia siap gubah gubah bilik sebab nk sambut kedatangan televisyen baru hari isnin ni. Semoga dia bahagia sepanjang cuti ini.


Post ini memang saya tujukan khas untuk ahli rumah saya kerana saya bakal ke Sepanyol dan terus sambung ke Scotland cuti ni. Jadi janganlah rindu rinduan saya ye semua. selama dua minggu pemergian saya, saya YAKIN mereka akan sangat bahagia. SANGAT BAHAGIA.





Kenapa? Tanyalah mereka kenapa.


- Posted from my iPhone on the way to London by london Midlands.
motif?


Monday, December 7, 2009

Mari Emosional bersama-sama

motif???

macam tu sekali mukaddimah saya untuk hari ini. nukilan ini saya benar-benar tujukan khas kepada lecturer Impact of Mathematics saya yg bernama Kay Magaard, semoga anda belajar bahasa melayu nanti.

dulu, kalau kita darjah satu atau darjah dua, cikgu matematik akan kagum seandainya kita dapat jawab soalan
12+13 = 25
tanpa menggunakan batang lidi, tetapi sebaliknya menggunakan teknik penambahan secara lazim. cikgu akan rasa sangat bangga dan anda akan dinobatkan sebagai pelajar paling pintar. indahnya zaman itu dulu.


tetapi sekarang tidak lagi.

macam saya setiap minggu akan ada assignment yg pelik-pelik soalannya yg perlu disiapkan. kalau dulu hangus juga otak bila disuruh buktikan kenapa
1+0=1=0+1 ?

kawan sundal saya sulwan dia cakap,
"kau tekan je kalkulator, then tulis kat sebelah jawapan tu, PROVED by CALCULATOR"
saya doakan semoga sulwan sihat di Nottingham cawangan semenyih.


kini, tidak lagi. kelas Impact of Mathematics ada satu wabak baru iaitu selagi mana anda tidak prove lagi atau tidak belajar lagi bab itu, jangan BERANI kau guna dalam solution kau!

macam kalaupun kau tahu yg
sin theta = opposite/hypo
atau
cos theta = adjacent/hypo
jangan kau berani guna!

ah, sangat geram! eh hello~ sebab aku guna benda tu je, aku dapat ,markah 0/15. ko pehal?

dahla kelas kau ngantuk tau tak! macam kau cuba buat kelas tu nampak exciting kau tau tak ia sangat LAME! ah. tahukah engkau budak-budak belakang tu bukan gelak lawak kau tetapi gelakkan kau! dahla setiap kali cakap benda pelik kau rasa lawak kau gelak sorang-sorang. lagi satu kau tu racist! macam kalau ada orang kulit hitam dan coklat yang datang lewat bukan main kau jeling kan, buat muka menyampah pastu minta tulis nama. tapi bila orang kulit putih kau buat apa? buat-buat tak nampak! jeling pun nan ado!


astaghfirullah. seperenggan penuh saya mencarut.

ada suatu hari tu, encik magaard ni bagi latihan yg soalan dia macam ihat(reverse!). tujuh hari tujuh malam saya dan rakan-rakan bertungkus-lumus mencari penyelesaiannya. Yala, kalau guna cara yg x ajar lagi, sia-sia. biarlah empat muka surat pun kau buat, ada dia kisah? ha kamal? ada dia kisah?

maka kami pun dengan putus harapannya buat-buat prove je.

tiba-tiba, pada hari kau bagi solution. satu malapetaka menimpa.



satu, kau cakap soalan tu daripada buku engineering zaman dulu kala. macam itu adalah soalan fundamental pakcik pakcik matematik dulu yg nak selesaikan.
dan kau expect kami dapat jawab kalau setakat belajar apa itu segi tiga dan segi empat?


"ok students, do you want to know the solution to this question?"

of kos la!

"you can use the equation of lines to solve this.."


kelas sunyi.







persamaan garisan itu kau x ajar lagi tahu tak!!!

which is aku dah belajar masa tingkatan satu.





cukuplah.