namanya jelas di permulaan

Semalam sebelum tidur saya mencari bulan. sebab kawan saya pernah kata "kalau kita rindukan seseorang, lihatlah bulan. walau dimanapun kita berada, mata kita melihat pada bulan yang sama". tapi bulan malam itu segan rupanya. membiarkan sinarnya dilutip awan.

Awan, apakah engkau sengaja menyembunyikan bulan itu?

Ya. saya tahu ia sangat jiwang. ayuh, kembali ke mod biasa. oh, hari ini di Malaysia sudah masuk 5 Mac. dulu, sebelum saya kenal apa itu muscom, tarikh ini tak bermakna. muscom? alah, musolla committee di KYUEM. tahu?

"Eman, aku ada sesuatu nak bagi kat kau lepas ni. tunggu aku kejap eh?". 

***

Dulu seronok sebab bila rasa nak marah saya ada coet dan awok. arnab-arnah saya. coet mati kena baham kucing, awok mati, saya yang sembelih. orang tanya kenapa sembelih, saya dengan selamba jawab "bila makan awok, ia akan sentiasa bersama aku, dimana jua aku berada". bila dua-dua tiada, saya tiada tempat untuk menjerit.

Mahu tahu apa hobi saya dulu-dulu, bila sakit hati dengan perangai kawan?

Untung jadi kawan saya. sebab kalau saya marah, saya suka halau orang keluar bilik. dulu, kawan saya, dia suka buat saya marah. mungkin itu hobi dia kot.
bila lapar mula cari saya, minta biskut.
bila makan biskut, suka baring-baring atas katil.
baring-baring siap minta tambah air teh lagi.
Ingat aku ni suri rumah kau? maka saya selalu jerit-jerit halau dia keluar bilik.

kalau saya tak tahan sangat, saya suka baling selipar. kawan saya ni, dia suka gurau lebih-lebih. padahnya, padan muka kau. melekat selipar jepun dekat muka kau!

menarik kan hobi saya?

kawan saya, dia malas. malas tahap gampang habis. petang-petang kalau pergi challet nak ajak main, mesti dia tengah
ZZzzz.tidur. lepas itu merungut badan tak fit.
tipu lah. dia main bola sepak petang-petang. tak pandai main pun.
badan kurus macam papan. tapi makan banyak.

ni kira mengumpat eh? ok. cukup2.

Untung juga saya ada kawan macam dia. selalu perli-perli saya sebab tak reti nak bangun pagi.
"macam mana nak jadi contoh kat anak-anak dengan isteri kalau bangun pagi pun kena harap orang kejut?". fine la.
Dulu, memang susah sangat nak bangun, tahu? tapi bila hari-hari asyik kena sentap, tak tahan la.

Dulu juga, sebelum saya dengan dia tiba-tiba duduk dekat tangga antara Dining Hall dengan padang bola sembang-sembang, saya tak kenal siapa dia sebenarnya. jumpa pun jarang-jarang. macam atas tangga tempat orang lalu lalang, dia cakap tentang sesuatu yang membuat dia down dan rasa putus asa.

eh, kau kenapa tiba-tiba nak bermadah helah ni?

Indah juga percaturan Allah kan? kita pun tak sangka lepas itu, banyak cerita kita bina sama-sama.
belajar ekonomi sama-sama.
selepas itu gaduh-gaduh sebab aku tak mahu jadi imam isya'.
jadi kumbang intai-intai bunga sama-sama.
dari surau jalan balik challet sambil nyanyi, kan?
singgah cafe beli air milo. kau belanja.
sampai challet, kena halau keluar, kena tengking, lepas itu kena baling selipar.
ah indahnya! :)

***
"ayah aku dah ajak balik ni, ini last kot kita jumpa, kan?"
"Nah, hadiah untuk kau sebelum kita berpisah".

Sebuah Bingkai Gambar.
Selamat Hari Jadi .

Comments

dan said…
salam
wah, terharu aku membaca.

"Herman, apa rasanya punya sahabat ya?"

aku rasa aku sudah punya jawapan. walaupun entri ini bukan untuk aku. :)

semoga kekal persahabatan kerana Allah. dan selamat hari lahir buat sahabatmu itu. =P
aKmA said…
emm, macam tahu ditujukan buat sape..:)

selamat hari jadi juga wp dah wish..saje nak letak komen..:P

p/s: dapat tak hadiah? :P
-wp tahu dia tak reply, nak sibuk jugak-
aKmA said…
lagi tambah:

Nice entry dengan pangkal awal huruf di setiap perenggan yang membawa 1001 maksud. adakah saya je perasan?:P
Abang said…
"muhas*** cinta" katanya ;) Moga Allah rahmati persahabatan kalian..lebih indah jika HANYA kerana-Nya, dijamin teduh kelak di mahsyar-Nya..Ameen

p/s: carilah dia..atau..timbullah semula!
nur amina said…
aww how sweet u guys..

gaduh2 manja camtu..

tapi baling2 selipar kan. boleh tak?

haha.

smoga persahabatn korg terjalin selama2 nya dunia dan akhirat.



p/s: intai2 bunga sama2..hmmmm~,.. =P
herman rawi said…
dan : kau memang drama tv1 kan. over. aku bagi pihak dia balas :terima kasih atas ucapan (^.^). ada soalan lagi? :P

akma : wah kak akma. anda genius, bermata tajam. nampak gaya macam kak akma saja yang sedar. 1001 maksud ya?

fahmi : kurang satu bintang la fahmi. ish. bila ku renung bulan, aku rasa dia hadir, katanya.

nur amina : harapnya komen dia ikhlas kan? eh? selipar itu tanda kenangan. pandang selipar teringat dia, boleh? selipar je layak.

bunga kembang sudah terbang jauh~
ariff.ismail said…
post ini sgt sesuatu.sekian

p/s : kalo 16may nnti xde post camni,siap ko!
syaa said…
ak mcm nak nangis bace post ko yg ni..(fine ak lambat bace)

tp at least ak sedar lah mksd tersirat di pangkal2 ayat itu...

sesuai dgn tajuknye...

ak expect dpt post yg same 16 november,boleh?
(camtu demand tinggi :P)

ending yg sgt terkesan di sukma (bukan SUKan MAlaysia ye) ku...
herman rawi said…
ariff.ismail : permintaan kau itu sangat sesuatu. harus kau suruh "kawan baik" kau yang buat teristimewa untuk kau. haha?

syaa : mula-mula aku baca komen kau, aku tiba-tiba jadi terharu. tapi kau kacau mood bila letak definisi "sukma". lawak ok!
syaa said…
aku tau kau seorang yg sensitif.
ak tau kau akan terharu.
dan aku taknak jadi punca gugurnya airmata lelaki kau. :P

jadi aku sengaje, supaya ia berakhir dgn senyuman. :)
pchek said…
aku tengok 3 huruf pertama yang diBold kan tu aku da tangkap ko punye motip!
oh herman aku juga rindu pada si malaun itu. kirim salam la kalo ko contack dye yeh.
herman rawi said…
salam kau dah ku kirimkan, kot? part malaun tu kelakar.

Popular Posts