Monday, March 28, 2011

Persepsi

Dulu, semasa masih kanak-kanak comel lagi, hidup saya dikelilingi dengan persepsi "budak lelaki kena main bola sepak" dan budak perempuan main benda lain. Kalau kau tak suka main bola kau dianggap kurang normal. Maka zaman kanak-kanak saya sedikit kurang meyeronokkan bila diejek-ejek sebab suka main masak-masak. Selalu masa comel-comel saya ajak kakak main masak daun bunga raya dengan buah oren pokok teh.

comel kan?

Pernah ayah hadiahkan sebiji bola sepak getah semasa hadiah hari jadi yang ke 6 demi menanam minat anaknya kepada bola sepak. Tapi gagal. Bila diajak main sembunyi-sembunyi, main hambat duduk, main PepsiCola, main bola kaki tiga, saya dapat merasakan kebahagiaan sementara, kerana berlari-lari, mengelak daripada terkena bola dan membuat balingan yang tepat adalah kepakaran saya.

Daripada situ saya dapat rasa, bola sepak memang bukan dunia saya.

Tapi susah bila setiap kali pendidikan jasmani, budak-budak lebih suka memaksa cikgu untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk bermain bola.

Darjah enam, saya mula menemui kekosongan dalam diri. Bila melihat budak-budak bermain bola tampar saya rasa teruja. Daripada satu saya membuat keputusan untuk menyertai pemilihan untuk pasukan bola tampar peringkat daerah. Pemilihan akan dibuat pada waktu petang selepas asar. Jarak rumah dan sekolah jauh lebih kurang 20 minit menaiki motor.

Malangnya hasrat terkubur sebab saya tak berani nak minta ayah saya hantar ke sekolah petang itu.

***

Lihat bagaimana persepsi orang terhadap kita sangat mempengaruhi emosi dan kematangan. Bagaikan di dunia ini, tiada sukan lainkah?
Tak main bola, kau lembik.
Tak main bola, kau looser.
Tak main bola, kau bukan anak lelaki?

Macam tu sekali?


Tapi bila dah masuk MRSM, masuk kolej, jumpa macam-macam orang barulah saya lebih yakin dengan kebolehan diri. Ramai saja kawan saya yang tak main bola dan masih gagah dalam marathon. Ramai saja kawan saya yang tak main bola tapi hebat dalam sukan lain. Malah lebih berbakat dalam pelbagai sukan lain. Ramai saja kawan saya yang tak bersukan pun tapi hebat dalam bidang lain.

Maksudnya di sini, lain orang lain kebolehannya.

Didiklah diri sendiri untuk menghargai kelebihan yang ada, bukannya bersedih dengan kekurangan yang memang tiada.

***

Oh musim bunga sudah tiba. cuaca-cuaca yang indah begini, jom main tenis?

Monday, March 7, 2011

Jalan-jalan Turki - Tips dan Panduan

Semenjak saya mengepost video Jejak Turki, saban hari saya mendapat mesej yang bertanyakan macam-macam soalan tentang percutian ke Turki ni. Tambahan lagi, cuti easter pun dah menghampiri. Maka, daripada saya duk menjawab mesej yang sama kepada orang yang berlainan, baik juga kiranya kalau saya tulis di sini, harap2 boleh dijadikan panduan.


macam travel agensi gitu.


Perhatian : Segala yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri. tidak semua tepat ya.
Perhatian : entri ini sangat panjang tau.


1. Apakah tempat-tempat menarik yang perlu dilawati ? Boleh cadangkan laluan perjalanan yang cambest tak ?
Kami(saya guna kami sebab pergi 4 orang) pergi selama 10 hari 9 malam. maka banyaklah tempat yang menarik sempat kami lawati.
Di Istanbul
Hagia Sophia
Masjib Biru
Istana Dolmabahce
Istana Topkapi
Selat Bhosporus, Golden Horn
Grand Bazaar, Spice Bazaar
Masjid2 yang banyak seperti Sultan Al-Fatih, Sultan Suleiman, Laila, dan masjid2 yang jarak antara satu sama lain macam sehasta je
University of Istanbul
Miniaturk - Menempatkan miniature2 binaan hebat di Turki seperti Hagia Sophia , Masjid Biru dan lain-lain.


Kebanyakan tempat di Istanbul dekat-dekat, walking distance. kalau macam malas sangat jangan risau akan ada perkhidmatan Tram yang menghubungkan satu tempat ke tempat yang lain.
4 hari di Istanbul. spare satu hari untuk shopping sebenarnya :P


Dari Istanbul kami memandu kereta ke Cappadocia, Nevsehir.
Cappadocia kebanyakannya merupakan kawasan penempatan purba zaman dahulu kala.
Goreme Open Air Museum - Menempatkan rumah2 yang diperbuat daripada batu, gereja2, dan gua2.
Open Museum - Batu berbentuk cendawan gergasi
Underground City - bandar bawah tanah yang sangat cool
Goreme National park - Ihlara Valley
Dervent Valley - batu berbentuk unta
Pigeon Valley - well lembah yang banyak burung merpati
Hot air Balloon - naik belon udara panas dan menikmati pemandangan Cappadocia yang Subahanallah ! cantik gilewwww. harga sekali naik Euro 150 sejam.


Dan jangan lepaskan peluang untuk menyewa hotel dalam gua ! sangat cool !
kami spent 2 hari di Cappadocia.


Dari Cappadocia kami memandu kereta ke Konya
Masjid Sultan Selim
Muzeum Maulana


kami sekejap saja di Konya sebab akan memandu jauh ke Denizli.


Dari Konya ke Denizli
Pamukkale - Pamukkale bermaksud istana kapas dan tempat ini diisyhtiharkan sebagai World Heritage Site oleh Unesco.
Dalam kota ini ada Traventine - Kolam air panas semula jadi yang bertingkat-tingkat. sangat cantik. Mungkin kalau pergi waktu easter boleh berendam kot.
Kota Lama Hirapolis


Dari Denizli ke Selcuk
Ephesus - ada Teater ephesus(binaan yang sangat hebat di lereng bukit) dan Library of Celcus dan macam2 lagi.
Museum Ephesus
Gereja Maryam - perjalanan ke gereja maryam ni sedikit menakutkan sebab kena memandu lereng bukit yang curam dan berkabus !
Masjid Isabey
The Cave of Seven Sleepers - gua ashabul kahfi
***


Maka ini secara ringkasnya (ringkas ke?) laluan perjalanan kami. Kami sewa kereta.




2. Nak pergi ke tempat2 yang kat atas ni kena sewa kereta ke ? Pengangkutan awam takda ke ?
 Ya. kami asalnya nak guna pengangkutan awam yakni bas tapi memandangkan bila difikirkan keanjalan masa dan tempat2 yang kami nak lawati (banyak gila!) kami memutuskan untuk sewa kereta.


Tapi jangan gundah gulana berwalang bicara, memang ada bas ekspres yang pergi ke semua tempat yang kami lawati ini. 


Cuma, yang menjadi kepayahannya untuk kami sebab, ambil contoh Cappadocia. Semua tempat lawatan di Cappadocia jauh2. bukan walking distance. Unless korang nak jalan 5 kilometer, boleh sajok.


3. Takda ke macam travel agensi yang menawarkan pakej yang best ?
 Ada! 
dan tempat2 yang travel agensi cover sebijik dengan tempat yang kami cover. cuma..cuma..cuma bila ikut travel agent, masa tak anjallah. tak boleh lepak lama2. haha. tapi itu bukan masalah.
Tentang harga yang ditawarkan oleh travel agensi pulak, boleh dikatan mahal jugaklah sebenarnya.


Jadi kalian ada 3 pilihan :
1. Sewa kerete
2. Guna bas tapi tak guna travel agensi lah. pandai2 cari bas tambang semua2.
3. Guna travel agensi. Kami ada tawar2 harga dan dia bagi seorang TL700(bersamaan GBP 300) untuk pakej perjalan 5 hari (ke 6 hari tak ingat) termasuk makan dan tempat tinggal. tapi harga mungkin berubah since dah masuk cuti easter.


4. Sewa kereta mahal tak ?
Harga kereta - TL 645 - untuk 5 hari termasuk insurans dan GPS. Kereta Diesel dan auto,
Harga minyak sepanjang perjalanan - TL 400

jumlah - TL 1045 atau dalam pound GBP 435


Mungkin nampak macam mahal. SEBAB, kami kan mula2 plan nak naik bas je. So, kami tak booked kereta awal2 masa tiba di airport. Kami cari kereta sewa bila dah seharian di Istanbul. So, lepas tawar2, tanya sana-sini, minta murah buat muka tak malu dapatlah harga yang paling murah.


5. Hotel korang book cemana ? on the spot ke? online ? ke tidur dalam kereta ?
 Kami ada cari hotel on the spot dekat Istanbul sebab hotel yang kami sewa mula2 sampai sangat menakutkan. Hotel yang bawah dia ada disko ! Nama hotel ini ialah Universal Hostel !


Senang book onlinelah. saya percaya korang ada debit cardkan ? so senanglah nak booking hotel. Bila online, boleh banding2 harga dan cari paling murah !
Harga semalaman untuk hotel paling murah kami pernah jumpa ialah GBP 7. dan paling mahal GBP 10. 


Ini link untuk kami booking hostel 


HARGA MUNGKIN BERBEZA BILA CUTI EASTER !


dan ada 2 hari kami tidur dalam kereta :)




6. Makanan macam mana ? kena bawak bekal tak macam roti ke? sardin ke ? biskut ke ? cereal ke ? beras ke ? ayam mentah ke ? :P
Kalian mungkin tak berapa tahu , Turki ini sebuah negara Islam, macam Malaysia. Ya, Malaysia adalah negara Islam. Negara Islam contoh lagi sebab baru diiktiraf oleh kerajaan Turki. Maka insyaAllah semua kedai makanan dia halal. so, tak perlulah kot nak bawa ayam mentah ke, periuk elektrik ke, beras ke, okay ?


Kalau macam tak yakin, tanyalah. "Do you serve halal food? " insyaAllah akan dapat respon "InsyaAllah brothers !"


Ini adalah route perjalanan kami dalam bentuk peta

Ini pula tentatif perjalanan kami secara berjadual. klik sini

Dan ini pula video Jejak Turki kami, sekadar selingan selepas membaca post yang panjang gila !





Selamat bercuti !