Rapsodi Cinta - Berkat Ramadhan

Sebelum terbang ke United Kingdom, aku sempat berseloroh dengan ibu.
"Kat sana, dapat elaun banyak, senior pun ramai yang pergi umrah sebab ada duit lebih".
"Ada rezeki pergilah".

aku sekadar berbasa basi dengan ibu, tidak simpan niat pun sebenarnya. Sekadar nak tunjuk yang anak dia ni anak soleh, tak fikir nak pergi Sepanyol ke, pergi Itali ke. Geli hatiku mengingat saat itu.

***

"Tahun ni eman tak balik raya kot, nak cuba cari kerja, cari duit lebih hehe" suaraku kepada ayah suatu hari dahulu, ketika cuti musim panas tahun pertama.
"Baguslah, tiket nak balik pun mahal, baik cari pengalaman" ayah bersetuju.

Ibu diam sahaja di sisi, bersetuju barangkali.

***
Cuti musim panas tahun kedua aku tak balik ke Malaysia. Nekad mahu mencari kerja menjadi tukang cuci di universiti. Untung-untung boleh simpan duit buat beli ipad2, getus hatiku.

Penat bekerja di musim panas yang panjang harinya memang mencabar diri, tambah lagi bulan rahmat ramdhan jatuh pada bulan Julai, sewaktu kemuncak musim panas. Bayangkan, fajar menyising seawal 3 pagi, dan matahari terbenam selewat 9.30 malam dan kadang-kadang mencecah ke pukul 10.

Pening lalat juga memikirkan lelah yang bakal menjengah tatkala bekerja membersihkan bilik, menyental bilik air, menyiapkan katil dan membuang sampah. Seawal pukul 8 pagi sudah gigih mengayuh basikal bersama teman serumah ke tempat kerja, 6 jam menbanting tulang, rehat tengah hari terjelir lidah sambil melihat rakan lain berselera dengan sandwich ayam mayonis dan air tin tango oren. Telan saja air liur yang kering, masaAllah.

"Hei Herman, are you not eating?"
"Oh no, Im fasting today"
"Oh you are muslim? I heard about the fasting, a month isn't it?"
"Yeah we have already started for about a week"
"Wow, you look energetic! You actually can sip a bit of water eih? You are not allowed to eat only eih?"
"Oh actually, we can't eat nor can we drink"
"I'll be dead if I were you"
"Hehe"

***

Mula-mula takdalah rasa sedih bila memikirkan bakal beraya di sini, tanpa keluarga. Tapi bila semua orang balik ke Malaysia, Selly Oak jadi sunyi sepi tak berpenghuni, hanya tinggal sekerat dua sahaja. Bila tinggal lagi 2,3 hari untuk ramadhan berakhir, fuhh dengar muzik raya pun boleh bergenang air mata! Teman serumah siap buat amaran lagi, supaya jangan pasang lagu raya.

"Selamat hari raya ayah, selamat hari raya ma"

21 tahun beraya di samping keluarga, tak pernah tak ada, sekali tahun ke 22 merasa kau beraya kena masak rendang lemang sendiri. Cuba dimeriahkan dengan masak bersama teman2 yang ada,Alhamdulillah.

***

Satu benda yang sangat berbeza bila berpuasa di negara asing ialah pandangan mata sangatlah perlu dijaga. Bayang musim panas, harga kain di pasaran "meningkat" , semua tak mampu nak beli baju labuh. Pergila mereka bergolek-golek di pandang rumput sambil menutup apa yang perlu sahaja, baik lelaki, baik perempuan. Dan kemeriahan yang di rasa berbeza kerana di Malaysia, luaran pun tampak meriah dengan segala bazar ramadhan.

Di sini? Meriahnya datang dari dalam hati.

***

"Alhamdulillah, kalau visa semua siap, bayaran semua diterima, hujung bulan Mac kita berangkat ke tanah haram"

Comments

Popular Posts