Thursday, June 23, 2011

Tentang Membuat Karipap 6 biji

Kita memang sentiasa nak makan karipap. Terutamanya karipap sardin yang menjadi kegemaran saya sendiri. Nak lagi sedap karipap pusing-pusing yang bila makan rangup-rangup kulitnya dan pedas masam intinya.

Jadi, bila menetap di UK, untuk mendapat karipap hanya ada 2 pilihan yakni, buat sendiri (atau paksa housemate buat) atau pergi kedai cina beli karipap beku yang belum tentu sedapnya. Jadi untuk memastikan tidak dikecewakan, kita memilih untuk buat sendiri.

Jadi, resepi pertama, kena rajin.

Untuk membuat karipap, kena ada bahannya. Maka kita berkorban masa melepak pergi ke supermarket untuk cari tepung, sardin, cili, bawang, limau nipis, marjerin, gula dan garam. Bila tengok bahan-bahan, oh rupanya senang saja nak buat karipap. Kena rajin saja.

Mendapatkan doh yang tidak keras dan tidak terlalu lembik memerlukan kerahan tenaga yang berterusan. Mula-mula senanglah campurkan semua bahan. Ia menjadi sukar bila campuran digaul bersama dengan air. Makin ditambah air, makin pejal doh, makin banyak tenaga diperah. Kadang-kadang rasa nak putus asa, nak berhenti tengah jalan saja. Tapi bila terbayangkan karipap sardin yang sedap, digagahkan juga diri untuk menghabiskan sisa berbaki.

Jangan cepat mengalah.

Tersenyum sekejap melihat doh yang siap. Jangan cepat berpuas hati lagi, perjuangan belum berakhir, itu baru pertengahan saja. Ada benda yang lebih kompleks menanti, proses mengelim. Tumpuan dan ketekunan adalah kunci utama mendapat keliman yang sempurna. Namun skil mengelim itu perlu kerna orang yang berpengalaman lebih 6 tahun menghasilkan keliman yang lebih kemas dan sekata.

Tapi, bukan kesempurnaan yang dicari tapi usaha dan tawakal.

Tawakal? Apa perlunya tawakal dalam membuat karipap? Jangan kita lupa, walaupun tepung cukup, garam secubit cukup digaul rapi cukup tapi semua itu hanyalah usaha zahir kita. Tapi kita tak pasti bila digoreng cantikkah rupanya? Pecah ke kulitnya? Sedapkah rasanya? Jadi sepanjang pemprosesan itu, renjiskan rasa berserah diri.

Karipap, acuan untuk 6 biji, 6 bijilah yang kita dapat. Bersyukurlah. Beristighfarlah.

Senyumlah seikhlas siput :)

4 comments:

Fahmi said...

alhamdulillah =) TAHNIAH!

Tawakkal bermula sejak kita berazam lagi dik, jadi kalo memang dah azam nak buat karipap 6 biji, byk tu la bahan yang disediakan. Tapi kalau tetamu ada 10 org, xkan nak buat 6 je kan?so kene mula dgn azam nak buat 10 karipap sekurang-kurangnya.

Tawakkal pula disudahi dgn redha dik, kita mungkin dah azam nak buat 10 karipap, tapi tgok2 dapat 6 je, mungkin ade yg kureng tgh2 tu..tepung tumpah ke, kelim x jadi ke, inti terkeluar ke, atau tergoreng hangus! Redhalah, sbb Allah tgok usaha kita =)

Ada hikmah tu. 2:216 {:)

Saat Terindah said...

xpelah..lepas ni bolehlah azam utk buat doh lebih sikit,baru boleh dpt extra karipap kn?

biar lebih,asalkn jgn kurang...

masih ade mase lagi inshaAllah..=)

herman rawi said...

fahmi : tahniah weh. kau gempak! dapat karipap lebih, kena kongsi sini sikit :P

saat terindah : betul sangat apa yang saudara(i) cakap. Apa yang lebih penting ialah, kenapa kita nak karipap itu, ya dok?

~HuSnA ZuBiR~ said...

huhu..xabis2 dgn karipap dia...=.=