Jejak Turki : Istanbul

Apa yang membezakan Istanbul dengan bandar- bandar lain di dunia ini? Setiap 3 depa tangan anda dapat lihat masjid yang banyak tersergam indah. Macam solat sunat tahiyatul masjid di Masjid Sehzade, solat rawatib zuhur di Masjid Sutan Valide, solat zuhur di Masjid Biru, jamak solat asar di Masjid Beyazit dan Qiam di Hagia Sophia.

Kau ada?

Tapi, yang lagi seronok walaupun tempat di kelilingi masjid, tempat penginapan kami betul-betul di atas sebuah bar(yang malamnya bising macam disko). Sebab tempah hostel online dia tak cakap akan ada konsert gegak gempita pada malam tahun baru 2011.

Kalau orang tanya "pernah pergi disko?" kami boleh jawab
"kami siap tidur lagi dalam gelanggang syaitan tu"

Kau ada?

Di Istanbul boleh berlagak cakap accent bri"ish sebab orang sini tak faham sangat. Mampuslah kau cakap berterabur pun mereka akan cakap
"your english is good brother"

Bila berjalan-jalan di sekitar bandar Istanbul, anda kena sediakan jantung yang sihat sebab bila-bila sahaja akan diterjah oleh pelayan kedai yang suka menjerit
"Malaysia!!!"
"Malay!!!"
"Apa khabar!!!"
"Kuala Lumpur!!!"
"Siti Nurhaliza!!!" (ok yang ini tipu)


Jumpa nanti di Cappadocia.


- Ditaip menggunakan iphone sambil tunggu kereta yang disewa sampai untuk ke Cappadocia.

Comments

kak akma said…
bestnya dapat jalan-jalan kat Turki..!!jangan lupa ke istana Topkapi.seronok jugak ke sana walaupun letih macam tengok muzium. =='

kalau ke bazaar hati2 sebab diorg sangat excited dengan org luar ni dan akan tawar menawar harga barang dengan emosi!(selagi tak beli selagi tu diorg push suruh beli.maka cepat2lah lari)

Dolmabahce pon best.Tengoklah betapa ranapnya sistem khalifah di Turki dahulu bilamana harta menjadi keutamaan mereka yang berkuasa.sampai tombol pintu pon emas!

harapan untuk ke sana lagi suatu hari nanti, insyaALLAH.
Anonymous said…
kahkahkahkahkahkah...herman sungguh berterus terang...

benda yg sama aku encounter di turkey pada jaulah spring 2009/10
herman rawi said…
kak akma : sekrang saya dah balik dah. kesimpulannya apa yang kak akma cakap tu semua betul! haha
paling seram bila membeli di Grand Bazaar

anonimos : siapa2 yang pergi mesti berpeluang merasai benda ganas2 ni .haha
saya said…
membantu serba sedikit...tq.
enjoy your blog...bunyi ag cm org klate..

Popular Posts