Tinta Jumaat
"memang kita tidak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi yg lebih baik" -adam
pada saya, khutbah jummat hari ni menarik. sebab? sebab saya mampu mengingatinya. jarang saya dapat tumpu perhatian bila khatib baca khutbah. selalunya minda akan berlayar jauh, melayan gusar dalam hati. tapi kali ni tidak.
ini serba sedikit tinta jumaat hari ini.
Rasulullah pernah bersabda
"Jika sesebuah negara itu dilanda wabak taun, janganlah sesekali engkau menjejakkan kaki ke situ. Dan jika ia melanda sesebuah negeri dan kamu diam di dalamnya, janganlah kamu keluar daripada tempat itu"
hebatkan nabi muhammad. dulu, mana ada orang tahu tak boleh keluar main2 bagai kalau ada berlaku penyakit berjangkit. bayangkanla pada zaman nabi, ilmu pengetahuan tentang sains masih mundur lagi, tapi nabi mampu memberi teori itu. Tak lain tak bukan, ini kerana ajaran Islam yg benar daripada Allah.
selepas beratus tahun muncul cendikiawan barat dan sekarang orang kenal teori itu sebagai kuarantin.
cuba teliti balik langkah-langkah pencegahan H1N1 yang dikempenkan kepada kita.
selalu guna tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk
selalu basuh tangan dengan air dan sabun
Jangan keluar rumah sangat kecuali ada urusan penting
dan lain-lain
Islam dah bertahun ajar kita tentang wuduk, kan? Kalau kita perasan la, bila wuduk kita basuh tangan, kumur2, basuh lengan dan seterusnya. aktiviti ni secara tak langsung menepati langkah-langkah pencegahan H1N1 yang dituntut. hebat kan Islam?
kalau dah solat pon lima kali sehari, dan setiap kali solat kita wuduk, InsyaAllah kita akan sentiasa bersih. setuju?
begitulah khutbah jumaat hari ni yg berjaya menarik perhatian saya selaku golongan remaja yang selalu lalai dan leka. semoga kita semua terhindar drpd segala kecelakaaan. amin
tahniahlah kepada yg berjaya habiskan post yang bosan tapi insyaAllah bermanfaat ini.
"Ilmu itu cahaya
maksiat itu kegelapan
cahaya dan kegelapan tidak pernah boleh bersatu" -eman
Comments
siapa kata, really2 like it..!!
nasihat2 kpd kbaikan mmg terasa bosan oleh kbnyakan manusia, sbb kan manusia suka apa yg seronok pd perkiraan nafsu dunia..
namun bukankah syurga itu kekal dan maha indah nikmatnya didalamnya?..mampukah utk dimiliki hanya dengan usaha yg tidak seberapa..
wallahualam.
terharu aku baca...
bihah : bukan post ni yg mantap. khutbah tu yg mantap, ya dok?
(ohoo, yg ini emannnn.~~)
my 1st komen!
"Ilmu itu cahaya, maksiat itu kegelapan, cahaya dan kegelapan tak pernah boleh bersatu"
Alhamdulillah, ko dah baca buku itu.aku pn sempat baca gak, sket hehe.
phrase ni lah yg mnaikkan smgat aku utk bangkit smula.
mmg kt ky dulu, kegelapan itulah mghalang cahaya2 yg nk masuk..itulah reason kegagalan aku waktu itu..
sekarang aku nk bangkit semula dr kegelapan kepada cahaya..doakan aku ya..
habiskan buku tu, n amalkanlah apa yg ada dalam tu, ringkas tp fundamental n pnting. InsyaAllah ko akan bjaya kt sana.! ameen..
suci sekudus qalbu : yes! orng penting da komen. ahah
terima kasih awak! setiap kali saya baca, saya akan igt kat awak tau.
eeeuuww~
insyaAllah, jgn lupa gtou progress awak ya..