Wednesday, March 31, 2010

bisik-bisik obses

masa budak-budak dulu, saya sangat obses dengan komik Dragon Ball. selalu bila baca, saya akan luangkan masa yang lama untuk habiskan satu buku. sebab saya baca dengan penuh perasaan. kalau dia tulis "kame hame haaa!", saya akan jerit-jerit dalam hati. rasa sampai dalam. dan petang-petang, saya duduk luar rumah, dan bayangkan tengah terbang-terbang.

cakap pasal terbang, ada satu episod dalam Dragon Dall, Son Goku belajar macam mana nak terbang. kena ada tumpuan yang penuh dan kosongkan fikiran. dua tiga hari saya bertapa dalam bilik kunci pintu, cuba praktikkan apa yang Tuk Guru ajar. bila terlalu obses, saya yakin bila saya tutup mata, saya boleh terbang cuma tak rasa.

ok, cukup dengan kisah kanak-kanak.

semenjak duduk UK ni, saya jadi obses untuk jadi besar. maksudnya, orang Asia kan bertubuh kecil? maka, saya selalu rasa saya sangat kecil dan comel bila berjalan bersama-sama orang UK. saya cuba ubah cara makan. cadangnya macam tak mahu makan nasilah. hari-hari nak makan ayam goreng, kentang goreng, pizza, cheeseburger. cadang saja.

perut malaysia. sehari tak jumpa nasi, mana tahan.

walau macam mana sekalipun banyaknya saya makan, saya tetap sekeping dan sepapan. berat badan tak mahu naik. saya akan gembira bila orang cakap
"eh, kau dah berisi lah sekarang"
atau
"eh, kau dah gemuk lah!"

kalau orang lain, mahu kena lempang. tapi kawan-kawan bila jumpa saya selalu cakap
"eh, kau kenapa macam kurus je?"
tahukah dia yang saya dah telan berkilo-kilo ayam goreng dan berguni-guni kentang goreng?
ok, itu tipu.


hari itu saya beli satu set buku Harry Potter, ada tujuh buah buku bersaiz kamus dewan. harganya 23 pound sahaja. dulu, saya ingat lagi saya pernah mencemuh dan mencebik bibir pada kawan saya yang habiskan beratus ringgit sebab beli satu set buku Harry Potter. saya kata
"kau mampu ke nak baca semua buku tebal tu? sekali tengok, kalah kamus dewan. muntah kau nanti" sambil memberi pandangan penuh sinis dan menambah
"membazir duit je"


oh, saya sekarang tengah nak habiskan Harry Potter and The Deadly Hallows, buku terakhir. dan berharap agar cerita dia bersambung lagi.

saya bukan obses sangat dengan Harry Potter, cuma jalan ceritanya menarik dan disamping itu saya dapat meningkatkan kualiti bahasa Inggeris saya, kan? membaca kan jambatan ilmu. kan? ok, saya rasa geli dengan penyataan tersebut.





oh lagi, minggu lepas saya mimpi saya jadi Harry Potter.

Thursday, March 4, 2010

namanya jelas di permulaan

Semalam sebelum tidur saya mencari bulan. sebab kawan saya pernah kata "kalau kita rindukan seseorang, lihatlah bulan. walau dimanapun kita berada, mata kita melihat pada bulan yang sama". tapi bulan malam itu segan rupanya. membiarkan sinarnya dilutip awan.

Awan, apakah engkau sengaja menyembunyikan bulan itu?

Ya. saya tahu ia sangat jiwang. ayuh, kembali ke mod biasa. oh, hari ini di Malaysia sudah masuk 5 Mac. dulu, sebelum saya kenal apa itu muscom, tarikh ini tak bermakna. muscom? alah, musolla committee di KYUEM. tahu?

"Eman, aku ada sesuatu nak bagi kat kau lepas ni. tunggu aku kejap eh?". 

***

Dulu seronok sebab bila rasa nak marah saya ada coet dan awok. arnab-arnah saya. coet mati kena baham kucing, awok mati, saya yang sembelih. orang tanya kenapa sembelih, saya dengan selamba jawab "bila makan awok, ia akan sentiasa bersama aku, dimana jua aku berada". bila dua-dua tiada, saya tiada tempat untuk menjerit.

Mahu tahu apa hobi saya dulu-dulu, bila sakit hati dengan perangai kawan?

Untung jadi kawan saya. sebab kalau saya marah, saya suka halau orang keluar bilik. dulu, kawan saya, dia suka buat saya marah. mungkin itu hobi dia kot.
bila lapar mula cari saya, minta biskut.
bila makan biskut, suka baring-baring atas katil.
baring-baring siap minta tambah air teh lagi.
Ingat aku ni suri rumah kau? maka saya selalu jerit-jerit halau dia keluar bilik.

kalau saya tak tahan sangat, saya suka baling selipar. kawan saya ni, dia suka gurau lebih-lebih. padahnya, padan muka kau. melekat selipar jepun dekat muka kau!

menarik kan hobi saya?

kawan saya, dia malas. malas tahap gampang habis. petang-petang kalau pergi challet nak ajak main, mesti dia tengah
ZZzzz.tidur. lepas itu merungut badan tak fit.
tipu lah. dia main bola sepak petang-petang. tak pandai main pun.
badan kurus macam papan. tapi makan banyak.

ni kira mengumpat eh? ok. cukup2.

Untung juga saya ada kawan macam dia. selalu perli-perli saya sebab tak reti nak bangun pagi.
"macam mana nak jadi contoh kat anak-anak dengan isteri kalau bangun pagi pun kena harap orang kejut?". fine la.
Dulu, memang susah sangat nak bangun, tahu? tapi bila hari-hari asyik kena sentap, tak tahan la.

Dulu juga, sebelum saya dengan dia tiba-tiba duduk dekat tangga antara Dining Hall dengan padang bola sembang-sembang, saya tak kenal siapa dia sebenarnya. jumpa pun jarang-jarang. macam atas tangga tempat orang lalu lalang, dia cakap tentang sesuatu yang membuat dia down dan rasa putus asa.

eh, kau kenapa tiba-tiba nak bermadah helah ni?

Indah juga percaturan Allah kan? kita pun tak sangka lepas itu, banyak cerita kita bina sama-sama.
belajar ekonomi sama-sama.
selepas itu gaduh-gaduh sebab aku tak mahu jadi imam isya'.
jadi kumbang intai-intai bunga sama-sama.
dari surau jalan balik challet sambil nyanyi, kan?
singgah cafe beli air milo. kau belanja.
sampai challet, kena halau keluar, kena tengking, lepas itu kena baling selipar.
ah indahnya! :)

***
"ayah aku dah ajak balik ni, ini last kot kita jumpa, kan?"
"Nah, hadiah untuk kau sebelum kita berpisah".

Sebuah Bingkai Gambar.
Selamat Hari Jadi .