Monday, December 24, 2012

Ke Kuantan Aku Pergi

Ha! faham tak perasaaan bila pertama kali memandu kereta di lebuh raya pantai timur dengan jarak perjalanan melebihi 276 km yang mengambil masa selama 2 jam 20 minit untuk sampai ke destinasi? Biasalah bila pergi menumpang kereta orang, tak bolehlah memalaskan bontot untuk hanya menjadi penumpang kan?

hari tu rancangan nak ke Kuantan, dengan kawan-kawan ingin melawat kawan sambil makan ikan bakar. Destinasi popular ikan bakar di kuantan antaranya di Tanjung Lumpur. Siapa yang penggemar atau pelahap ikan-ikan segar yang dibakar enak, bolehlah datang ke sini. Haa kalau dah lahap tu bersedialah dengan pitis yang sesuai dengan keinginan nafsu.

Kami 4 orang makan hari tu, habis dalam 200 ringgit malaysia. Mampu?

Tak buat apa-apa aktiviti menarik pun selain membontoti kontraktor sulwan pergi ke tapak projek pada harisabtu, hujung minggu. Gigih sangat orang bercuti kau makan hati. Tapak projek sulwan ni banyak di kawasan kampung, maka kami ni perasanlah mcm orang Kay Ell yang dah lama tak melihat suasana kampung permai dan mendengar derusan arus sungai dan decipan burung.

"Eww lecak"
"Eww tahi lembu"
"Eww rumput"

Rasa macam nak lempang diri sendiri.

Lepas tu pergi melalak dalam bilik kareoke selama 3 jam sampai jerit keluar darah.

Nak habaq sebenarnya aku berjaya memandu kereta daripada kuantan ke Kuala Lumpur dengan penuh kegagahan dan kelancaran. Gugup jugalah kan sebab tak pernah kot memandu sejauh itu dengan kelajuan 110km/j dan kadang tak sedar meluncur selaju 140km/j sebab jalan kosong. (Kosong ong ong).

Mula-mula dah buat ragam, tika melepasi tol kuantan, aku dengan tanpa rasa bersalah melalui tol tanpa memberhentikan kereta.
"Eh hari ahad tak payah bayar tol eh?"
"Eman! Kau lupa ambil tiketlah tol lah!"
"Oh ya? Mana aku tahu dah dia x halang dengan palang pong"

Kena undur balik kereta.
Potong lori. Potong bas. Dipotong kancil. Wah seronok berlumba-lumba dengan pemandu lain tapi masih mengekalkan pemanduan yang berhemah. Akhirnya sampai ke rumah dgn selamat, Alhamdulillah.

Berakhirlah percutian ke Kuantan. Oh elok-elok kami sampai rumah, kuantan hujan lebat, esoknya banjir sampai ke paras dada itik. MashaAllah.

Wednesday, December 12, 2012

Selamat Hari 12.12.12

"eman, kita kena buat sesuatu malam nanti!"
"jom2"

***

balik kerja semalam, penat. oh, sebenarnya selepas kerja semalam, pergi tengok wayang, Life of Pi. sebuah produksi yang meyakinkan dan penuh kesempurnaan. ha camtu. sinimetografinya sungguh mempesona, jalan cerita yang mudah dihadam, ringkas tapi punya maksud mendalam!

pergilah tengok, insyaAllah tak rugi.

jadi, sampai rumah lesu dah macam pisang lebam. heret beg naik atas, isha' tak solat lagi, mandi pun malas. hampar sejadah, solat dah macam bawa kereta, tup tup dah siap, mashaAllah khusyuk entah ke mana? ambil  phone, tengok2 twitter, tengok facebook, tengok 9gag. ah bergunanya masa macam ni.

***
"eman, 12 Dec 2012 pukul 12.13 dah. terlepas!"
"hah? haah. haha"

Sunday, December 2, 2012

Kunci

"Sebab aku orang terakhir tinggalkan rumah ini, aku kunci semua bilik okay? Selamat menyambut hari raya aidiladha semua !"

Pesanan ringkas dihantar melalui Facebook oleh salah seorang ahli rumah, Zaim.

"Herman! Pintu bilik kita mana ada kunci! Habislah macam mana nak masuk?"
"Eh? Haah la. takpa, aku pernah cungkil pintu jangan risau, aku balik ahad nanti kita usahakan"
"Rosak perasaan nak raya. Hadoi aku dah cakap dah sebelum ni"
"Sabarlah, zaim tak tahu, untuk keselamatan kan. Boleh buka nanti"

*
Sejak pukul 7 pagi tadi selepas sampai drpd kelantan menaiki bas , aku dan ahli bilik , shuk gigih sekali merobek pintu bilik. Macam-macam ikhtiar kami buat, kebayakan berdasarkan rujukan video di youtube. Nampak macam senang gila dalam youtube, macam 8 saat pintu da terbuka. Percayalah, dah 3 jam kami berusaha, ya Allah.

Dengan berlatarkan lagu-lagu seperti insyaAllah-MaherZain, Gemilang-Jaclyn Victor, Muara Hari-Dato siti dan Hafiz dan pelbagai lagu yang berkumandang bagaikan memahami situasi kami sekarang. Pukul 12 nanti, kami bercadang nak pergi majlis kahwin kawan ,Moja, jadi ini menjadi pembakar semangat.

Guna kad kami dah cuba. Rosak robek habis kad TouchnGo milik Shuk.
Guna pisau kami dah cuba. Rosak habis sisi pintu disiat-siat oleh kami.
Guna pin kertas kami dah cuba. Kesian kat Shuk kena jalan pergi SevenE semata-mata nak beli pin kertas, walaupun aku tak yakin akan berjaya.
Ada kucing comel, tapi kalau kucing tahu buka pintu, aku cabut lari.


Yang lebih kelakar bila aku minta Zaim telifon Bomba. Kecemasan apa? Pintu bilik terkunci, kunci bilik tiada, kurang 1jam lebih lagi nak pergi majlis kahwin, mandi belum, baju tiada. Tahu apa pak bomba cakap?

"Cubalah buat lagi, kalau kami datang pun kami pecahkan juga pintu tu"
Maksudnya, kalau dah tak dapat juga, pecahkanlah sendiri pintu bilik hang tu. kata semua lelaki dalam rumah tu, ada yang pergi gym lagi.

Cubaan untuk masuk ikut tingkap bilik juga kurang berjaya sebab bahaya. Kalau kau Spiderman rasanya boleh kot.

Buntu weh. Buntu. Fikiranku ligat mencari idea. Kalau semua dah x boleh, apa lagi yang boleh? Sambil berfikir, sambil kepala dongak ke siling rumah.

Ha!

Masa nilah aku ternampak ruang di antara bahagian atas kiri daun pintu dengan rangka pintu. Faham ke? Ruang tu hanya sepanjang satu jengkal dan setinggi 5mm saja. Muatlah untuk kalau nak masukkan ipod touch, ha senipis itu. Maka aku cakap kat shuk, kita perlukan bahan-bahan seperti berikut.

Tali kasut secukup panjang
Sarung tangan getah
Penebuk lubang
Kerusi secukup tinggi
Penyangkut baju besi
Dan Nasib. Kami sangat perlukan nasib. Haha

Lagak seperti Mc Gyver, aku tebuk 2 lubang dekat hujung sarung tangan getah, ikat tali kasut dengan cermat, bila siap, rupanya macam buaian dekat taman permainan. Jadi, cadangan aku ialah menerobos masuk benda alah ini melalui ruang sempit itu, dan dengan bantuan tali kasut, turunkan ia sikit-sikit dan masa inilah NASIB BAIK perlu ada.

Bayangkan kalau masa naik buaian ,kita akan letak bontot dekat bahagian tempat duduk kan? Jadi, aku kena usahakan masa turunkan benda itu, tombol pintu itu akan terletak di bahagian sarung getah itu, dan dengan menggunakan hukum fizik seperti geseran dan tegangan tali, tombol pintu itu akan terpulas dan kunci terbuka!

Bunyi macam susah kan? Realiti dia 1000 kali lebih susah!!! Haiyoh, dahla tak tahu samada sarung tangan itu cukup kesat untuk pusing tombol pintu, nak bagi tombol masuk antara celak sarung tangan itu, fuhh berpeluh jugak ketiak!

Tonyoh kiri
Tonyoh kanan
Tonyoh depan
Tonyoh belakang
Tonyoh tonyoh tonyoh.

Pernah buka pintu yang terkunci kan? Bila kita dari dalam bilik, bila kita pulas tombol pintu, akan ada bunyi macam hmmm mcam mana nak tulis eh. Macam "tummpm" ha camtu. Jadi sepanjang duk tonyoh2 benda tu, bunyi itu yang aku nanti2kan.

Jam dah menunjukkan pukul 1230 tengah hari. Kami dah pun hantar pesanan cakap kami tak jadi pergi majlis kahwin. Segala kudrat empat kerat aku kerahkan, sambil jerit2 macam orang tak siuman, habis luka jugaklah jari-jemari tangan. Tiba-tiba

Tummpm.

Alhamdulillah. Lantai bilik aku cium! Haha

**

Pisang takkan berbuah 2 kali, tapi pintu bilik boleh terkunci berkali-kali. 2 minggu lepas itu, Iman, rakan serumah yang duduk bilik bawah, dia kunci pintu, tapi anak kunci dalam laci dalam bilik.

Bijak pandai.