cerpen : senyumlah seikhlas siput

kronologi sebuah penerbitan.

awal-awal di kyuem, saya benci kepada blog. pada saya,mereka yg buat blog ni dah takda kerja yg berfaedah boleh dibuat. agak lambat juga saya tahu tentang blogging. saya kategorikan diri saya sebagai budak buta pengetahuan.

1. saya ingat nak buat blog kena bayar. mahal. so, apa faedah nak bayar mahal-mahal kalu stakat untuk blog yang tiada faedah.

2. saya ingat syarat membuat blog mestilah melebihi umur 18 tahun. alah, macam nak join friendster, kena umur 16 kan?

3. saya ingat kerumitan buat blog sama dgn kerumitan nak buat sebuah laman web. haram tak tahu pasal java bagai. saya tak minat komputing, benci dgn coding-coding. dulu pernah kena siapkan projek komputing guna software visual basics. tahu? sebab benci dgn coding-coding, saya buat perisian "mari belajar ABC". tekan start keluar "A". tekan next keluar "B". tekan next keluar "C". ah~ saya bangga dgn pencapian saya


lama-kelamaan saya jadi ketagih baca blog. hari-hari kat kolej tak berseri kalau tak singgah "Yaqazah Umirta..", "My Life As.." dan tidak lupa blog-blog lain. terasa sangat ketinggalan bila kawan-kawan duk cerita-cerita pasal apa yg orng tulis kat blog. paling saya ingat tajuk "Talbis Syaitan di Kyuem"


suatu hari, saya pulang dari kelas. tiba-tiba chaletmate saya jerit-jerit "eman!eman! sapphire dah ada blog!". boleh bayang tak chaletmate saya jerit-jerit? saya buat muka teruja. dalam fikiran

"ada aku kisah?"

lima minit selepas itu
"hei, apa username and password dia"
enam minit lepas itu, saya tulis post kedua.

esok, lusa, tulat, seminggu, dua minggu, sebulan blog sapphire jadi tatapan harian. hari-hari tulis post baru. satu cabaran besar ialah nak jadikan blog tu sebagai halwa mata kebanyakan orang. edit sana, edit, sini, header baru, post baru. promot2.

lagi 2 bulan lebih kurang, blog sapphire dah nak smbut ulang tahun pertama. saya sebagai salah seorang penulis rasa bangga walaupun belum berumur setahun, jumlah pelawat dah mencecah 19429. header pun dah 15 kali bertukar wajah. keahlian untuk menulis pun telah dibuka. kalau dulu penulis dia
kapitan nonnel
wan nur kapitan banban
saya (dan nickname nickname yg terlibat)
luqman?

kini penulis dah bertambah
kapten aiman
vkapten haq
nur kapten yatz
vkapten kammy the gorgeous
dan mereka2 yg diberi kebenaran


setelah lama saya menapak nama di persada sfera blog kyuem, tiba masanya untuk saya digulingkan. yelah, kapitan pun dah digulingkan, saya masih kental mahu perjuangkan blog sapphire kerana saya sayang blog itu.

cukup-cukuplah eman. penat dah orang paksa kamu tubuhkan laman sendiri. blog sapphire blog awam, bukan blog peribadi.

tak serik lagi ke kena sentap-sentap pedas dekat blog aqmin dan blog iman?
tak serik lagi ke kena hentam dgn anonimos sebab jaja cerita peribadi?
tak serik lagi ke dengan segala tohmahan yg dilemparkan?

ok.fine.

nah, silakanlah.



cerpen

senyumlah seikhlas siput.

Comments

Naqiu said…
hoiii chatbox manee utk orang serangg???haha
bro said…
salam..

tahniah eman, at last..hehe..
i like the theme..
i like ur profile..(very the kanak2 gituh)
i like corat coret..
i like everything..huhu..

well done.!
Anonymous said…
saya still tade blog sb sy mmg da predict blog sy mmg akn terbengkalai satu hari nti..haha..
sy x suka menulis utk mencurahkn ape yg ade di kepala dan hati..

~aindah~
mira_bandung89 said…
hmmmmmmm..... lain rasanya... hrmmmmm
herman rawi said…
naqiu : tahniah! komen anda yg pertama!

bro : sebab orng seperti kamu la saya buat blog. sila dtg lagi.

syukri : saya tafsir itu pujian. *wah, terus jadi follower, laju2*

aindah : doktor blaja kuat, x sempat berblog. *ye ke tak suke menulis?*

bandung : hmmmm..kenapa ya...hmmmm
syaa said…
wey letak shoutbox laaa...

(komen prtama sy utk blog anda...terimalah..heh)
Unknown said…
eit, tgk list kt my dashboard, dh 4 post, bukak blog, br 1 post...ke mana hilangnya lagi 3...
herman rawi said…
syaa : tahniah! saya terima dgn tangan dibuka seluas-luasnya

afiqah : eh. mana ada. xda2 =P
Anonymous said…
Eman.

Jeles tengok kau punya life. Macam-macam kau dah buat dalam umur 20-an ni. Tapi aku ni, achievement ada pun sekadar cukup syarat je untuk nampak uptodate sikit dari orang lain. Haha..

Kita ni dah lah beza umur setahun je. Imma so sad.

Well. What I can say about you is:

Kreatif, berbakat, good-looking, kaya, budak baik, pandai dan good physical.

Perfect enough huh? :-p

Wei, update la lagi pasal life kau. Seronok baca and somehow it's motivated me. Haha

Popular Posts