Monday, March 7, 2011

Jalan-jalan Turki - Tips dan Panduan

Semenjak saya mengepost video Jejak Turki, saban hari saya mendapat mesej yang bertanyakan macam-macam soalan tentang percutian ke Turki ni. Tambahan lagi, cuti easter pun dah menghampiri. Maka, daripada saya duk menjawab mesej yang sama kepada orang yang berlainan, baik juga kiranya kalau saya tulis di sini, harap2 boleh dijadikan panduan.


macam travel agensi gitu.


Perhatian : Segala yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri. tidak semua tepat ya.
Perhatian : entri ini sangat panjang tau.


1. Apakah tempat-tempat menarik yang perlu dilawati ? Boleh cadangkan laluan perjalanan yang cambest tak ?
Kami(saya guna kami sebab pergi 4 orang) pergi selama 10 hari 9 malam. maka banyaklah tempat yang menarik sempat kami lawati.
Di Istanbul
Hagia Sophia
Masjib Biru
Istana Dolmabahce
Istana Topkapi
Selat Bhosporus, Golden Horn
Grand Bazaar, Spice Bazaar
Masjid2 yang banyak seperti Sultan Al-Fatih, Sultan Suleiman, Laila, dan masjid2 yang jarak antara satu sama lain macam sehasta je
University of Istanbul
Miniaturk - Menempatkan miniature2 binaan hebat di Turki seperti Hagia Sophia , Masjid Biru dan lain-lain.


Kebanyakan tempat di Istanbul dekat-dekat, walking distance. kalau macam malas sangat jangan risau akan ada perkhidmatan Tram yang menghubungkan satu tempat ke tempat yang lain.
4 hari di Istanbul. spare satu hari untuk shopping sebenarnya :P


Dari Istanbul kami memandu kereta ke Cappadocia, Nevsehir.
Cappadocia kebanyakannya merupakan kawasan penempatan purba zaman dahulu kala.
Goreme Open Air Museum - Menempatkan rumah2 yang diperbuat daripada batu, gereja2, dan gua2.
Open Museum - Batu berbentuk cendawan gergasi
Underground City - bandar bawah tanah yang sangat cool
Goreme National park - Ihlara Valley
Dervent Valley - batu berbentuk unta
Pigeon Valley - well lembah yang banyak burung merpati
Hot air Balloon - naik belon udara panas dan menikmati pemandangan Cappadocia yang Subahanallah ! cantik gilewwww. harga sekali naik Euro 150 sejam.


Dan jangan lepaskan peluang untuk menyewa hotel dalam gua ! sangat cool !
kami spent 2 hari di Cappadocia.


Dari Cappadocia kami memandu kereta ke Konya
Masjid Sultan Selim
Muzeum Maulana


kami sekejap saja di Konya sebab akan memandu jauh ke Denizli.


Dari Konya ke Denizli
Pamukkale - Pamukkale bermaksud istana kapas dan tempat ini diisyhtiharkan sebagai World Heritage Site oleh Unesco.
Dalam kota ini ada Traventine - Kolam air panas semula jadi yang bertingkat-tingkat. sangat cantik. Mungkin kalau pergi waktu easter boleh berendam kot.
Kota Lama Hirapolis


Dari Denizli ke Selcuk
Ephesus - ada Teater ephesus(binaan yang sangat hebat di lereng bukit) dan Library of Celcus dan macam2 lagi.
Museum Ephesus
Gereja Maryam - perjalanan ke gereja maryam ni sedikit menakutkan sebab kena memandu lereng bukit yang curam dan berkabus !
Masjid Isabey
The Cave of Seven Sleepers - gua ashabul kahfi
***


Maka ini secara ringkasnya (ringkas ke?) laluan perjalanan kami. Kami sewa kereta.




2. Nak pergi ke tempat2 yang kat atas ni kena sewa kereta ke ? Pengangkutan awam takda ke ?
 Ya. kami asalnya nak guna pengangkutan awam yakni bas tapi memandangkan bila difikirkan keanjalan masa dan tempat2 yang kami nak lawati (banyak gila!) kami memutuskan untuk sewa kereta.


Tapi jangan gundah gulana berwalang bicara, memang ada bas ekspres yang pergi ke semua tempat yang kami lawati ini. 


Cuma, yang menjadi kepayahannya untuk kami sebab, ambil contoh Cappadocia. Semua tempat lawatan di Cappadocia jauh2. bukan walking distance. Unless korang nak jalan 5 kilometer, boleh sajok.


3. Takda ke macam travel agensi yang menawarkan pakej yang best ?
 Ada! 
dan tempat2 yang travel agensi cover sebijik dengan tempat yang kami cover. cuma..cuma..cuma bila ikut travel agent, masa tak anjallah. tak boleh lepak lama2. haha. tapi itu bukan masalah.
Tentang harga yang ditawarkan oleh travel agensi pulak, boleh dikatan mahal jugaklah sebenarnya.


Jadi kalian ada 3 pilihan :
1. Sewa kerete
2. Guna bas tapi tak guna travel agensi lah. pandai2 cari bas tambang semua2.
3. Guna travel agensi. Kami ada tawar2 harga dan dia bagi seorang TL700(bersamaan GBP 300) untuk pakej perjalan 5 hari (ke 6 hari tak ingat) termasuk makan dan tempat tinggal. tapi harga mungkin berubah since dah masuk cuti easter.


4. Sewa kereta mahal tak ?
Harga kereta - TL 645 - untuk 5 hari termasuk insurans dan GPS. Kereta Diesel dan auto,
Harga minyak sepanjang perjalanan - TL 400

jumlah - TL 1045 atau dalam pound GBP 435


Mungkin nampak macam mahal. SEBAB, kami kan mula2 plan nak naik bas je. So, kami tak booked kereta awal2 masa tiba di airport. Kami cari kereta sewa bila dah seharian di Istanbul. So, lepas tawar2, tanya sana-sini, minta murah buat muka tak malu dapatlah harga yang paling murah.


5. Hotel korang book cemana ? on the spot ke? online ? ke tidur dalam kereta ?
 Kami ada cari hotel on the spot dekat Istanbul sebab hotel yang kami sewa mula2 sampai sangat menakutkan. Hotel yang bawah dia ada disko ! Nama hotel ini ialah Universal Hostel !


Senang book onlinelah. saya percaya korang ada debit cardkan ? so senanglah nak booking hotel. Bila online, boleh banding2 harga dan cari paling murah !
Harga semalaman untuk hotel paling murah kami pernah jumpa ialah GBP 7. dan paling mahal GBP 10. 


Ini link untuk kami booking hostel 


HARGA MUNGKIN BERBEZA BILA CUTI EASTER !


dan ada 2 hari kami tidur dalam kereta :)




6. Makanan macam mana ? kena bawak bekal tak macam roti ke? sardin ke ? biskut ke ? cereal ke ? beras ke ? ayam mentah ke ? :P
Kalian mungkin tak berapa tahu , Turki ini sebuah negara Islam, macam Malaysia. Ya, Malaysia adalah negara Islam. Negara Islam contoh lagi sebab baru diiktiraf oleh kerajaan Turki. Maka insyaAllah semua kedai makanan dia halal. so, tak perlulah kot nak bawa ayam mentah ke, periuk elektrik ke, beras ke, okay ?


Kalau macam tak yakin, tanyalah. "Do you serve halal food? " insyaAllah akan dapat respon "InsyaAllah brothers !"


Ini adalah route perjalanan kami dalam bentuk peta

Ini pula tentatif perjalanan kami secara berjadual. klik sini

Dan ini pula video Jejak Turki kami, sekadar selingan selepas membaca post yang panjang gila !





Selamat bercuti ! 



10 comments:

alhan said...

nak tanya , baik sewa kereta online ka atau pi sana sewa. akak n suami n rakan plan nak sewa kereta, pick up antalya( ada conference di sini), drop off kat istanbul. kalau kereta hyundai accent ok ka? ada tengok di economycarhire.com. yg ni boleh dapat murah.

alhan said...

nak tanya pandangan, sewa kereta baik buat online atau cari di turkey? akak plan nak sewa kereta, pick up at antalya drop off at istanbul. ada jumpa yg murah, hyundai accent di economycarhire.com. euro144 for 4 days.

herman rawi said...

pada saya sewa online lah senang. sebab satu murah dan dua tak payah nak susah2 nak deal dengan orang turkey kat sana nanti.

dan harga yang akak bagi tu memang super murah tu! kalau nak tanya pasal kereta hyundai ok ke tak saya tak berani nak cakap. tapi since ia kereta hyundai, insyaAllah ok kot.

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu

Anonymous said...

Salam bro herwan,

Bole saya tahu anda ke Turki semasa musim cuaca apa? Musim apa di sana sekitar bulan Feb hingga April?

Dan adakah rakyat Msia perlukan visa utk ke Turki?

Wslm, tq in advance :)

herman rawi said...

nama saya Herman haha

aku p masa bulan 12, so musim sejuklah.

Turki ni dia macam negara Eropah yang lain ha, kira bulan Feb hingga April tu macam nak masuk musim bunga.

jadi suhunya dalam lingkungan 12-20 degree.

Kita tak perlu Visa untuk ke Turki!!! best kan?

Anonymous said...

kalau bulan 11 musim apa ye?

Anonymous said...

great post!!jazakAllah khair!

teruja tgk ur post..

Insyallah kami akan ke Istanbul dan cappadocia mid dec nie..

our plan pon byk based on ur post.

kitaorg ade survey keter n pickup point is at downtown istanbul (no idea where it is). so nak tanyer, u all sewa keter amik kat mana?

tq!

Anonymous said...

hello

jihad4iman said...

TUAN, nak tanya sikit. masa sewa keta tu ada apa-apa doc dia nak tak. atau main book je. TQ