Friday, January 15, 2010

Anak Yang Baik

dulu, sebelum saya terbang ke United Kingdom, mak saya selalu kata
"nanti bila raya macam mana eman? tak balik ke?"
dan akan sambung dengan
"kalau tak balik tak dapat la makan rendang dengan lemang"
dan
"macam mana nak berhubung dengan eman?"

nampaknya mak lagi risau saya tak dapat rasa makanan kesukaan saya. sayang mak.

bila dah dekat fly, macam-macam mak pesan. pesan itu pesan ini. yg paling saya ingat ialah
"nanti balik jgn lupa beli pinggan mangkuk, mak dengar kat sana murah. boleh la bagi sikit dekat saudara mara yg hulur duit kat kamu dulu"

kalau eman tak beli, eman tak payah balik la ya mak?


bila dah merantau lama di sini, macam-macam makanan Malaysia kita rindu. dulu pernah kita kisah tolong mak kat dapur bila mak tengah masak? sekarang baru tehegeh-hegeh nak kenal mana bawang putih, bawang merah, kunyit. daun sup dan kaun ketumbar pun sampai sekarang tak boleh beza. itu belum halia dan lengkuas lagi.

sekarang saya dah pakar masak Nasi Ayam mak saya, Rendang Ayam mak saya, Ayam Masak tanjung mak saya dan Mihun Sup mak saya.

kenapa pada setiap resepi saya letak mak saya? sebab bila saya nak masak saya selalu telefon mak. tanya resepi. padahal boleh je nak google dekat internet. disamping dapat resepi, dapat lepas rindu dekat mak, kan?

siapa pernah telefon dari United Kingdom, telefon mak dia dekat Malaysia selama kurang daripada 3 minit? saya pernah.

"assalamualaikum, adik. mak ada"
terus suruh panggil mak, taknak cakap dgn adik.

"mak, eman ni. eman sihat. mak apa kabar?"
belum sempat mak jawab
"ni mak, eman ada kelas sekejap lagi. tapi hari ni eman nak masak nasi ayam"
dekat Malaysia mas tu dah malam. gelap

"oh, nasi ayam. mana dapat ayam?"
"ayam tu kan mak, kalau nak rebus kena letak apa?"
kurang ajar kan tak jawab soalan mak.

"oh, letaklah dua tiga ulas bawang putih, pastu seinci halia, ketuk-ketuk"
"bila dah rebus, air dia tu kira sup la kan? air dia tu boleh buat masak nasik jugak kan?"
"ya"
"ok mak, babai. assalamualaikum"

cuba cari dalam perbualan itu, apa yang saya tanya selain resepi nasi ayam?

selalu juga saya telefon mak saya untuk tanya resepi. saja tanya resepi yang susah-susah nak bagi mak rasa bangga. ah anakku dah pandai masak!
bukan, saya buat macam tu sebab saya nak biar mak saya rasa anaknya dekat. tidak jauh. kalau call seminggu sekali pastu cakap lama-lama, itu maknanya mak kita rindu. cuba call tiap-tiap hari. kan telekomunikasi itu mendekatkan kita.


suatu hari, saya bertandang ke rumah rakan di Coventry, wilayah bergolak. saja. datang membawa berkat. tetamu kan datangnya membawa rahmat, tak gitu?

suatu pagi, saya rasa nak masak lempeng. kawan saya york, dia orang bandar. maka dia tak kenal lempeng. tapi tahu apa itu pancake. bila saya tengok adunan dia, saya ragu-ragu. moden sangat. seingat saya, adunan lempeng kampung mak saya simple. tepung, garam, air. maka untuk dapat kepastian, saya telefon mak.

tut tut. tut tut. bunyi suara mak yang angkat telefon.

"mak, eman ni. eman siha......"
belum sempat saya habis ayat untuk mengatakan saya sihat, emak saya potong





"hah, hari ni nak resepi apa?

Wednesday, January 13, 2010

Monolog Sakit Kepala

Sekarang ini saya tengah sakit kepala. Sakit sangat. Tak tahu kenapa. Maka saya terpaksa skip kelas pagi hari ini. Nasib baik ada kawan aka housemate yang baik. Bila saya sakit kepala, mulalah saya teringat dekat kawan-kawan.

Dahulu., zaman muka masih comel lagi, saya ada interpretasi tersendiri tentang kawan. Pada saya kawan itu adalah kenalan untuk bermain pada waktu petang.

Main sorok sorok kena ada kawan.
Main konda kondi kena ada kawan.
Main lumba basikal kena ada kawan.
Main masak masak (sekadar contoh) kena ada kawan.
Kalau saya main sorang-sorang nanti orang cakap saya gila.

Bila dah besar sedikit yakni bila suara dah jadi garau, saya ada interpretasi lain tentang kawan. Mungkin sebab saya belajar di sekolah asrama, saya perlu kawan agar tidak sunyi.

Basuh baju dalam tandas kena ada kawan.
Sidai baju dekat ampaian kena ada kawan.
Nak jalan pergi prep kena jalan dengan kawan.
Hujung minggu keluar outing kena ada kawan.
Makan dekat dinig hall harus bersama kawan.
Gosip-gosip.
Kalau tak hidup saya akan sunyi.

Bila umur dah meningkat, dah ada halkum dan otot otot badan mula membesar, interpretasi saya terhadap kawan berubah lagi. Bila meningkat remaja, emosi tak stabil. Maka, kawan jadi tempat saya meluahkan masalah saya.

Remeh tak remeh kawan kena dengar. Maksudnya, kalau tiada masalah maka saya tak cari kawan.


Sekarang bila saya sakit kepala, mulalah saya cari kawan nak minta tolong.

Mungkin sebab cara saya menghargai orang sekeliling menyebabkan saya jarang ingat nama orang yg saya jumpa. Pada saya, kalau setakat jumpa tepi jalan tu, itu dikira sekadar kenalan. Sbb saya tahu nanti bila jumpa lagi sekali, saya akan lupa dan tanya semula nama beliau.

Itu belum masuk bab nak ingat tarikh lahir lagi, tarikh itu tarikh ini. Saya menyerah kalah awal-awal. Bersalahnya saya sebab lupa tarikh lahir kawan sendiri. Sedangkan bila hari jadi kita, kita harap berbondong-bondong ucapan dan berbakul-bakul hadiah.

Itu pentingkan diri namanya.

Kadang-kadang bila kawan tegur dekat YM, Skype, facebook saya buat acuh tah acuh. Lepas itu mula la fikir alasan
Eh tak perasan tadi
Eh iphone silent tadi
Eh ada hall tadi
Eh
Eh
Dan
Eh

Kepada yg berkenaan saya minta maaf. Mungkin semua perkara di atas bukan cara saya untuk menghargai kawan. Yang berupa lahirah.


Tapi mungkin saya ada cara lain kan?

Tapi bila dah berubah dari kanak kanak comel kepada jejaka kacak, saya rasa saya ada definisi yg lebih baik tentang kawan.

Kawan adalah anugerah agung daripada Allah.
Allah tahu bila, kenapa dan siapa yg terbaik untuk kita.


Sebab kawan itu juga kawan kepada kawan yang punyai kehidupan yg sama dengan kawan kawan yg lain.





Pada awak, kawan itu apa sih?

- Posted from my iPhone

Friday, January 8, 2010

Misteri Rumah Puaka

sebenarnya banyak lagi cerita suka dan duka saya di kota sepanyol. tapi kata orang yang lepas biarlah berlalu, usah dikenang duka yg lalu. biarkan angin yg menderu menyapu kotoran silam itu, biarkan ombak menghempas menghapuskan istana terlarang itu. ok, sangat tak masuk. point dia, tutup cerita.

di halaman facebook ada gambar-gambar yg berkenaan. nikmatilah ya?

satu malam pukul 4 pagi saya dan housemate saya menghabiskan sejam menonton cerita hantu. bo*doh. cerita hantu sakit mental. ah. menyesal. tapi ada satu benda dalam cerita hantu sakit mental itu yg menyerupai rumah kami. berpuaka.

cerita bermula.

minggu pertama saya memasuki rumah itu saya dapat rasa ada sesuatu yg tidak kena dengan rumah ini. rumahnya kecil, sempit, sunyi banyak lorong, enam bilik kosong tidak berpenghuni sangat menyeramkan. tabiat saya ialah, saya suka tidak menutup pintu bilik. satu sebab ialah bilik saya sangat kecil. lebarnya hanya sedepa saya. betul. bila pintu sentiasa terbuka, ia mencipta satu situasi ilusi optik yg menyebabkan bilik saya nampak besar. wah~

suatu hari, tatkala saya berada di dalam bilik, pintu bilik tetiba terhempas dengan kuat dan terkunci. saya sudah rasa lain macam. tambah malang, bila saya cuba membukanya, tombol pintu itu rosak. maka diisyhtiharkan dengan rasmi, saya terkunci di dalam bilik dan tidak mampu keluar.

lebih kurang sejam lebih juga saya terkurung di dalam bilik. dalam hati saya mula terfikir, macam mana kalau tiba-tiba rasa nak kencing? rasa nak berak? otak ini ligat mencari jalan keluar. kawan saya punya cadangan, katanya
"nanti kitorang hulurkan baldi ikut tingkap kau, pastu kau buatlah apa yg patut"

mengenangkan peristiwa ini saya ketawa kecil.

3 bulan lebih kami menginap di rumah ni, macam-macam kerosakan dibuat oleh puaka durjana itu. Mungkin puaka ini marah kerana kami dapat sewa rumah ini dgn harga yg murah. ini semua salah kakak khatiey sebab salah kira masa nak sign kontrak rumah. sepatutnya 68pound tapi kami bayar 57 pound. mana puaka tu x mengamuk kan?

hari pertama kami sampai, kami dihadiahkan dengan
sebuah kerusi komputer yg patah
meja study yg compang camping
pintu bilik rosak
peti ais yg bau macam kain yg direndam seminggu dalam air sabun
dan freezer yg patah pintunya

makin lama kami duduk, makin kuat pula puaka itu di bomoh untuk merosakkan rumah kami. kadang-kadang saya terfikir, dalam keadaan sejuk salju ni, macam mana rupa hantu tu ek? mana larat sekadar nak pakai kain putih selapis dan berterbangan di luar tatkala suhu mencecah -2 degree kan?


kami disiksa dengan kesejukan yg amat bila pemanas buat hal. rosak. tak panas. ah.
lepas tu peti sejuk keluar air menderu-deru menyebabkan karpet basah.
lepas tu bilik air bocor.
lepas tu longkang tersumbat dan mengeluarkan bau yg kurang enak.
lepas tu dinding-dinding seakan-akan merekah.
lepas tu lampu bilik meletup.
lepas tu blackout.
lepas tu freezer tempat segala ayam kambing lembu daging burger sosej kami simpan rosak. ah!

lepas ni apa?
katil runtuh? pintu tercabut? rumah hancur?

ok. cukup untuk itu.

bila freezer rosak kami terpaksa jadi vegetarian. kadang-kadang buat muka 1pence pergi singgah rumah senior makan dinner. bila keadaan terdesak, mulalah kami jadi kreatif.

daging burger masak kicap.


semalam, kami ketandusan idea. suhu di luar -7 degree. puding roti dah habis. aiskrim vanilla masih ada berbaki. kawan saya pandang tingkap. dia tenung lama-lama.




ya, dia sangkut bekas aiskrim di luar tingkap.