Wednesday, October 21, 2009

jauh berjalan, terbeliak mata memandang

hari ni masuk minggu ke tiga saya berjauhan daripada kasih sayang keluarga, tapi jangan risau. dengan kewujudan rangkaian telefon bimbit yang murah di United Kingdom, yang jauh didekat-dekatkan, yg dekat dirapat-rapatkan, yang rapat disentel-sentelkan, betul? *hint2*

tapi sampai ke hari ni, saya masih guna perencah untuk buat nasi goreng.


Firman Allah dalam Al-Furqan berbunyi lebih kurang begini
"wahai orang yg beriman tundukkanlah pandangan........"

fuh. hidup di negara orang memang mencabar mata yg memandang. kalau dekat Malaysia, artis-artis je yang dibenarkan kerajaan untuk berpakaian terdedah sana sini dengan syarat jangan terlalu seksi. kata artis malaysia, seksi tu subjektif. orang lain, tafsiran seksinya lain.

macam kalau pakai baju ketat-ketat nampak apa yg x patut, lompong sana-sini, skirt paras pinggul, baju tshirt paras pusat boleh dipakai selagi pemakainya selesa dgn pakaian itu. rata-rata artis berkata, pada saya kalau pakaian yg saya pakai tu selesa, pada saya itu tak seksi.

Yalah kau tak seksi. kami yg totnton ni yg seksa. pergi mati la kau.

ah. panjang saya mengarang pasal artis Malaysia, ini petanda saya rindu Malaysia. sebab kat sini, jarang sgt tgk wanita-wanita berseksi-seksian dan bermekap-mekapan. mungkin sebab sejuk, berani kau pakai seurat benang?

tapi mereka lebih ekstrim sebenarnya.

situasi di tren stesen masa perjalanan ke leicester tempoh hari mengajar saya untuk merendahkan pandangan. macam
pandang kiri dua orang duk cumbu-cumbu
pandang kanan dua orang duk peluk-peluk
pandang belakang dua orang duk beraksi panas
pandang atas, over la kau sampai nak beraksi atas bumbung.


oh, saya dulu sentiasa menyimpan impian untuk berkelah-kelah di taman yang tengah-tengah dia ada pancuran air yg mendamaikan sambil berguling-guling di atas rumput nan hijau dan bersih sambil makan chicken popcorns, wadges, buah anggur dan muffin disimbahi jus buah-buahan tropikal disertai hilai tawa gosip sakan bersama kawan-kawan. ah, indahnya hidup ini.


cis, bila ke leicester, saya dapat bonus tambahan.

menonton aksi cumbu-cumbu secara langsung adalah sangat menjengkelkan lagi-lagi anda tengah menikmati hidangan ayam goreng dan kentang goreng. kawan saya kata ini baru je simple2. kadang-kadang diorang sampai berguling-guling atas rumput tu. siap buat pertandingan siapa cium paling lama lagi. mari ewww sama-sama.

ewwwwwww~


macam itu sekali maksiat berleluasa di negara orang puteh yg ko sanjung-sanjung selama ni. satu benda yg saya perhatikan ialah leicester punyai byk sgt patung-patung orang. gaya macam kena sumpah. mungkin mereka ini anak-anak yg derhaka. disumpah menjadi batu.

tahu tak, pengalaman dimarahi pak cik mat salleh di depan orang ramai adalah sgt mengujakan. macam kami terpinga-pinga kena marah sebab potong barisan (secara x sengaja). lepas tu meminta maaf banyak-banyak sampai pak cik tu sejuk balik. mereka ni pantang sipuji, lembut la balik. tips berguna ni.


kata-kata hikmah hari ni

"banyak benda yg berharga, kita sayang. tapi kita jarang sayang benda yg kita hargai..."


jemputla datang ke leicester!

6 comments:

LunaSyarkina said...

pandang atas, over la kau sampai nak beraksi atas bumbung - rofl. memang buat tergelak guling2. ahhahaha

-bihah- said...

over sgt nak beraksi atas bumbung...tak masal kang mati katak kena gilis ketapi je...
tapi bagus ar kalo cmtu...haha...

herman rawi said...

lunasyarkina : baru hari ni, aku rasa nama ko menarek. guling-guling jgn tak guling. haha

bihah : mula-mula aku rasa kesian dengan statement kau, lepas tu aku bersetuju. matilah kau!

LunaSyarkina said...

ahhaha.nama aku takda luna pun. itu ade makna lain.

crixerity said...

jumpa blog kau dari blog syukri. sonok lak baca. teruskan menulis.

herman rawi said...

crixerity : selamat berjumpa. teruskan membaca. =)