cerita seorang ayah

hari itu bertarikh 13 mei 1998, umur anak dia baru  9 tahun. dia memiliki anak anak lelaki 5 orang dan semua dilatih supaya minat bola. anak perempuannya yang seorang pun ganas, macam lelaki. maka hari jadi anaknya yang kelima ini, dia bagi sebiji bola sepak getah sebagai hadiah hari jadi.

12 tahun lepas itu, anak dia jadi produk gagal bola sepak.


hari jadi tahun 1999 anaknya merengek-rengek mahu makan ayam goreng crispy Mc Donald. baru keluar iklan. yalah, hari-hari asyik tatap televisyen tengok Dragon Ball, Power Rangers, Sailormoon mesti ada selit-selit iklan ayam goreng crispy Mc Donald yang menggoda itu.

petang itu, ayahnya membonceng anaknya menaiki motorsikal honda lampu bulat pergi ke restoran Mc Donald di bandar. waktu itu, masih tiada kereta. budak itu diletak di bahagian hadapan, dalam bakul. selesai membeli, anaknya merajuk sebab ayah kata tak boleh makan dalam kedai Mc Donald, sebab nanti harga dia mahal. anaknya akur. ayah ajak pergi makan dekat tempat yang lagi istimewa.

5 minit naik motor, ayah berhenti depan kedai kopi.


kalau waktu maghrib, ayah ini memang larang anak dia tengok tv. dihambatnya semua pergi solat maghrib. kalau masih ingat, pukul 7 sampai 8 malam itulah ada rancangan kartun yang menarik! bila ayahnya masuk mandi dalam bilik air, budak-budak ni pergi buka tv. mak bagi buka. mak subahat sekali.

sebab takut ayah dengar, mereka rendahkan suara tv sampai kosong.

ada satu hari waktu maghrib, ayah buka tv. semua tergamam. rupanya waktu itu ada siaran langsung piala dunia. sampai sekarang, anaknya yang sulung berdendam.


anak dia yang produk gagal bola sepak ini minat benda lain. 4 orang anak lelakinya, kalau balik sekolah saja mesti duk gebang pasal kehandalan main bola. ayah pula layanlah. bukan main seronok mereka bersembang. kadang-kadang sampai 7 8 kali diulang cerita yang sama. bola. bola. bola.

"ayah, minggu lepas menang pertandingan nasyid. jadi solo nyanyi lagu arab"
"ok"

"ayah, bulan lepas main bola tampar menang. boleh pergi peringkat daerah"
"ok"

"ayah, hari itu menang jogathon, nombor 3 daripada beratus-ratus orang"
"ok"

"ayah, hari itu pergi bertanding kawad kaki peringkat negeri, menang nombor 2"
"ok"


bila anak dia dah besar, anak dia dapat pergi luar negara. bukan main gembira lagi dia. antara pesanan saat-saat akhir sebelum mereka berpisah
"nanti bila dah sampai, carikan kasut Clark yang bentuk macam ni ya"


semalam, 7 ogos 2010, anak dia kebosanan duduk di rumah. mak dia tak berapa sihat. selalunya beli nasi bungkus untuk makan malam. tapi semalam anak dia macam beriya-iya nak tunjuk skil memasak dekat ayahnya. yalah, setahun duduk luar, mestilah boleh masak sikit-sikit.

bukan main gigih budak itu masak. semangat ni. siap hias-hias cantik. katanya, persembahan tu penting. budak itu masak ayam masak lada hitam. lepas siap, ayahnya masuk dapur, bertanya anak dia.

"masak apa?"
"ayam masak lada hitam ayah"
"oh ayah tak makan benda2 macam ni"

eh?

lepas tu ayah dia rasa.




"hmm, goreng telur mata kerbau 2 biji lah"





Comments

Abang said…
Rilex man..biasalah ayah..byk yg dia bangga dgn anak dia yg sorg ni..nasib baik nama dia bukan Zain je!hehe..

Go eman! troskan tambat hati mak ayah..kite yg kene sentiasa memberi, sbb mereka memang dr dulu x jemu memberi..dlm kita sedar atau tidak..kan?

Take care bro!
syaa said…
alaaaa kesiannye ko....

xpe, kdg2 die bangga sbnarnye cuma tanak tunjuk je...

jgn sedih atau kecil hati ye....
lain kali bile nak masak, ko tny la, 'ayah, nk mkn ape? eman masakkan.'
Anonymous said…
cuba skali ko ckap dgn ayah ko pasal bola....ko tnya2 le member2 cket cita pasal bola..hihi
herman rawi said…
fahmi, syera, anonimos

eh jap2. aku rasa korang baca entri ini serius sangat lah. mood entri ni selamba saja sebenarnya.

bukan kecewa, benci, tak suka, sedih ke apa tau. ini just cerita lawak2 saja lah. :D

rasa kelakar pula bila korang tulis kesian, rilex. bukan. bukan.

hehe.
syaa said…
eh ak tau ko xfikir cmtu..tp ak yg fikir...

bace mse awal2 tu mmg lawak...
tp part masak tu yg rase cm, eh kesiannye ko..hahaha
The Same Anonymous said…
eh x...ak x rasa kesian pun..saj2 je nak suruh ko ckap dgan ayah ko pasal bola..apalah reaksi dia kn..ahah
herman rawi said…
syaa : aku lah padan muka kan tak tanya dulu sapa suruh. haha

anonimos : err aku sendiri pun tak tahu apa2 pasal bola, nanti aku plak rasa lain macam :D

Popular Posts