Friday, October 23, 2009

Tinta Jumaat

hidup di negara orang, banyak benda yg tidak selari dengan kehendak kita. contohnya makanan halal. itu contoh paling senang dan tak perlu terangkan. semua orang paham. benda yg berasaskan babi haram. hari tu kawan saya pernah bercerita yg dia kalau ke shopping mall akan cari makanan yg suitable for vegetarian.

dia cakap dia pernah jumpa makanan untuk vegerian yg perisa ayam, perisa daging, perisa kambing.

yg paling menarik ialah perisa babi. mahu cuba?

jadual harian saya ada clash dgn solat jumaat. seminggu saya pergi buat rayuan dengan direktor maths department. katanya dia x boleh nak consider religous matter sebagai penghalang. saya minta tukar sesi tapi jawapan yg diterima hampa. puas saya merayu akhirnya dia suruh saya cari seseorang dan tukar sesi dgn dia.

saya terima.

saya ada seorang kawan di sini. cina, asal johor nama dia sinjin. Ya, pergaulan saya tidak berkembang, ada masalah? dia vegetarian. rumah dia kalau nak jalan ke university ambil masa 25 minit. kalau kelas start pukul 9, dia akan bangun pukul 8.55 dan sms saya

"herman, I am still on the bed now. have no time to catch up. please take any handouts for me. tq"

sambung tidur.


Nasib baik sinjin setuju nak tukar sesi dgn saya. dia orang cina malaysia. dia paham keadaan saya. Ya Allah, terima kasih. beruntungkan dapat kawan orang Malaysia, memahami. bukan macam orang UK, contohnya direktor maths tu.

"I understand. u need to pray.." sambil senyum
"today, u help me. may be tomorrow, it's my turn.." senyum lebar2.

esok pagi, saya dapat sms drpd sinjin
"herman, I am still on the bed now. have no time to catch up. please take any handouts for me. tq"

sinjin sinjin

~~~

cerita iktibar

lepas solat jumaat saya terkial-kial mncari barang sekupang nk bagi derma. tapi malangnya saya ketiadaan duit syiling. ada, 20 pound. bukan banyak sangat, cuma saya ikut kemampuan. bila melepasi abang yg pegang tabung derma, saya sedekahkan senyuman paling cun, ikhlas dan manis kat abang tu.

bukankah senyuman itu sedekah paling mahal?


tengah hari. lapar. jalan dgn kawan-kawan ke fastfood berdekatan. ah. perempuan malaria itu tiada. hidup saya ceria. hidup saya bertambah ceria bila melihat harga makanan yg murah-murah.

take away please...........

keluar drpd kedai, saya ditahan seorang makcik yang sedang menyandang beg yg berat. berpeluh-peluh.

"May i borrow one pound and 39, please. My beg is heavy and I need to walk for about 3miles and a bit" sambil tercungap-cungap. bas belum tiba lagi.

lebih kurang macam tu kut makcik tu cakap. mana aku paham, laju kot dia cakap. maka saya teringat duit baki beli fastfood tadi. saya hulurkan 2 pound

"if u dont mind, give me your address, I'll pay you later?"
"No, it's ok. safe journey.. " saya senyum lebar2 sambil terperasan yg kawan saya ada yg berkopiah.
"thank you so much my dear" saya dapat lihat letihnya hilang sebentar bila senyuman terukir di wajahnya.



saya pulang dgn hati yg berbunga. semoga makcik itu mendapat hidayah daripadaNya. amin.

Wednesday, October 21, 2009

jauh berjalan, terbeliak mata memandang

hari ni masuk minggu ke tiga saya berjauhan daripada kasih sayang keluarga, tapi jangan risau. dengan kewujudan rangkaian telefon bimbit yang murah di United Kingdom, yang jauh didekat-dekatkan, yg dekat dirapat-rapatkan, yang rapat disentel-sentelkan, betul? *hint2*

tapi sampai ke hari ni, saya masih guna perencah untuk buat nasi goreng.


Firman Allah dalam Al-Furqan berbunyi lebih kurang begini
"wahai orang yg beriman tundukkanlah pandangan........"

fuh. hidup di negara orang memang mencabar mata yg memandang. kalau dekat Malaysia, artis-artis je yang dibenarkan kerajaan untuk berpakaian terdedah sana sini dengan syarat jangan terlalu seksi. kata artis malaysia, seksi tu subjektif. orang lain, tafsiran seksinya lain.

macam kalau pakai baju ketat-ketat nampak apa yg x patut, lompong sana-sini, skirt paras pinggul, baju tshirt paras pusat boleh dipakai selagi pemakainya selesa dgn pakaian itu. rata-rata artis berkata, pada saya kalau pakaian yg saya pakai tu selesa, pada saya itu tak seksi.

Yalah kau tak seksi. kami yg totnton ni yg seksa. pergi mati la kau.

ah. panjang saya mengarang pasal artis Malaysia, ini petanda saya rindu Malaysia. sebab kat sini, jarang sgt tgk wanita-wanita berseksi-seksian dan bermekap-mekapan. mungkin sebab sejuk, berani kau pakai seurat benang?

tapi mereka lebih ekstrim sebenarnya.

situasi di tren stesen masa perjalanan ke leicester tempoh hari mengajar saya untuk merendahkan pandangan. macam
pandang kiri dua orang duk cumbu-cumbu
pandang kanan dua orang duk peluk-peluk
pandang belakang dua orang duk beraksi panas
pandang atas, over la kau sampai nak beraksi atas bumbung.


oh, saya dulu sentiasa menyimpan impian untuk berkelah-kelah di taman yang tengah-tengah dia ada pancuran air yg mendamaikan sambil berguling-guling di atas rumput nan hijau dan bersih sambil makan chicken popcorns, wadges, buah anggur dan muffin disimbahi jus buah-buahan tropikal disertai hilai tawa gosip sakan bersama kawan-kawan. ah, indahnya hidup ini.


cis, bila ke leicester, saya dapat bonus tambahan.

menonton aksi cumbu-cumbu secara langsung adalah sangat menjengkelkan lagi-lagi anda tengah menikmati hidangan ayam goreng dan kentang goreng. kawan saya kata ini baru je simple2. kadang-kadang diorang sampai berguling-guling atas rumput tu. siap buat pertandingan siapa cium paling lama lagi. mari ewww sama-sama.

ewwwwwww~


macam itu sekali maksiat berleluasa di negara orang puteh yg ko sanjung-sanjung selama ni. satu benda yg saya perhatikan ialah leicester punyai byk sgt patung-patung orang. gaya macam kena sumpah. mungkin mereka ini anak-anak yg derhaka. disumpah menjadi batu.

tahu tak, pengalaman dimarahi pak cik mat salleh di depan orang ramai adalah sgt mengujakan. macam kami terpinga-pinga kena marah sebab potong barisan (secara x sengaja). lepas tu meminta maaf banyak-banyak sampai pak cik tu sejuk balik. mereka ni pantang sipuji, lembut la balik. tips berguna ni.


kata-kata hikmah hari ni

"banyak benda yg berharga, kita sayang. tapi kita jarang sayang benda yg kita hargai..."


jemputla datang ke leicester!

Wednesday, October 14, 2009

Radikal Kehidupan

dalam kamus dewan, maksud radikal ialah sesuatu yg menyeluruh. contohnya
perubahan radikal bermakna perubahan yg menyeluruh. tapi dalam kamus eman edisi otak sendiri, radikal membawa erti ganas dan melampau-lampau.

saya ada beberapa orang kawan yg radikal. tolong jangan teka siapa, nanti jadi mengumpat. dosa.

dalam kemajuan dunia zaman sekarang, macam-macam gajet telah tercipta. macam-macam. kalau sehari tu, boleh keluar 20 30 gajet baru. macam ko beli nokia 3310, esok keluar sony ericsson W66oi, lusa keluar iphone, tulat? saya pun dah x boleh bayangkan macam mana keadaan handphone 20 tahun akan datang.

macam sekarang ada bluetooth, wireless, internet, messaging, calling, games dan macam-macam lagi. mungkin dua tiga puluh tahun akan datang, rumah ke, baju ke, almari ke, boleh lipat2 masuk dalam handphone. siapa tahu kan?


hari itu saya pergi semula ke kedai makanan segera bersama kawan. ingat perempuan malaria tu? sambil saya tunggu kawan saya order makanan, saya terperasan yg perempuan senyum-senyum dekat saya. ah, kalau muka macam Jenifer Lopez xpa gak, ni muka macam kuih lopeh hangus je. Kau ingat kau berdarah pakistan, ko cantik?

saya x pergi ke kedai tu sampai hari ni.


dulu, kawan saya minta nak copy movie daripada laptop. saiz dia dalam 750MB. paling cikai pun, boleh la muat dalam pendrive 1GB. oh, pendrive sekarang dah macam gula-gula, murah. kalau dulu, kaulah yang paling kaya tatkala memiliki pendrive berkapasiti 10MB.

sekarang, kaya ke kau?

dia cakap dia xda pendrive. saya suruh la dia cari. 5 minit saya dengar dia selongkar bilik dia dan dia datang. saya hampir kena strok bila tengok apa yg dia bawak.


5 kotak disket kosong.

Thursday, October 8, 2009

Tinta Jumaat

pengalaman hidup benar-benar mengajar kita erti untuk bersyukur pada-Nya. Allah ini maha hebat. Dia "gagalkan" hasrat kita yang pernah kita simpan sekian lama dan hadiahkan kita dengan sesuatu yang tidak kita duga selama ini.

Allah "gagalkan" saya untuk dapat keputusan cemerlang dalam A-level. macam kita hari-hari berdoa bersolat hajat untuk dapat keputusan cemerlang dan kita sangat yakin yang kita boleh. itu perancangan kita dan kita rasa ia terulung untuk kita.

Allah maha hebat dalam merancang sesuatu.

Mendapat keputusan ABBB mungkin tidaklah terlalu gagal tapi ia gagal bila tidak melepasi target sponsor. tapi Allah selitkan sesuatu yg menarik untuk saya. markah komponen subjek saya cantik.
Further Maths : AC
Econs : ACAC
physics : ACACA

cantik bukan?

sebulan hidup terumbang-ambing. rasa macam dunia ini gelap. macam-macam penyesalan berlaku. bangsawanlah, ICANlah, IAWlah, HAWlah, CPlah, dikir baratlah, sportslah semua benda dijadikan sebab kegagalan.

bukankah itu semua adalah sebuah pencapaian?


selama sebulan itulah Allah kurniakan saya pelbagai anugerah.

1. setiap hari dapat panggilan dan sms daripada sahabat-sahabat yg jarang saya bertanya khabar. semuanya tampil mahu memberi semangat. saya hilang A-level, saya dapat kasih sayang kawan-kawan

2. Doa saya agar sahabat saya berjaya Allah kabulkan. mungkin bukan mustajab doa saya tapi saya gembira bila sahabat saya gembira.

3. bila lagi peluang untuk mendapat panggilan daripada guru-guru? Pn.sheila, Pn. Ain, Pn. Jue, Kak. Ina. mendapat emel dan kata-kata perangsang daripada Mr. Alderson, cikgu matematik saya. saya hilang A-level, saya dapat kata cinta daripada cikgu saya.

4. dan yang paling saya mahu menangis hiba, Allah mengurniakan ramadhan untuk saya bermuhasabah diri. sumpah, kalau dulu, saya liat untuk ke terawikh. Ini anugerah unggul daripada Allah.

5. Malam ke 21 Ramadhan, doa para sahabat naik ke langit. kami mendapat khabar gembira daripada Bank Negara Malaysia. sepanjang malam itu air mata saya jatuh mensyukuri nikmat daripada langit ini.

pada ujian yang saya terima, dapat saya rasakan Allah bagaikan berbicara secara halus.


bila tercampak ke bumi Birmingham, jiwa saya gembira. di sini segala-galanya indah. segala penyeksaan dahulu bagaikan terbalas. pada saya, mungkin inilah hikmah yg belum terungkap nyata.

"Dari sebuah "kegagalan"
Saya ketemu "kebahagiaan""

Saturday, October 3, 2009

tentang populariti

Pernahkah anda berasa yang Malaysia ini adalah negara yang sangat popular? walaupun Anwar Ibrahim pernah jadi orang kedua paling terkenal di dunia tahun 2008, anda bukan anwar ibrahim, kan?

saya selalu terfikir-fikir, kenapalah kerajaan indonesia sanggup nak cari pasal bila tarian seksi mereka telah diciplak dgn tidak sengaja ke dalam budaya melayu oleh discovery channel. macam kau nak lancarkan perang sebab tarian ghairah kau dicuri, dan kau islam?

ah. dunia.

hari itu, masa dalam penerbangan ke Amsterdam, Belanda, saya duduk sebelah pasangan kekasih mat salleh yang asal daripada Amsterdam juga. selain mendengar jawapan cliche
"well, Malaysia is a very nice place bla bli blo..."

saya bersyukur sebab dia tahu di mana Malaysia. cikgu saya pernah cakap, jangan rasa hina bila mat salleh kerut-kerut dahi bila kita cakap kita asal dari "Malayzia". kalau kau rasa pelik kenapa, kau bukak buku geografi yang kau dah tutup lepas PMR tingkatan 3 dan tengok peta dunia.

ciput jer Malaysia tu. ala ala nampak tak nampak je. ngerti?


perkara menarik hidup di birmingham ialah ayam halal bersepah dijual di sini dan sgt murah, dengan syarat, kau jangan nak convert duit pound ke ringgit malaysia. Kalau tak berdarah perut kau tak makan seminggu.

hari itu saya ke "Pak Dixi" kedai seakan-akan KFC untuk beli set 2 ketul ayam goreng dgn fries yang melimpah-limpah dan setin air gas dengan harga 2.49 sahaja. penjual wanita itu bertanya saya

"are you from indonesia?"

"oh, no. I'm from MalayZia"

perempuan tu buat pandangan slack.

"Soory, what did you say? Malaysss..."

"oh, it's MalayZia. do you know where Singapore is? well, my country is just above it"

motif kau tahu singapura yg lahabai kecik nak mampus berbanding malaysia? kau tak tengok tv ke apa?

"what's the name again?"

"MalayZia"



"it sounds like Malaria"

Thursday, October 1, 2009

ironi kecil-kecilan

dulu dekat kolej, saya selalu tersenyum bila tgk kawan non-muslim saya beli tisu gulung banyak2. anda tahu kan apa yg ada dalam kepala saya?
sekarang, walaucemanapun yang berlaku, saya kena biasakan juga. serius, ini satu-satunya perkara yang saya benci bila datang ke luar negara.


dulu dekat kolej, selalu saja panas. kadang-kadang bila panas, rasa macam nak marah dekat air-cond sebab selalu rosak. ramai yang bunuh diri bila tiba-tiba pulak elektrik putus. bila tengah berpanas-panasan ramai yang pasang impian untuk terjun ke dalam kolam air batu.

kawan-kawan, percayalah, mandi di dalam air batu adalah sangat tidak kool.


di Birmingham, jika anda berjaya mandi sekali sehari saja, andalah orang paling bersih dan wangi di alam semesta ini. kat sini, kambing pun tak heran jika lalu tepi orang yang tak mandi pagi, atau lebih teruk tak mandi 4 hari turut-turut.

kambing akan cakap "cis, kaum aku rupanya"


di Malaysia terutamanya di Kelantan, anda akan dipandang jijik dan hina jika bercakap English dgn slang yang ngada-ngada. tahu slang ngada-ngada? macam Hermoinie dalam cerita Harry Potter. tapi percayalah, anda akan teruja untuk bercakap sedemikian di sini kerana anda akan bertemu dengan sepuluh orang Hermoinie dalam cerita harry Potter.

Jangan risaulah, kalau lidah itu dah cicah budu, cincalok, belacan, takkan hilangnya bahasa melayu kau. jangan perasan.


apakah yang anda dapat dengan membawa 20 ringgit ke shopping mall di Malaysia? selain baju brand cheetah, forest, dan charger yg dioffer serta satu set lengkap KFC snack plate. Hatta anda membeli di Mydin pun, 20 ringgit adalah mengarut untuk mendapatkan barang-barang berikut:
3 kotak jus buah 1 liter
2 pek pizza segera
1 pek tisu tandas dan tisu dapur
French Fries sejuk beku 1 kg
fish finger 1 kotak
2 botol milkshake perisa cokelat dan strawberry
1 bar cokelat
1 botol kordial jus buah-buahan 1.5 liter
dan barang-barang dapur yang lain

dengan harga kurang 20 pound. tangan saya menggigil masa nak hulurkan duit, takut-takut cashier salah kira.


Ya Allah, Kau jauhkan kami daripada pembaziran yang tidak kami sedari. amin.