Monday, December 24, 2012

Ke Kuantan Aku Pergi

Ha! faham tak perasaaan bila pertama kali memandu kereta di lebuh raya pantai timur dengan jarak perjalanan melebihi 276 km yang mengambil masa selama 2 jam 20 minit untuk sampai ke destinasi? Biasalah bila pergi menumpang kereta orang, tak bolehlah memalaskan bontot untuk hanya menjadi penumpang kan?

hari tu rancangan nak ke Kuantan, dengan kawan-kawan ingin melawat kawan sambil makan ikan bakar. Destinasi popular ikan bakar di kuantan antaranya di Tanjung Lumpur. Siapa yang penggemar atau pelahap ikan-ikan segar yang dibakar enak, bolehlah datang ke sini. Haa kalau dah lahap tu bersedialah dengan pitis yang sesuai dengan keinginan nafsu.

Kami 4 orang makan hari tu, habis dalam 200 ringgit malaysia. Mampu?

Tak buat apa-apa aktiviti menarik pun selain membontoti kontraktor sulwan pergi ke tapak projek pada harisabtu, hujung minggu. Gigih sangat orang bercuti kau makan hati. Tapak projek sulwan ni banyak di kawasan kampung, maka kami ni perasanlah mcm orang Kay Ell yang dah lama tak melihat suasana kampung permai dan mendengar derusan arus sungai dan decipan burung.

"Eww lecak"
"Eww tahi lembu"
"Eww rumput"

Rasa macam nak lempang diri sendiri.

Lepas tu pergi melalak dalam bilik kareoke selama 3 jam sampai jerit keluar darah.

Nak habaq sebenarnya aku berjaya memandu kereta daripada kuantan ke Kuala Lumpur dengan penuh kegagahan dan kelancaran. Gugup jugalah kan sebab tak pernah kot memandu sejauh itu dengan kelajuan 110km/j dan kadang tak sedar meluncur selaju 140km/j sebab jalan kosong. (Kosong ong ong).

Mula-mula dah buat ragam, tika melepasi tol kuantan, aku dengan tanpa rasa bersalah melalui tol tanpa memberhentikan kereta.
"Eh hari ahad tak payah bayar tol eh?"
"Eman! Kau lupa ambil tiketlah tol lah!"
"Oh ya? Mana aku tahu dah dia x halang dengan palang pong"

Kena undur balik kereta.
Potong lori. Potong bas. Dipotong kancil. Wah seronok berlumba-lumba dengan pemandu lain tapi masih mengekalkan pemanduan yang berhemah. Akhirnya sampai ke rumah dgn selamat, Alhamdulillah.

Berakhirlah percutian ke Kuantan. Oh elok-elok kami sampai rumah, kuantan hujan lebat, esoknya banjir sampai ke paras dada itik. MashaAllah.

Wednesday, December 12, 2012

Selamat Hari 12.12.12

"eman, kita kena buat sesuatu malam nanti!"
"jom2"

***

balik kerja semalam, penat. oh, sebenarnya selepas kerja semalam, pergi tengok wayang, Life of Pi. sebuah produksi yang meyakinkan dan penuh kesempurnaan. ha camtu. sinimetografinya sungguh mempesona, jalan cerita yang mudah dihadam, ringkas tapi punya maksud mendalam!

pergilah tengok, insyaAllah tak rugi.

jadi, sampai rumah lesu dah macam pisang lebam. heret beg naik atas, isha' tak solat lagi, mandi pun malas. hampar sejadah, solat dah macam bawa kereta, tup tup dah siap, mashaAllah khusyuk entah ke mana? ambil  phone, tengok2 twitter, tengok facebook, tengok 9gag. ah bergunanya masa macam ni.

***
"eman, 12 Dec 2012 pukul 12.13 dah. terlepas!"
"hah? haah. haha"

Sunday, December 2, 2012

Kunci

"Sebab aku orang terakhir tinggalkan rumah ini, aku kunci semua bilik okay? Selamat menyambut hari raya aidiladha semua !"

Pesanan ringkas dihantar melalui Facebook oleh salah seorang ahli rumah, Zaim.

"Herman! Pintu bilik kita mana ada kunci! Habislah macam mana nak masuk?"
"Eh? Haah la. takpa, aku pernah cungkil pintu jangan risau, aku balik ahad nanti kita usahakan"
"Rosak perasaan nak raya. Hadoi aku dah cakap dah sebelum ni"
"Sabarlah, zaim tak tahu, untuk keselamatan kan. Boleh buka nanti"

*
Sejak pukul 7 pagi tadi selepas sampai drpd kelantan menaiki bas , aku dan ahli bilik , shuk gigih sekali merobek pintu bilik. Macam-macam ikhtiar kami buat, kebayakan berdasarkan rujukan video di youtube. Nampak macam senang gila dalam youtube, macam 8 saat pintu da terbuka. Percayalah, dah 3 jam kami berusaha, ya Allah.

Dengan berlatarkan lagu-lagu seperti insyaAllah-MaherZain, Gemilang-Jaclyn Victor, Muara Hari-Dato siti dan Hafiz dan pelbagai lagu yang berkumandang bagaikan memahami situasi kami sekarang. Pukul 12 nanti, kami bercadang nak pergi majlis kahwin kawan ,Moja, jadi ini menjadi pembakar semangat.

Guna kad kami dah cuba. Rosak robek habis kad TouchnGo milik Shuk.
Guna pisau kami dah cuba. Rosak habis sisi pintu disiat-siat oleh kami.
Guna pin kertas kami dah cuba. Kesian kat Shuk kena jalan pergi SevenE semata-mata nak beli pin kertas, walaupun aku tak yakin akan berjaya.
Ada kucing comel, tapi kalau kucing tahu buka pintu, aku cabut lari.


Yang lebih kelakar bila aku minta Zaim telifon Bomba. Kecemasan apa? Pintu bilik terkunci, kunci bilik tiada, kurang 1jam lebih lagi nak pergi majlis kahwin, mandi belum, baju tiada. Tahu apa pak bomba cakap?

"Cubalah buat lagi, kalau kami datang pun kami pecahkan juga pintu tu"
Maksudnya, kalau dah tak dapat juga, pecahkanlah sendiri pintu bilik hang tu. kata semua lelaki dalam rumah tu, ada yang pergi gym lagi.

Cubaan untuk masuk ikut tingkap bilik juga kurang berjaya sebab bahaya. Kalau kau Spiderman rasanya boleh kot.

Buntu weh. Buntu. Fikiranku ligat mencari idea. Kalau semua dah x boleh, apa lagi yang boleh? Sambil berfikir, sambil kepala dongak ke siling rumah.

Ha!

Masa nilah aku ternampak ruang di antara bahagian atas kiri daun pintu dengan rangka pintu. Faham ke? Ruang tu hanya sepanjang satu jengkal dan setinggi 5mm saja. Muatlah untuk kalau nak masukkan ipod touch, ha senipis itu. Maka aku cakap kat shuk, kita perlukan bahan-bahan seperti berikut.

Tali kasut secukup panjang
Sarung tangan getah
Penebuk lubang
Kerusi secukup tinggi
Penyangkut baju besi
Dan Nasib. Kami sangat perlukan nasib. Haha

Lagak seperti Mc Gyver, aku tebuk 2 lubang dekat hujung sarung tangan getah, ikat tali kasut dengan cermat, bila siap, rupanya macam buaian dekat taman permainan. Jadi, cadangan aku ialah menerobos masuk benda alah ini melalui ruang sempit itu, dan dengan bantuan tali kasut, turunkan ia sikit-sikit dan masa inilah NASIB BAIK perlu ada.

Bayangkan kalau masa naik buaian ,kita akan letak bontot dekat bahagian tempat duduk kan? Jadi, aku kena usahakan masa turunkan benda itu, tombol pintu itu akan terletak di bahagian sarung getah itu, dan dengan menggunakan hukum fizik seperti geseran dan tegangan tali, tombol pintu itu akan terpulas dan kunci terbuka!

Bunyi macam susah kan? Realiti dia 1000 kali lebih susah!!! Haiyoh, dahla tak tahu samada sarung tangan itu cukup kesat untuk pusing tombol pintu, nak bagi tombol masuk antara celak sarung tangan itu, fuhh berpeluh jugak ketiak!

Tonyoh kiri
Tonyoh kanan
Tonyoh depan
Tonyoh belakang
Tonyoh tonyoh tonyoh.

Pernah buka pintu yang terkunci kan? Bila kita dari dalam bilik, bila kita pulas tombol pintu, akan ada bunyi macam hmmm mcam mana nak tulis eh. Macam "tummpm" ha camtu. Jadi sepanjang duk tonyoh2 benda tu, bunyi itu yang aku nanti2kan.

Jam dah menunjukkan pukul 1230 tengah hari. Kami dah pun hantar pesanan cakap kami tak jadi pergi majlis kahwin. Segala kudrat empat kerat aku kerahkan, sambil jerit2 macam orang tak siuman, habis luka jugaklah jari-jemari tangan. Tiba-tiba

Tummpm.

Alhamdulillah. Lantai bilik aku cium! Haha

**

Pisang takkan berbuah 2 kali, tapi pintu bilik boleh terkunci berkali-kali. 2 minggu lepas itu, Iman, rakan serumah yang duduk bilik bawah, dia kunci pintu, tapi anak kunci dalam laci dalam bilik.

Bijak pandai.

Sunday, July 22, 2012

Noktah Akhir United Kingdom

3 tahun yang berlalu sekejap cuma
Ibarat benih dandelion
Ditiup angin
Hilang entah ke mana

Yang dikenang bukan tempatnya
Tapi penghuninya

Yang dirindu bukan musimnya
Tapi rasanya

Yang ditangisi bukan sedihnya
Tapi kenangannya

Yang berpisah hanya jasad
Selagi hati masih hidup
Yang hitam pun akan terasa kelamnya
Yang pahit pun akan terasa kelatnya
Yang putih pun akan terasa gebunya
Tentulah yang indah itu akan terasa manisnya

Selamat tinggal musim luruh
Apa khabar musim tengkujuh?

Selamat pergi salju dingin
Apa khabar terik mentari?

:P

Wednesday, July 18, 2012

Rapsodi Cinta - Gagal Lagi

"Ya Allah hindarkan aku dari perasaan resah dan gelisah"
***

Ya Allah, tak keluar pula apa yang aku ulangkaji semalam. habislah aku fail lagi! Kosong kepala aku tengok soalan Integer Programming. Menyesal pun dah tak guna sekarang. Jeling mata ke sebelah, laju saja kawan aku seorang ni jawab. Dia ni dah hafal jawapan ke apa? Lagi seram bila tengok jawapan aku sangatlah tak sama dengan jawapan dia. Bukan meniru, sekadar nak check dan ternyata aku hangus!

Lama aku merenung kertas soalan, sambil berselawat moga-moga nampak jalannya. Sudahlah kau, belajar pun minit-minit terakhir, ada hati nak dapat markah penuh. Tidak, persoalan sekarang bukan markah penuh, dapat markah ke aku ni?



Man Jadda wa jada, Malas belajar wa tarak apa-apa.



Sudah jadi kebiasaan Profesor Butkovic, usai ujian terus diberi skema jawapannya. Memang bulat buntallah mata aku bila tengok satu persatu-satu jawapan dia. Pergh memang pastilah. Allah, aku gagal lagi.

***

itulah aku mengambil remeh ujian bulanan. Padahal ia mencakupi markah ijazahku nanti. Jangan risau, ada lagi masa. Hati bergetus lagi. Lupakan sebentar. Tepung gandum, gula, garam, mentega, kentang, bawang besar, halia, bawang putih, rempah ratus. Sambil menguli doh karipap, berputar ligat dalam kepalaku persoalan yang dilempar oleh Adib, rakanku semalam.

" Kalau bukan sekarang bila? Yakin ke kau yang "when the time comes" tu bukan sekarang? Melepas nanti, kau jugak menonggeng!"

Adib, memang selalu soalan yang dilemparnya sengaja buat aku kelu tak berkata. Ada saja caranya mahu meracuni aku supaya cepat-cepat membuat keputusan. Entahlah, aku ada prinsip yang aku pegang. Aku bukan jenis yang senang-senang tukar baju.

"macam mana kalau "when the time comes" tu bukan sekarang? Aku tak mahu ganggu jiwa raga kalau aku sendiri jiwa tak terjaga"

"hoi jauh termenung! Uli karipap pusing ke, uli karipap cinta ni?" sergah Rahman daripada brlakang.
" Ya Allah, lembek habis ulian aku, terlebih letak air. Tepung pulak dah habis"
" mana taknya, tangan menguli tepung, kepala otak duk uli formula matematik" sempat Rahman bergurau sebelum masuk ke bilik air.

Haih, gagal lagi.

Monday, June 4, 2012

Penakut

bisik hati 
iulah dia
bukan mudah rasa ini
hinggap

bagaikan salji di musim bunga
ia datang tanpa disangka
dan pergi tanpa sempat
disapa

kini urna musim panas
riang menari-menari bersama
kelopak warna warni

perlip
yang aku tahu ia masih putik

Thursday, May 31, 2012

Masih adakah peluang?

Hari ni, 31 Mei 2012. Hari terakhir untuk kertas peperiksaan terakhir untuk jurusan Matematik. Partial Differential Equation, and Reaction Diffusion Equation in Chemistry and Biology, antara subjek yang digeruni para pelajar. Mana taknya, satu semester belajar, sepatah habuk pun tak masuk kepala. Ajaibnya, subjek yang gigih duk pergi kelas 1 tahun mampu diulangkaji balik dalam masa kurang seminggu. Kata pepatah, kebolehan melebihi norma, ada khazanah hebat manusia. ( wit beyond measures is man greatest tresure) mampu? Tapi agak menyesalnya juga sebenarnya sebab rasa macam tidak bersungguh-sungguh ke tahap maksima. Boleh buat lebih baik, kalau lebih masa. Ceh. Cakap banyak. Tadi, duk tenung satu soalan tu lama gila. Allah tak bagi petunjuk. Yang lagi sedapnya, 5 minit nak habis masa, baru nampak jalannya. Ya Allah senangnya. Tapi apakan dayya, itu ketentuan Allah. Sempat buat separuh tulisan dah macam cacing kepanasan. Bukan titik akhir untuk belajar harapnya. Dan satu bendalah yang aku belajar daripada belajar degree 2 tahun ni, TOLONGLAH SAMBUNG BELAJAR JURUSAN YANG HANG MINAT !!! BUKAN JURUSAN YANG HANG DAPAT!!! p/s : peminat tegar subjek Biology.

Thursday, January 5, 2012

Sorok Lidah Budu

Satu benda orang susah nak tahu tentang saya ialah saya asal daripada negeri mana. Bila saya cakap saya orang Kelantan ramai tak percaya dan akan cakap "Oh aku tak dapat detectlah slang kelantan kau" atau "oh kenapa kau takda slang kelantan bila cakap" atau "kau Kelantan celup eh? "

Keliru samaada saya perlu berbangga atau berduka bila orang cakap macam ni. Ramai cakap saya bajet bandar, lupa daratan dan malu mengaku anak Kelantan. Soalan saya balik,
Mundur sangat ke Kelantan? ada Mall  kot!
Kampung sangat ke Kelantan? Internet sampai je !
Lagi satu bila hangpa cakap "malu mengaku anak Kelantan" cuba hangpa tanya diri hangpa balik, kenapa hangpa tanya soalan tu? Sebab hangpa sendiri yang pandang rendah rakyat Kelantan.

oh snap! eh kejap, ni bukan post emotional. SIla baca dengan nada bergurau senda di kala petang menghirup secangkir teh camomile.

Masuk ke isi kedua dalam hujah saya eh tiba
Orang tak sedar yang saya orang Kelantan sebab saya jarang kecek kelate melainkan saya berada di negeri sendiri. oh lagi-lagi Kalau duduk UK, sepatah pun hangpa takkan dengaq. Hatta dengan kawan saya daripada Kelantan pun, saya tak kecek kelate sebab rasa janggal bila kecek kelate di UK haha

bukan malu nok kecek, tapi saya ibaratkan diri masuk kandang kambing mengembek, masuk reban ayam berkokok, masuk sarang tebuan kena sengat padan muka.

faham?

Samalah, hangpa datang UK, makan ayam goreng, kentang goreng, tapi hangpa tak melupakan sebutir berasa ibarat setitik peluh petani. hulur budu aku togok.

Hari itu saya bersembang dengan kawan dalam keretapi perjalanan daripada London ke Birmingham
"it's just that when I go to that certain place, I will speak in their language, their accent. Not that I'm not proud of me being Kelantanese, just that I'm too good in adapting myself with situation."

tiba-tiba pakcik Inggeris menyampuk.
"Where are you from? "
"Malaysia!!!" (seronok bila orang tanya kita daripada mana sebab komfemnya depa tanya banyak lagi benda)
"I see because I couldn't recognise your accent. Well I agree with you actually, when we go to some places and speak their language it shows respect. They appreciate our efforrt to learn their language and would be very happy to help us"

"You've been eavesdropping !" saya bernada bergurau.
terus kami sambung bersembang dengan kehadiran pakcik Inggeris saya berasal dari Wolverhampton.

"one thing is British are so arrogant that they don't feel the necessity to learn other languages."
kami mengangguk tanda setuju.
"they feel superior since it's claimed the world language"

kami sembang jauh sampai ke sejarah campur tangan British dalam kejadian perpisahan Singapura daripada Tanah Melayu.

faham?


Hari itu juga, saya membeli belah di kedai 99p. gila seronok kalau ada kedai macam ni di Malaysia. masa tengah bayar, saya bersapa-sapaan dengan cashier perempuan.
"You really like this watermelon juice? "
"yeah"
"Have you tried this with Vodka? It's real good! "
"Oh, I don't drink" sambil memberi senyuman manis
"Really? what is your religion? "
"I'm a Muslim" senyum lagi
"So what are you doing for christmas then if you don't drink?" 
"Oh as a Muslim, I don't celebrate christmas " senyum sampai telinga
sambil menghulurkan duit baki, cashier perempuan berkata
"I'm a Muslim too, Merry Christmas"

faham dok?

sebenarnya takda kaitan pun perbualan di atas dengan menjadi orang Kelantan.
Kesimpulan saya senang saja.


Orang Kelantan faham apa orang luar cakap, orang luaq boleh pehe ko kalu aku bui sebutir kot kelate?

Selamat tahun baru!