Tuesday, June 28, 2011

jom chit-chat !!!

SELAMAT MENDENGAR DAN MENYOKONG YA :)

Thursday, June 23, 2011

Tentang Membuat Karipap 6 biji

Kita memang sentiasa nak makan karipap. Terutamanya karipap sardin yang menjadi kegemaran saya sendiri. Nak lagi sedap karipap pusing-pusing yang bila makan rangup-rangup kulitnya dan pedas masam intinya.

Jadi, bila menetap di UK, untuk mendapat karipap hanya ada 2 pilihan yakni, buat sendiri (atau paksa housemate buat) atau pergi kedai cina beli karipap beku yang belum tentu sedapnya. Jadi untuk memastikan tidak dikecewakan, kita memilih untuk buat sendiri.

Jadi, resepi pertama, kena rajin.

Untuk membuat karipap, kena ada bahannya. Maka kita berkorban masa melepak pergi ke supermarket untuk cari tepung, sardin, cili, bawang, limau nipis, marjerin, gula dan garam. Bila tengok bahan-bahan, oh rupanya senang saja nak buat karipap. Kena rajin saja.

Mendapatkan doh yang tidak keras dan tidak terlalu lembik memerlukan kerahan tenaga yang berterusan. Mula-mula senanglah campurkan semua bahan. Ia menjadi sukar bila campuran digaul bersama dengan air. Makin ditambah air, makin pejal doh, makin banyak tenaga diperah. Kadang-kadang rasa nak putus asa, nak berhenti tengah jalan saja. Tapi bila terbayangkan karipap sardin yang sedap, digagahkan juga diri untuk menghabiskan sisa berbaki.

Jangan cepat mengalah.

Tersenyum sekejap melihat doh yang siap. Jangan cepat berpuas hati lagi, perjuangan belum berakhir, itu baru pertengahan saja. Ada benda yang lebih kompleks menanti, proses mengelim. Tumpuan dan ketekunan adalah kunci utama mendapat keliman yang sempurna. Namun skil mengelim itu perlu kerna orang yang berpengalaman lebih 6 tahun menghasilkan keliman yang lebih kemas dan sekata.

Tapi, bukan kesempurnaan yang dicari tapi usaha dan tawakal.

Tawakal? Apa perlunya tawakal dalam membuat karipap? Jangan kita lupa, walaupun tepung cukup, garam secubit cukup digaul rapi cukup tapi semua itu hanyalah usaha zahir kita. Tapi kita tak pasti bila digoreng cantikkah rupanya? Pecah ke kulitnya? Sedapkah rasanya? Jadi sepanjang pemprosesan itu, renjiskan rasa berserah diri.

Karipap, acuan untuk 6 biji, 6 bijilah yang kita dapat. Bersyukurlah. Beristighfarlah.

Senyumlah seikhlas siput :)

Monday, June 13, 2011

Satay Ayam

Skil menulis blog saya sudah berkarat. Belakangan ini setiap kali saya baca semula apa yang saya tulis saya macam "Apa kau merepek ni? kau ingat orang nak tahu sangat ke yang kau baru saja dilamun cinta?"

"kau hengat orang heran sangat kau nak bela ikan gold tetra yang bila kawan kau google dekat internet dia cakap macam ikan bilis? lepas tu kau baru saja tambah 5 ekor ikan Neon Tetra yang macam ikan bilis tapi bertamadun sikit ada jalur biru bersinar-sinar?"

"kau ingat orang nak tahu sangat ke yang masa kau cuci akuarium kau tiba-tiba salah sekor ikan melompat keluar dan terus masuk dalam sinki dan mungkin dah arwah? "

orang tak nak tahulah semua tu.


Lepas tu kau macam terfikir nak tulis tentang poilitik-politik pelik jijik yang tengah berlaku dekat Malaysia sekarang ni. Tapi dah banyak dah kot blog yang tulis pasal isteri perdana menteri kau yang kalau boleh tiap-tiap hari nak tempek muka dia dekat berita utama. 

Tak pun kau terfikir yang mereka-mereka yang duk cabar parti yang memperjuangkan Islam untuk menggugurkan nama Islam dalam nama parti bagi komen macam nak nampak bagus tapi sebenarnya nampak bodoh?


Tapi bila kau macam kutuk kerajaan sikit, orang ingat kau sokong pembangkang.


Tapi kau macam bingung jugalah dengan kenyataan menteri yang berkata "Kepada peniaga, jangan ambil kesempatan harga minyak naik dengan menaikkan harga barang makanan supaya tak membebankan rakyat" . Habis peniaga itu bukan rakyat ke ? Habis peniaga takkan terbeban ke? 


Nak ke orang baca semua benda ni? Akhirnya, kau putus asa dan berakhir dengan blog kau takda entri baru.
haih.




Sunday, June 5, 2011

Tentang Memelihara Ikan

Tahukah anda ikan emas yang ingin dibela sekurang-kurangnya memerlukan 20 gelen air untuk dia hidup dengan sihat dan bertenaga? Ini kerana ikan emas yang cantik molek bersinar-sinar ini mengeluarkan kuantiti amonia yang banyak dalam masa yang cepat atau dalam bahasa yang mudah, makan dan berak.

Patutlah masa kecil dulu ikan emas yang aku beli tak pernah tahan 2 hari, kejap dah mati.

Memelihara ikan adalah hobi yang sangat mengisi masa lapang kerana dengan hanya melihat ikan berenang-renang, anda boleh membuang masa selama 3-4 jam begitu sahaja. eh jap, itu macam membuang masa lapang sebenarnya. Isinya ialah dengan melihat ikan, hati akan mejadi tenang.

Sekarang ini saya baru saja memilik 7 ekor ikan Gold Tetra. Kalau tiada aral melintang, saya mahu mencari Neon Tetra pula.

Selamat bercuti!