Sunday, July 22, 2012

Noktah Akhir United Kingdom

3 tahun yang berlalu sekejap cuma
Ibarat benih dandelion
Ditiup angin
Hilang entah ke mana

Yang dikenang bukan tempatnya
Tapi penghuninya

Yang dirindu bukan musimnya
Tapi rasanya

Yang ditangisi bukan sedihnya
Tapi kenangannya

Yang berpisah hanya jasad
Selagi hati masih hidup
Yang hitam pun akan terasa kelamnya
Yang pahit pun akan terasa kelatnya
Yang putih pun akan terasa gebunya
Tentulah yang indah itu akan terasa manisnya

Selamat tinggal musim luruh
Apa khabar musim tengkujuh?

Selamat pergi salju dingin
Apa khabar terik mentari?

:P

3 comments:

Camy Alya said...

kau buat aku berfikir bagaimana rupa siput ketika melayangkan senyum ikhlasnya

Fuza said...

enjoy reading all your entries.Hope u will never stop frm blogging.. And all your exprienced di Birmingham i dah buat nota kaki untuk persediaan kesana nnti. =) jazakaAllah khair.

Anonymous said...

=)