Kisah Pemuda dan Ikan Paus

kisah ini menjadi sebab utama kenapa saya meninggalkan blog ini selama sebulan. tragis, sangat tragis.

seperti kebiasaan, saya akan sentiasa mengantuk dalam kuliah. pelbagai cara telah saya lakukan untuk elakkan syaitan daripada berbuai-buai di kelopak mata saya.
antaranya
buat-buat faham dan angguk banyak-banyak kali biar orang belakang rasa kagum dan berkata "hush, mantap sial budak depan aku ni!"
salin nota cantik-cantik. lukis bunga banyak-banyak. garis dengan pen warna-warni.
pukul-pukul rakan sebelah yang asyik tersengguk dengan harapan dapat buat latihan tangan.
tarik nafas dalam-dalam banyak kali.

ok, semuanya tak menjadi sebab rasa macam bodoh gila bila angguk-angguk pada benda yang aku langsung tak faham.
kena marah dengan rakan sebelah sebab kacau dia tidur.
maka, saya ambil keputusan untuk main iphone lah, apa lagi pilihan yang saya ada?

orang kata, berkat cikgu itu penting. masa cikgu mengajar jangan main benda lain.


bila habis kelas, semua orang bergegas-gegas kemas barang nak balik. ha! masa ini terus hilang ngantuk. saya rasa, pensyarah kena pura-pura cakap
"ok, kelas tamat" baru orang jadi bersemangat, kan?

jalan sambil jalan sambil sembang dengan kawan, saya rasa langkah saya ringan sekali. oh, mungkin sebab balik nanti nak makan, maka hati jadi riang, tubuh jadi ringan. tapi, sebenarnya bukan!


tiba-tiba saya teringat sesuatu. langkah mati, tangan meraba-raba poket seluar. depan, belakang, kiri dan kanan semua diraba. oh Tuhan!

SAYA TERTINGGAL IPHONE DALAM DEWAN KULIAH!

punyalah saya pecut tanpa menoleh ke belakang sambil latar belakang memainkan lagu "Gemuruh Jiwa nyanyian Faizal Tahir". Saya rasa bagaikan terbang tanpa sayap. dalam masa kurang dari seminit saya sampai kembali di dewan kuliah dan menyerbu masuk tanpa menghiraukan orang sekeliling.

ini rentetan pencarian iphone.

buka pintu-cuak tengok orang dah ramai-pergi ke tempat duduk tadi-atas meja tiada-tengok bawah kerusi tiada-"excuse me, do you see any iphone here?"-tiada juga-tanya dua tiga orang-semua geleng kepala-nampak pensyarah tadi baru nak keluar-pergi kejar sambil rambut menari-nari bersama rentak-dengan muka penuh berharap-"excuse me sir, did anybody hand in you any iphone?"-"iphone?"-"yes, iphone, a black iphone?"-"NO".

khali.

terasa bagai baru sahaja dirempuh keretapi api bullet train. hati ini bagaikan disiat-siat dan dicampak ke dalam kawah panas. kedua-dua kaki bagaikan lumpuh. terasa macam dihempap dengan seekor gajah yang baru tertelan ikan paus.

ok, bunyi macam over tapi faham tak perasaan aku tatkala itu? macam baru terkena tulah dan sumpah sebab tak tumpu perhatian dalam kuliah tadi.maka, sambil lagu "pergi nyanyian Aizat" berkumandang, kaki dilangkah dengan penuh longlai menuruni anak tangga yang serasa bagaikan tidak berkesudahan. semaik kuturun, semakin tinggi tangga itu.

"Ya Allah, tolongkan aku dengan apa sahaja cara yang engkau kehendaki"


itu.
disudut tangga itu. terbaring sebuah objek bersegi empat berwarna hitam. walaupun keadaan gelap dan suram, objek itu seolah-olah bersinar penuh cemerlang menangkap mata seorang yang baru sahaja dihempap gajah yang tertelan ikan paus. Ya Allah, masa itu rasa bagaikan diberi kekuatan sehingga mampu untuk mengangkat semula gajah yang tertelan ikan paus itu dan menelannya dengan satu suapan sahaja.

Alhamdulillah.

maka anak-anak pengajaran dalam kisah Pemuda dan Ikan Paus ini ialah kita hendaklah sentiasa menumpukan perhatian ketika cikgu mengajar. carilah berkat, jangan cari mudarat. sekian


posted from my iphone 

Comments

LoNgJaR said…
bagus betul pengajaran hari ini.. (^___^)
melamine said…
lagu faizal tahir tu bertajuk 'gemuruh'.lagu 'gemuruh jiwa' tu eman rawi nye version.hrp maklum
ex-classmate sir aldersen said…
salam

-haa...baru ko tau...jgn ingat berkat tu dtg dr cikgu MUSLIM je...

-beli la coffee ke...bwk masuk kt klas...bule la ilangkan ngntuk gak...

-lame gak la aku tunggu latest update blog ko ni...finally...hehe

wasalam...
herman rawi said…
Longjar : nice name :)

melamine : saya gak kamu peminat fanatik faizal tahir? Hee

exkawanpaling baik: apa kau nak aku jadi increadible hulk ke minum coffee!! Kesannya sama macam susu dan cokelat
paan said…
ada hikmah pada setiap kejadian.

hikmahnya di sini?

- lps ni, gantung iphone di leher. haha.
ferriangel said…
erm..
x salah klu nak maen angguk2 geleng2 ngan lecturer.. tapi kan lg bagus klo tido je dlm 5 ke 10 minit..
sekurang2nye bangun dh segar..
so, xde la maen ngn iphone lg..
hee..=)
herman rawi said…
Husna petsis: cuba kau lihat, cuba kau cuba~

paan : InsyaAllah ada hikmahnya. idea menarik gantunf dekat leher, nampak macam nak show off, boleh?

azrin : uh jangan, once kalau dah tidur, sampai berdengkur terus. takdanya 5 10 minit. tapi, idea yang menarik :)
haha
sulwan bukan nama sebenar said…
tajuk kali ni lame sikit la eman..
-bihah- said…
ooo...ada kejadian tragis rupanya...
aku igt kot dh msok mode kiasu smpai tanak on9...hahaha...
dan pengajaran post ini mmg seswai gn penulisnya...hoho...
herman rawi said…
sulwan : kan? macam punyalah susah aku cari tajuk sebab nak bagi bunyi lame, ada juga orang terperasan. sayang kau. muah2

bihah : exam aku laaaammmbbaaatt lagi la nabihah bohri :)

Popular Posts