Wednesday, December 30, 2009

Jalan Berliku Real Madrid

pengajaran hari ini, jangan pandang rendah dan tinggi.


selepas kami berjakun-jakungan duduk di bahagian sebelah tingkap kapal terbang sambil menikmati permandangan yg luar biasa indahnya, kami sampai di Aeropuerto Madrid lebih kurang jam 12 tengah hari dalam keadaan kebuluran nak mati. harus beli tiket flight murah dan tak dapat makanan percuma ok!


Kalau ditanya sebab kenapa kami berhijrah ke spain, kami cakap mahu lari daripada kesejukan United Kingdom. bila turun kapal terbang, suhu menujukkan 1 darjah celcius. maka, sila tanya lagi sekali kenapa kami ke spain?

Kami mahu meneroka kisah kegemilangan tamadun Islam di Sepanyol suatu ketika dahulu, kan simaatul muslimah?

sambil menunggu mereka-mereka selesai dengan isu kereta sewa yang menyakitkan hati, kami (syazzy dan saya) terkumat-kamit menghafal perkataan-perkataan tipikal dalam bahasa sepanyol antaranya
dimanakah tandas?
air minuman
bolehkah anda bertutur dalam bahasa Inggeris?
satu
dua
dan
tiga

cukuplah kan?

kegirangan kami mendapat dua buah kereta pugeot 207 berwarna hijau kepala itik dan perak bersinar-sinar terpadam sebaik saja menjejakkan kaki keluar daripada aeropuerto. jantung terus berlupdup kencang, senyuman terukir lesap dari wajah, semua bicara terdiam bila sebuah kereta teksi melepasi kami.

Ya. kami terpana. kenampakan stereng kereta memandu pada bahagian kiri kereta dan kenampakan kereta menelusuri jalan di bahagian kanan.

mati.


lebih 15 minit kami habiskan masa meyakinkan diri kami yang kami boleh memandu dengan keadaan seperti itu. rilek la. hanya tempat duduk yg berubah.


dan kedudukan gear yang berubah.
oh, suis wiper dan lampu juga berubah kedudukan.
eh, jalan raya juga berubah.
yang hanya kekal ialah kedudukan pedal minyak, break dan clash.

manusia juga berubah.

kami hanya ada dua pilihan,
Kalau tiada siapa yang berani, bersiar-siarlah kita di lapangan terbang itu, 5 hari 5 malam bergambar dan beramah mesra dengan pak cik dan mak cik di situ, bermain kejar-kejar di landasan kapal terbang yang luas, bermain sembunyi-sembunyi dan masak-masak di bawah pokok yang tak berdaun
atau memandu.


keputusan menyewa satu sahaja GPS adalah keputusan yang membawa kepada pergolakan bersaudara, walaupun ia menjimatkan duit. idea asal ialah sebuah kereta pasang GPS akan berada di hadapan dan yang di belakang mengekori. mudahkan? kepada yang bercita-cita nak buat macam ni, bunuh diri sekarang! terbukti. baru 3 minit mengekori, kami tepisah. mula kalut. talian telefon O2di sini tiada. telah diroaming dan ia SANGAT mahal.

kata orang kita kena percaya gerak hati.

oh kerana percaya pada gerak hati kami hampir melanggar dinding di bahu jalan, dan hampir melanggar pembahagi jalan dengan kelajuan 80 km/j, dan hampir menyuruh orang melanggar kami daripada belakang sebab bila nak pasang signal ke sebelah kanan, terpasang suis wiper dan tiga empat kali kami dihon oleh pemandu kerete dan lori treler berhemah di sini disertai dengan simbol jari hantu diangkat dengan penuh marah.

rasa macam nak bawa kereta terjun sungai dan mati. kurang sikit malu.


muka penumpang kereta yang dipandu saya semua berpura-pura tenang. semua mengukir senyuman paling menipu tanda sokongan. kami tersesat hampir sejam di mana pun kami tak tahu sehinggalah syazzy liberal dianugerahkan Ilham daripada Allah untuk kembali ke aeropuerto. saat itu, semua orang panik dan ilham itu bagaikan cahaya daripada Ilahi yang menerangi gua yang kelam. macam tu sekali perumpamaan.


sekali lagi Allah menolong kami. dalam berjuta-juta orang sepanyol yang tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, kami dipertemukan satu olehNya di tepi jalan. maka berjejeranlah soalan kami bertubi-tubi kepada wanita yang comel itu. Terima Kasih awak.

Dengan bantuan papan tanda dalam bahasa sepanyol, kami mencari jalan. punyalah kami tengah panik dan semua orang bergelora perasaan bercampur baur, tiba-tiba kena bayar tol. adeih~ lepas tu terlepas exitlah, salah masuk exitlah, salah faham dengan papan tandalah, masuk parking berbayarlah. ah!

datanglah bencana, datang kepada kami agar kami menjadi lebih kuat.

bila sampai di aeropuerto, penumpang kereta yang mempunyai GPS datang dan berkata
"Lambatnya korang"





semua orang dalam kereta diam, sambil menghunus mata yang paling tajam.

12 comments:

cuan kg lancaster said...

salam
selamat berjaulah di Spain...

kutiplah mutiara2 yg ade kt sane..

lihatlah kesan2 sejarah islam yg pernah perintah selame 800 tahun kt c2...

yg penting senyumlah seikhlas siput hehe...jgn mare

sonok bace blog ko...'stuuudent'

-bihah- said...

ya Allah~!!! siannya hamba2 Allah yg berada dlm kete left-side driver yg tader GPS tu...tapi ok ar kan...bnyk "pengalaman" on the road in spain yg korg dpt seusai jejak je kat aeropuerto tu...
tapi...mmg harus aku rasa pemandu dan para penumpang dlm kete ada GPS tu diberi hunusan mata paling tajam...hahaha...
papehal...ada ole2 tak..??hehe...;p

hizbul alifi MD NOR said...

ayah saye kate : kalau nak pegi mane2, naek public transport..JANGAN NAIK KERETA SEWA OR DRIVE SENDIRI..FAHAM!!NNGAT PESAN AYAH..
saye taat dan patuh..maka, tidak ikut berjaulah kemana2 sebelum atau selepas PMS..maka, saya budak baik kan? plus, saye rase selamat sebab xsesat..walaupon jauh berjalan, luas pemandangan, tetapi kenapa tidak kita guna nikmat kenderaan awam yang disediakan? kufur nikmat bukan kalau xgunakan? manusia melompat kegembiraan bila ada rukhsah solat, tapi kesenangan public transport x dirasai sangat..mgkn kosnya lebih mahal drp kereta sewa anda, (xsure sebab xpegi spain) tapi, ISLAM itu adalah selamat..faham? kalau tidak, pasti tiada khidmat public transport.. :) sekian..terima kasih kepada ayah saya.. :)

-bihah- said...

erk...pjg dan sgt penuh nasihat berguna wahai hizbol...
tp cam ada berbaur ke"jealous"an je...hahaha...

hizbul alifi MD NOR said...

:: tidak pernah ada rasa jealous dalam diri ini, cuma agak marah kerana pergi berjalan2 tidak mengajak..ops..jealous kah itu?
:: haha..wuteva.. :p
:: jom buat umrah break bulan 4 nie..as in, spring break.. :) jom eman..jom jom..bihah nak join pon leh gak..tapi laen2 jemaah la ek.. :)

simaatul muslimah said...

it wasn't me kan yg ckp krg lmbt smpi??
huhu..btw korang mmg gempak r bley drive without GPS blk airport..
wooaa..bravo2..

herman rawi said...

cuan : nasihat daripada sentiasa penuh berhikmah dan bermutiara. akan ku cuba menjejak cinta di Alhambra. uh

bihah : sungguh anda begitu memahami perasaan kami. terima kasih. ole2, hmm lemmi think. hek3

zebol : woh boleh buat post baru gak. setuju dan tak setuju. kalian akan faham nanti.
*flight kira public transport kan?*
jom umrah! insyaAllah.

bihah : setuju :)

simaatul muslimah. kehadapan saudari muslimah,
sesungguh bukanlah saudari yg dimaksudkan. haha. takda sapa2 pun sebenarnya yg cakap. saja tambah rencah dalam penceritaan.

ya, kami memang hebat.

Suci said...

Waah..!

menarik-menarik...

takde la susah sgt kan drive ikot format spain..hehe, x eksiden pon kan..hehe..

Syikeen said...

OMG..u guys went to spain..bestnye... lawakla baca cite korng ni,btw nice xprience kn..

herman rawi said...

suci : ya la kau. kau tu dah ada lesen ke ha, budak hingusan? haha.
habis, nak aku eksiden dulu baru nk kesian? hah?
tibe

syikeen : syikeeeeeeeeeeeeeeeeeeeen syaukat ali! apa kabar? i take that as a precious compliment from the person i really missed. hek3
nice2

Lala said...

huhuhu...aku baca pon dh rs kelam kabutnye korang kat sana....
paling tak boleh blah mereka yg pakai gps tu boleh plak sound lambat ek...huhuh...kalo ilang sabar dh lame mkn pelempang kot...huhuhu..

oh ye,mereka-mereka itu salah...mereka saje...mereka dh menunjukkan bilangan yg ramai atau banyak...

herman rawi said...

lala : rajin gila kau baca semua post blog ni sekaligus!

oh, terima kasih di atas pembetulan itu cikgu!