Menjadi Jujur : Siri Satu

Setelah bertapa selama 6 hari, saya ambil keputusan untuk tulis post pendek saja sempena Ramadhan penuh berkat ini. Ya, saya tahu anda semua pun mahu baca post pendek-pendek kan? sebab mahu kejar waktu solat tarawikh semua. bagus-bagus.

masih ingat saya sebagai produk gagal bola sepak?

sungguhpun begitu, saya tidaklah sampai tengok orang main bola pun muntah-muntah. loya ke. tidak. sekadar bukan dalam bidang saya.
dulu saya budak baik. dekat mrsm dia ada dua jenis muka. muka minta penumbuk dengan muka biasa-biasa. jadi, saya kategori muka biasa-biasa, syukur.

tapi kadang-kadang kena juga suruh pergi ambil air masak isi dalam botol dekat dewan selera. main suruh-suruh paksa-paksa ni saya tak suka. maka kadang-kadang saya ludah-ludah dalam air masak mereka. padan muka.

dihari baik bulan baik ini, saya mohon maaf kepada siapa yang pernah terkena jampi serapah ludah-pudah saya emm.


dulu, ada pernah sekali, mrsm saya anjurkan pertandingan bola sepak inter-class. maksudnya macam mana bangku kerusi pun kaki kau, kau kena juga sertai sebab satu kelas lelaki ada berapa ekor saja. maka dengan penuh gigihnya saya menerima pelawaan untuk bermain sebagai sayap kiri. cewah.


bila orang yang macam saya ni turun padang, ramai mahu saksikan tahu. bukan calang-calang orang boleh tengok saya beraksi ganas di padang. betul. saya ganas sungguh.

5 minit permainan pihak lawan dah dapat sepakan percuma sebab saya tolak pihak lawan sampai tergolek jatuh. saya bukan sengaja. tengah laju kot lari kejar bola, main bola pakai kasut jogging, mana tak licin?
lepas itu saya kena tolak masa tengah syok gelecek bola. tergolek saya jatuh sampai berguling-guling dua tiga kali. bila bangun saya angkat ibu jari tanda ok.

padahal berpinar juga mata. konon gagah.


jujur saya cakap, saya memang baik. tak suka menipu.

masa tu tinggal berapa minit perlawanan nak habis, masih terikat 1-1. saya tengah jaga bahagian kiri. ada perebutan bola yang sangat sengit di bahagian kotak penalti. saya bertindak hero pergi join sekali. saya betul-betul depan pintu gol bila tiba-tiba pihak lawan sepak bola terus ke gawang gol. masa itu ramai gila orang depan pintu gol, macam lalat hurung tahi lembu.


orang bersorak sorai sebab bola tak masuk gol. bola terkena saya. semua orang macam kagum sebab saya berjaya tangkis bola. tiba-tiba saya jerit



"ref! bola kena tangan saya tadi !"




akhir kata, kelas kami kalah. selamat berpuasa !

Comments

Haq Mohaidin said…
KAHKAHKAHKAHKAH
BABI LAWAK
HAHAHAHAHAHAHAHA
ad said…
smart smart. hahahaha
Lili said…
eman ni kesah sebenar pd kau ke?
herman rawi said…
haq : puasa2 tak baik mencarut. tengs anyway.

ad : aku kena pulau kot dalam kelas selama seminggu

lili : tiada yg jujur dan benar drpd itu
Neyda said…
Innocent. Nice one. Hahaha
Miss Shaukat Ali =) said…
ahaha..
saya suka tgk bola..ahaha
syaa said…
kelas ak mase form 5 ade 7 org lelaki je. gersang x?

owh dan 3 drpd nye jenis mcm kau.

jadi mcm mane ye kalau ade match cmtu? myb kne hntr girls team instead. haha
miraroslan said…
nur amirah mohd roslan like
herman rawi said…
zureen Elianie : kalau itu satu pujian, terima kasih.

Neyda : bukan innocent owh. bangang namanya tuh. haha

Miss Shaukat Ali =) : tengok bola buang masa je. baik baca novel. haha

syaa : err perkataan gersang itu macam menakutkan je bunyi dia. korang jadi orang2 cheers cukup :D

miraroslan : it supposed to be "likes" or "liked" tiba
syaa said…
takut x takut...
btul woh gersang gila...
haha...
ape barang tukang cheer...
ko xtau wanita2 klas aku lebih ganas berbanding lelaki2 nye.

especially aku lah ofkos. ;D

paling ganas, paling annoying, paling suke bising, paling malas, segala paling pun ak. kecuali berpaling tadah.

Popular Posts