nenek moden

pernah tak anda rasa yang nenek anda yg berumur 97 tahun sebenarnya lebih moden dari apa yg anda jangkakan? saya rasa saya akan merindui nenek saya bila saya rasa nak makan kfc di United Kingdom nanti.

2 3 tahun lepas, masa orang tengah gaduh mengeluh tak puas hati kenapa Siti Nurhaliza kahwin dgn dato' K, nenek saya lagi hebat mengkritiknya. macam-macam yang dia tak puas hati. baju kahwin mahal la. ingat tak baju yang siti pakai masa lambai2 dekat atas KLCC? harganya tak silap RM 15000.

bagi kat aku beli sireh lagi bagus.

hari itu, nenek saya teringin nak makan sejenis buah. tapi kerana mulut dan lidahnya dah berumur dekat satu abad, bebelit-belit la lidah dia nak sebut nama buah itu. tahu tak, nenek saya suka buah epal hijau dan merah? buah anggur? buah pear cina?

"eman, tolongla beli buah warna merah-merah tu, lama da x makan"
"buah apa mok? buah rambutan ke?"
"bukan..ala buah apa dah nama dia..jerry? cherry?"

berfikir.

"alah, buah yang cik siti nurhaliza suka makan cicah coklat tu la......"

---

nenek saya jeling sinis kalau dapat tahu beras kat rumah adalah beras siam. katanya beras siam tak elok untuk kesihatan. banyak kanji. nenek saya awet muda. sungguh.
oh, nenek saya bab2 makanan jangan cabar. citarasa dia unik.

doktor kata tak boleh makan telur, nanti sakit urat. nenek saya suka makan roti dengan mayonis

doktor kata tak boleh makan benda manis-manis, kencing manis nanti. nenek saya suka makan halwa (manisan) nenas dan jeruk buah jerry.

hari raya hari tu, nenek datang rumah. katanya nak jumpa cucu dia yg nak terbang dah. sambil duk cakap-cakap, saya tanya nenek nak minum air apa.

"bagi mok air tu.."

dia tunjuk dekat air gas F&N perisa oren.

---
nenek saya moden. dia x main la pakai peribahasa orang-orang tua dulu2. nenek pandai reka analogi sendiri. hari tu, saya pergi isi minyak kereta. tiba2 dia bebel2 tgk orng tgh baiki kereta.

"sekarang baiki kereta pon da boleh buat duit. ada ke patut hari tu ayah kamu ada la suruh orng tengok2 kan kereta dia. org tu dtg masa mok masuk bilik air. mok keluar je, orang tu da balik"

nada x puas hati gila. dia cakap dia mandi sekejap je.

"alih2, kene bayar RM30. mahal sunggoh!" siyes x puas hati. dia tambah lagi
"sekejap sgt la. orang makan sireh pon x sempat nak tawar"

---
pada saya, nenek saya ni boleh di istilahkan sebagai mesin buku keturunan. kalau cakap dgn dia, 2 jam pun x habis dia duk terang salah-silah keluarga. punyalah berlambak nama-nama sanak sedara yang dia igt. saya bila dengar sekali saya lupa.

nanti mesin buku ulang lagi.

dia cakap masa saya kecil ada dalil. tahu tak apa maksud dalil? petunjuk. dia cakap dari kecil lagi dah ada dalil-dalil yang menunjukkan saya bila besar akan pergi jauh dari keluarga. dia cakap macam tu lepas dapat tahu saya dapat pergi seberang laut. saya tanya la nenek saya, apa dalilnya?

nenek cakap
"eman masa kecik kerja dia nanges je.."

adik saya jampuk
"tu bukan nak gi jauh mok, tu nak jadi penyanyi tu"

"cik siti dulu kuat nanges ek mok?"






Comments

Hamidi Yusoff said…
aku harap nenek kau tak pakai tudung ternganga mcm siti. kan?
bro said…
skrg dah besar ni, eman kuat nangis gak ke? =P
Syukri Sapuan said…
haha~

like grandma like grandson~
herman rawi said…
hamidi : the term of ternganga is too harsh. oh, tidak. nenek aku bekenan tudung ibu arini!

bro : besar macho ah beb. x main la nanges2 bagai

syukri sapuan : haha. like sapuan like syukri~

Popular Posts