Thursday, November 19, 2009

Padah Padan Muka

penggunaan telefon skrin sesentuh memang menyeronokkan. lebih-lebih lagi kalau ia adalah iphone. bukan saja ia mesra pengguna tapi ia membuatkan anda tampak bergaya dan kaya walaupun anda terpaksa menggoreng sambal ikan bilis dan makan bersama nasi putih putih setiap hari. hei! ikan bilis di UK mahal lah.

sebenarnya, sambal ikan bilis akan lebih sedap jika menggunakan bawang besar banyak-banyak. petua ni.

dengan talian internet 3G yang sangat laju, dimana-mana saja anda boleh mengakses internet. dalam tandas, dalam train ke warwick, malah dalam lecture hall sekalipun. oh, kebanyakan kuliah matematik sangat sangat mengundang syaitan-syaitan untuk datang berpesta menari-nari di kelopak mata saya. saya hanya ada 3 pilihan

pura-pura menumpukan perhatian sambil dalam kepala tengah fikir dinner ni nak masak apa
atau
tidur tanpa segan silu
atau
guna iphone untuk mengakses facebook, email, Yahoo Messenger, Skype, Whatsapp, ebay, youtube konsert siti nurhaliza, safari, google, mencari application baru untuk iphone, main Tower Block, racing car.

oleh sebab saya masih culture shock dengan keelegenan iphone, maka saya pilih pilihan ke tiga.

hei, senior saya menggunakan perkataan culture shock untuk seseorang yg berejam-rejam menghadap iphone kerana mahu explore kehebatan iphone. saya hanya membuat kesimpulan yang senang, tepat dan sentap.

dia cemburu sebenarnya.


di sebalik keanggunan iphone, ada satu malapetaka yg tersembunyi. hari itu, saya jalan-jalan sambil menaip mesej kepada kawan saya. masa itu, jalan raya sangat sibuk. angin pun bertiup sangat kuat. Mungkin kerana masih dalam tempoh culture shock, saya masih belum mampu untuk tidak memandang skrin iphone ketika menaip. macam kena beri sepenuh-penuh perhatian pada keypad yang tertera.

maka saya tidak mengendahkan keadaan sekitar. saya jalan menghampiri tebing jalan. tidak menyedari kehadiran sebuah lori dari arah belakang. saya berjalan sambil mata terpaku pada skrin iphone.

tiba-tiba pemandu lori tu membunyikan hon dengan kuatnya berulang-ulang kali dan...




KEDEGANG!!!









saya tersenyum sendirian sambil memerhati keadaan sekeliling samada ada yg terperasan seorang mamat melanggar tiang lampu dengan kuatnya menggunakan tempurung kepalanya.

Monday, November 9, 2009

Tinta Jumaat (edisi lambat 2 minggu)

ayat gramatis hari ini.
"Sehitam mana pun kambing, susunya masih lagi putih". paham? kalau tak paham, ayuh baca cerita di bawah.

seminggu lagi awal, saya dijemput untuk ke majlis perhimpunan pelajar-pelajar muslim bertempat di central mosque alum rock (kot..) pada hari ahad malam. di ajak oleh golongan tabligh pada suatu hari, masa singgah solat maghrib di Jalalabad Trust Mosque. satu benda menarik tentang orang muslim di sini ialah

mereka bersungguh-sungguh dalam berpesan-pesan.

oh, tentunya yg lagi menarik di perhimpunan nanti ialah makanan yg bertimbun dan banyak. ah, strategi yg baik untuk mengajak umat manusia terutama golongan melayu. kenapa golongan melayu? klik sini

seminggu sebelum diajak ke perhimpunan itu, lecturer math awal-awal bagitahu 2 minggu depan ada test. tapi macam biasalah, bila dah bagitahu 2 minggu awal, rasa macam sangatlah lambat lagi. ala, rilek ar. 2 minggu lagi kot. sempat lagi nak pergi notingham games. oh, kenapa saya tidak ke notts game ramai yang bertanya?

no comment.

3 hari sebelum test dan perhimpunan muslim itu, kawan saya dari london mahu singgah ke birmingham. pagi-pagi lagi dia call saya nak inform. masa tu pukul 10.30 pagi. pagi kan? kacau daun betul. baru nk mimpi indah-indah. oh, dia nak datang hari ahad dan duduk situ sampai hari selasa.

kepala saya terus berputar ligat mengenangkan stok barangan dapur kat rumah. oh tidak. ayam yg 3 ekor baru jer beli 5 hari lepas dah habis. tahu, selepas dibuat kira-kira rumah kami yg mengandungi enam orang itu memerlukan 18 ekor ayam sebulan. macam setan kan? makan ayam macam makan nasi. sekor sorang. macam kalau nak buat kenduri naik rumah pun cukup.

ah housemate semua. bayar 25 ringgit seorang ok?

ok. perlukah saya menghidangkan lauk paling special kepada para tetamu saya? bukan ayam masak merah atau halia, atau nasik ayam atau nasi tomato, atau nasi kerabu berulam jantung bertatahkan budu malaysia dan bukan juga nasi dagang ala kelantan.

telur mata kerbau goreng, ok?

oh ya. benda yang lagi penting daripada telur goreng ialah
2. saya nak hadiri perhimpunan muslim tu.
3. saya akan bawa tetamu jalan-jalan pusing birmingham hari ahad sampai selasa.
1. saya ada test hari isnin dan saya belum study. sia-siakan lecturer saya inform awal-awal.

dengan paksa rela, saya telah cancelkan plan ke perhimpunan itu. teruk?



hari ni, saya menghadiri test dengan hati yg penuh berdebar-debar. wuwu. x sempat study pun. padan muka saya. adik-adik yang membaca, jangan contohi saya ya. maka tibalah part paling best.

punyalah tengah fokus jawab soalan maths baru je sepuluh minit tapi macam tak tahu nak jawab apa, tetiba


KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!
cukup panjang?



ya, ia fire drill.









Inilah yang dikatakan berkat yang dibawa tetamu.
Sesungguhnya lebih baik untuk kamu memuliakan tetamu yg datang ke rumahmu. boleh?

Monday, November 2, 2009

Semua Manusia Dilahirkan Baik

saya first time dengan pepatah
"When I go to overseas, I found Islam without Moslem, but when I came back home, I found Moslem without Islam"
masa kat MOC dulu. lama jugak nak paham, lampi sikit. sekarang bila dah faham rasa macam "betul jugak"

ha, kepada adik-adik junior. sertailah MOC 2010 nanti. wah. awalnya promote.


sudah sebulan di Birmingham, saya akhirnya mengakui bahawa di sini sudah boleh digelar daerah kecil Islam United kingdom. Masakan tidak, belah kanan, belah kiri, depan, belakang, bersepah-sepah kedai milik orang Islam. nak apa, cakap jer. lagi-lagi di Coventry Road. dah tiada dah rupa mat salleh berlegar-legar kat situ. Yang ada pak arab mak arab berserban berjubah berpurdah.

ah, indahnya hidup ini. jadi datanglah ke Birmingham. ah promote lagi.


hari itu saya berbelanja besar di Coventry Road, di sebuah pasaraya Al-Halal. ha macam tu sekali tersergam indah nama dia. AL-HALAL. everythings sold here are HALAL. apa yang anda perlu buat hanyalah ambil troli dua buah dan isilah segala-segala barang keperluan rumah tanpa was-was. tarik aja.

tengah asyik saya memilih sosej dan burger daging tiba-tiba saya disapa pakcik arab berjanggut tebal
"Is this chicken sosej halal?"
saya terpinga-pinga sekejap. pakcik ni betul-betul tanya aku ke? ke ini taktik baru untuk pukau orang.
"Yes, of course! we are in AL-HALAL, everythings sold here are HALAL" macam tu semangat saya meyakinkan pakcik tuh. haih. macam-macam


bila saya kata berbelanja besar, jangan ingat sampai beratus-ratus pound. barang kat sini murah-murah. satu troli saiz standard hanya memerlukan 30-40 pound sahaja. Ah, ternyata bukan saja di Sainsbury saya mampu berjimat. alhamdulillah.



bila musim salju mula mendekati, waktu solat pun jadi semakin pantas. kadang-kadang kena jamakkan zuhur dan asar. ah, indahnya Islam yg aku anuti ini.

disebabkan matahari sekarang cepat sgt mahu terbenam, mungkin x tahan sejuk kot. boleh? so, waktu maghrib pun sangatlah sekelip mata. maka kawan saya pergi ke sebuah pasaraya LATIFF untuk solat. malangnya untuk kawan saya, tempat nak wuduk tutup. maka dia dgn perasaan ingin tahu telah menelefon saya.

"kat LATIFF ada satu tandas tapi milik staff kat situ. cuba mintak ngn pegawai tu. Dia pun Muslim juga. dia tahu kita nak solat. hari tu dia bagi"

kesian kawan saya dia kena marah sebab nak pergi ambil wuduk. lepas kena ceramah dan maki-maki, pegawai tu membenarkan(pulak..-_-') kawan saya wuduk sambil berkata dengan sinis







"Malaysian people are very good. They always perform prayers 5 times a day"