Sisi Insaf

Di kampung saya kebanyakan banglo-banglo besar yang wujud adalah milik mereka yang kerjayanya doktor. Maka tanggapan saya, gaji bukan masalah untuk seorang doktor. gaji bukan sebab penyebab kepada kurang kualiti dalam perkhidmatan seorang doktor, mahupun jururawat

baru-baru ini, saya dapat tahu itu semuanya palsu.

sejak dua bulan lepas saya banyak habiskan masa di hospital, teman mak saya tak sihat. seronok juga. ingat lagi post ini ? ini ditulis masa hari-hari awal saya di hospital, maksudnya, baru tanggapan awal. teruk kan saya? emo saja.

saya sempat berkenalan dengan seorang doktor muda, lelaki. muka baik sejuk mata memandang. ramai pesakit suka doktor muda ni. sebab senyum tak lekang di muka. kalau tak senyum pun nampak macam senyum. suatu hari saya sempat berbasa-basi dengan dia.

"penat kerja dekat hospital ini, gaji rendah. tak setimpal dengan kerja"

saya macam terfikir apa yang tak setimpalnya? lepas seminggu lebih ulang-alik saya perhatikan doktor itu asyik pakai baju sama saja. seluar pun nampak sama saja. dan lagi sedih bila tengok kasut dia. saya agak warna asal kasut itu hitam, bukan coklat kusam.

kadang-kadang kena bermalam sehari-dua tidur atas lantai. satu malam itu, doktor muda itu ada sekali. sampai lewat malam pukul 12 pun dia masih lagi kerja. tengah periksa dokumen, saya intai-intai. bila lampu dah suram sikit, saya perasan dia belum lagi balik.

pagi esok pukul 5.30 pagi saya nampak dia dah mula buat kerja. sampai ke petang doktor itu masih lagi berulang-alik tanpa meninggalkan senyuman manisnya itu. haih.


kalau macam ni lah kerjanya, memang patutlah doktor kadang-kadang terlepas cakap ke, teremo ke. penat beb duk melayan kerenah pesakit-pesakit ni.




saya faham sekarang. sangat faham.




"Selamat hari raya kepada semua doktor dan jururawat yang pernah memberi khidmat kepada ibu saya sepanjang berada di wad. Ampun maaf dipinta (hehe). Semoga sentiasa dilimpahi rezeki dan keberkatan daripada Allah. kerja kalian mulia, InsyaAllah tak setimpal di dunia, di akhirat kalian kaya raya "

:)

Comments

Haq Mohaidin said…
like eman, like. thoughtfull
-bihah- said…
waaahhh!!! kalo doktor muda tu dan juga sumer doktor & jururawat yg telah merawat mak ko baca post ko ni mesti terharu tahap menangis ar dorg... ^^

selamat hari raya eman!!! mintak maaf banyak2 atas sumer salah silap aku sepanjang kita kenal :)
nur amina said…
wak..sy pn da tgok life sorg doctor mse jg atok hritu...
wuwu..scary, terrible la..cmne ni..die doctor la wak..

btw, mmg gaji doctor kt hospital krajaan kt malaysia ni x setimpal lnsg..kt oversea jauh lbih tinggi..pendek kate sume krjaya profesional kt mlaysia ni gaji ye x setimpal..sbb tu economist have a term for it called ' brain drain' all the professional or pakar2 brhijrah ke negara luar sbb lg worth it n lumayan
herman rawi said…
haq : jaga diri ni notts ya!

bihah : macam mana nak send link ni dekat doktor ya ? tapi kena delete dulu post emo

nur amina : macam tu pakar ekonomi bila berbicara. nak risau apa, tak payah la suruh dia kerja, duk rumah jaga anak :D
herman rawi said…
This comment has been removed by the author.

Popular Posts