Semua Manusia Dilahirkan Baik

saya first time dengan pepatah
"When I go to overseas, I found Islam without Moslem, but when I came back home, I found Moslem without Islam"
masa kat MOC dulu. lama jugak nak paham, lampi sikit. sekarang bila dah faham rasa macam "betul jugak"

ha, kepada adik-adik junior. sertailah MOC 2010 nanti. wah. awalnya promote.


sudah sebulan di Birmingham, saya akhirnya mengakui bahawa di sini sudah boleh digelar daerah kecil Islam United kingdom. Masakan tidak, belah kanan, belah kiri, depan, belakang, bersepah-sepah kedai milik orang Islam. nak apa, cakap jer. lagi-lagi di Coventry Road. dah tiada dah rupa mat salleh berlegar-legar kat situ. Yang ada pak arab mak arab berserban berjubah berpurdah.

ah, indahnya hidup ini. jadi datanglah ke Birmingham. ah promote lagi.


hari itu saya berbelanja besar di Coventry Road, di sebuah pasaraya Al-Halal. ha macam tu sekali tersergam indah nama dia. AL-HALAL. everythings sold here are HALAL. apa yang anda perlu buat hanyalah ambil troli dua buah dan isilah segala-segala barang keperluan rumah tanpa was-was. tarik aja.

tengah asyik saya memilih sosej dan burger daging tiba-tiba saya disapa pakcik arab berjanggut tebal
"Is this chicken sosej halal?"
saya terpinga-pinga sekejap. pakcik ni betul-betul tanya aku ke? ke ini taktik baru untuk pukau orang.
"Yes, of course! we are in AL-HALAL, everythings sold here are HALAL" macam tu semangat saya meyakinkan pakcik tuh. haih. macam-macam


bila saya kata berbelanja besar, jangan ingat sampai beratus-ratus pound. barang kat sini murah-murah. satu troli saiz standard hanya memerlukan 30-40 pound sahaja. Ah, ternyata bukan saja di Sainsbury saya mampu berjimat. alhamdulillah.



bila musim salju mula mendekati, waktu solat pun jadi semakin pantas. kadang-kadang kena jamakkan zuhur dan asar. ah, indahnya Islam yg aku anuti ini.

disebabkan matahari sekarang cepat sgt mahu terbenam, mungkin x tahan sejuk kot. boleh? so, waktu maghrib pun sangatlah sekelip mata. maka kawan saya pergi ke sebuah pasaraya LATIFF untuk solat. malangnya untuk kawan saya, tempat nak wuduk tutup. maka dia dgn perasaan ingin tahu telah menelefon saya.

"kat LATIFF ada satu tandas tapi milik staff kat situ. cuba mintak ngn pegawai tu. Dia pun Muslim juga. dia tahu kita nak solat. hari tu dia bagi"

kesian kawan saya dia kena marah sebab nak pergi ambil wuduk. lepas kena ceramah dan maki-maki, pegawai tu membenarkan(pulak..-_-') kawan saya wuduk sambil berkata dengan sinis







"Malaysian people are very good. They always perform prayers 5 times a day"

Comments

bro said…
birm super best..
sekian.
laksamana sunan said…
superb post bro..
keep up the gud work...
Anonymous said…
kecoh r azam...silent reader blog siput rupanya azam ni...
dan said…
mungkin security tu mula2 xbagi sebab dia xsure kita org apa. pastu pandang 2-3 kali balik dia mesti tau kita ni malaysia, gembiralah tu sebab dapat jumpa dengan orang yg solat 5 waktu. haha. dengan lembut hati dia nk tolong. moga2 lepas ni dia solat 5 waktu penuh (kalau dia solat xpenuh laa.)
Anonymous said…
man, apsl x aprove komen wawa.
herman rawi said…
bro : kan orng dah tahu x pasal-pasal siapa kamu

laksamana sunan: hei, lama x nampak! sejak blog sapphire x terupdate.
oh, terima kasih daun kunyit
lawat blog ni jgn serik

anonimos : bukan saya yg cakap. anonimos yg cakap

dan : "gembiralah tu sebab dapat jumpa dengan orang yg solat 5 waktu."
KAHAAHAHAKAKAHAHKAKAHAHAHKAH!

wawa : komen mana?
syikeen said…
i like to read ur blog.. believe me ni first tyme baca blog orang..it inspires me..=) keep writng n b a gud muslim=) all da best..
lalalalaa.. syikeen mane la yg komen ni =p
herman rawi said…
syikeen : syikeeeeeeeeeeeeeeeeeeeen!!! hehe. terharu2*
terima kasih syikeen syaukat ali
lain masa baca lagi~

ada: *membiarkan ia dibawa angin badai!*
sulwan said…
saya dah berblog jugak semule...
nurulhusnazubir said…
bestnya..birmingham..!! nk g gk :")
herman rawi said…
sulwan : welcome home~

husna : errr..apa yg bestnye? mcm x kene je dgn cerita ni
Lala said…
mesti kwn ko perli si pegawai itu kan???hahahahha...bestnye murah2 harga...
herman rawi said…
pegawai tu macam nak perli dia, tapi terperli diri sendiri!

sangat seronok!!!

Popular Posts