Thursday, January 31, 2013

Tentang Air Milo, Sabar dan Sopan

Orang Malaysia sekarang makin terhakis sopannya. Rukun negara sekadar titian di bibir tapi tak diiktibar ke dalam hati. Ah, selama ini pun bukan diikutkan sangat, tengok sahaja penghulunya, Kepercayaan Kepada Tuhan. Hakikatnya?

Ha camtu sekali pendahuluan dia. Berkarat dah kepala nak membina ayat karangan yang dum dam dum dam meletup.

Selepas balik kerja tadi bergegas ke pertama komplek nak ambil beg yg dibaiki, sejurus selesai berhempas pulas di gimnasium. Wah cantik sungguh hasil kerja penjahit tu, tak nampak macam beg itu pernah terkoyak. Maka RM10 dihulur tanpa persoal dek kerna terlalu berpuas hati dengan skilnya.

Singgah di KFC kerna mengidam nak menjamah ayam goreng pedas. Tambahan tadi ada dibungkus nasi beriani jagung tanpa lauk lebihan majlis makan-makan di pejabat. Tidak ramai sedang berbaris, hanya seorang mak cik membimbit topi keledar dan barang belian daripada Sogo, dan menyandang beg di bahu kanannya.

"Dik, set mana yang dapat hadiah? Apa hadiah dia?
Yang A dan B je akak, hadiah dia ni"
Sambil menunjukkan papan hitam bersaiz A4 sesuai untuk contengan anak kecil.

"Hah bagi set B dua ya, tapi akak xnak air, payahlah nak bawak balik."
"Kalau akak x ambil air harga tak kurang tau, akak"
"Ha xpa. Yang ni snack plate ni berapa harganya?"
"Yang ni RM12.20 dgn air, kalau x nak air jadi RM10 lebih"
"Ha, bagi yang ni dua jugak, tapi bagi airlah satu"
"Akak, baik akak ambil air drpd set B tadi, jadi x payah bayar lebih dah"
Akak tu nampak kebingungan.

"Ha, yalah, ambil air drpd set ni satu. Tu bantal Doraemon tu berapa satu? Nak tgk boleh?"
"Boleh, kejap saya ambil kat belakang"

Lama juga pelayan tu pergi ke belakang. Tiba-tiba kedengaran 2 wanita di belakang berpakaian sendat skirt atas lutut merungut.
"Eh makcik ni, dia order macam takda orang je beratur kat belakang ni"

Makcik itu terdengar lalu tampak riak gelisah di wajahnya. Saya jeling mereka sambil memberi senyuman memukau. Lapar benar kakak berdua ni padahal baru saja beratur kurang 5 minit.

"Beli untuk anak-anak ke akak? Banyak akak beli" Saya menyapa. Makcik itu sedikit terkejut dan membalas pertanyaan sambil mata melihat meja kaunter. Malu barangkali.
"Haah, anak-anak kecil 3 orang. Saja, sebab hari ni dapat gaji"
"Wah, nak celebratelah ni. Seronoklah budak2 nanti dapat makan kfc" sambil fikiran melayang terfikir saat girang semasa kecil, makan kfc itu antara benda mewah dan dapat setahun sekali. Saya tersenyum sendirian.

"Sorang tu 8 tahun, setahun dan sorang 2 tahun. Saja bagi surprise kat mereka"
"Untunglah mereka haha. Akak, bagi sayalah air lagi satu dlm set B tu, lagipun akak dah bayar kan?"
"Itulah akak takut susah nak bawa balik. Ha, elok juga bagi kat awak"
"Terima kasih kak..."
Sepanjang berbual, makcik itu hanya memandang meja kaunter. Mungkin takut terpandang 2 wanita di belakang.

Pelayan datang membawa dua bantal doraemon berwarna kuning dan biru.
"Dik, takda warna merah ke?"
Sambil membelek2 bantal.
"Takpalah dik, akak ambil hadiah papan hitam jelah. Terima kasih dik"

"Abang makan sini atau bungkus?"
"Makan sini. Saya nak seketul ayam je"
"Seketul x jual bang, dua ketul ada"
"ha ambil yang tu. Itu saja, berapa?"
Sukalah tu wanita dibelakang dah sampai giliran mereka. Haih.

Sambil tunggu pesanan, saya menyapa lagi.
"Balik dgn motor ke, akak?"
"Oh tak, naik teksi ke kepong. Baru balik kerja ke? Kerja kt mana?"
"Aah balik kerja, singgah kejap. Saya kerja dekat2 sebelah sini je"
"Kerja sogo ke?"
"Haah. Akak kerja mana?" sebab kedai kfc sebelah sogo.
"Akak kerja insurans S jernih dekat jalan tun hussein onn. Ha, ni air, ambillah. Kira akak sedekah lah kat awak. Akak pergi dulu ya. Take care. Salam alaikum"
"Terima kasih kak.alaikumsalam"

Ha. Dapat air milo percuma. Alhamdulillah. Makanlah saya bersama nasi beriani tadi. 2 wanita tadi pun ada duduk berhampiran. Sekejap2 jeling. Sekejap2 pandang.

Selesai makan, seperti biasa saya angkat sisa dan buang ke dalam tong sampah. Terperasan ramai mata memandang.

Oh, orang Malaysia tak kemas sisa makanan sendiri, lupa! Ini pengaruh yg dibawa semasa belajar di Birmingham. Ish2, hebat betul pengaruh barat meracuni fikiran saya.

Berselisih dgn makcik tukang cuci semasa nak basuh tangan.
"Terima kasih dik.. susah ja, lain kali x payah angkat. Kerja makcik tu"
"Eh takpa makcik, sama-sama"

Bukan kurang pun gaji makcik tu. Dan banyak mana berkat gaji yang aku dapat masa kerja pun tak tahu. Kadang2 x perasan bila kerja terlalai kejap buat benda lain.

Kalau anda rasa entri ni panjang, anda pun sama dgn 2 wanita tadi, x sabar. Haha