Padah Padan Muka

penggunaan telefon skrin sesentuh memang menyeronokkan. lebih-lebih lagi kalau ia adalah iphone. bukan saja ia mesra pengguna tapi ia membuatkan anda tampak bergaya dan kaya walaupun anda terpaksa menggoreng sambal ikan bilis dan makan bersama nasi putih putih setiap hari. hei! ikan bilis di UK mahal lah.

sebenarnya, sambal ikan bilis akan lebih sedap jika menggunakan bawang besar banyak-banyak. petua ni.

dengan talian internet 3G yang sangat laju, dimana-mana saja anda boleh mengakses internet. dalam tandas, dalam train ke warwick, malah dalam lecture hall sekalipun. oh, kebanyakan kuliah matematik sangat sangat mengundang syaitan-syaitan untuk datang berpesta menari-nari di kelopak mata saya. saya hanya ada 3 pilihan

pura-pura menumpukan perhatian sambil dalam kepala tengah fikir dinner ni nak masak apa
atau
tidur tanpa segan silu
atau
guna iphone untuk mengakses facebook, email, Yahoo Messenger, Skype, Whatsapp, ebay, youtube konsert siti nurhaliza, safari, google, mencari application baru untuk iphone, main Tower Block, racing car.

oleh sebab saya masih culture shock dengan keelegenan iphone, maka saya pilih pilihan ke tiga.

hei, senior saya menggunakan perkataan culture shock untuk seseorang yg berejam-rejam menghadap iphone kerana mahu explore kehebatan iphone. saya hanya membuat kesimpulan yang senang, tepat dan sentap.

dia cemburu sebenarnya.


di sebalik keanggunan iphone, ada satu malapetaka yg tersembunyi. hari itu, saya jalan-jalan sambil menaip mesej kepada kawan saya. masa itu, jalan raya sangat sibuk. angin pun bertiup sangat kuat. Mungkin kerana masih dalam tempoh culture shock, saya masih belum mampu untuk tidak memandang skrin iphone ketika menaip. macam kena beri sepenuh-penuh perhatian pada keypad yang tertera.

maka saya tidak mengendahkan keadaan sekitar. saya jalan menghampiri tebing jalan. tidak menyedari kehadiran sebuah lori dari arah belakang. saya berjalan sambil mata terpaku pada skrin iphone.

tiba-tiba pemandu lori tu membunyikan hon dengan kuatnya berulang-ulang kali dan...




KEDEGANG!!!









saya tersenyum sendirian sambil memerhati keadaan sekeliling samada ada yg terperasan seorang mamat melanggar tiang lampu dengan kuatnya menggunakan tempurung kepalanya.

Comments

bro said…
bro and 3 others like this.
Lili said…
ape ni?? ending dia xphm la....
pchek said…
WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
padan muke~~

lenkali hati2 gune iphone.
mengundang maut tuh. :p
herman rawi said…
bro : eman loyke the comment new style.


lili : eman kene langgar lori dan iphone tercampak dan pecah. puas hati?

pchek : kau gelakkan aku pchek. menyesal kau kena tulah aku nanti. hek3
Lili said…
eman... jgn maen2 wei. ada luka memana x?
sns said…
hah?seriously iphone pecah? nangis kut camtu.tpkan weh, kalau touch screen hp, smp bile2 pun takkan bolehnye ko nak taip without tgk screen.lagi2 qwerty keyboard mcm iphone tu
laaa.. kan lg bes kalau ending nye kene langgar lori =P
syaa said…
lili,endingnye eman langgar tiang laa...huhu

eman,sungguh sy tak jangka ending itu...
memule bc ingt iphone trlepas ke hape kan...nak la tlg gelak...
tp langgar tiang pun lawak jugak...
hahahahaha! :P
Unknown said…
mmg padan muka mamat yg melanggar tiang lampu tuh, harap daya ingatan mamat tuh masih baik seperti biasa...

pengajaran hari ini : len kali jalan pandnag depan, bkn pandang iphone...

ps: ikan bilis goreng bersama bawang mmg sedap, ditambah dgn kerangupan ikan bilis...sedapnye!!!
neyda said…
cool.. haha.
-bihah- said…
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah
hahahahahahahahahahahahahahahaha.....!!!!!!

aku takleh thn gelak walaupun aku bersimpati gn ko man...^_^
herman rawi said…
lili : dah dapat jawapan kan?

lunaSyarkina : oh, aku baru tahu perkataan QWERTY keyboard. mekasih :)

ada : kau memang tak sayang aku. ternyata kaulah sombong bukan aku.

ezatulhani : yay?
yaiya!
herman rawi said…
syaa : ah kau. kau lagi suka kan kalau iphone aku pecah kan sebenarnya. tahulah aku ada cover merah. tiba

afiqah : pengajaran hari ini : ikan bilis mahal, jgn sesuka hati taram banyak2. wuu

neyda : kau puji kan? tengs!

bihah : aku memang dah agak bihah yg kau takkan bersimpati dgn aku sebenarnya. isk2
syaa said…
eman:xlah...ak suke kalau iphone ko pecah lepas tu ko hadiahkan cover merah tu kat ak sbb ko dh xde bnde yg nk di-cover dgnnye...hehe...

*jadi?bile nk belikan utk ak satu?
:P

ps: kaler merah mmg cun ok!
Lala said…
hahahahha..mesti mamat tu ko kan???hahahahah..
herman rawi said…
syaa : dah ada tu, cukuplah? kan? :)

lala : lalalalalalalala~~~
*xmau jawab*
sns said…
hhaha.ak pun bru tau weh qwerty tu benda apa. sbb kat fon aku boleh pilih alphanumeric or qwerty

Popular Posts