Rapsodi Cinta - Gagal Lagi

"Ya Allah hindarkan aku dari perasaan resah dan gelisah"
***

Ya Allah, tak keluar pula apa yang aku ulangkaji semalam. habislah aku fail lagi! Kosong kepala aku tengok soalan Integer Programming. Menyesal pun dah tak guna sekarang. Jeling mata ke sebelah, laju saja kawan aku seorang ni jawab. Dia ni dah hafal jawapan ke apa? Lagi seram bila tengok jawapan aku sangatlah tak sama dengan jawapan dia. Bukan meniru, sekadar nak check dan ternyata aku hangus!

Lama aku merenung kertas soalan, sambil berselawat moga-moga nampak jalannya. Sudahlah kau, belajar pun minit-minit terakhir, ada hati nak dapat markah penuh. Tidak, persoalan sekarang bukan markah penuh, dapat markah ke aku ni?



Man Jadda wa jada, Malas belajar wa tarak apa-apa.



Sudah jadi kebiasaan Profesor Butkovic, usai ujian terus diberi skema jawapannya. Memang bulat buntallah mata aku bila tengok satu persatu-satu jawapan dia. Pergh memang pastilah. Allah, aku gagal lagi.

***

itulah aku mengambil remeh ujian bulanan. Padahal ia mencakupi markah ijazahku nanti. Jangan risau, ada lagi masa. Hati bergetus lagi. Lupakan sebentar. Tepung gandum, gula, garam, mentega, kentang, bawang besar, halia, bawang putih, rempah ratus. Sambil menguli doh karipap, berputar ligat dalam kepalaku persoalan yang dilempar oleh Adib, rakanku semalam.

" Kalau bukan sekarang bila? Yakin ke kau yang "when the time comes" tu bukan sekarang? Melepas nanti, kau jugak menonggeng!"

Adib, memang selalu soalan yang dilemparnya sengaja buat aku kelu tak berkata. Ada saja caranya mahu meracuni aku supaya cepat-cepat membuat keputusan. Entahlah, aku ada prinsip yang aku pegang. Aku bukan jenis yang senang-senang tukar baju.

"macam mana kalau "when the time comes" tu bukan sekarang? Aku tak mahu ganggu jiwa raga kalau aku sendiri jiwa tak terjaga"

"hoi jauh termenung! Uli karipap pusing ke, uli karipap cinta ni?" sergah Rahman daripada brlakang.
" Ya Allah, lembek habis ulian aku, terlebih letak air. Tepung pulak dah habis"
" mana taknya, tangan menguli tepung, kepala otak duk uli formula matematik" sempat Rahman bergurau sebelum masuk ke bilik air.

Haih, gagal lagi.

Comments

Syamims B said…
jadi herman rawi pernah fail paper?

Popular Posts