Satay Ayam

Skil menulis blog saya sudah berkarat. Belakangan ini setiap kali saya baca semula apa yang saya tulis saya macam "Apa kau merepek ni? kau ingat orang nak tahu sangat ke yang kau baru saja dilamun cinta?"

"kau hengat orang heran sangat kau nak bela ikan gold tetra yang bila kawan kau google dekat internet dia cakap macam ikan bilis? lepas tu kau baru saja tambah 5 ekor ikan Neon Tetra yang macam ikan bilis tapi bertamadun sikit ada jalur biru bersinar-sinar?"

"kau ingat orang nak tahu sangat ke yang masa kau cuci akuarium kau tiba-tiba salah sekor ikan melompat keluar dan terus masuk dalam sinki dan mungkin dah arwah? "

orang tak nak tahulah semua tu.


Lepas tu kau macam terfikir nak tulis tentang poilitik-politik pelik jijik yang tengah berlaku dekat Malaysia sekarang ni. Tapi dah banyak dah kot blog yang tulis pasal isteri perdana menteri kau yang kalau boleh tiap-tiap hari nak tempek muka dia dekat berita utama. 

Tak pun kau terfikir yang mereka-mereka yang duk cabar parti yang memperjuangkan Islam untuk menggugurkan nama Islam dalam nama parti bagi komen macam nak nampak bagus tapi sebenarnya nampak bodoh?


Tapi bila kau macam kutuk kerajaan sikit, orang ingat kau sokong pembangkang.


Tapi kau macam bingung jugalah dengan kenyataan menteri yang berkata "Kepada peniaga, jangan ambil kesempatan harga minyak naik dengan menaikkan harga barang makanan supaya tak membebankan rakyat" . Habis peniaga itu bukan rakyat ke ? Habis peniaga takkan terbeban ke? 


Nak ke orang baca semua benda ni? Akhirnya, kau putus asa dan berakhir dengan blog kau takda entri baru.
haih.




Comments

Dai said…
taknak politik. suka baca entri normal kau. =)
dan said…
blogging/writing or speaking whatsoever related to it, well at least for me, is not about people wanting to read or hear your story, but about you wanting to tell people your story, to let them know. they might not read it, but I myself want to share something with them, hopefully something beneficial. if they don't want to, or not interested to listening to our story, then so be it.

I love to write, so thats one reason why I write. No one reading doesn't mean we stop. (Sometimes I realise I think about the ones who read my posts would not want me writing like this or like that, but I should be honest by just writing whatever I want to share, even though there would be no one reading)

My comment content seems redundant.
.azwasyafiqah. said…
man, bagi aku kan, you write what you believe in. macam aku.. dulu aku suka merepek2 kan? orang ade jugak cakap blog aku buat dorang hepy, gelak2 and all.. which is good right sbb dapat buat orang hepy? but then one day i realized there's something much more worth than just that. so aku tulis pasal benda yang completely different dari dulu. but i second the previous comment, it doesnt matter kalau orang nak bace/ x, tapi ape yang kau nak tulis dan kongsikan.

but one thing you must know, bagi aku janganlah menulis sekadar untuk populariti dan wang semata mata macam bloggers nowadays. thats when ape yang kau tulis, bukan datang ikhlas dari hati. tapi semata mata kerana nak menghiburkan orang ramai dengan apa yang mereka nak dengar. which is wrong i must say. hehe

:D anyways, kalau kau tulis pasal benda serius tapi kau guna cara penulisan kau yang sempoi, i bet orang suke je bace :)
ginjo said…
apa jadi ngn satay ayam tu? kesian dia..
herman rawi said…
Dai : hidup aku kat sini sedikit abnormal, itu yang takda tulisan yang normal :P

dan : camtu penadapat dia meleret-leret. tengs tau, tengs gila!

juek : wow! juek panjangnya. terharu gila kau sanggup tulis panjang2 camni. tengs :DD

sekarang, aku dah tahu mana hala tujunya! hehe

ginjo : rupanya kau seorang saja yang terperasan tajuk entri ni. tahniah2
miraroslan said…
aku cam teringin nak makan sate kan..

aku bukak, hampeh ko..klise x comment ini?

eman, ko tau mmg ade je slot kak mah tu weyh, buletin utama, asal ade dye aje, aku rela tgok cerita korea..

eman, ko citer la kalau la ko salah seorang peniaga kat arked KB tu, yg xde elektrik dah seminggu tp ko kene war2 kan la kesah ko penat berpeluh dalam gelap...dramatik kan sket post ko tu..

apa macam, ok x?
nurulhusnazubir said…
agak r..ak igt ko bt satay =.=
herman rawi said…
katun: haha. aku baru lepas buat satay tu dan satay aku macam sedap gila tu sebab dia jadi tajuk entri walaupun macam takda kaitan sangat(langsung!).

HHAHAHA. kecik hati kak mah kau cakap camtu. dia FIRST LADY(lantik sendiri) kot...~

idea kau macam luar dari jangkauan minda aku ah katun :P Kau memang random gila!

Husna zubir : in fact aku buat dowh hari ahad lepas dan sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaapppp gila! :P
Unknown said…
bile mase pulak ko dilamun cinta ni?
herman rawi said…
syafiq : ehem2... :P
cahaya kejayaan said…
suka baca penulisan awak yg sempoi.. bila nak menulis lg??

Popular Posts