Monolog Sakit Kepala

Sekarang ini saya tengah sakit kepala. Sakit sangat. Tak tahu kenapa. Maka saya terpaksa skip kelas pagi hari ini. Nasib baik ada kawan aka housemate yang baik. Bila saya sakit kepala, mulalah saya teringat dekat kawan-kawan.

Dahulu., zaman muka masih comel lagi, saya ada interpretasi tersendiri tentang kawan. Pada saya kawan itu adalah kenalan untuk bermain pada waktu petang.

Main sorok sorok kena ada kawan.
Main konda kondi kena ada kawan.
Main lumba basikal kena ada kawan.
Main masak masak (sekadar contoh) kena ada kawan.
Kalau saya main sorang-sorang nanti orang cakap saya gila.

Bila dah besar sedikit yakni bila suara dah jadi garau, saya ada interpretasi lain tentang kawan. Mungkin sebab saya belajar di sekolah asrama, saya perlu kawan agar tidak sunyi.

Basuh baju dalam tandas kena ada kawan.
Sidai baju dekat ampaian kena ada kawan.
Nak jalan pergi prep kena jalan dengan kawan.
Hujung minggu keluar outing kena ada kawan.
Makan dekat dinig hall harus bersama kawan.
Gosip-gosip.
Kalau tak hidup saya akan sunyi.

Bila umur dah meningkat, dah ada halkum dan otot otot badan mula membesar, interpretasi saya terhadap kawan berubah lagi. Bila meningkat remaja, emosi tak stabil. Maka, kawan jadi tempat saya meluahkan masalah saya.

Remeh tak remeh kawan kena dengar. Maksudnya, kalau tiada masalah maka saya tak cari kawan.


Sekarang bila saya sakit kepala, mulalah saya cari kawan nak minta tolong.

Mungkin sebab cara saya menghargai orang sekeliling menyebabkan saya jarang ingat nama orang yg saya jumpa. Pada saya, kalau setakat jumpa tepi jalan tu, itu dikira sekadar kenalan. Sbb saya tahu nanti bila jumpa lagi sekali, saya akan lupa dan tanya semula nama beliau.

Itu belum masuk bab nak ingat tarikh lahir lagi, tarikh itu tarikh ini. Saya menyerah kalah awal-awal. Bersalahnya saya sebab lupa tarikh lahir kawan sendiri. Sedangkan bila hari jadi kita, kita harap berbondong-bondong ucapan dan berbakul-bakul hadiah.

Itu pentingkan diri namanya.

Kadang-kadang bila kawan tegur dekat YM, Skype, facebook saya buat acuh tah acuh. Lepas itu mula la fikir alasan
Eh tak perasan tadi
Eh iphone silent tadi
Eh ada hall tadi
Eh
Eh
Dan
Eh

Kepada yg berkenaan saya minta maaf. Mungkin semua perkara di atas bukan cara saya untuk menghargai kawan. Yang berupa lahirah.


Tapi mungkin saya ada cara lain kan?

Tapi bila dah berubah dari kanak kanak comel kepada jejaka kacak, saya rasa saya ada definisi yg lebih baik tentang kawan.

Kawan adalah anugerah agung daripada Allah.
Allah tahu bila, kenapa dan siapa yg terbaik untuk kita.


Sebab kawan itu juga kawan kepada kawan yang punyai kehidupan yg sama dengan kawan kawan yg lain.





Pada awak, kawan itu apa sih?

- Posted from my iPhone

Comments

kak akma said…
eh herman..

same pula entri kita. ok tak same, tapi subjek sama, KAWAN.

masa kita berdoa, kita ingat dia. Itulah kawan. Lagi-lagi Doa Rabithah, yang terbayang di fikiran itulah kawan. :)

Ya, kawan adalah anugerah.
bro said…
kawan itu adalah kekuatan..
yg mampu mengubah duri jadi mawar...
Mengubah cuka jadi anggur...
Mengubah sedih jadi riang...
Mengubah amarah menjadi ramah...
Mengubah musibah jadi muhibah...
..TIBERGHHHHH..!!!
-pause-

kawan boleh bantu ubah mimpi jadi realiti..
atau..
mampu jadikan imaginasi lebih indah dan mempesonakan..ahhh, indahnya.~ =P

hargailah kawan anda selagi masih ada masa dan kesempatan..

p/s: "i just want to spend every last second with u emannn"..**lariiiiikk**
adam hassan said…
kerana kau adalah lebih dari sekadar kawan...

iaitu Kau adalah sahabat...
herman rawi said…
kak akma : komen yg bagus kak akma! saya suka. bila sentiasa terbayang itulah kawan. right2.

bro : saya juga ingin mengutarakan jawaban dalam bentuk puisi seperti mbak husna katakan tentang kawan

"meskipun lidahku mampu untuk menguraikan, dan kujelaskan panjang lebar..
namun bila kawan kudatangi, ehh..
aku jadi malu
..pada keterangan ku sendiri.."

*sambung sndiri*

awak hanya ada lagi sebulan...

adam hassan : semoga ia berpanjangan
Lala said…
bagi aku kawan itu satu anugerah yg xternilai...kalau dibg pilihan antara duit dan kawan atau sahabat..aku akan pilih kawan@sahabat sbb tanpa mereka hidup aku tak bermakna...duit boleh dicari bila2 masa...kawan yg betul2 nk berkawan dgn kite sgt payah nk cari...
herman rawi said…
lala : *clap3* sungguh mengharukan. untung siapa dapat kawan dgn lala.

Popular Posts