Sunday, December 2, 2012

Kunci

"Sebab aku orang terakhir tinggalkan rumah ini, aku kunci semua bilik okay? Selamat menyambut hari raya aidiladha semua !"

Pesanan ringkas dihantar melalui Facebook oleh salah seorang ahli rumah, Zaim.

"Herman! Pintu bilik kita mana ada kunci! Habislah macam mana nak masuk?"
"Eh? Haah la. takpa, aku pernah cungkil pintu jangan risau, aku balik ahad nanti kita usahakan"
"Rosak perasaan nak raya. Hadoi aku dah cakap dah sebelum ni"
"Sabarlah, zaim tak tahu, untuk keselamatan kan. Boleh buka nanti"

*
Sejak pukul 7 pagi tadi selepas sampai drpd kelantan menaiki bas , aku dan ahli bilik , shuk gigih sekali merobek pintu bilik. Macam-macam ikhtiar kami buat, kebayakan berdasarkan rujukan video di youtube. Nampak macam senang gila dalam youtube, macam 8 saat pintu da terbuka. Percayalah, dah 3 jam kami berusaha, ya Allah.

Dengan berlatarkan lagu-lagu seperti insyaAllah-MaherZain, Gemilang-Jaclyn Victor, Muara Hari-Dato siti dan Hafiz dan pelbagai lagu yang berkumandang bagaikan memahami situasi kami sekarang. Pukul 12 nanti, kami bercadang nak pergi majlis kahwin kawan ,Moja, jadi ini menjadi pembakar semangat.

Guna kad kami dah cuba. Rosak robek habis kad TouchnGo milik Shuk.
Guna pisau kami dah cuba. Rosak habis sisi pintu disiat-siat oleh kami.
Guna pin kertas kami dah cuba. Kesian kat Shuk kena jalan pergi SevenE semata-mata nak beli pin kertas, walaupun aku tak yakin akan berjaya.
Ada kucing comel, tapi kalau kucing tahu buka pintu, aku cabut lari.


Yang lebih kelakar bila aku minta Zaim telifon Bomba. Kecemasan apa? Pintu bilik terkunci, kunci bilik tiada, kurang 1jam lebih lagi nak pergi majlis kahwin, mandi belum, baju tiada. Tahu apa pak bomba cakap?

"Cubalah buat lagi, kalau kami datang pun kami pecahkan juga pintu tu"
Maksudnya, kalau dah tak dapat juga, pecahkanlah sendiri pintu bilik hang tu. kata semua lelaki dalam rumah tu, ada yang pergi gym lagi.

Cubaan untuk masuk ikut tingkap bilik juga kurang berjaya sebab bahaya. Kalau kau Spiderman rasanya boleh kot.

Buntu weh. Buntu. Fikiranku ligat mencari idea. Kalau semua dah x boleh, apa lagi yang boleh? Sambil berfikir, sambil kepala dongak ke siling rumah.

Ha!

Masa nilah aku ternampak ruang di antara bahagian atas kiri daun pintu dengan rangka pintu. Faham ke? Ruang tu hanya sepanjang satu jengkal dan setinggi 5mm saja. Muatlah untuk kalau nak masukkan ipod touch, ha senipis itu. Maka aku cakap kat shuk, kita perlukan bahan-bahan seperti berikut.

Tali kasut secukup panjang
Sarung tangan getah
Penebuk lubang
Kerusi secukup tinggi
Penyangkut baju besi
Dan Nasib. Kami sangat perlukan nasib. Haha

Lagak seperti Mc Gyver, aku tebuk 2 lubang dekat hujung sarung tangan getah, ikat tali kasut dengan cermat, bila siap, rupanya macam buaian dekat taman permainan. Jadi, cadangan aku ialah menerobos masuk benda alah ini melalui ruang sempit itu, dan dengan bantuan tali kasut, turunkan ia sikit-sikit dan masa inilah NASIB BAIK perlu ada.

Bayangkan kalau masa naik buaian ,kita akan letak bontot dekat bahagian tempat duduk kan? Jadi, aku kena usahakan masa turunkan benda itu, tombol pintu itu akan terletak di bahagian sarung getah itu, dan dengan menggunakan hukum fizik seperti geseran dan tegangan tali, tombol pintu itu akan terpulas dan kunci terbuka!

Bunyi macam susah kan? Realiti dia 1000 kali lebih susah!!! Haiyoh, dahla tak tahu samada sarung tangan itu cukup kesat untuk pusing tombol pintu, nak bagi tombol masuk antara celak sarung tangan itu, fuhh berpeluh jugak ketiak!

Tonyoh kiri
Tonyoh kanan
Tonyoh depan
Tonyoh belakang
Tonyoh tonyoh tonyoh.

Pernah buka pintu yang terkunci kan? Bila kita dari dalam bilik, bila kita pulas tombol pintu, akan ada bunyi macam hmmm mcam mana nak tulis eh. Macam "tummpm" ha camtu. Jadi sepanjang duk tonyoh2 benda tu, bunyi itu yang aku nanti2kan.

Jam dah menunjukkan pukul 1230 tengah hari. Kami dah pun hantar pesanan cakap kami tak jadi pergi majlis kahwin. Segala kudrat empat kerat aku kerahkan, sambil jerit2 macam orang tak siuman, habis luka jugaklah jari-jemari tangan. Tiba-tiba

Tummpm.

Alhamdulillah. Lantai bilik aku cium! Haha

**

Pisang takkan berbuah 2 kali, tapi pintu bilik boleh terkunci berkali-kali. 2 minggu lepas itu, Iman, rakan serumah yang duduk bilik bawah, dia kunci pintu, tapi anak kunci dalam laci dalam bilik.

Bijak pandai.

4 comments:

zila said...

BIJAK BIJAK BIJAK

dan said...

gigihnya haha macam nak baca pun tak faham sangat mula2 haha gigih jugak kau explain kan

herman rawi said...

zila : sangat bijak. terima kasih :D

sede ter : kan? susah gila nak buat dalam bentuk penulisan tau dak. mahu je aku letak vlog, gituh. hai sede. tibah

Tia Fatiah said...

hahah.. adehh.... sila lah buat kunci incik eman oii... takkan sepuluh kali lagi nak jadi mcgyver? hehe