Persepsi

Dulu, semasa masih kanak-kanak comel lagi, hidup saya dikelilingi dengan persepsi "budak lelaki kena main bola sepak" dan budak perempuan main benda lain. Kalau kau tak suka main bola kau dianggap kurang normal. Maka zaman kanak-kanak saya sedikit kurang meyeronokkan bila diejek-ejek sebab suka main masak-masak. Selalu masa comel-comel saya ajak kakak main masak daun bunga raya dengan buah oren pokok teh.

comel kan?

Pernah ayah hadiahkan sebiji bola sepak getah semasa hadiah hari jadi yang ke 6 demi menanam minat anaknya kepada bola sepak. Tapi gagal. Bila diajak main sembunyi-sembunyi, main hambat duduk, main PepsiCola, main bola kaki tiga, saya dapat merasakan kebahagiaan sementara, kerana berlari-lari, mengelak daripada terkena bola dan membuat balingan yang tepat adalah kepakaran saya.

Daripada situ saya dapat rasa, bola sepak memang bukan dunia saya.

Tapi susah bila setiap kali pendidikan jasmani, budak-budak lebih suka memaksa cikgu untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk bermain bola.

Darjah enam, saya mula menemui kekosongan dalam diri. Bila melihat budak-budak bermain bola tampar saya rasa teruja. Daripada satu saya membuat keputusan untuk menyertai pemilihan untuk pasukan bola tampar peringkat daerah. Pemilihan akan dibuat pada waktu petang selepas asar. Jarak rumah dan sekolah jauh lebih kurang 20 minit menaiki motor.

Malangnya hasrat terkubur sebab saya tak berani nak minta ayah saya hantar ke sekolah petang itu.

***

Lihat bagaimana persepsi orang terhadap kita sangat mempengaruhi emosi dan kematangan. Bagaikan di dunia ini, tiada sukan lainkah?
Tak main bola, kau lembik.
Tak main bola, kau looser.
Tak main bola, kau bukan anak lelaki?

Macam tu sekali?


Tapi bila dah masuk MRSM, masuk kolej, jumpa macam-macam orang barulah saya lebih yakin dengan kebolehan diri. Ramai saja kawan saya yang tak main bola dan masih gagah dalam marathon. Ramai saja kawan saya yang tak main bola tapi hebat dalam sukan lain. Malah lebih berbakat dalam pelbagai sukan lain. Ramai saja kawan saya yang tak bersukan pun tapi hebat dalam bidang lain.

Maksudnya di sini, lain orang lain kebolehannya.

Didiklah diri sendiri untuk menghargai kelebihan yang ada, bukannya bersedih dengan kekurangan yang memang tiada.

***

Oh musim bunga sudah tiba. cuaca-cuaca yang indah begini, jom main tenis?

Comments

nadiah said…
betul2..sgt sokong..
asal perempuan je kena main bola jaring..tak mncabar..
Bila main sukan lain selain bola jaring kata kita ni ganaz..
Pelik betul dengan fahaman orang...
pchek said…
yezza pikiran time budak2 mmg camtu. so mana2 jhantan yg still anggap lelaki yg tak reti/tak suka soccer ni loser, senanya diorg lg loser sbb still pikir mcm budak2. kan kan
herman rawi said…
nadiah : kira ok lagi kata ganaz. (ok ker? ). tapi kalau kena lembut ke, pondan ke, sotong tak ke merana mereka-mereka itu? haha

pchek : i know how to pronounce "jhantan" ! haha

Jhazkitaro : terima kasih kerna berkunjung :)

Popular Posts