Friday, January 8, 2010

Misteri Rumah Puaka

sebenarnya banyak lagi cerita suka dan duka saya di kota sepanyol. tapi kata orang yang lepas biarlah berlalu, usah dikenang duka yg lalu. biarkan angin yg menderu menyapu kotoran silam itu, biarkan ombak menghempas menghapuskan istana terlarang itu. ok, sangat tak masuk. point dia, tutup cerita.

di halaman facebook ada gambar-gambar yg berkenaan. nikmatilah ya?

satu malam pukul 4 pagi saya dan housemate saya menghabiskan sejam menonton cerita hantu. bo*doh. cerita hantu sakit mental. ah. menyesal. tapi ada satu benda dalam cerita hantu sakit mental itu yg menyerupai rumah kami. berpuaka.

cerita bermula.

minggu pertama saya memasuki rumah itu saya dapat rasa ada sesuatu yg tidak kena dengan rumah ini. rumahnya kecil, sempit, sunyi banyak lorong, enam bilik kosong tidak berpenghuni sangat menyeramkan. tabiat saya ialah, saya suka tidak menutup pintu bilik. satu sebab ialah bilik saya sangat kecil. lebarnya hanya sedepa saya. betul. bila pintu sentiasa terbuka, ia mencipta satu situasi ilusi optik yg menyebabkan bilik saya nampak besar. wah~

suatu hari, tatkala saya berada di dalam bilik, pintu bilik tetiba terhempas dengan kuat dan terkunci. saya sudah rasa lain macam. tambah malang, bila saya cuba membukanya, tombol pintu itu rosak. maka diisyhtiharkan dengan rasmi, saya terkunci di dalam bilik dan tidak mampu keluar.

lebih kurang sejam lebih juga saya terkurung di dalam bilik. dalam hati saya mula terfikir, macam mana kalau tiba-tiba rasa nak kencing? rasa nak berak? otak ini ligat mencari jalan keluar. kawan saya punya cadangan, katanya
"nanti kitorang hulurkan baldi ikut tingkap kau, pastu kau buatlah apa yg patut"

mengenangkan peristiwa ini saya ketawa kecil.

3 bulan lebih kami menginap di rumah ni, macam-macam kerosakan dibuat oleh puaka durjana itu. Mungkin puaka ini marah kerana kami dapat sewa rumah ini dgn harga yg murah. ini semua salah kakak khatiey sebab salah kira masa nak sign kontrak rumah. sepatutnya 68pound tapi kami bayar 57 pound. mana puaka tu x mengamuk kan?

hari pertama kami sampai, kami dihadiahkan dengan
sebuah kerusi komputer yg patah
meja study yg compang camping
pintu bilik rosak
peti ais yg bau macam kain yg direndam seminggu dalam air sabun
dan freezer yg patah pintunya

makin lama kami duduk, makin kuat pula puaka itu di bomoh untuk merosakkan rumah kami. kadang-kadang saya terfikir, dalam keadaan sejuk salju ni, macam mana rupa hantu tu ek? mana larat sekadar nak pakai kain putih selapis dan berterbangan di luar tatkala suhu mencecah -2 degree kan?


kami disiksa dengan kesejukan yg amat bila pemanas buat hal. rosak. tak panas. ah.
lepas tu peti sejuk keluar air menderu-deru menyebabkan karpet basah.
lepas tu bilik air bocor.
lepas tu longkang tersumbat dan mengeluarkan bau yg kurang enak.
lepas tu dinding-dinding seakan-akan merekah.
lepas tu lampu bilik meletup.
lepas tu blackout.
lepas tu freezer tempat segala ayam kambing lembu daging burger sosej kami simpan rosak. ah!

lepas ni apa?
katil runtuh? pintu tercabut? rumah hancur?

ok. cukup untuk itu.

bila freezer rosak kami terpaksa jadi vegetarian. kadang-kadang buat muka 1pence pergi singgah rumah senior makan dinner. bila keadaan terdesak, mulalah kami jadi kreatif.

daging burger masak kicap.


semalam, kami ketandusan idea. suhu di luar -7 degree. puding roti dah habis. aiskrim vanilla masih ada berbaki. kawan saya pandang tingkap. dia tenung lama-lama.




ya, dia sangkut bekas aiskrim di luar tingkap.

7 comments:

miraroslan said...

buat muka 1 pence??

hahahahahahhaahhaha

aku still muka 1 sen!

adam hassan said...

HA HA HA! is all I manage to respond!

W T heaven with ur friend!

~suci

herman rawi said...

mirakatun: yay! ada orng notice part tu. tahniah. tahniah.

adam hasssan : erk. tiru nama. W T heaven with u!

adam hassan said...

i got this idea coz u used it, n i found that nurkasih was something memorable for both of us, what with the 'drama' thingy abt myself rite..hehe

plus, there is Hassan back there..u know....hehe.....its the name!

Lala said...

hehehhe...mcm2 hal lah...
kawan ko sgt kreatif...huhuhuhu

herman rawi said...

lala : dia budak arkitek. harus kretif menggunakan sumber alam. :P

-bihah- said...

jd korg mkn pe haritu..??
abc?? ais kepal??