Menyingkap Tarikh 13 Mei


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. klik sini untuk membaca kronologi peristiwa. 
Namun, selepas 20 tahun kejadian pahit ini, tanggal 13 Mei 1989 menjadi titk tolak kepada lahirnya seorang bayi yang bakal menggegar dunia. Sejak daripada kecil lagi bayi ini sudah menampakkan siapa dirinya yang sebenar setelah berjaya menggegarkan rumah kayu beratap zink pada setiap waktu pagi. klik ini untuk lebih faham. :P 

Membaca artikel tulisan inianwarhadi  terasa bagai ada betulnya. Siapa yang lebih berhak dirai selepas 9 bulan menggendong perut buyut yang berat ke sana ke mari? Siapa yang tidak tidur malam masa kita menangis malam-malam? Siapa yang mengajar kita erti kasih sayang?

Ma, walaupun eman jarang ucap "terima kasih sebab lahirkan eman, jaga eman, belai dengan penuh kasih sayang"dan segala ayat-ayat cerekarama kalau didengar dan disertakan dengan muzik latar lagu-lagu sedih meleleh air mata,  ketahuilah jauh di sudut hati, eman sayang ma. Mungkin sebab kita tak biasa berayat-ayat bunga ni, lagi-lagi dalam loghat kelate . haha.

Eman doakan ma sentiasa diberi kesihatan dan iman yang teguh, serta ketabahan dalam menanggung sakit yang ma alami sekarang. Masa balik summer tahun lepas, eman gembira dapat jaga ma dekat hospital. Apalah sangat duduk di hospital seminggu dua berbanding dengan apa yang ma dah bagi dekat eman selama 20 tahun ni.

Bila ma cakap "Kesian kat eman sebab tak boleh pergi mana-mana cuti ni, kena jaga ma.." eman rasa sedih dan bersalah sebab lebih pentingkan diri. Ma cakap macam ni sebab eman pernah bagitahu ma eman nak pusing satu Malaysia :D.  Padahal dah setahun eman tak balik Malaysia, tiba-tiba baru sampai tak sampai 2 minggu dah cabut pergi jalan-jalan. haha. apalah eman ni ish3.

Dahla, banjir keboard laptop ni nanti. Selamat Hari Jadi Eman. Terima Kasih Ma! dan Ayah juga !

Comments

Muizz said…
ehem...awe...mano akaun facebook demo? bday koy?eheheh
herman rawi said…
muizz : ambo deactivated sekejap weh abe muih. nok pekso ni. takut mengganggu. keh3. aah bedey ambo lah ni
miraroslan said…
ok utk ko herman rawi,

selamat sudah kelahiran, aku hengat tarikh 13 may sebab ianya unik kan, lepas tu aku teringat aku pinjam hp ko, call mak aku beebrapa taun lepas.

keyboard ko banjir?
duduk lagi kawasan rendah.tu la pasal..hujan sikit banjir..haha
herman rawi said…
oh katun ingatan kau sangat kuat! ahaha. aku ingat sebab bila birthday dapat free call drpd celcom/maxis hehe

tulah, dekat birmingham ni dah dilanda banjir air masin :P
neekiysa said…
Happy belated birthday :P

Popular Posts