Friday, April 23, 2010

Teka-teki Petua

oh, hari ini saya mendapat semangat memasak mee kari sebab masa pergi NEXT sheffield hari itu, saya kecewa kerana mee kari dia tawar. oh, maaf terkritik pula. harap-harap mee kari saya ini cukup rasa.

tapi mee kari saya hari ini kurang lengkap. kerana tiada
1. kerang. oh kerang! rasydan, mee kari kerang sedap kan? celah mana saya mahu menangguk kerang di air keruh. pantai di UK ni berkerangkah? kerang UK pandai cakap english tak? ok, tak lawak.

2. taugeh. walaupun sayur taugeh sangat murahan, tapi tanpa ia kurang seri mee kari. cakap pasal taugeh, khairilanwar pernah cakap, kalau nak beli taugeh, jangan beli taugeh yang segar-segar dan nampak gemuk, sebab dia tanam guna air kencing. euuww tak?

3. pati kacang goreng. kamal panggil tauhu goreng. mana-mana lah. yang penting, walaupun pati kacang goreng tiada rasa, tapi ia mengurangkan warna dalam persembahan saya. persembahan penting, kan?

4. sawi celur. oh susahnya mahu ketemu sawi segar di Birmingham. asyik-asyik lettuce. asyik-asyik leek. tahukan orang Birmingham bahawa sawi sangat sedap dimakan bersama mee kari? maka, saya gantikan dengan bayam UK. harap-harap pertemuan timur dan barat dalam masakan saya menjadi.

tapi saya ada isi tambahan! pernah makan mee kari dengan nenas? haa, ini gaya kelantan. mari2, datang cuba.


oh, dan sudah tentu mee kari tak lengkap tanpa telur ayam rebus. maka soalan saya hari ini,
"macam mana nak tahu telur yang direbus sudah masak?"


masak di sini bermaksud sudah menjadi pepejal, faham?
siapa dapat jawab, dia layak dapat pangkat Profesor Pakar Telur Rebus,PPTR.
kata kunci dia, fizik.

(oh, rasydan dilarang sama sekali untuk menjawab)

9 comments:

dan said...

haha. tanyalah ketua kampung di daerah masing2, tentu ada jawapannya. lagi2 yang berkecimpung dalam memasak telur2 rebus utk kenduri kahwin.

nak mi kari kerang dengan nasi lemak sambal kerang!

oh ya dengan pisang goreng, sate ikan, ops banyak pulak..haha

-bihah- said...

camner nak tau telur yg direbus dh masak atau belum..??
gi taruk dlm bekas yg ada air ke..?? then tgk sama de dia terapung ke tenggelam..?? betul ke..??

papehal...nak mee kariii!!!
smlm baru mkn pisang goreng...huhu...

pchek said...

telur rebus bila dah masak dia timbul dalam air menggelegak tuh! kan kan kan???

herman rawi said...

dan : sate ikan golek dengan kaki keling. ops, racist. jom jejak pisang nangka di Aldi!

bihah : salah.teruskan usaha!

p.chek : sama juga. kurang tepat. cuba lagi.


siapa bakal pemenang pangkat PPTR?

LadyNana said...

aku nak try ahh. telur tu ko letak atas meja then pusingkan. ( jgn laju2 kang melayang tak dapat buat eksperimen). pastu try stop kan. kalau terus berhenti, dah masak la. sbb takde liquid dah dalam tu, kalau die pusing lagi, maknanya belum. sbb still ada liquid. betuii tak?

herman rawi said...

ladyNana : hampir tepat tapi mazhab aku lain sikit. so, masih salah. sebab hujah sedikit goyah. kalau dah hentikan, maksudnya memang dah tak boleh pusing la kan?

cuba jelaskan. kalau 2 markah, aku bagi 1/2 je. haha :P

nawwar said...

mahu cuba mahu cuba~

pusingkan telur tu, telur yg dah dah masak akan pusing lebih laju dr yg belum...

betul x?

bro said...

erkk..pertandingan dah tamat kerrr?
nak cuba juga, voleyy?

ambil sebiji telur dari rebusan tu, letakkan dalam sebiji pinggan kaca..kemudian ambil sebatang sudu besi dan ketuk telur hingga retak..dengan cermat, kupas kulit telur tersebut..kalau mcm lembik2 lg, maknanya belum masak lagi..tp kalau dah keras isinya, maknanya dah masak la telur tue..dan, tadaaaaaa, dah siap...sedia utk dihidang dan sesuai dimakan begitu sahaja bersama kicap.~~

herman rawi said...

bro : pernah dengar tentang "penyertaan lewat tidak akan dilayan"?

dah la lambat, salah pula itu. cuba lagi lain peraduan. :P