Saturday, September 19, 2009

rakan hari ini : midi dan nabluvy

hari ni saya dapat kad selamat hari raya. daripada dua horang sahabat saya. maka, di sini saya nak ambil kesempatan untuk balas ucapan mereka di sini. maaf dipohon sebab saya telah disibukkan seminggu dua ni, maka x sempat la nak bernostalgia bagai nak hantar kad-kad raya ni. boleh?


kepada : hamidi
Yo man! weh, terima kasih eman ucapkan kepada idie eusoff yang duduk jauh di penang. waktu awak minta alamat rumah saya, serius saya tak terpikir kenapa. rupa-rupanya awak nak hantar kad kepada saya. terharunya saya.

walaupun kad awak kecil dan ucapan awak kepada saya ringkas saja, tapi saya dapat rasakan keihklasannya. terutama bila membaca dialog kartun yang sungguh lawak itu. terkesan di hati saya.

maka, saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf andai ada salah dan silap saya sepanjang persahabatan kita selama 2 tahun yg dimulakan dengan saya menjahit baju awak. percayalah, setiap kali saya menjahit baju, saya akan teringatkan awak. awaklah sahabt saya dunia akhirat.


kepada : luvy nabihah
diva x kad raya yg saya utuskan untuk awak kat atas ni? saya tahu saya tidak sediva awak. maafkan saya. hei! haruslah awak tulis karangan 350 patah perkataan dalam kad raya awak yg kiut miut tuh. tersentuh saya membaca setiap kenangan yang awak nukilkan.

bihah luvy! semoga awak sentiasa aktif dalam bersyair. insyaAllah, bila saya buat konsert satu(wah~) di istana budaya, saya akan jemput awak untuk bersyair bersama. boleh? semoga awak sentiasa bersemangat untuk berjogging dan menjaga berat badan. raya nanti jangan lupa belasah makan cukup-cukup. bila dah rasa nak pakai seluar tu da x muat, miskol2 la saya, kita pergi jogging, ok?

dari hujung rambut ikal mayang yang halus mulus bak sutera ini saya turut memohon jutaan kemaafan andai saya tersumbang suara bila mengajar syair, andai tersalah buat calculation masa ajar maths, andai terlari laju masa jogging sama2 dan semua andaian-andaian yg mungkin wujud ya bihah luvy? selamat hari raya maaf zahir batin.


wah. terasa special sebab diberi ucapan khas? apa lagi, hantarlah kad selamat hari raya! cepat2, postman pun nak raya~

akhir kalam, selamat hari raya maaf luar dan dalam. asslamualaikum.

4 comments:

hamidi said...

motif kan kalau nak bernostalgia bagai tulis balik kenangan kita panjang2? dok tak dok nanti nak jumpa balik kat uk. haha.

-bihah- said...

hahaha...sungguh aku tak sangka ko nak balas kat belog ko ni man..
anyway...aku kira terharu ar sbb cara ko yg leh kata sungguh unik lg spesel nih..
btw...kad tu mmg diva kot kalo nak compare gn kad2 yg aku penah dpt dolu2...gn kelip2 dia gn liplap liplap dia...mmg diva thp tak hengat ar!!!;p

nak aktif bersyair..??cm tak kot..tp kalo anda sudi menjemput saya sudi penuhi jemputan ituh...wahahahaha...;p

and psl joging..kna tunggu 3 thn lg ke..??tp kalo leh joging kat uk ok pe..??wah!gitu...tp so far suar aku muat lg ar...huhu...

haa!!spt yg aku janjikan...komen aku pun dah ala2 sama pjg gn pjgnya aku tulih dlm kad utk ko tuh...;P

harap terimanya dgn ati yg terbuka...^_^

herman rawi said...

midi : ya (pendek x?)

bihah : hah, luvy nabihah muncul lagi! kan? kan? terasa sgt special kan?

bihah, aku nasihatkan kau tulis novel nak? takpun tulis cerpen, pastu post kat sini, nak? =P

slamat raya!

-bihah- said...

hurmm...novel eh..??
boleh kot...ko bg ar storyline skit ke...kira idea skit...

...post kat belog ko..??
biau bonar..??
tp...boleh kot...hOho...;p