Satira Gula Pahit

(sila baca artikel ini dengan hati yang terbuka dan tidak membuat tafsiran sendiri. kalau mahu kritik, jangan mengumpat dalam hati, tinggalkan komen, ya?)

semalam saya tiba-tiba tertengok semula video persembahan yang pernah berlangsung sepanjang saya berada di kolej. kebanyakan video itu ada saya dengan pelbagai aksi yang aneh. tersenyum saya melihat diri sendiri. kawan saya yang tak berapa popular pernah tanya
"eman, best ke jadi popular?"
"seronok ke jadi tumpuan orang?"
"bila kau belajar?"

saya sentap sekejap dan di sini saya mahu memberi jawapan itu.

saya macam tertanya siapa saya kalau saya tak pernah buat semua itu. siapa saya sekarang kalau saya dulu tidak tiba-tiba wakilkan diri untuk membuat persembahan solo lagu Perpisahan nyanyian Anuar Zain pada malam End of Sem Dinner?
atau,
saya tidak bersungguh-sungguh menyanyi lagu Sumayyah daripada Hijjaz masa audition nasyid untuk IAW 08.
atau paling awal
tidak menggila membuat aksi gila menyanyikan lagu Gemilang Jaclyn Victor?

adakah saya akan jadi budak yang sangat lain daripada saya sekarang?
herman yang pemalu, yang suka berdiam diri, herman yang hafal surah-surah Al-Quran. herman yang tidak obses dengan Siti Nurhaliza. herman yang tidak akan memegang Award Best Performer?

post ini berbaur mungkin riak pada sesetengah orang, tapi betul. siapa kita kalau kita tiada pengalaman yang pernah kita ada itu? faham tak ayat ini?

***

oh sambil saya menulis ini, salji turun renyai-renyai. sangat dramatik. ok lupakan.

bukan saya mahu jadi watak pementasan
tapi itu yang sudah tertulis
sekejap
tertulih atau dipilih?

cakap pasal pilihan, hari itu saya baru lepas menonton BOHSIA : JANGAN PILIH JALAN HITAM. ini salah satu cara saya menyokong industri perfileman melayu. ya, filem yang sangat berkualti dari segi skrip dan penyampaian serta penghayatan pelakon. sepanjang cerita itu antara kata-kata nasihat yang selalu digunakan oleh pelokon ialah
sial
bodoh
longkang
sial
sial
dan
sial
dan di akhir cerita, disisipkan pengajaran
"Allah mengurniakan manusia akal yang waras samaada untuk memilih jalan hitam atau putih".

kawan saya yang ala-ala liberal  pernah kata
"sekurang-kurangnya kau ada pengalaman yang orang lain tiada. semua orang tak mampu untuk buat semua benda, tapi dia diberi kemampuan untuk buat perkara yang dia boleh." wah kawan saya ini kalau bersyarah kalah imam besar.

***
hidup ini anehkan? sebab




saya tak jawab pun soalan kawan saya itu. kalian ada jawapan?

Comments

neyda said…
xde pn lagi subjek yg mengajar how to get a life bcoz no one knows how. itu yg membuatkn hidup ni aneh.


eman nanti blk msia jgn jd artis. :))
herman rawi said…
Neyda: saya sangat menyukai komen anda ini! Sangat berilmu. Oh tidak, harus bayar bank negara setengah juta dulu kalau mahu jadi artis! Boleh bayar kalau saya siti nurhaliza
Anonymous said…
salam

memang ramai orang yang macam tu, maksudnya pernah melaliu zaman gelapnya sebelum tersedar dan memilih jalan yang lebih baik. seseorang itu boleh merasakan perbezaan 2 jalan yang dilaluinya. sesungguhnya itu semua sudah ditetapkanNya, ada hikmah disebaliknya.

contohnya kawan saya. dia lebih mudah berdakwah atau mendekati golongan yang 'kureng' sket ni kerana dia faham. dia pernah melalui zaman tersebut. kiranya dia ala2 tau la macamne nak 'tackle' budak tu. faham ke? ayat sy macam kelam kabut hehe
Abang said…
Sori eman, baru perasan yg "cool..cool..cool" kat atas tu dah berganti..hehe..so, waƔlaikumussalam warahmatullah =)

Nak try jawab soklan kawan ko tu..
"BEST jd popular wooo.." (sambil angguk2 n senyum siput)..masakan tidak, Mus'ab b Umair pon merasa demikian tatkala ber'perfume'kan yg mahal2 dan menjadi buah pandang gadis di jalanan..tp itu bila?zaman *a*i*i*y*h-nya..kan2?

Tapi bila Islamnya pemuda glamour ini, hatinya seolah berkata, "lg BEST jd popular d pandangan yg Maha Besar.." (sambil mencebikkan muka dan berlalu meninggalkan rumahnya..) kan2?

In short, bleh jawab kat kawan ko, "Dah bace kisah Mus'ab b Umair?" (jawab kerr??hehe..)

Wallahua'lam
herman rawi said…
anonymous : komen yang bernas! 5 bintang~ bagus-bagus. cuma saya mahu bertanya
"gelap sangat ke zaman saya tu? :)"
insyaAllah, ada hikmah yang tersembunyi, kan?

fahmi : cool cool cool. aku dah rasa bosan tengok perkataan itu. itu valid masa musim winter hari itu.
eit fahmi, bila aku baca komen kau, rasa macam *kau sengaja bagi mus'ab bin umair kepada aku, boleh?* terima kasih. terima kasih.

jawapan yang sangat tersirat, tahu?
Yazid Fauzi said…
salam.wah herman!suka gells ak baca entry2 ko nih.so ak drop by kat sini nk bg comment.saje je,mengubat rindu pada ko.heheh.btw,ak letak link ko kat page ak ya!bye!
muahxx!

oops.haha
Anonymous said…
You actually make it seem so eaasy with your presentation but I find this topic to bbe
actually something which I think I would never understand.
It seems too complicated and extremely broad for me.
I am looking forward for your next post, I will try to get the
hang of it!

Popular Posts