Sunday, September 27, 2009

Cinta Pandang Pertama

ini kisah cinta pandang pertama.

cinta 1
ini adalah kali pertama saya menaiki kapal terbang, dan lebih seram, saya keseorangan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Amsterdam, Belanda dan terus ke Birmingham, United Kingdom. gusar? Ya saya gusar dan sangat resah.

Tapi, percaturan Allah lebih terdahulu. saya bertemu seorang yg sangat baik. Seorang doktor yg menyambung Phd di University of Leeds. oh, hati saya bahagia. sumpah saya jadi pak turut je.


cinta 2
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam yg ambil masa 12 jam memaksa saya untuk tidur sahaja. yg saya tahu, saya minum jus jambu batu dan makan omelet cheese dan chicken sosej yg muak untuk sarapan.

culture shock pertama : berada betul2 di sebelah mat salleh yg minum bir. saya rasa sgt kejutan budaya, kolot kan?

masa kapal terbang berhenti, disebabkan saya masih jakun2 manja, saya ambil gmbar orng dalam kapal terbang. tiba2

"do ya want may to take yor picture'..?" tergaman saya dgr minah salleh tu offer nak ambik kan gmbar saya

:yeah, yeah, sure " ah, saya rasa lidah saya sedikit terbelit.


cinta 3
bayangkan situasi ini. angin dingin bertiup nian bersama kedinginan suhu sambil dipancari cahaya matahari yang suam2 panas, mengenai badan anda dan menerobos ke tulang sum-sum, selesa kan? saya ambil masa yang lama untuk terima kenyataan yang tren, stesen bas, shopping mall dan tempat2 tertutup memasang heater, bukan air-cond. jakun kan?

kat sini, air dia bersih. kalau dahaga sangat, isi kordial dalam jug, buka air paip, isi je. suhu yg sangat sejuk menyebakan air pun turut terasa sejuk dan ah, nikmat. senang kan?

semalam, saya risau tgk ayam masak kuah kacang terbiar atas dapur. mak pernah pesan, makanan kalau xnak bagi basi, letak dlm peti ais. tapi tuan rumah yg saya menetap buat dunno, sya pun buat dunno je la.

esok, lauk ayam tu tak basi. saya kagum. bila saya tanya

"alah, dalam rumah ni pon dah macam duk dalam peti ais je..."

sirius, saya perlukan masa yang lebih utuk sesuaikan diri dengan keadaan dimana anda bangun di waktu pagi yg sejuk dan ambil air wuduk dengan air batu dan jalan ke masjid di pagi hari macam jalan dalam peti ais. seksa kan? subuh tu..

cinta 4
saya sekarang tgh jatuh cinta pandang pertama dengan kedai 99 pence. bank negara malaysia, saya nak duit!

culture shock seterusnya : barang UK murah

Friday, September 25, 2009

Tinta Jumaat

"memang kita tidak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi yg lebih baik" -adam

pada saya, khutbah jummat hari ni menarik. sebab? sebab saya mampu mengingatinya. jarang saya dapat tumpu perhatian bila khatib baca khutbah. selalunya minda akan berlayar jauh, melayan gusar dalam hati. tapi kali ni tidak.

ini serba sedikit tinta jumaat hari ini.

Rasulullah pernah bersabda
"Jika sesebuah negara itu dilanda wabak taun, janganlah sesekali engkau menjejakkan kaki ke situ. Dan jika ia melanda sesebuah negeri dan kamu diam di dalamnya, janganlah kamu keluar daripada tempat itu"

hebatkan nabi muhammad. dulu, mana ada orang tahu tak boleh keluar main2 bagai kalau ada berlaku penyakit berjangkit. bayangkanla pada zaman nabi, ilmu pengetahuan tentang sains masih mundur lagi, tapi nabi mampu memberi teori itu. Tak lain tak bukan, ini kerana ajaran Islam yg benar daripada Allah.

selepas beratus tahun muncul cendikiawan barat dan sekarang orang kenal teori itu sebagai kuarantin.

cuba teliti balik langkah-langkah pencegahan H1N1 yang dikempenkan kepada kita.
selalu guna tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk
selalu basuh tangan dengan air dan sabun
Jangan keluar rumah sangat kecuali ada urusan penting
dan lain-lain

Islam dah bertahun ajar kita tentang wuduk, kan? Kalau kita perasan la, bila wuduk kita basuh tangan, kumur2, basuh lengan dan seterusnya. aktiviti ni secara tak langsung menepati langkah-langkah pencegahan H1N1 yang dituntut. hebat kan Islam?

kalau dah solat pon lima kali sehari, dan setiap kali solat kita wuduk, InsyaAllah kita akan sentiasa bersih. setuju?

begitulah khutbah jumaat hari ni yg berjaya menarik perhatian saya selaku golongan remaja yang selalu lalai dan leka. semoga kita semua terhindar drpd segala kecelakaaan. amin

tahniahlah kepada yg berjaya habiskan post yang bosan tapi insyaAllah bermanfaat ini.


"Ilmu itu cahaya
maksiat itu kegelapan
cahaya dan kegelapan tidak pernah boleh bersatu" -eman

Wednesday, September 23, 2009

"Forgive You"

sebelum saya berangkat ke seberang laut, saya nak cerita tentang perempuan malaysia, lebih spesifik perempuan melayu di Kuala Lumpur. seperti kebiasaan, latar tempat di Kuala Lupur menjadi pilihan. saya sayang Kuala Lumpur.

eman dgn bangganya menyokong 1Malaysia.

setelah berumur 20 tahun, baru saya tahu wujudnya "Jalan Melayu" di Kuala Lumpur. selama ni saya hanya tahu Jalan Masjid India dan Jalan Petaling, milik india dan cina. rupanya melayu juga diberi hak untuk memiliki jalan sendiri di tanah air sendiri.

inilah dinamakan demokrasi.

sementara menunggu ayah saya bertemu mata dgn waris dia hassan senik, pemilik kedai emas di Wisma Yakin, saya jalan-jalan sambil menjamu mata di Jalan Melayu atau lebih sinonim dgn panggilan Jalan TAR (Tunggu Abdul Rahman). hassan adalah anak kepada anak saudara kepada bapak saudara belah ayah saya. tak payah ulang baca, saya pun x pasti.

kalau tanya nenek saya mesti dia mahir.

ramai orang hari itu. sebenarnya orang tak pernah berkurang. jalan himpit-himpit. ah, saya segan. bila jalan himpit-himpit, nak cuci mata pun tak selesa. kena awasi perjalanan. tengah syok jalan-jalan, mata saya tertangkap pada permandangan sekitar.

ada jam sepuluh ringgit, rantai tangan permata 2 lima ringgit, baju melayu kelip-kelip, baju kurung sendat-sendat, kebaya singkat-singkat, songkok macam Tunku Abdul Rahman pakai, mercun, beg-beg jenama LV, Bonia,cK, Prada, D&G dan

saya terpijak kaki seorang perempuan berbaju kurung ayu bertudung litup sopan.

perbualan di bawah berlangsung dlm masa 0.8 saat sahaja. pantas.

"ADOI!!!"
"sorry sorry"
"FFF..."
"sorry"

nota kaki : "FFF..." adalah bunyi mendesis kerana ingin menyebut perkataan yg bermula dgn huruf F. contoh
Fool
Fuck
Forgivable
faham kan?

sebenarnya, selepas saya TERpijak kaki dia, kami berpandangan. mungkin kerana terlihat wajah jejaka itu melafazkan kata "sorry", dia terpana dan tidak sempat menghabiskan ayatnya. kerut di dahinya juga hilang serta merta selepas menatap wajah jejaka itu.

oleh kerana ia bulan puasa yang mulia dan perempuan yang berbaju kurung ayu bertudung litup sopan berada dalam kemarahan, saya agak dia nak sebut



Forgive you

Tuesday, September 22, 2009

nenek moden

pernah tak anda rasa yang nenek anda yg berumur 97 tahun sebenarnya lebih moden dari apa yg anda jangkakan? saya rasa saya akan merindui nenek saya bila saya rasa nak makan kfc di United Kingdom nanti.

2 3 tahun lepas, masa orang tengah gaduh mengeluh tak puas hati kenapa Siti Nurhaliza kahwin dgn dato' K, nenek saya lagi hebat mengkritiknya. macam-macam yang dia tak puas hati. baju kahwin mahal la. ingat tak baju yang siti pakai masa lambai2 dekat atas KLCC? harganya tak silap RM 15000.

bagi kat aku beli sireh lagi bagus.

hari itu, nenek saya teringin nak makan sejenis buah. tapi kerana mulut dan lidahnya dah berumur dekat satu abad, bebelit-belit la lidah dia nak sebut nama buah itu. tahu tak, nenek saya suka buah epal hijau dan merah? buah anggur? buah pear cina?

"eman, tolongla beli buah warna merah-merah tu, lama da x makan"
"buah apa mok? buah rambutan ke?"
"bukan..ala buah apa dah nama dia..jerry? cherry?"

berfikir.

"alah, buah yang cik siti nurhaliza suka makan cicah coklat tu la......"

---

nenek saya jeling sinis kalau dapat tahu beras kat rumah adalah beras siam. katanya beras siam tak elok untuk kesihatan. banyak kanji. nenek saya awet muda. sungguh.
oh, nenek saya bab2 makanan jangan cabar. citarasa dia unik.

doktor kata tak boleh makan telur, nanti sakit urat. nenek saya suka makan roti dengan mayonis

doktor kata tak boleh makan benda manis-manis, kencing manis nanti. nenek saya suka makan halwa (manisan) nenas dan jeruk buah jerry.

hari raya hari tu, nenek datang rumah. katanya nak jumpa cucu dia yg nak terbang dah. sambil duk cakap-cakap, saya tanya nenek nak minum air apa.

"bagi mok air tu.."

dia tunjuk dekat air gas F&N perisa oren.

---
nenek saya moden. dia x main la pakai peribahasa orang-orang tua dulu2. nenek pandai reka analogi sendiri. hari tu, saya pergi isi minyak kereta. tiba2 dia bebel2 tgk orng tgh baiki kereta.

"sekarang baiki kereta pon da boleh buat duit. ada ke patut hari tu ayah kamu ada la suruh orng tengok2 kan kereta dia. org tu dtg masa mok masuk bilik air. mok keluar je, orang tu da balik"

nada x puas hati gila. dia cakap dia mandi sekejap je.

"alih2, kene bayar RM30. mahal sunggoh!" siyes x puas hati. dia tambah lagi
"sekejap sgt la. orang makan sireh pon x sempat nak tawar"

---
pada saya, nenek saya ni boleh di istilahkan sebagai mesin buku keturunan. kalau cakap dgn dia, 2 jam pun x habis dia duk terang salah-silah keluarga. punyalah berlambak nama-nama sanak sedara yang dia igt. saya bila dengar sekali saya lupa.

nanti mesin buku ulang lagi.

dia cakap masa saya kecil ada dalil. tahu tak apa maksud dalil? petunjuk. dia cakap dari kecil lagi dah ada dalil-dalil yang menunjukkan saya bila besar akan pergi jauh dari keluarga. dia cakap macam tu lepas dapat tahu saya dapat pergi seberang laut. saya tanya la nenek saya, apa dalilnya?

nenek cakap
"eman masa kecik kerja dia nanges je.."

adik saya jampuk
"tu bukan nak gi jauh mok, tu nak jadi penyanyi tu"

"cik siti dulu kuat nanges ek mok?"






Sunday, September 20, 2009

rakan di aidilfitri -edisi pagi raya

motif tak saya balas mesej raya kt sini? mcm nk gtou satu dunia yg saya dpt mesej raya? tidak! saya nak bagitau satu dunia yg saya x forward mesej!

ok. delegasi 43 karat disambung. edisi mesej di pagi raya.

---

20.09.2009, 8:07 am
bro birmie : emannn!! slmt hari raya, maaf salah silap prkataan n perbuatan..stay cool n cute ye, just like me.. eh2,kamu mana cute, itu utk sy je..hehe. =P
tk care, n hv a nice aidilfitri..igt plan menambah berat badan kte tau..so, mkn byk2 ye..lalala~

eman : broooooooo!! saya macho (dan cute kalau nak). so jgn risaukan saya. jgn sedih2 raya kt birm ye. pasang lagu raya jgn nanges2. makan lemang dan rendang jgn sebak2. saya tahu, walaupun kamu nmpak gembira dari luar, kt dalam biarlah rahsia antara kamu dan Allah. (haha)

jgn terkejut kalau jmpa saya nnti saya dah jadi saiz XXL! camat ali laya~

20.09.2009, 9:16
Sir Michael Alderson : Slmt Hari Raya kpda special student & keluarganya. Semoga hidup panjang & penuh kebahagia, tidak pernah kurang apa2 pun.
M.Z & B. Oooh & safe trip 2 UK!!

eman : oh my dear daddy~ u r super duper awesome!! M. Z & B??!!! hebatnya sir! saya sgt terkejut!! hei, selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin. sayang sir sangat2. rindu sir sangat2. hope u'll have a beatiful day today and tomorrow and the day after tomorrow and so on. pray for me sir!!


Saturday, September 19, 2009

rakan di aidilfitri *edited* edited* edited*(20.09.2009)

pada tarikh hari ni, 20.09.2009 , apa yg istimewa?

-Hari Raya Aidilfitri
-eman da ada facebook!!!

ok. cukup. saya teruja.

---
baiklah, meneruskan delegasi membalas mesej raya di blog kepunyaan sendiri. nak duit! sapa nak bagi duit raya kat saya?

top up RM5 (dan lebih) sangat diterima.
terima kasih daun pisang,
jangan kira itu hutang.
---

20.09.2009. 12:13 am
Ting Yik Boh : Selamat hari raya. Wish you all many happy returns! Forgive me for all my wrongdoings. Thank you for making my life meanigful by being my friend ;D
Ting Yik Boh

eman : Selamat Hari raya ting classmate econs saya yg sangat mantap dan hebat. Satu-satunya yg dapat grade A dlm Alevel econs. bangga2. (dan malu). oh dear, u make me grin in tears. Thank you for everything! econs study group! i miss that moments! You are a special friend of mine. maaf zahir batin.

20.09.2009, 12:27 am
zebol alipi : Salam.. i wish u all slamat hari raye aidilfitri maaf zahir dan batin..may u have a good hari raya..
hizbul alifi..

eman : aku tau ko forwardkan kt sumer p20 kan? dan kawan-kawan ko yg lain. xpe, aku rasa keikhlasan itu. sob3. bol2, moga raya ni membawa sinar bahagia dan meleyapkan segala mendung di kalbumu. aku tahu, kau paling byk diuji olehNya kerna dia tahu ko sorang yg hebat!

bol2! SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN.


20.09.2009, 12:50 am
sayed : "kita mmg tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh berubah menjadi lebih baik:. salam nurkasih dan salam aidilfitri. Maaf zahir&batin.
-sayed

eman : "satu je saya minta, awak jangan jatuh cinta dengan saya" (nuramina sentap sekejap). sayed! muncul pun engkau. selamat hari raya aidilfitri untuk sayed sweetheartku yang sentiasa dirindui amat. Semoga ko tabah dalam menjalani hari-hari esok, andai esok masih ada. setiap hari, eman menatap pemberian yg bermakna itu. sob3

salam sayang, aidil. (tibe)


20.09.2009, 1:17 am
afiqah : Salam, setelah brpk pnjg pas ym td, sy xnak la wat syair. hehe.sy rela mengorbankan kdt sy 1 sen tok msg kamu, haha, eit, slm eidmubarak buat kamu, last yer dpt pantun spesel dr kamu, dis yer xd la pntun spesel lagi..

sy nk mntk maaf kalo ad slp dan slh, mmg ada pon, haha, o-o ek! Smoge aidilfitri kali nh lbh baik dr yg sblmnye, kem slm ayah dan amk ye!

eman : haha. terkorban ye 1 sen. tahniah2. nak pantun lagi? hmm. (pikir). memandangkan sknrg pukul 1.18 am, kepala saya pun dah xde, so xdpt fikir pantun.hee. jua saya mahu minta hampun sebab byk sgt nyusahkan kamu terutama umi dan baba kamu itu. jasamu dikenang (tibe feeling2 hari guru). saya tak mau seri 0-0, saya nak menang!!! 1-0. yeay~

semoga raya kali ni mengajar afiqah pengertian yg cukup bermakna tentang sebuah drama tulisan yg Maha Pencipta. sambutlah raya kali ini dgn penuh kesyukuran ya. SELAMAT HARI RAYA, MAAF LUAR DAN DALAM.

20.09.2009, 1:54 am
ustaz naqiuddin : Selamat hari raya! maaf zahir batin! enjoy ur raya! ;D

eman : camat ali laya untukmu juga naqiuddin yg byk membantu. tima kasih atas sokongan sebagai peminat selama nie. eh? ampun kan dosa keterlanjuranku mencabuli kehormatanmu~


*akan diedit lagi, jgn risau (yorke) =P

rakan di aidilfitri *edited*edited* (19.09.2009)

seminggu dua ni duit keluar macam air paip bocor. laju je. oleh itu, apakah cara paling mustajab untuk membalas mesej dan MMS hari raya daripada kawan-kawan?

blog!
*sekurang-kurangnya, bukan mesej forward, kan?

ini, kronologinya.

19 sep 2009. 4:25 pm
haq mohaidin : Eman rawi naqib plg cool, slamat ari raya =)

eman : err. segan seh nk tulis perkataan naqib. oh haq anak usrah lagi cool dan hensem. selamat hari raya juga. moga raya ni membawa sejuta kegembiraan untuk haq dan keluarga. go syumul!

19 sep 2009. 6:00 pm
syukri sapuan : Slmt hari raya eman blogger sjati! Bile akan fly?

eman : eman blogger baru seminggu la. oh! syuk! slamat hari raya juga. ingat gak ko kat aku ya? insyaAllah aku terbang 25september, malam. eit syuk, ampun maaf atas salah dan silap ya! go syumul juga!

19 sep 2009. 8:28 pm
azri jasni : Herm herm! Haha. Happy raya! Maaf z n b. T.care! =D

eman : SHRAMZB(melukut ko nak tafsir!). boleh? hamboi, mlas sgt nak taip mesej ye? hei azri! nak brownies raya ni. post laju esok? ok. saya tunggu!

19 sep 2009. 8:34 pm
izzat za'ba :
Aidilfitri lebih bereti jika tiada yg memendam di hati..
maafkan daku atas segala kesilapan..
moga aidilfitri ini lebih bermakna drpd yg sblmnya
-ikhlas dr temanmu

eman : wah za'ba! jiwang bagai mesej mu itu. harus aku jiwang gak.
andai pernah ku tusuk sembilu di hatimu
andai pernah kataku menghiris perasaanmu
andai pernah senda gurau memakan jiwamu
ampun dan maaf ku pohon
moga aidilfitri kali ini diraikan bersama sinar bahagia bersama keluargamu. selamat terbang ke UK!

19 sep 2009. 8:38 pm
fikri celetmate :
Salam..
Sinar Ramdhan mengundur diri
cahaya syawal makin menghampiri
sepuluh jari tersusun rapi
keterlanjuran emosi, bahsa lagak dan gaya,
ampun dan maaf jua dipohoni
SALAM LEBARAN.

eman : ewah ewah ewah. menjual pantun ye encik fikri. baik2, saya beli. dengarnya.
Sebulan yg lalu syaitan kena gari
esok syaitan dan free!
ha! terkasar bahasa terlanjur(wah, sentap la perkataan ni) kata tak disedari
ampun dan maaf pohon diberi
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN fikri
ha, mantap kan rima pantun saya?

19 sep 2009. 9:28 pm
nonnel : Woot3!!..esok raya!!..hahha..:DDD
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!..
0-0 yea.. :P.. hope u'll have a super awesome one!..

eman : yes! celetmet! nonnel cintaku! camat ali laya untukmu jua.. aku amat rindu pada kekiasuanmu itu!! hek3. moga kamu dpt raikan dgn penuh rahmat dan berkat ye. lap u so much!!!

19 sep 2009. 10:15 pm
york : Salam aidilfitri 2 u n ur family.. may diz syawal brings happiness 2 ur life..maaf zahir je..batin xde kot. ;) njoy!
-yorke, isteri & anak2-

eman : york pujaanku! selamat ali laya untukmu dan keluarga dan isteri dan anak-anak. weh, aku rindu ippo comel!!!! argghhh~~ err. mana u tau u xde kesalahan batin terhadap i ha? hek3.
terseksa jiwa i tau u buat i selama ni~ hek3

maaf luar dan dalam yorke! beg aku kim slm kt abg dia =P


*akan sentiasa di edit dari semasa ke semasa*

rakan hari ini : midi dan nabluvy

hari ni saya dapat kad selamat hari raya. daripada dua horang sahabat saya. maka, di sini saya nak ambil kesempatan untuk balas ucapan mereka di sini. maaf dipohon sebab saya telah disibukkan seminggu dua ni, maka x sempat la nak bernostalgia bagai nak hantar kad-kad raya ni. boleh?


kepada : hamidi
Yo man! weh, terima kasih eman ucapkan kepada idie eusoff yang duduk jauh di penang. waktu awak minta alamat rumah saya, serius saya tak terpikir kenapa. rupa-rupanya awak nak hantar kad kepada saya. terharunya saya.

walaupun kad awak kecil dan ucapan awak kepada saya ringkas saja, tapi saya dapat rasakan keihklasannya. terutama bila membaca dialog kartun yang sungguh lawak itu. terkesan di hati saya.

maka, saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf andai ada salah dan silap saya sepanjang persahabatan kita selama 2 tahun yg dimulakan dengan saya menjahit baju awak. percayalah, setiap kali saya menjahit baju, saya akan teringatkan awak. awaklah sahabt saya dunia akhirat.


kepada : luvy nabihah
diva x kad raya yg saya utuskan untuk awak kat atas ni? saya tahu saya tidak sediva awak. maafkan saya. hei! haruslah awak tulis karangan 350 patah perkataan dalam kad raya awak yg kiut miut tuh. tersentuh saya membaca setiap kenangan yang awak nukilkan.

bihah luvy! semoga awak sentiasa aktif dalam bersyair. insyaAllah, bila saya buat konsert satu(wah~) di istana budaya, saya akan jemput awak untuk bersyair bersama. boleh? semoga awak sentiasa bersemangat untuk berjogging dan menjaga berat badan. raya nanti jangan lupa belasah makan cukup-cukup. bila dah rasa nak pakai seluar tu da x muat, miskol2 la saya, kita pergi jogging, ok?

dari hujung rambut ikal mayang yang halus mulus bak sutera ini saya turut memohon jutaan kemaafan andai saya tersumbang suara bila mengajar syair, andai tersalah buat calculation masa ajar maths, andai terlari laju masa jogging sama2 dan semua andaian-andaian yg mungkin wujud ya bihah luvy? selamat hari raya maaf zahir batin.


wah. terasa special sebab diberi ucapan khas? apa lagi, hantarlah kad selamat hari raya! cepat2, postman pun nak raya~

akhir kalam, selamat hari raya maaf luar dan dalam. asslamualaikum.

Wednesday, September 16, 2009

Tentang Tatasusila

cerita 1

hari itu, saya pergi kedai photostat, dah nak dekat waktu berbuka. ada seorang mat salleh tgh tunggu kertas dia siap difotostat. banyak gila. saya tengok muka mak cik fotostat sangat pasrah sambil buat kerja dia. kesian makcik. takpa makcik, saya nak fotostat sikit je.

mat salleh tu minta fotostatkan kad-kad kredit dia. bila fotostat, dia jadi sgt hitam.sangat hitam. kalau saya, saya tak terima dan suruh mak cik tu fotostat balik. tapi mak saleh tu tidak.

"berapa mak cik?"
"lima ringgit"

mat salleh tu hulur 6 ringgit.
saya nampak dia cakap2 dgn makcik tu.

"mak cik saya nak fotostat. mak cik, mat salleh tu selalu ke dtg sini?"
"dia da lama duk sini. bagusla dia. bagi extra seringgit sebab mak cik fotostat gelap. dia cakap,

"guna banyak dakwat, minta maaf"


saya suka pergi ke Kuala Lumpur sebab boleh tengok gelagat manusia. di Kuala Lumpur manusia ada macam macam. saya panggil manusia pelik. hari itu saya naik ktm, tren yg selalu lambat dan bising. saya benci naik ktm, atau lrt atau monorel atau kenderaan elektrik yg memaksa penumpangnya berasak-asak untuk masuk ke dalam. tercabul kehormatan saya.

cerita 2

dalam ktm, ada seorang minah melayu rambut berkarat pakai skirt pendek paras lutut dan singlet ketat yg menampakkan yg x patut saya lihat duduk berhadapan dgn saya. lagaknya macam orang Kay Ell, moden dan kontemporari. dia ada ipod kaler pink senada dgn kaler eye shadow dan pemerah pipi.

ok, cukup untuk itu. alihkan pandangan.

minah ketat itu, dia dengar lagu di ipod dia macam nak buat amal jariah. dah la pasang kuat mcm dengar radio, dia jadi pula penyanyi latar lagu itu. bapak rock kapak gila ah lagu minah ketat tuh.


cerita 3

dlm tren yg sama, ada 2 orang mamat muka macam pengganas yg tgh cari minah ketat untuk dirogol. biasalah, kalau dah mamat ganas tu, dia buat tren tu macam atuk sedara belah mak cik jiran dia punya. cakap mcm guna mikrofon, gelak mcm tertelan amplifier. bgus sgt. minah tengah nyanyi lagu "hujan" dan mamat muka perogol duk gelak-gelak.

tiba di suatu stesen, seorang mak cik jalan terhegeh-hegeh masuk tren. kesian saya tgk mak cik tu. tua. tepi 2 orng mamat muka perogol ada seorang akak yg muka baik.
mak cik tu jalan masuk ke dalam cari kerusi. dia berdiri betul-betul antara akak muka baik dgn mamat muka perogol.

dengan tanpa rasa bersalah, mamat muka perogol bgn dan

"mak cik, sila duduk"

Sunday, September 13, 2009

sekarang anda faham?


dulu dalam kelas ielts dgn mrs. foord, saya ada belajar perihal perangai manusia mengikut negara. apa yang saya masih ingat ialah orang australia sangat tegas dalam membuat keputusan. bayangkan situasi ini:

situasi jika orang australia terlibat. perbualan antara datuk dan cucunya. datuknya berkata
(perbualan dlm bahasa inggeris)
"cucuku sayang, ambillah 10 pound ini, buat beli cokelat"
"takpalah atuk, buat susah-susah saja"
"ok"
jawab datuk sambil terus menyimpan duit 10 pound ke dalam kocek dan berlalu pergi.
cucu itu terpinga-pinga.

faham?

Walaupun mrs foord orng UK, saya tetap rasa dia orng Australia.

hari itu, kawan saya lutthpi datang ke rumah saya, dia mahu berangkat ke Amerika (ya, saya tahu, sepatutnya saya yang pergi melawat dia). dia datang sekonyong-konyong bersama sebekas besar nasi dagang. katanya dia buat majlis kesyukuran pagi tadi dan saya tidak pergi. sengaja.

disebabkan saya tidak akan berjumpa dia lagi untuk 2 tahun, emak menyuruh saya menghadiahkan kuih segera kepadanya. pergilah saya ke kedai kuih segera yang terletak di belakang rumah menaiki motor lutthpi.

"mak cik, kuih ni 4 ringgit kan?"
sambil menghulurkan duit empat ringgit
"ish, xla la dik, kuih ni semua 4 ringgit 4 puluh sen"
tergamam saya sebab satu tahu saya bawa duit cukup2 empat ringgit.
saya buat muka 4 puluh sen.
"takpa lah dik, halal lah 4 puluh sen tu, nah kuih"
oh, muka 4 puluh sen saya berjaya. saya pulang.

tau apa jadi. ya, saya kena leter dgn mak saya depan lutthpi yang akan terbang ke USA.
saya pasrah.


suatu hari lain, emak suruh saya beli kuih segera lagi. sebenarnya saya minta untuk beli sebab esoknya saya mahu singgah ke rumah teman di shah alam.

fakta menarik : sudah tiga kali saya menginap di rumah teman saya itu dalam masa hanya satu bulan. pembantu rumah dia pun mungkin sudah dapat teka kenapa dia perlu masak lebih selang 2 minggu sekali. Dan esok saya pergi lagi.

saya pegi beli kuih segera yang sama.
"mak cik, kuih ini 4 ringgit 4 puluh sen kan?"
sambil tersenyum yakin.
saya hulurkan 4 ringgit 8 puluh sen.
"mak cik, ni 4 ringgit 8 puluh sen, sekali hutang 4 puluh sen hari tu"
"ish, xpala dik. x payahla 4 puluh sen lebih ni,ambikla balik"
"ish, xpala mak cik, ambikla"
"ish, x payahla"
mak cik tu dah pegang duit itu dan buat-buat hulur duit syiling 4 puluh sen dan adegan drama bermula

"xpa mak cik. ambik la"
"ish, x payah la"
"xpa mak cik, ambik la"
"ish, x payah la"
"xpa mak cik, ambik la"
"ish, x payah la"
"xpa mak cik, ambik la"
"ish, x payah la"
"xpa mak cik, ambik la"
"ish, x payah la"

saya mula terbayangkan yang drama tolak menolak ini akan berlarutan sampai maghrib nanti.
saya ambil keputusan untuk berlalu dari situ. dari jauh mak cik ni masih tak putus asa memanggil-manggil nama saya.

apa masalah mak cik. ambil jelah 4 puluh sen yang lebih tu. kang saya rampas balik semua duit itu, nganga tak sudah mak cik nanti.


sekarang anda faham?


Saturday, September 12, 2009

cerpen : senyumlah seikhlas siput

kronologi sebuah penerbitan.

awal-awal di kyuem, saya benci kepada blog. pada saya,mereka yg buat blog ni dah takda kerja yg berfaedah boleh dibuat. agak lambat juga saya tahu tentang blogging. saya kategorikan diri saya sebagai budak buta pengetahuan.

1. saya ingat nak buat blog kena bayar. mahal. so, apa faedah nak bayar mahal-mahal kalu stakat untuk blog yang tiada faedah.

2. saya ingat syarat membuat blog mestilah melebihi umur 18 tahun. alah, macam nak join friendster, kena umur 16 kan?

3. saya ingat kerumitan buat blog sama dgn kerumitan nak buat sebuah laman web. haram tak tahu pasal java bagai. saya tak minat komputing, benci dgn coding-coding. dulu pernah kena siapkan projek komputing guna software visual basics. tahu? sebab benci dgn coding-coding, saya buat perisian "mari belajar ABC". tekan start keluar "A". tekan next keluar "B". tekan next keluar "C". ah~ saya bangga dgn pencapian saya


lama-kelamaan saya jadi ketagih baca blog. hari-hari kat kolej tak berseri kalau tak singgah "Yaqazah Umirta..", "My Life As.." dan tidak lupa blog-blog lain. terasa sangat ketinggalan bila kawan-kawan duk cerita-cerita pasal apa yg orng tulis kat blog. paling saya ingat tajuk "Talbis Syaitan di Kyuem"


suatu hari, saya pulang dari kelas. tiba-tiba chaletmate saya jerit-jerit "eman!eman! sapphire dah ada blog!". boleh bayang tak chaletmate saya jerit-jerit? saya buat muka teruja. dalam fikiran

"ada aku kisah?"

lima minit selepas itu
"hei, apa username and password dia"
enam minit lepas itu, saya tulis post kedua.

esok, lusa, tulat, seminggu, dua minggu, sebulan blog sapphire jadi tatapan harian. hari-hari tulis post baru. satu cabaran besar ialah nak jadikan blog tu sebagai halwa mata kebanyakan orang. edit sana, edit, sini, header baru, post baru. promot2.

lagi 2 bulan lebih kurang, blog sapphire dah nak smbut ulang tahun pertama. saya sebagai salah seorang penulis rasa bangga walaupun belum berumur setahun, jumlah pelawat dah mencecah 19429. header pun dah 15 kali bertukar wajah. keahlian untuk menulis pun telah dibuka. kalau dulu penulis dia
kapitan nonnel
wan nur kapitan banban
saya (dan nickname nickname yg terlibat)
luqman?

kini penulis dah bertambah
kapten aiman
vkapten haq
nur kapten yatz
vkapten kammy the gorgeous
dan mereka2 yg diberi kebenaran


setelah lama saya menapak nama di persada sfera blog kyuem, tiba masanya untuk saya digulingkan. yelah, kapitan pun dah digulingkan, saya masih kental mahu perjuangkan blog sapphire kerana saya sayang blog itu.

cukup-cukuplah eman. penat dah orang paksa kamu tubuhkan laman sendiri. blog sapphire blog awam, bukan blog peribadi.

tak serik lagi ke kena sentap-sentap pedas dekat blog aqmin dan blog iman?
tak serik lagi ke kena hentam dgn anonimos sebab jaja cerita peribadi?
tak serik lagi ke dengan segala tohmahan yg dilemparkan?

ok.fine.

nah, silakanlah.



cerpen

senyumlah seikhlas siput.