Rancangan musim sejuk

Rumah saya beralamat 54 North Road. Dekat je dengan university. Kawan saya cakap kalau kentut pun boleh bau. Saya cakap balik itu melampaulah dan saya balas kalau kentut pun boleh dengar.

Oh. Saya bukan nak cakap pasal kentut kentut ni.

Saya ada enam orang ahli rumah. Semua perangai pelik-pelik kecuali saya yang sentiasa menjaga adab sopan melayu dan Islam. Pelik mereka ni macam lain sikit. Jom mengumpul pendapat sedikit tentang mereka.

Saya minta maaf awal-awal.

Sorang ni keturunan beyonce dan ambil bidang biologi. Dia sorang2 duduk kat bilik bawah sebab taraf dia orang gaji ja. Tapi bilik dia paling luas dan meletup. Motif orang gaji bilik nak diva?

Tingkat dua adalah tingkat paling mulia sebab tiga orang ambil matematik. Macam kami menguasai rumah itu. Seorang perangai dia alim alim kucing dan sorang lagi sangat evergreen. Setiap kali dia nyanyi saya akan excited sebab dia nyanyi lagu zaman moyang moyang zaman dulu. Lagi seorang dia suka nasyid dan kumpulan backstreetboys. Bila dia nyanyi dia suka feeling lebih-lebih.

Lagi dua orang kat atas ambil arkitek. Sorang sopan sopan teruna melayu seorang perangai macam raksasa. Tahu kenapa raksasa?

Dia makan nasi melebihi muatan macam raksasa
Dia punya suara kuat macam raksasa
Dia punya perangai ganas macam raksasa
Dia sangat radikal.

Sekian pengenalan ahli rumah.

Tahu., topik kegemaran kami tatkala menjamu makan malam bersama-sama selalunya berkisarkan benda benda pelik.

Antaranya
Pasal macam mana gaya berak dalam tandas
Pagi tadi berak berapa kali
Hari ni kenapa tak boleh berak
Dan yang paling berilmiah ialah
Kenapa kami mesti cakap pasal najis ketika makan.

Saya tahu ia jijik tapi ia benar.


Hari itu kami ada bincang tentang situasi musim sejuk nanti. Selepas sedikit sebanyak cerita tentang najis kami masuk topik yg lebih berilmiah.

Kami cadang musim sejuk ni nak makan guna piinggan plastik. Senang. Lepas makan buang. Sebab membasuh pinggan tatkala musim sejuk adalan antara satu perjuangan jiwa yg tinggi. Sejuk syial.

Selain mempasrahkan diri ketika mahu duduk di atas mangkuk tandas tatkala suhu mencecah -3 celcius.

Kawan saya yg keturunan beyonce dia kaya. Dia siap gubah gubah bilik sebab nk sambut kedatangan televisyen baru hari isnin ni. Semoga dia bahagia sepanjang cuti ini.


Post ini memang saya tujukan khas untuk ahli rumah saya kerana saya bakal ke Sepanyol dan terus sambung ke Scotland cuti ni. Jadi janganlah rindu rinduan saya ye semua. selama dua minggu pemergian saya, saya YAKIN mereka akan sangat bahagia. SANGAT BAHAGIA.





Kenapa? Tanyalah mereka kenapa.


- Posted from my iPhone on the way to London by london Midlands.
motif?


Comments

bro said…
sob2..emannn, ble nk balikkk?? =(=(=(
*tiberrrrrrrrrrrrrrrrrr**
me.me.me said…
weh, g spain?..bile?..
Anonymous said…
Topik berak ni dah smakin popular plak...haih
nurulhusnazubir said…
wah..asal xgi dgn housemates??hhuhu..leh ckp sal berak kt scotland lak..hehe...hape la...lawak tol perangai masing2..takpa, at least korg bhagia sudah~ :)
herman rawi said…
Bro : x mahu balik

nonnel : hei hei celetmet. InsyaALlah hari selasa ni naik flight. Jumpa sana jom!

Anonimos : wah fakta statistik menarik. Harus jadi topik perbualan kami nanti .

Husna petsis : huh? Tidak. Mereka akan ke scotland juga. Aaaaaaa
dan said…
motif!

perasan dirindui..haha =P
Suci said…
mmg najis btol korg, mcm xde bende lain nk sembang tgh makan plak tu?..

haha, wey knpe mereka sangat bahagia??

nak tau nak tau..
herman rawi said…
Dan : ada jugak akhirnya ahli rumah aku yg baca. Weh ajak nuar kamal capik eg semua baca ek
rindu ak kejap je dua minggu :)

suci : najis kau mengatakan kami najis! Hmm nk tahu kenapa?
Sebab dalam rumah tu akulah yg paling DIAM!!!
get it? :)
Anonymous said…
ko g spain ngan sape??
AdaptingChange said…
DIAM!
lol~

btw, no wonder mcm tyme kat EWB tu ko jadik MC cam 'horror' gle.
wakakaka
xmo tules psl tu plak ke?
'horror' mc
wakaka
herman rawi said…
Pok cek : aku dah jawab kat blog ko.

Qemin : cari gaduh ke bai! Wei, horror sangat ke ak jadi MC hari tu,? Macam sgt x muscom kan?
AdaptingChange said…
da~~
sgt tak muscom?
apekah~~~

nampak 'ala2 diva' gak r sket..
lol~
dgn lawak2 super-takjadi kan2?
hehe..
sorry eman..
aku 'men kasar' sket..
buhsan~
=)
-bihah- said…
eman jadi mc...???
wuish!! nak tau gak pe jadik...aqmin wat gaya cam sgt horror je kejadian tuh...pe lg man...post ar...leh komen berjela-jela skit...hehe...

Popular Posts