"Forgive You"

sebelum saya berangkat ke seberang laut, saya nak cerita tentang perempuan malaysia, lebih spesifik perempuan melayu di Kuala Lumpur. seperti kebiasaan, latar tempat di Kuala Lupur menjadi pilihan. saya sayang Kuala Lumpur.

eman dgn bangganya menyokong 1Malaysia.

setelah berumur 20 tahun, baru saya tahu wujudnya "Jalan Melayu" di Kuala Lumpur. selama ni saya hanya tahu Jalan Masjid India dan Jalan Petaling, milik india dan cina. rupanya melayu juga diberi hak untuk memiliki jalan sendiri di tanah air sendiri.

inilah dinamakan demokrasi.

sementara menunggu ayah saya bertemu mata dgn waris dia hassan senik, pemilik kedai emas di Wisma Yakin, saya jalan-jalan sambil menjamu mata di Jalan Melayu atau lebih sinonim dgn panggilan Jalan TAR (Tunggu Abdul Rahman). hassan adalah anak kepada anak saudara kepada bapak saudara belah ayah saya. tak payah ulang baca, saya pun x pasti.

kalau tanya nenek saya mesti dia mahir.

ramai orang hari itu. sebenarnya orang tak pernah berkurang. jalan himpit-himpit. ah, saya segan. bila jalan himpit-himpit, nak cuci mata pun tak selesa. kena awasi perjalanan. tengah syok jalan-jalan, mata saya tertangkap pada permandangan sekitar.

ada jam sepuluh ringgit, rantai tangan permata 2 lima ringgit, baju melayu kelip-kelip, baju kurung sendat-sendat, kebaya singkat-singkat, songkok macam Tunku Abdul Rahman pakai, mercun, beg-beg jenama LV, Bonia,cK, Prada, D&G dan

saya terpijak kaki seorang perempuan berbaju kurung ayu bertudung litup sopan.

perbualan di bawah berlangsung dlm masa 0.8 saat sahaja. pantas.

"ADOI!!!"
"sorry sorry"
"FFF..."
"sorry"

nota kaki : "FFF..." adalah bunyi mendesis kerana ingin menyebut perkataan yg bermula dgn huruf F. contoh
Fool
Fuck
Forgivable
faham kan?

sebenarnya, selepas saya TERpijak kaki dia, kami berpandangan. mungkin kerana terlihat wajah jejaka itu melafazkan kata "sorry", dia terpana dan tidak sempat menghabiskan ayatnya. kerut di dahinya juga hilang serta merta selepas menatap wajah jejaka itu.

oleh kerana ia bulan puasa yang mulia dan perempuan yang berbaju kurung ayu bertudung litup sopan berada dalam kemarahan, saya agak dia nak sebut



Forgive you

Comments

Lala said…
bagus betul ko berfikiran positif..heheheh
Syukri Sapuan said…
'perempuan berbaju kurung ayu bertudung litup sopan'

oh, tetibe terkenang heliza af5


gatal.
hahaha...
mesti dye nak cakap
Fffffffffforgive you!!!
hua2
Hamidi Yusoff said…
salah la herman. dia nak ckp ' adoiii fuck u!!!'

tibeeeeeee
herman rawi said…
lala :nasib baik perempuan tu x habis cakap kan?


syukri : heliza itu seperti kamus kata-kata hikmah dlm crita syurga cinta. so sweet

udin : FFFFForgive you FFFFForever..dia siriyes terpana udin pandang muka aku.

hamidi : ko paling jujur dan berterus terang
-bihah- said…
btol2 terpana..??huish!!dahsat tuh..
mgkn dia nak susun ayat FFF dia tu btol2 tak..??hua3...mcm2 dia leh ckp...

Popular Posts