cerita orang cukup umur

kalau kalian akhil baligh awal, kalian akan tahu apa yang saya sedang ceritakan. macam itu mukadimah berbaur dewasa.

pembayang 1.
baru beberapa hari lepas saya pulang dari kota maksiat. Ya. cerita kali ini berbahasa ganas dan terus terang. tiada kias-kias, baru terbeliak mata nak baca.

selepas tengok cerita Pisau Cukur yang menampilkan fazura dan maya karin, tak pernah terlintas di fikiran saya yang suci ini untuk naik kapal besar gedabak ataupun nama komersil dia 'cruise'. macam kawan saya sebelum hari untuk naik kapal, dia pergi tengok cerita titanic. katanya nak ambil perasaan dan jiwa, persediaan awal katanya.

lepas tu gelabah nak mati sebab tengok babak kapal titanic terbalik, takut nanti kapal akan terbalik macam dalam cerita. yang dia pergi gelabah tengok cerita itu kenapa?


pembayang 2.
The Princess of Norway, itu nama kapal besar yang saya naik. berlepas dari Newcastle. oh, cakap pasal Newcastle, saya pergi ke sana menaiki bas. 7 jam perjalanan, singgah leeds 5 jam. siapa yang nak rasa punggung berdarah kaki menggerutu, cubalah naik bas lama-lama. sumpah lepas ni terus fobia tengok bas.

ok, perenggan ini tiadalah pembayang sangat pun.


pembayang 3.
satu benda seronok bila duduk atas kapal ialah angin laut musim bunga kuat gila. kalau duduk situ 4 jam 30 minit, rambut kerinting pun boleh jadi lurus. sebab ini adalah kali pertama naik kapal besar, haruslah habiskan masa jakun-jakunkan diri bergambar sampai penuh memory card dan ronda-ronda bahagian luar kapal. rasa macam setiap sudut kapal nak ambil gambar.

gambar kerusi, meja, palang besi, tombol pintu, pelampung keselamatan, asap cerobong kapal dan bilik air.


pembayang 4.
sebelum saya sampai ke tempat ini, saya tak tahu pun orang di sini dibenarkan untuk tidak berbaju dan berseluar di tempat awam. malah kutipan cukai daripada industri pelacuran adalah penyumbang terbesar kepesatan ekonomi di sini. macam itu sekali ayat penuh bahasa melayu karangan 350 patah perkataan.

dekat sini, benda paling kurang lucah ialah bunga tulip.


pembayang 5.
benda paling sangat saya ingat sampai bila-bila ialah semasa mencari kedai makanan halal. macam di kota ini, ada satu tempat yang macam lorong haji taib. cuma lain sikit daripada lorong haji taib ialah, perempuan di sini lebih terbuka. tak tutup langsung. faham?

dekat lorong ni banyak kedai untuk orang dewasa. kedai 18 SX la senang. tapi yang lebih menarik, kedai makan halal bergilir-gilir dengan kedai 18 SX. macam punyalah kami jenuh mencari kedai halal yang tersorok, rupa-rupanya banyak kedai halal tersergam indah di sebelah kedai 18 SX.

motif kan?

pembayang 6.
tak cukup lagi ke 5 pembayang?






jadi, siapa pandai, teka saya pergi mana. siapa dapat jawab betul, bermakna dia dah cukup umur.

Comments

-bihah- said…
wah gitu header ko eh??
ko gi....AMSTERDAM!!!! kan..??
sbb ko ada gtau arituh!!! hahahaha...
tp kalo ikutkan pembayang2 ko cam boleh diapplykan kat hampir sumer negara barat jer..tak gitu..??
tapikan..untuk pembayang 2 ko tu takyah nak gi obersea nak naik bas...aku dah banyak kali balik perlis naik bas...8 jam lg tau...dah boleh trauma rasanya...tp alhamdulillah aku survive (gitu..)
k lah..benti di sini...kang kalah lak ko punya karangan bahasa melayu 350 patah perkataan...;)
p/s:ole2 tader..??hehe...
Anonymous said…
astaghfirullah....moga ada walau sedikit rasa benci dan menyesal dalam hati saudara terhadap apa yg saudara lakukan ini..dosa atau tidak melihat permandangan seperti itu, biar Allah sahajalah yang menilainya..

saudara pun bukan main lagi pakai seluar pendek (menutup aurat alhamdulillah), untuk mengambil mood ya?
Anonymous said…
amsterdam ke?
herman rawi said…
bihah : ah spoiler ah kau. kalau dah tahu, buat-buat la salah jawab. ish.
pembayang kelima hanya untuk amsterdam wooo~

anonimos : anda cukup umur awal. tahniah!

anonimos : oh, terima kasih atas komen positif. sekurang-kurangnya saya tahu tentang sesuatu tentang amsterdam kan? lagipun bukan niat pun pergi amsterdam nak tengok orang tak berbaju. haha.
dan saudara pun sudah akhil baligh. tahniah!
nur amina said…
oh saya tau saya tau.

kt kampung baru kan?
-bihah- said…
eheh~!!!jgn mara ar~...hehehe...
alaa...kalo buat2 salah pun sape2 yg dh tgk fb ko atau sape2 yg g gn ko arituh akan dpt jwpn yg sama...kan..??
tak pun yg dh sedia maklum dgn fakta amsterdam...
p/s:komen yg amat positif dr anonimos kedua...:)
Abang said…
Pasni dah tau tempat tu x elok, jgn bagi org lain pergi ya eman? nanti anda dapat sahamnya..

Iman jgn diduga ;)
herman rawi said…
nur amina : kamu budak sekolah. pergi main jauh-jauh. syuuh syuhh~~

bihah : ya. ya. kau tetap spoiler sebab kau pengomen pertama. haha

fahmi : jom naik cruise pergi tengok bunga tulip fahmi!
syaa said…
eman,naik bas 7 jam dah serik?
ak balik uk baru ni naik bas 21 jam!
sila bayangkan.

Popular Posts